Teman-temanku

Google+ Followers

Friday, December 27, 2013

PETUA RAWAT DEMAM

Assalamualaikum. 

Fuhhhh.....! Tiup sikit habuk yang bersawang di blog ni. Hehe..
Maklumlah busy sikit YB ni ha.. Tambah pulak baru kebah demam.

CL kali ni nak share satu kaedah untuk ubati demam tanpa makan ubat panadol/paracetamol atau segala jenis drugs la. (Kalau demam panas tu tak berani jamin la sebab CL tak pernah kena lagi). Ini untuk kes demam selsema atau flu biasa-biasa je tu. Walaupun biasa-biasa mahu baring atas kat tilam 2, 3 hari jugak kan???


Dulu-dulu, CL kalau demam je telan panadol. Paling suka telan menda Actifast nu ha.. Ye la kan, terpengaruh dengan iklan nak sembuh cepat macam dalam TV duk tayang selalu tu la. Tapi, sebenarnya kalau sahabat semua nak tahu, semua jenis drugs ni akan kekal dalam badan kita untuk jangka masa yg lama sebelum dia akan fully dissolve dari badan kita, especially si paracetamol tu ha.. Banyak link ttg bahayanya paracetamol ni. Antaranya:-

1. http://buahpinggangsihat.com/penjagaan-buah-pinggang/tahukah-anda-bahaya-paracetamol/

2. http://www.patient.co.uk/doctor/paracetamol-poisoning

3. http://howto.yellow.co.nz/health-nutrition/medical-concerns/paracetamol-%E2%80%93-facts-you-should-know/

Boleh rosak buah pinggang, hati, jantung, dan organ-organ dalaman lain. Paling naya, boleh bawa kepada ketagihan yang membawa kepada MATI oo... Nama pun drug = dadah kan.. Even, medical specialists pun tahu benda ni. Depa pun tak makan segala macam jenis dadah ni, tapi terpaksa jugak preskripsi kat pesakit yg datang klinik/hospital sebab dah mmg tugas depa.

So, kita sebagai pengguna yang bijak perlu tahu hak diri kita sendiri untuk kehidupan yang lebih sihat dan cergas. Perlu rajin buat kajian.

Well, di bawah ni adalah tips CL kalau demam:-

1. Minum cuka kurma/epal yang dicampur dengan madu dan air suam. Minum pagi, tgh hari dan malam. Sukatannya, air separuh gelas, satu tudung botol cuka kurma dan sesudu besar madu. Jangan guna sudu besi sbb akan menghilangkan khasiat dalam mad tu. Kacau semua tu sambil bacakan selawat syifa', minta kesembuhan dari Allah. Minum pun dimulai dengan bismillah dan selawat juga. Pastikan perut kosong ye. Ini memang cara pemakanan sunnah Nabi. Sejam lepas dah makan cuku ni, barulah makan benda lain. Bila rasa macam perit tekak je (permulaan nak demam) terus buat tips n ok. Seriously, better than panadol y'all..! Alhamdulillah, sejak amalkan petua ni, CL dah tak perlu telan drugs lagi dah. Dengan izin Allah, paling lama demam pun 2 hari je. Pastu dah boleh buat aktiviti macam biasa dah. Kurang segala pening, sakit kepala, kahak berkumpul dll. Hingus dan kahak batuk pun tak banyak (putih je warnanya, xdela sampai hijau macam cendol tu ha..haha~boleh plak describe pasal benda ni semua kan? sorry guys..). Indah kan sunnah Nabi?

Cuka epal yang CL duk consume.

Lepas habis dua botol cuka kurma ni, CL try convert ke cuka epal. Saja nak try.

Madu Iran ni memang best sangat.

2. Say no to ice! Jangan minum tapi guna untuk tuam kepala. Balut dengan kain kemas-kemas, baring dan letak di dahi (nak bagi suhu di kepala turun). Nak lagi baik keputusannya, ramas daun bunga raya/sireh bagi keluar lendirnya dalam besen yg dah buh air. Celup kain dalam air tu dan demah ke kepala kita. Bila dah hilang sejuk kain tu, celup la lagi. Tapi, kalau orang bujang mcm CL ni, takde orang nak jaga masa sakit, so..guna air kosong plus ais je la..he~

3. Minum air putih! Kalau boleh setiap 2 jam minum. Memang asyik nak kencing je kerjanya. Tapi, itulah targetnya. Untuk keluarkan segala racun dan toksik dari badan dengan cepat. Seolah-olah kita basuh badan kita dari dalam la.. Setengah orang minum air isotonik. Tapi dalam tu ada gas dan bergula sebenarnya. So, tak bagus jugak untuk jangka masa lama. Lagi elok kita beli air cap badak kaki tiga tu buat minum dah alang-alang singgah di kedai kan.. Air ni memang sejuk. Waktu CL demam kecik2 dulu, Abah memang akan beli air tu bagi CL minum. Tapi, dah duduk rumah bujang ni malas nak susahkan orang, minum air putih pun ok.. Air mineral pun ok.



4. Mandi kerap! Jangan ingat kaki dan tangan kita sejuk( berbungkus macam ulat dlm kepompong), maknanya badan kita pun sejuk gak. Sebenarnya badan kita panas. So, mandi is the best solution! Cara mandinya, mulakan dari kaki naik ke kepala. Jangan dari kepala turun ke kaki. Mahu terkejut badan kita. Kan udara panas akan naik ke atas, so gitula konsepnya mula dari kaki dulu..


5. Solat jangan lupa! Apa ingat kalau sakit, boleh tuang solat la?? No way man.. Demam tu sebenarnya kifarah dosa-dosa kita. So, kalau Allah dah bagi chance untuk gugurkan dosa kita tetiba plak kita tambah plak dosa baru dengan tak solat, so tak guna jugak la kan?? Kan? Dengan solat ni jugak la akan taqarrub lagi diri kita pada Allah. Kita akan lebih mensyukuri segala nikmat kesihatan yang Allah bagi kat kita. So, pd masa yg sama jangan plak kita nak maki-hamun demam yg kita dapat tu sebab...

Di dalam kitab al-Sunan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa ia berkata: “Suatu ketika ada orang membicarakan mengenai demam dekat Rasulullah s.a.w., tiba-tiba seorang lelaki mencela penyakit tersebut. Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud): ‘Jangan mencela demam sebab demam dapat menghapuskan dosa sebagaimana api melenyapkan karat daripada besi.’” (Riwayat Ibn Majah)

Menurut riwayat sebuah athar iaitu, “Demam sehari boleh menghapuskan dosa setahun.”
-SUMBER: Majalah SOLUSI-

Last but not least, bacalah doa ruqyah yang seperti di bawah ni...

Anyway, selain dari bagus untuk rawat demam ni, cuka epal ni jugak bagus untuk kita yang nak singkirkan lemak, kolestrol, nak kurus, bagi lawas usus, selulit, jantung, paru-paru, stress dll. Jerawat pun segan nak naik tau. Bagus la untuk orang yg ada resdung tu. Dulu CL, kalau pagi-pagi je sibuk duk hembus hingus yang macam waterfall lebatnya. Sejak amalkan minum cuka+madu ni pada setiap pagi dan malam, alhamdulillah dah takde dah masalah tu. Jerawat kat muka pun dah semakin pupus. Haish, pendek kata banyak la khasiatnya.. Korang baca sendiri la kat link bawah ni:-

1. http://imahruzimahimah.blogspot.com/2013/06/khasiat-madu-irancuka-epalcuka.html

2. http://manmala.blogspot.com/2011/10/khasiat-dan-kelebihan-cuka-kurma.html

3. http://www.melurhasanah.com/2012/10/khasiat-cuka-epal.html

..xoxo..


