Teman-temanku

Google+ Followers

Tuesday, June 3, 2014

Kejap haram, kejap halal..Oh Cadbury,,

Sejak kecik lagi, kalau dapat makan cokelat Cadbury ni, rasa mewah sangat. Melompat kalau mak sedara atau pak sedara bagi hadiah cokelat ni. Tengok kawan makan je pun, dah nak mennagis kalau tak dapat jugak.


Sejak zaman sekolah hingga universiti, kalau ada buat program Dedication to Someone, mesti Cadbury antara pilihan popular untuk dijadikan hadiah. Hadiah kat kawan-kawan, guru-guru.

Da latest, diberitakan bahawa Cadbury feveretku itu tercemar dengan porcine. Ada DNA khinzir.. Paling sakit hatiku ini, kalau CL nak beli Cadbury untuk makan, takdelah pilihan lain kecuali yang ada Hazelnut dan Almond tu. Tup, tup, yang tu la dibuktikan ada DNA khinzir. Tak ke meletop nak marah????? Dah berapa keping dah CL telan benda tu. Dah jadi darah daging dah.

Rasa marah tak terhingga. Bukan apa, sebab cokelat tu trang tang tang ada cop halal JAKIM kot.. Tetiba boleh pulak tercemar dengan unsur haram. Aduhai apalah nasib diri. Patut la agaknya mengaji tak berapa nak pick up. Rasa macam tak patut nak tuduh gini, tapi kalau teringat kisah Imam Syafie yang termakan benda syubhah sikit tu pun boleh kacau dia punya hafalan, apatah lagi hamba yang hina dina ni... HUHUHUU........

Tapi takpe la. Dah benda nak jadi, nak buat macam mana? Takde la sampai tahap nak cuci darah bagai. Tapi memang kena banyak beristighfar dan taubat la sebab makan benda haram. Takde la kisah mana pun tak dapat makan Cadbury tu lagi. Actually, memang takde dah niat nak makan cokelat brand tu lepas ni. Even yang bukan hazelnut dan almond pun tak sanggup nak makan dah. Benda yang datang dari kilang yang sama kot.. Minta maaf la Cadbury, anda kehilangan seorang lagi peminat. CL tak mau makan benda2 syubhah ni.. Lagipun Cadbury ni syarikat British rupanya. Bekas penjajah negara ni. Bukan nak paranoid sangat. Tapi takde la efek sangat pun hidup ni kalau kita tak makan cokelat ni kan??? Kan?

BUT, yang paling latest pulak ni, JAKIM buat statement di media yang Cadbury ni halal??? Baru je keluar TV tadi. Apa pendapat korang? Sebelum ni haram, sekarang halal? Apa ni? Jangan wat main-main benda ni boleh tak?? Siap suh jangan ragu-ragu lagi dengan status halal tu. Erk.... Apa nak kata? Sekali aku ludah, takkan aku jilat semula..

Ada orang kata maybe kes tercemar dengan DNA khinzir hari tu sebab unsur-unsur sabotaj. Whatever it is, macam mana la benda ni tak boleh ditangani dengan baik eh? Pening la. Tak tau nak percaya mana satu.

Sebenarnya banyak lagi benda yang sah2 haram kat Malaysia ni tapi gaya macam halal je...
Rokok..
Kasino di Genting..
Arak di jual secara terbuka...
Kedai-kedai TOTO..
Majalah MANGGA..
Konsert hiburan melampau..
Disko..
Pelacuran..
Dadah...
etc..

Wahai JAKIM dan penguatkuasa dan pembesar2 negara sekalian, rakyat negara ni dah penat dah mengadu pada korang semua. Tolonglah buat kerja dengan penuh jujur dan amanah. Negara ni kritikal sangat dah.. Entah la apa nak jadi dengan Malaysiaku tercinta ni gamaknya..

"Saya tak makan Cadbury, saya suka makan buluh je. Tapi kat Malaysia ni ada ke buluh feveret saya hah?"

Lensa Che Long: Tenggelam kejap isu Panda dua ekor selepas isu Cadbury ni. Sebelum panda, kecoh MH370. Lately, macam-macam hal jadik kat Malaysia ni.

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Follow by Email