Lensa Che Long: Semoga berjaya! InsyaAllah semoga dirahmati Allah selalu..

Wednesday, November 27, 2013

Cinta Pendosa (Part 2)

"Mimi.. La tahzan. Jangan sedih.." Tenang Aida menuturkan bicara. Mimi sekali lagi termanggu dengan tutur kata Aida. Begitu aneh rasanya ungkapan itu buat situasi dirinya kini.

"Mimi nak tahu tak kenapa Allah bagi awak perasaan tersepit ni?" Aida cuba menyelami isi hati gadis di depannya itu. Mimi hanya diam tak berkutik, bulat matanya menunggu.

"Sebab... Allah sayangkan awaklah dia campakkan rasa tu dalam hati awak. Mimi sebenarnya beruntung tau, sebab Allah masih lagi beri peluang untuk rasa bertaubat pada-Nya. Perasaan yang hadir dalam hati Mimi tu sebenarnya adalah fitrah.." 

"Apa maksud akak? Fitrah? Saya tak faham." Mimi akhirnya meluahkan apa yang tersimpul di hati.

"Kalau Mimi nak tahu, setiap manusia yang diciptakan ke dunia ni dibekalkan dengan fitrah untuk rasa bertuhan. Fungsi fitrah nilah yang akan pandu manusia supaya dapat membezakan antara baik dan buruk. Dosa dan pahala. Sebagai contoh, pernah tak bila Mimi buat salah seperti tinggal atau lewatkan solat, hati Mimi diganggu dengan satu rasa yang amat tak selesa? Masa tu, jiwa kita seolah-olah berperang antara tunduk dengan nafsu atau cepat-cepat memperbaiki kesalahan kita tu?"

"Pernah." Pendek jawapan Mimi, masih belum faham poin sebenar Aida.

"Jadi akak nak tanya, Mimi pernah tak rasa macam tu bila duk berhubung dengan si 'dia' tu?" Kali ini, Aida bertanya terus bertapis lagi.

"Erm... Ada kak. Bab ni memang saya tak boleh nafikan, perasaan bersalah tu memang ada. Masa tengah syok dating, sms atau call 'dia', rasa seronok dan bahagia memanglah ada, tapi lepas tu je hati saya rasa lain macam. Rasa bahagia tapi seksa. Kadang tu, jadi confuse dengan perasaan saya sendiri. Itu ke fitrah yang akak maksudkan?" Berkerut-kerut dahi Mimi bercerita situasi dirinya.

Aida hanya tersenyum dan mengangguk perlahan. Dia lega dan bersyukur kerana akhirnya gadis polos itu memahami apa yang mahu disampaikannya. 

"Kalau Mimi nak tahu, perasaan bahagia tapi seksa tu takkan hadir kalau Mimi tengah buat benda yang betul dan diredhai Allah. Sebagai contoh, bercinta selaku suami isteri. Berkasih-sayang antara ibu-bapa dan anak. Bermesra antara adik-beradik. Berukhuwwah antara kawan sejantina. Simple kan?" Aida menjelaskan lagi.

"Sebab tu akak cakap Mimi sebenarnya beruntung kerana masih dipilih Allah untuk diberi hidayah-Nya. Tak ramai tau yang boleh hadir perasaan macam tu.."

Mimi terangguk-angguk mengiakan.

"Tapi akak cakap tadi fitrah yang Allah bagi tu ada dalam diri setiap manusia. Macam mana pulak boleh ada yang tak dapat fitrah tu kak?" Hampir bertaut kening lebat Mimi kerana menghadam isi perbualan kali ini. Kepalanya terteleng sedikit ke kiri tanda hatinya digaru persoalan. 

Aida bangga dengan gadis ini. Dia seorang gadis yang cerdas dan cintakan ilmu. Buktinya, dia tidak menerima bulat-bulat ilmu yang baru diterimanya tetapi pantas menganalisis. Beruntungnya ummah ini jika mempunyai ramai muslimah secerdas ini. 

"Memang betul, setiap manusia dibekalkan dengan fitrah ni. Tapi... Jika dia terus-menerus membiarkan dirinya dalam gelumang maksiat dan dosa tanpa mempedulikan jentikan-jentikan peringatan daripada fitrahnya, maka hatinya akan mula gelap dan kelam. Semakin gelap hatinya, semakin sukarlah untuk fitrah dan nur bernafas dalam dirinya. Dalam Quran pun ada sebut, hidayah itu untuk orang yang mencarinya. Kalau tak cari, tak dapatlah. Contohnya macam Mimi sendiri, at least Mimi berusaha untuk selesaikan masalah hati, sebab itulah fitrah Mimi masih tebal dalam hati Mimi." Aida cuba menjelaskan sebaiknya kepada Mimi. 

"Oh, macam tu... Baru saya faham." Terangguk-angguk kepala Mimi. Air mukanya juga sudah berubah cerah. Sudah tidak mendung seperti mula-mula dia datang ke bilik Aida tadi.

"Nah, makanlah kerepek ni! Dari tadi asyik bercerita aje. Tak kering tekak ke? Nak air?" pelawa Aida ramah sambil menghulurkan botol yang mengandungi kerepek ubi.

"Eh, takpe kak! Saya ok je. Kesian kat akak la, saya ni ganggu akak study aje.." Keluh Mimi perlahan sambil melirik matanya melihat selerakan kertas dan buku di meja Aida.

"Takdelah. Tak ganggu pun. Akak pun dah start mengantuk menghadap laptop ni dari tadi lagi. Elok juga awak datang borak-borak ni, hilang ngantuk akak. Hehe.."

"Erm, tq kak. Cuma, satu hal lagi la saya nak tanya pendapat akak. Apa caranya yang patut saya buat untuk lupakan 'dia' tu?" Nekad suaranya kali ini bertanya. 

"Hm..Akak ni takde la expert jugak bab-bab ni. Tapi akak rasa antara cara yang paling asas untuk delete kenangan dengan 'dia' tu, the first step is Mimi kena buat solat taubat! Then, awak kena buang segala barang yang berkaitan dengan dia. Especially, hadiah-hadiah yang dia pernah bagi.. Dan satu lagi, paksa diri untuk sibuk dengan perkara-perkara yang berfaedah. Zikrullah, istighfar, selawat. Walaupun usaha ni mungkin amik masa tapi Mimi kena istiqamah kalau betul Mimi nak berubah." 

"Hm, insya-Allah kak. Saya akan cuba buat yang terbaik. Saya betul-betul nak berubah kali ni! Doakan saya ye kak." Terselit keazaman di suaranya.

"Insya-Allah akak akan doakan selalu. Ha! Sebut pasal doa, akak nak share satu doa dengan Mimi."

"Doa apa kak?" Mimi jelas berminat.

"Doa ni khas untuk situasi Mimi sekarang ni. Akak pernah amalkan doa ni dan Alhamdulillah menjadi. Amalkan di setiap kali lepas solat. Doa ni, ustazah akak
yang kongsikan. Doanya bunyi macam ni,

Ya Allah jika benar perasaan ini hadir semata-mata kerana cintaku pada-Mu, maka Kau     rahmatilah perasaan ini,
Jika perasaan ini hadir semata-mata nafsuku semata, maka Kau jauhkanlah perasaan ini,
Ya Allah jika benarlah 'dia' jodohku yang Engkau tentukan, maka Kau permudahkanlah     urusan jodoh ini,
Jika 'dia' bukanlah jodohku yang Engkau tentukan, maka Kau jauhkanlah dia dariku."

"Bagus ya doanya kak. Tapi, akak pernah amalkan doa ni? Akak pun pernah alami situasi macam saya ke?" tanya Mimi lagi.

"Mimi, selagi mana kita dikurniakan Allah dengan perasaan, selagi itulah kita tak dapat lari dari situasi-situasi yang macam ni," Aida cuba untuk mengelak dari membuka cerita silamnya.

"Ala kak, share la sikit. Mana tahu boleh jadi pedoman untuk Mimi ke.." 

"Malu sebenarnya akak nak cerita bab-bab gini. Tapi sebagai iktibar, akak cerita la sikit. Hm, macam mana nak start ek?" Jari Aida mengetuk-ngetuk botol kerepek ubi yang dipegangnya sambil cuba mengingat kembali memori lama yang semakin kabur dari ingatannya sendiri.

"Zaman sekolah dulu, akak pun pernah minat seorang lelaki ni. Tapi akak tak pernah luahkan, hanya minat dari jauh je. Apa yang akak ingat, setiapkali terserempak dengan dia hati akak mesti rasa berdebar-debar dan excited semacam. Tambah-tambah pulak kami satu persatuan, lagilah kerap bertembung. Hati akak masa tu memang seksa tak tahu nak handle macam mana dah. Boleh kata, setiap masa asyik teringatkan dia saja walaupun tak pernah bercakap. Bahkan waktu solat, baca Quran dan study pun wajah dia duk menari-nari depan akak. Macam orang sasau pun ada akak masa tu. Sampailah satu hari tu, Allah buka jalan kat akak. Ustazah akak ada bawak dalam usrah mingguan sekolah tentang isu cinta dan jodoh dalam Islam. Di situlah akak dapat doa yang akak cakap tadi dan akak terus amalkan." 
Taubat nasuha itu indah dan menenangkan.

"Kemudian apa jadi kak?" Mimi semakin berminat nampaknya.

"Akak amalkan doa tu sungguh-sungguh. Setiapkali lepas solat, akak tak pernah lupa baca doa tu. Alhamdulillah, doa akak Allah makbulkan. Entah mengapa, perasaan akak makin lama makin hilang dengan sendirinya. Walaupun makin kerap bertembung dalam persatuan, perasaan akak dah berubah menjadi tenang. Akhirnya akak bebas dari seksaan perasaan berdebar, rindu, sasau tu dan boleh fokus pada hidup akak. Akak rasa syukur sangat-sangat. Nak tahu kenapa? Sebab prinsip cinta akak untuk lelaki ni hanyalah untuk yang halal saja. Sebab tu, akak amat takut kalau-kalau akak kalah dengan godaan hawa nafsu sendiri. Sejak tu jugak, akak tambah yakin bahawa Allah itu sebenar-benar Pencinta dan tempat bergantung harap." Panjang lebar Aida bercerita.

"Wah, bestnya akak.. Saya pun nak jadi gitu jugak la. Doakan saya ye kak.." 

"Insya-Allah. Allah tu Maha Pengasih dan Maha Pendengar.." 

Dari kejauhan, terdengar suara bilal melaungkan azan dari surau kolej kediaman mereka menandakan masuknya waktu Asar. Ralit sungguh mereka berbual. Aida mengajak Mimi solat berjemaah di biliknya kerana sudah tidak sempat ke surau. Kemudian mereka bersama-sama ke kafe membeli makan malam.

Dalam keriangan bergurau-senda dalam perjalanan balik ke blok kediaman dari kafe, Mimi tiba-tiba mencuit lengan Aida sambil menunjukkan isyarat kecil ketika berselisih dengan seorang pelajar lelaki dari arah bertentangan. Pelajar itu tersenyum kecil ke arah mereka. Mimi nampak gelisah dan mengalihkan pandangannya. Setelah berpapasan dengan pelajar lelaki itu, Aida sempat melihat Mimi mengesat tubir matanya yang kelihatan berair dan merah. Tiada lagi gelak ketawa. Aida faham kini itulah si 'dia' yang dimaksudkan Mimi ketika bercerita dengannya petang tadi. Aida hanya mengusap-usap perlahan bahu gadis manis di sebelahnya. Mereka diam sepanjang perjalanan. 

'Akak doakan kau teguh dan sabar menghadapi mehnah dan fitnah dunia ni dik. Akak akan terus menyokong perjuanganmu menuju redha Allah. Semoga Allah membantumu dan membantuku. Sungguh, Allah itu bersama orang-orang yang sabar dan mencintai sang pendosa yang bertaubat kepadanya.' Bisik Aida dalam hatinya.


::END::

Monday, November 4, 2013

Untukmu Muslimah

Dipetik dari buku "Buat Bakal Isteriku" tulisan Ibnu Rijal.

Biar dibenci, biar ditohmah,

Dikau dikritik, dikau difitnah,

Walau dianggap insan yang lemah,

Abdi pada Rabbmu tetap kau istiqamah,

Tirai maruahmu di sebalik jubah,

Hiasan rupamu di sebalik purdah,

Walau yang lain sibuk mendedah,

Usah kau peduli, usah kau endah,

Kerna dikau hiasan terindah,

Anugerah Allah SWT di bumi bertuah,

Buat dikau pewaris Jannah.

La Tahzan! Wahai Muslimah..

Thursday, October 10, 2013

Cinta Pendosa (Part 1)

"Saya tak tahu macam mana nak lupakan dia kak. Saya dah cuba, tapi susah. Rasa sakit sangat hati saya setiapkali perasaan tu datang. Tolong saya kak.." Gadis itu bersuara lirih. Matanya tunduk ke bawah. Entah apa yang dipandangnya.

Aida melipat kaki duduk bersila kemas di atas katil bujangnya. Cuba mengatur ayat yang paling sesuai buat gadis comel bermata bundar di hadapannya kini. Dengung kipas siling yang berputar ligat bertingkah suara dengan alunan perlahan lagu Zikir Terapi "Subhanallah" dari komputer ribanya. Gadis berusia 21 tahun itu seorang junior yang sering dibawanya dalam bulatan gembira. Gadis itu hadir membawa sekeping luka di hatinya untuk dirawat bersama. Luka di hatinya disebabkan seorang lelaki yang dikasihinya. Namun, kasih itu cerita terlarang. Terlarang kerana batasan agama.


"Mimi, jangan cepat putus asa. Akak tahu, awak boleh lupakan dia punya. Yang penting, awak ikhlaskan niat di hati awak kerana Allah. Kalau awak paksa diri semata-mata kerana nak ikut rentak orang lain, memang takkan jadi. Kalau awak paksa diri kerana Allah, pasti boleh. Percayalah cakap akak ni." Aida cuba meyakinkan Mimi. Tangannya menepuk perlahan bahu Mimi. 

Mimi hanya mengeluh perlahan. Tangan kirinya bermain-main dengan hujung bantal yang dipeluknya. sambil tangan kanannya menongkat dagu. Dahinya berkerut, bagaikan ada sesuatu yang amat berat ditanggung perasaannya kini. Aida cuba memberi ruang untuk Mimi berkelana di ruang mindanya. 

"Kak, saya sebenarnya rasa malu dengan akak dan sahabat-sahabat lain. Saya rasa rendah diri dan tak layak. Saya jugak rasa tersepit antara 'dia' dan perasaan baru yang saya tengah rasai sekarang ni." Setelah agak lama menyepi, Mimi sekali lagi meluahkan isi hatinya. Barulah Aida faham apa yang sebenarnya memberati perasaan Mimi.

"Perasaan baru apa yang Mimi maksudkan?" Aida cuba mengorek lebih dalam apa yang ada di hati gadis itu. Sungguh, dia tidak akan membiarkan gadis ini terumbang-ambing di dalam dilemanya. Aida benar-benar ikhlas mahu membantu.

"Mimi suka dengan program-program yang selalu akak dan kawan-kawan akak buat. Usrah, solat jemaah, tadarus dan tadabbur Quran, picnic sama-sama, kem, diskusi bab-bab ilmiah.. Mimi rasa jiwa ni terisi dan lebih dekat dalam mengenal agama. Mimi rasa lebih dekat dengan Allah. Tapi kak.. Pada masa yang sama, bila Mimi makin dekat dengan semua benda baik ni, Mimi rasa macam ada benda yang tak setel dengan diri Mimi sendiri. Mimi rasa macam hipokrit! Seolah-olah ada dua personaliti dalam diri Mimi. Satu nak ke arah kebaikan. Dan, satu lagi nak terus kekal dengan life-style Mimi yang dulu-dulu sebab Mimi tak yakin mampu untuk terus kekal dalam jalan kebaikan ni. Kenapa Mimi jadi macam ni kak?" Panjang lebar huraian Mimi dan diakhiri dengan soalan. Anak matanya kini tertancap di bola mata Aida. Bersungguh mahukan jawapan.

Aida mengangguk-angguk. Silanya diperkemas. Mug berisi air kopi Radix yang masih suam disuakan kepada Mimi. Mimi mengambil dan meminumnya seteguk. 

"Mimi.. Itu semua normal. Dalam hati kita ada hawa nafsu. Di luar ni pulak, ada godaan syaitan  yang memang takkan pernah suka dengan manusia yang nak berubah ke arah kebaikan. Nak cari redha Allah, memang syaitan akan perang habis-habisan dengan kita. Macam-macam perasaan negatif dia akan tanamkan dalam hati kita. Sebab apa syaitan buat macam tu? Sebab dia takut umat Muhammad akan lebih ramai di syurga berbanding teman diorang bergelumang di neraka." Aida menarik nafas sebentar sambil cuba menganalisa apa yang terlukis di hati Mimi kini.

"So, apa yang Mimi perlu buat adalah, once you take a step, never look back and move forward. Pray and tawakkal, then ignore the rest." Aida menghabiskan ayatnya dengan berkongsikan prinsip hidupnya buat Mimi. Mimi hanya diam tidak berkutik.

"Berbalik pada persoalan awal yang Mimi tanyakan pada akak tadi. Tentang perasaan Mimi terhadap si dia. Akak nak Mimi berterus-terang dan jujur dengan akak. Mimi dan 'dia' masih saling kontek ke? Korang berdua masih ada perasaan antara satu sama lain ke?" Aida sekali lagi cuba menggali akar persoalan kemelut perasaan Mimi.

"Saya... Kami.." gugup bicara Mimi kali ini. Tunduk lagi pandangannya kini ke lantai. Menguis-nguis hujung kakinya sendiri. 

"Yes Mimi? I'm waiting.." lembut Aida bersuara.

"Sejujurnya kak, memang kami masih saling kontek. Dan kami memang ada perasaan kasih tu lagi.. Tapi, dia pun dah pesan supaya kami kurangkan berhubung. Saya sedar apa yang dia pesan tu antara langkah terbaik untuk kami berdua saa-sama berubah. Tapi, saya ni yang tak mampu kak. Saya takut kehilangan dia. Perasaan tersepit ni menyebabkan saya rasa amat lemah kak.." Lirih suara Mimi menuturkan kata satu persatu. Sebutir air mata mengalir dari tubir matanya. 

"Mimi.. La tahzan. Jangan bersedih.." Tenang Aida menuturkan bicara.

::To be continued::


Lensa Che Long: Heheh, nak try bercerpen la pulak... Padahal, tak ada orang nak baca pun, haha. Nak sambung bila pulak tak tahu la. Kalut ngan projek lani.

20 sen harga petrol naik, ADA EFEK KE?

Bismillah..

20 sen untuk segelintir orang yang berkemampuan, tada hal punya ma...
TAPI!!
20 sen untuk orang yang pakai motosikal cabuk Suzuki FX100 macam CL neh, memang terkesan yang teramat hoi... Nak berangan beli kereta Viva sebijik (bayar ansur-ansur) pun dah cancel.. VIP dan VVIP takpela, depa dah ada Hummer, Audi, Lancer, Ferrari and so on.. Mana nak kisah setakat 20 sen.

Dulu-dulu (zaman lepas grad), isi RM5 tank tu dah hampir penuh & cukup untuk motor bergerak ke situ-sini seminggu lamanya.. My petrol budget for whole month on that time is RM20 only.

Tapi sekarang (selepas dinaikkan 20sen) , RM5 nak penuh? Sorry la... Separuh tank ajer (ada lebih sikit pun, satu bar je..) Nak penuh tank? Kena isi RM8 beb... RM8 cuba u'all darab dengan 4 minggu.. Dah RM32 sebulan. *what?* Dahsyat kan? Lari giler bajet tu.. nak saving pun susah sekarang. Semua duit yang dapat only to pay, pay, pay and pay....... Pendapatan sama aje. Takde pun nak naik sebagaimana harga barang2 ni naik sumer..

Aduhai, penat la gini... Tak tau nak komen apa dah.. Uhuk!
Actually, PR dah pesan before PRU-13 hari tu, never elect BN becoz Barang akan Naik. But, still ada jugak orang yang rajin pi undi depa ni.
So, efek tu pakat-pakat la rakyat terima bersama. Even though, kita tak elect depa tuh..

So, what to do?
Sabau aje la untuk 5 tahun akan datang ni. Well, kenaikan harga petrol ni baru 4 bulan selepas pemerintahan kerajaan yang baru ni. Tak sampai setahun pun lagi beb.. Tak tahu la apa nak jadi dalam masa 5 tahun akan datang neh. Ura-ura nak penaik harga tepung, gula pun dah keluar kat media-media sekarang. Tak cerita lagi bab harga ayam yang dah naik. Harga tambang bas ekspres naik. Semua ni naik selepas PRU-13 hati tu tau! Bila semua barang keperluan ni naik harga, what do u expect? Perbelanjaan akan menurun? Rakyat akan berjimat? Haha,

Engkorang makan, pakai, tidur mewah2 tak reti plak nak berjimat, hah??? Siap keluar report Audit Negara baru-baru ni, macam2 kecuaian, ketirisan dan kebobrokan yang dilaporkan. Yang tu pehal plak?
'Jam harga RM100 claim RM3000'.
'Pistol jatuh dalam laut'.
'Printer harga RM12000'.
 HAHAHHAHAHAHA, korang memang kelakar la......! Rasa nak terburai isi perut wei...

Rakyat ni, keja CATU la jawabnya.... Yang sengsara, rakyat golongan bawahan la.. Yang dah duk kat banglo mewah, ada kereta mewah tu tak yah masuk story la..

Well, tak cerita lagi bab PTPTN. Hutang memang perlu dibayar. Tak dinafikan sama sekali. Kalau tak, black-list ler jawabnya. Hurm..bab pendidikan percuma ni malas nak cerita. Depa cakap, "Bersyukurlah Malaysia masih aman!" Uhuk, aman ke kalau statistik jenayah meningkat hari ke hari? Huh!

Malaysia kaya!
Kaya dengan segala hasil bumi anugerah Allah. Petroleum, gas asli, balak, bijih timah, bijih besi, pertanian etc.
Tapi, segala kekayaan bumi ini dikaut masuk dalam poket perompak berkot, bertali leher.
Rakyat hanya tinggal hidu bau sendawa perompak ni saja. Banyak komplen, "Keluar dari Malaysia!".
titik.

Lensa Che Long: Malas nak pikir. Perjuangan mesti diteruskan! Go people, go!

Wednesday, September 18, 2013

Panduan Menyambung Pengajian Master of Science (MSc)

Bismillah..

Ya Allah, sukarnya terasa perjalanan ini. Tak semudah yang CL sangka langsung. Personaliti diri yang mudah terganggu fokus turut menyumbang kemerosotan pencapaian dalam menyempurnakan pengajian.
Allahurabbi, bantulah hamba-Mu ini.

Matlamat mahu selesai pengajian dalam masa setahun, kini tersasar dari landasan. Perut mula bergelora kencang. Badai yang menghempas dada terasa memberat. Terasa semuanya serba tidak kena.

********************************************************************************
Nasihatku buat yang mahu menyambung pengajian sarjana terutama dalam bidang kajian (research mode), sebelum anda mendaftar dan mula terlibat dengan dunia ini, SILA:-

1. Pilih projek/tajuk yang anda minat dan mampu buat berdasarkan pengalaman dan ilmu asas anda.
2. Bincang sedalam-dalamnya dengan bakal penyelia anda termasuk risiko yang bakal anda hadapi semasa menjalankan projek tersebut nanti. 
3. Bincangkan juga bersama bakal penyelia anda tentang aspek kewangan (samada penyelia mempunyai dana projek yang mencukupi atau tidak).
4. Buat analisis tentang kedapatan sumber-sumber yang mudah diperolehi atau tidak.
5. Letakkan matlamat akhir yang jelas. Samada anda mahu terlibat dalam dunia pendidikan atau dunia industri. Matlamat yang jelas akan banyak membantu anda untuk memandu perjalanan projek anda.
6. PALING PENTING! Jangan lupa buat istikharah! Kerana menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi merupakan suatu cabaran yang bukan mudah dan boleh dipandang enteng. Ia bakal mencorak kehidupan dan kerjaya anda untuk 10 tahun akan datang. Tiadalah kuasa yang paling agung dan lebih mengetahui qada dan qadar melainkan Allah s.w.t.

My Lab equipment

Lensa Che Long: Setiap kepahitan sebuah pengorbanan pasti akan berbuah kemanisan kejayaan, InsyaAllah!

Tuesday, September 17, 2013

Lempeng Tepung Beras

"Anda bujang dan sedang lapar? Malas nak keluar membeli di kedai atau warung?"
Ini dia.... Resepi 'simple yet healthy' orang Kelantan buat lempeng. 
Cuma CL modified sikit ikut selera sendiri. Masakan menggunakan tepung beras memang lembut.

BAHAN-BAHAN:-
Tepung beras (satu cawan)
Tepung gandum (1/4 cawan)
Telur (sebiji)
Air (1 1/2 cawan)
Bawang merah (2 ulas)
Garam (secukup rasa)
Esen vanilla (3 titik)
Serbuk milo/koko (secukup rasa)


CARA-CARA:-
1. Mayang atau kisar bawang merah. (Sesetengah anak-anak tak suka makan bawang, jadi amat berkesan jika bawang tersebut dikisar.)

2. Adunkan kesemua tepung beras, tepung gandum, telur, garam, air, bawang, esen vanilla dan serbuk koko. Kacau sehingga sebati dan hilang ketulan gandum.

3. Cairkan mentega dalam kuali panas dengan api sederhana. Masukkan adunan lempeng dan goreng hingga masak.

Tadaa!! Dah siap, boleh makan. 5 minit je..

Kalau ikut selera CL, akan cicah gula. Hehe, standard la tu orang Kelate punya taste. Kalau cicah dengan susu pun sedap gak. Atau maybe kalau nak english-taste sikit, tuang syrup yg boleh beli kat supermarket tu.

Lensa Che Long: Paling sedap makan as breakfast. Wangi, lembut dan sedap. Selamat mencuba.

Sunday, August 18, 2013

Mesir: Untungnya mereka. Ruginya kita.

Insiden berdarah bergolak kembali di Mesir. Setelah sekian lama Mesir mendambakan demokrasi yang akhirnya mereka dapati tika Presiden Morsi diangkat sebagai ketua negara, kini demokrasi yang rakyat Mesir pilih itu direnggut kasar oleh pimpinan kudeta yang sadis.

Tanpa belas kasihan terhadap saudara mereka sendiri. Bahkan di bulan Ramadhan dan Syawal yang mulia, tanpa segan-silu mereka tetap menghancurkan dada dan kepala saudara mereka dengan api, peluru,  gas beracun, molotov, bom dan segala jenis senjata yang membunuh. Sedangkan rakyat lemah tanpa senjata.
Rakyat sendiri ditindas dan dibunuh? Apa jenis kekejaman ini? Adakah sejarah jahiliyyah manusia sedang berputar kembali filemnya?

Lebih malang lagi, ada segelinitir 'manusia bodoh' yang menyalahkan demonstran. Kata mereka, memang patut tentera/polis membunuh demonstran/penyokong Morsi kerana mereka yang memberontak. Kata mereka lagi, demonstran ini sendiri yang memilih jalan celaka. Jalan kematian.

Sungguh mereka tidak sedar betapa jahilnya mereka akan hakikat sebuah kemerdekaan jiwa. Sungguh mereka tidak sedar betapa ketatnya ikatan tali penjajahan ke atas diri mereka. Hilang sudah jati diri mereka. Mereka seolah-olah tersihir oleh kekuasaan sementara musuh Allah. Mereka bagaikan lupa bahawa Islam itu untuk dipasak jauh ke dalam jiwa nurani dan bukannya hiasan di IC semata-mata.

Demonstran itu tidak rugi walau satu perkara pun. Sungguh! Hidup mereka kini hanya antara kemenangan (Presiden Morsi dikembalikan ke jawatan asalnya) ataupun mati syahid (dibunuh tentara as-Sisi laknatullah). Sungguh indah lakaran hidup mereka, "I'sy azizan, mut syahidan" yang membawa maksud "Hidup mulia, mati syahid".
Manis senyumannya menyambut panggilan syurga.

Tidak teringinkah kita untuk mati dalam husnul khatimah sebegini?

Mereka ditembak tapi masih tersenyum indah. Bagaikan peluru itu usapan bayu lembut dari syurga.

Sedangkan mereka yang mengatakan bahawa demonstran itu sebagai pemberontak, sebenarnya merekalah di pihak yang rugi. Sudahlah menghina perjuangan Islam, sesat dan hanyut pula dalam buaian perhiasan dunia. Harta yang bertimbun disimpan tanpa disalurkan infak pun untuk perjuangan Islam. Tenaga yang ada hanya dibazirkan untuk kepuasan nafsu duniawi semata. Padahal, kematian yang bakal menjemput mereka hanya membenarkan kain kafan dan amalan sahaja mengiringi ke liang lahad.

Di sini, inginku analogikan isu Mesir, Syria, Palestin dan lain-lain tempat yang bergolak seperti begini:-
"Apabila kita melihat isteri atau anak-anak kita hampir dirogol atau sedang dirogol di depan mata kita oleh penjenayah kejam, bukankah dayus jadinya jika kita tidak langsung bangkit menentang kejahatan itu? 
Jika kita tidak berdaya untuk berbuat apa-apa sekalipun, bukankah terlalu kejam diri kita ini jika tidak terbit sekelumit rasa benci dan marah sekalipun di hati kita terhadap kejahatan yang sedang berlaku di tubir mata kita?"

Jika melihat drama atau filem Hindustan, Korea atau Hollywood yang mengisahkan cinta terhalang antara hero dan heroin, mata kita mampu mengalirkan air mata tetapi untuk saudara seagama kita (sudah tentu hubungan ini lebih rapat dari hubungan kita dengan aktor dan aktres filem itu) yang tertindas kita masih pula sanggup mengeji mereka, sahlah kita seorang yang dayus dan tidak berperikemanusiaan! Haiwan pun mengasihi anaknya, kita manusia yang dianugerahi akal pula tidak mampu bertindak betul?

Qunut Nazilah. Marilah kita semua aminkan!
Untunglah mereka, ruginya kita..
Insaflah wahai insan, jika kita masih mampu tertawa dan senang hati dengan segala macam hiburan dunia sedangkan diri kita:-
1. Masih banyak dosa dan maksiat yang belum diampunkan Allah.
2. Masih terlalu jauh dari redha dan rahmat Allah.
3. Masih belum terjamin mendapat syafaat Rasulullah s.a.w.
4. Masih amat sedikit bekalan yang mampu dibawa ke akhirat abadi.
5. Masih kabur tentang tarikh kedatangan sakaratul maut yang pedih itu.
6. Masih kabur tentang dekatnya hari kiamat yang dijanjikan.
7. Masih jauh dari pintu taubat yang bakal dimakbulkan Allah.

Untunglah saudara kita yang sudahpun syahid dan menanti lambaian syurga di barzakh kini.
Malanglah kita yang masih bergembira dengan hiburan dunia sedangkan jerutan neraka sudah mendekat di batang leher kita.
Allahurabbi.. Marilah kita semua mencari redha Allah. Amin!



Lensa Che Long: We're muslim brotherhood! We stay live and die together until jannatullah invite us all! Allahuakbar! Sungguh, aku berdoa ya Allah, hidupkan aku sebagai seorang yang mulia dan matikan aku sebagai syuhada! Amin!!

Monday, July 29, 2013

RAMADAN: 10 malam terakhir, layakkah aku?

Bismillah..

20 Ramadan 1434H.
Maka malam ini adalah malam pertama. Malam pertama dari 10 malam terakhir Ramadhan. Alhamdulillah, masih diberi nikmat oleh Allah untuk menghirup udara Ramadhan pada tahun ini.

Namun, entah kenapa dada ini terasa sesak kali ini. Sesak mengingatkan betapa selesanya aku di sini jika dibandingkan dengan saudara-saudaraku di negara lain.
Masih mampu ke bazar pada waktu petang mencari juadah ifthor. Menikmati ayam percik, kuih akok, air tebu di waktu berbuka.
Masih mampu membaca al-Quran di dalam suasana rumah yang selesa walau hakikatnya sejuzuk sehari pun kadang-kadang tak mampu dihabiskan.
Masih mampu membawa beg tangan cantik untuk diisi kain telekung untuk solat terawih di masjid walau hakikatnya kadang-kadang solat tidak khusyuk pada Allah.
Masih mampu duduk bersila selesa di dalam masjid berhawa dingin untuk mendengar tazkirah Ramadhan selepas terawih walau hakikatnya ada juga pesanan tuan guru yang tidak lekat di kepala kerana fikiran ralit menerawang entah ke mana.
Masih mampu singgah di gerai-gerai tepi jalan dalam perjalanan balik dari terawih untuk membeli makanan ringan sebelum masuk tidur.
Masih mampu ber'chatting' dengan kawan-kawan lama dan 'update' status di facebook, blog dan twitter.
Masih mampu tidur nyenyak di tilam empuk. Masih mampu bermimpi indah-indah sehingga kadangkala terlepas waktu untuk bertahajud pada Allah.

Allahurabbi...Selesanya aku jika dibandingkan dengan saudara-saudaraku yang dalam peperangan, kesusahan dan penderitaan di Mesir, Palestin, Syria, Myanmar, Afrika dll..

Betapa tidak fokusnya hamba-Mu ini dalam mencari keredhaan-Mu ya Tuhan..
Betapa tidak layaknya diri ini untuk menggapai cinta dan syurga-Mu.
Betapa jauhnya taraf diri ini untuk digandingkan bersama Rasulullah s.a.w, para sahabat dan solihin yang lainnya.

Lailatul Qadar. Umurku sehari lagi genaplah 25 tahun. Sepanjang 25 tahun ini, rasanya belum pernah lagi aku bertemu dengan Lailatul Qadar. Alangkah ruginya aku. Allahurabbi.. Di sini, ingin ku kongsikan sedikit panduan mencari Lailatul Qadar. Semoga kita semua dipertemukan dengan malam yang mulia ini.

1. Formula:-
2 formula yang dipetik berkenaan jadual malam “Lailatul Qadar ” adalah dari Kitab Jauharul Mauhub”
Disebut dalam Hasyiyah Fathul Wahab,  "Jika awal puasa bermula pada hari Isnin, maka Lailatul Qadar adalah di malam ke 21″.
Ahli sufi pula mengatakan “Jika awal puasa bermula pada hari Isnin, maka  Lailatul Qadar adalah di malam ke 29″.

2. Bagaimana mahu dibangunkan pada Lailatul Qadar:-
  1. Masuk tidur dengan keadaan berwudhuk
  2. Sebelum tidur, baca surah Al-Kahf , Ayat 107- Ayat110 (4 ayat terakhir)
  3. Setiap ayat Al-Quran yang mulia ini, ada khadamnya (penjaga). Sebutlah..."Wahai Khadam ayat yang mulia ini, kejutkanlah aku pada sekian..sekian masa waktu ijabah"
  4. Insya-Allah pada waktu-waktu ijabah itulah, kita akan "dikejutkan". Masya-Allah..Allah Maha Berkuasa. 
  5. Apa nak buat bila terjaga? 
  6. a) Solat Sunat Wuduk    
    b) Solat Sunat Tahajjud (paling minima 2 rakaat)
    c) Solat Lailatul Qadar dan doa.


Guru KAFA Perlis (Ganti) - Bhg 2

Bismillah..

Sudah sebulan lebih CL menjadi guru KAFA ganti. Alhamdulillah, what a new experience in my life..

Anak-anak Darjah 4 yang menjadi tanggungjawab CL ini benar-benar mencabar. Kenakalan dan keaktifan mereka di dalam kelas membuatkan CL kadang-kadang jadi speechless. Kepada anak-anak didik CL yang rajin menghadirkan diri ke kelas KAFA, terima kasih sangat-sangat Ustazah ucapkan sebab sudi datang menimba ilmu dengan CL yang ilmu tak seberapa ini.

Sebelum Ramadan (waktu CL baru start mengajar kelas KAFA); Hafiz, Shahirah, Badrul, Amira, Syamimi, Sofia, Syahdam, Diana, dan Ilya antara yang cukup rajin ke kelas. Walau hakikatnya kelas ini sepatutnya dihadiri oleh 29 orang pelajar, namun dengan beberapa kerat pelajar ini pun CL sudah amat bersyukur. Penglibatan mereka dalam aktiviti pembelajaran cukup terbaik. Sekurang-kurangnya, kesedaran mereka untuk mendalami ilmu agama itu sudah membuatkan CL happy.. Celoteh mereka tak usah dikira. Memang banyak 'cakap dan tanya' sampaikan CL kadang-kadang tak sempat nak melayan. Kerap jugak minta izin nak keluar kelas minum air di water-cooler dan ke tandas. Huhu.. Dan apa yang pasti, bila disuruh menyalin nota atau membuat latihan banyak sikit, mulalah riuh sekampung. Tapi bila bab waktu rehat tiba, belum sempat CL bagi keizinan dah..
"Ustazah, kelas lain dah rehat dah. Kenapa kita tak boleh rehat lagi?" polos jer mereka bertanya walaupun hakikatnya waktu rehat lagi 5 minit.


"Marka/Awek/Pakwe/Makwe"
Yep, jangan terkejut bila dikatakan anak-anak suci ini dah kenal perkataan ini semua. Siap bermesej lagi dengan 'pakwe/makwe' mereka tu. Buktinya, depa tunjuk sendiri mesej di handphone tu kat CL.  Siap beristilah 'sayang-sayang' lagi. Allahurabbi, terkedu dibuatnya. Mana la diorang belajar semua ni?

Ada satu insiden pula berlaku di waktu rehat. Waktu tu CL tengah update laporan pengajaran di meja guru. Semua murid dah keluar rehat. Seorang murid lelaki Darjah 3 berlari laju melalui kelas CL dan 'papp!' ditampalnya satu kertas di papan pintu kelas Djh.4.. Terkejut CL. Bila check tengok, rupanya sekeping kad yang dibuat dari kertas A4 yang dipotong kecik dan terlukis di atasnya dua orang manusia (laki dan pompuan) tengah berpegang tangan dalam pakaian pengantin bertuliskan "Perkahwinan Zul dan Sofia". Uhuk! Kecik-kecik dah pandai tu.. CL cabut kad yang masih basah dengan gam 50sen tu dari pintu. Tak lama kemudian, murid lelaki tadi muncul kembali, nak check kad tu agaknya.
"Awak, mari sini kejap!" CL menguit dari jauh.
"Ye, ustazah?" tanya anak tadi polos sambil mendekat ke arah CL yang menunggu di muka pintu kelas.
"Awak ni Djh.3 kan? Kad apa ni? Awak nak kawen dengan Sofia ke?" CL menunjukkan kad yang ditampalnya tadi.
"Eh, bukan saya ustazah! Saya Amin.. Saya tolong Zul saja. Dia yang suka kat Sofia.." jawab anak tadi jujur.
"La...awak jadi posmen surat cinta pulak? Zul ni Darjah berapa orangnya? Kenapa dia suruh awak pulak?"
"Dia sekelas ngan saya, Djh 3. Dia malu, tu yang dia suruh saya.."
"Hm..gitu plak eh. Amin, lain kali jangan buat lagi ye. Kamu semua ni kecik lagi. Apa yang kamu buat ni salah, Allah tak suka. Allah suruh belajar dulu. Bila dah besar macam Ustazah baru pikir bab kawen-kawen ni.. Paham tak?" jelas CL panjang lebar sambil menggosok belakangnya.
"Ok ustazah." Terangguk-angguk anak itu sambil mula berlalu pergi. Faham ke tidak entah la. 

Semasa Ramadan:
Jadual KAFA sedikit berubah. Kelas terpaksa dianjakkan ke pukul 1 petang. Kiranya, selepas habis waktu sekolah pagi, anak-anak ini akan meneruskan kelas KAFA. Hasilnya, ramai murid yang CL jarang atau tak pernah nampak sebelum ini memunculkan diri. Agak terkejut jugak CL nak mengawal satu kelas ni. Tahap keaktifan dan kenakalan anak-anak dalam kelas ini boleh diibaratkan seperti meningkat lebih 3 kali ganda gitu. Yang hairannya, CL tengok mereka agak mendengar kata sewaktu sesi sekolah pagi. Tidak bising seperti di kelas KAFA. Bunyi saja loceng tamat sesi sekolah, berdengung bunyi suara mereka semua. Ada juga yang cuba lari dari hadir ke kelas KAFA walaupun sudah diberitahu oleh pihak sekolah. Tak terkepung CL dibuatnya. Sabar je la..

Hasil 2 minggu mengajar KAFA dengan kehadiran murid melebihi 20 orang ini, suara CL hilang terus. Siap demam lagi sebab sakit kerongkong. Haha.. Memang tak tahan betul. Jeritan dan suara tinggi CL (rasanya dah guna suara yang paling kuat yang CL ada) dalam kelas senang saja ditenggelami dengan pekik suara anak-anak ini. Belum lagi dicampur dengan keletah mereka yang bertekak, mengusik, berlari, melompat, bermain batu seremban di dalam kelas. Aduhai, apa yang CL ajar di depan, hanya beberapa kerat saja yang fokus. Yang lainnya, sibuk dengan dunia masing-masing. Puas dilarang, dipujuk, sebentar saja kesannya. 

Kreatif, Inovatif, Kritis! Semua idea yang CL ada digunakan untuk menarik perhatian mereka untuk fokus dengan pembelajaran dalam kelas. Tayangan video, kuiz pop, ujian, persembahan lakonan, melukis, hadiah, dan bulatan kecil antara aktiviti yang CL adakan. Ada yang menjadi, ada yang tidak.

Insiden Merajuk: Ada satu insiden, CL betul-betul naik angin. Cuba bersabar dengan kerenah mereka, tapi gagal. Bersambung....


Lensa Che Long: Nak jadi pendidik ni, hati kena ikhlas dan sabar tinggi. Tak ada sabar, susah nak mewujudkan keikhlasan di hati guru. Tak ada ikhlas, ilmu yang diajar tak melekat di hati pelajar. 

Monday, July 8, 2013

Langgar, Lari Movie

Bukan CL kena langgar lari. Tapi tajuk movie terkini yang sedang panas di pasaran perfileman negara kita. Kat tempat CL kerja part-time, ada la 2,3 orang pekerja lelaki duk kecoh pasal movie ni. Katanya best la jugak. So, CL pun search la tengok movie apabenda ni.. Pelakon utama movie Langgar-Adiputra. Yang movie Lari pulak-Aaron Aziz. 

Well, bukan pelakon tu fokus CL kali ni. Selepas tengok movie tu, yang banyak aksi bergaduh, bertumbuk, bunuh, dsbg tu (erk, agak bosan jugak)... Pengajaran yang mungkin CL boleh extract dari movie-movie yang macam ni semua..

















1. Isu Gangsterisme
-CL percaya memang wujud isu gangsterisme ni di negara kita. Tengok sajalah berita di akhbar dan TV. Macam-macam jenis pembunuhan dilaporkan berlaku setiap hari. Itu yang dilaporkan. Yang tak dilaporkan, agak-agak mesti banyak lagi kan. Ada satu berita tu, mayat sedang berasap dijumpai di tepi jalan. Ada berita lain, mayat dijumpai terikat dengan tali dan dikelar-kelar badannya. Ada yang mayat dijumpai dipotong-potong badannya. Apa semua ni? Malapetaka apa yang sedang berlaku di negara kita ni sedangkan kita bukannya dalam keadaan perang seperti di Syria mahupun Mesir?

-Dalam movie tu, di'high-light'kan betapa berminatnya anak-anak muda kita untuk menyertai kumpulan-kumpulan gangster nih. Seolah-olah bila dapat join kumpulan-kumpulan gelap ni, mereka punyai kuasa untuk bertindak sesuka hati mereka. CL duk fikir kenapa diorang ni tak nak cari kerja-kerja halal?  Kenapa mesti cari kerja-kerja haram ni? Dah takde sangat ke peluang pekerjaan kat negara ni? Atau diorang yang terlalu memilih? 

-Apa yang CL perhatikan juga, kebanyakan yang terlibat dalam dunia gelap ni datangnya dari keluarga yang tidak berada. Masalah kewangan menjadi punca. Pendidikan tidak menjadi fokus utama walaupun mereka datang dari keluarga yang miskin. Benarlah kata cerdik pandai, "kemiskinan melampau boleh membawa kepada kekufuran". Kufur akan nikmat Allah. Mereka jadi tidak pandai untuk menggunakan segala nikmat Allah seperti pancaindera yang sempurna untuk mencari kerja-kerja yang halal. Dalam pemikiran mereka, hanya mahu hidup senang dan mewah dengan menghalalkan cara demi mencapai matlamat mereka.

-Semangat pergaduhan depa yang digambarkan dalam movie tu memang hebat. Terfikir CL, alangkah baiknya kalau semangat dan tenaga muda mereka ni disalurkan ke jalan yang betul seperti masuk askar ke, polis ke, atau jadi mujahidin di negara-nagara Islam yang sedang berperang sekarang ni ke. Takpun, jadi sukarelawan utk buat kerja-kerja bantu masyarakat di pendalaman ke. Tapi itu la, mungkin diorang takde pendedahan kot. Jadi, macam mana depa nak ada kesedaran.

2. Isu Dadah, Pelacuran, Arak, Judi
-Pergh..dalam movie ni memang unsur-unsur ni semua betul-betul di'high-light'kan. Yang sedihnya, kebanyakan yang menjadi mangsa benda ni semua adalah orang Melayu dan Islam. Ni semua memang berlaku depan mata kita sendiri. Turun je la KL waktu-waktu malam, bersepah manusia mencari hiburan sebegini rupa. Kelab malam, disko, pub, semua aktif mencari mangsa maksiat.

-Isu perdagangan manusia ni pun sekarang sedang berleluasa di negara kita. Abang atau ayah tak mampu bayar hutang, dijualnya anak perempuan mereka. Harga diri wanita seolah-olah seperti barang keperluan harian sahaja. Macam baju yang disalin setiap hari. Hari ni pakai baju 'si hidung mancung', esok pakai baju 'si putih mulus', lusa pakai baju 'si sawo matang'. Apa semua ni? Kenapa sampai begini sekali wanita diperlakukan di negara kita? Kalau macam ni, dah tak ada bezalah dengan wanita-wanita yang didera dan diseksa di negara-negara yang sedang berperang sekarang. Kalau beza pun, gadis-gadis mereka lebih rela mati syahid dari menyerahkan diri bodoh-bodoh kepada lelaki kejam di sana. Gadis-gadis kita di sini pula ada sesetengah tu sanggup jual badan demi beberapa keping not wang. 

-Arak, judi usah cakap lagi la. Memang berlambak-lambak. Di kedai 7-E pun kita boleh tengok ada botol-botol arak dijual secara terbuka. Macam mana la kita nak didik masyarakat kita kalau macam ni sistem negara kita? Cuba tengok pula kedai-kedai jual nombor ekor.. Kadang-kadang tu, keluar dari Watson beli losyen, bedak semua..tetiba kedai sebelah tu duk beratur 2,3 orang Melayu nak beli nombor ekor. Sebelah kedai Watson kat tengah-tengah bandar tue...Aduhai..

3. Isu Solat
-Dalam movie-movie ini jugak, digambarkan betapa asingnya golongan yang tersesat dalam kegelapan dunia ini dengan solat. Sedangkan solat itu tiang agama dan doa itu senjata mukmin. Kerana tidak solatlah menyebabkan kehidupan mereka jadi tidak tenang dan huru-hara. Akal mereka jadi singkat dan sukar membuat pertimbangan sewajarnya. Senang dirasuk nafsu amarah kerana terlalu lama bergelumang dengan pujuk-rayu syaitan. Sudah tentulah bila tidak solat, syaitan mendekat dan manusia pun terpikat.

-Cuba bayangkan eh, jika depa ni solat dengan sempurna, cukup 5 waktu sehari semalam. Agak-agak ada tak depa nak pergi tikam, bunuh, rogol orang sesuka hati? Minum arak, main judi, jual-beli pelacur semua..
Mestilah tak sebab depa akan rasa takut dengan balasan Allah. Bila depa faham maksud bacaan surah al-fatihah, depa akan gerun dengan kehebatan dan kekuasaan Allah. Depa akan teringat balasan Allah di akhirat dan hari kiamat nanti. Bila depa baca dan faham lagi bacaan-bacaan dalam rukuk, i'tidal, sujud, tahiyat, depa akan merasa kerdil di depan Allah. Depa akan terasa kenikmatan sebagai hamba Allah. Keindahan Islam yang menyelamatkan ini. Tapi itulah problemnya bila tak solat, mereka takkan sesekali merasai semua sensasi-sensasi nikmat ini. Sensasi keagungan, kegerunan, bahkan kasih-sayang Allah terhadap mereka. Allahurabbi..


SOLUSI
Masyarakat perlu diperkenalkan dengan nilai dan unsur Islam yang akan membimbing jiwa-jiwa mereka untuk kental dalam menghadapi setiap ujian kehidupan ini. Sistem negara kita perlu diubah. Sistem yang mesra rakyat dan sistem menyuburkan ruhiyyah masyarakat perlu diterapkan dalam negara kita, barulah negara kita akan benar-benar harmoni dan makmur. Dan masyarakat perlu menyerap sistem positif ini untuk kebaikan masing-masing.

Kalau kita asyik menekankan unsur materialistik dalam hidup masyarakat, itulah yang melahirkan warganegara yang mementingkan diri sendiri dan melupakan akhirat. Masyarakat takkan mampu berubah tanpa kerjasama kerajaan. Dan kerajaan takkan mampu diubah tanpa kerjasama masyarakat. Kita perlu saling berganding bahu.

Guru, pegawai, pembikin filem, pemuzik, penyanyi, pelakon, doktor, peguam, jurutera, jemaah menteri, perdana menteri, ahli politik, NGO, peniaga, petani, nelayan, kakitangan awam dan swasta, semua kena berkerjasama untuk negara ini menjadi lebih baik dan mencapai redha Allah s.w.t. Kita bukannya hidup untuk selama-lamanya. Kita pasti mati. Kehidupan selepas mati itulah yang menjadi pokok persoalan kehidupan kita di dunia sekarang. Bekalan yang bagaimana kita nak sediakan untuk masa depan akhirat kita. Neraka atau syurga. Murka atau redha Allah. 


Lensa Che Long: Rasa kasihan, sedih, kecewa membuak-buak di dalam hati ini mengenangkan betapa naifnya masyarakat negara ini akan hakikat dunia ini. Belum lagi cerita isu murtad dan ajaran sesat, neh, hurm...Teruk sangat dah negara kita ni.
Jom, kawan-kawan semua kita bersama-sama menuju redha Allah!

Tuesday, June 25, 2013

Guru KAFA Perlis (Ganti)

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.

::PERMOHONAN::
Dua bulan yang lalu, CL ada hantar borang permohonan untuk menjadi guru KAFA ke JAIPs (Jabatan Agama Islam Perlis). Sebenarnya tak mengharap sangat pun untuk dapat tawaran sebab terang-terang dalam borang tu dah tulis 'keutamaan diberikan kepada anak Perlis'. CL bukan orang Perlis walaupun dah bermukim di sini dekat 6 tahun. Tapi, kita cuba je la kan. Mana tahu ada rezeki. 

Sebenarnya, CL dapat maklumat dari seorang kawan yang mengajar KAFA tentang permohonan jawatan ni boleh apply bila-bila masa ja. Katanya, kalau zaman SPM dulu dapat result Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Tinggi yang cemerlang jadi bolehlah try apply. Alhamdulillah, dulu CL dapat cemerlang, so tanpa berlengah CL ke JAIPs mintak borang kosong, isi, dan hantar. Staf kat JAIPs tu cakap, kalau CL lulus saringan pegawai diorang, CL akan dipanggil untuk interview. Kalau lulus interview tu, InsyaAllah dapat la kerjanya.

Tup-tup, awal bulan Jun lepas, CL dapat call dari JAIPs tanya samada CL nak ke tak terima tawaran jadi guru KAFA ganti di sebuah sekolah rendah.. Tak fikir lama, CL accept je tawaran tu. So, diorang pun mintak CL terus datang amik surat tawaran di ofis diorang dan CL diarahkan untuk melapor diri di sekolah yang ditetapkan tu pada minggu seterusnya. Fuh, memang excited! At the same time, rasa bersyukur sangat-sangat. Doa CL dimakbulkan, alhamdulillah. Senang je dapat. Takde interview apa pun, mungkin jugak CL bernasib baik sikit kali ni. Actually, CL memang tengah perlukan duit lebih sikit sekarang untuk tampung kehidupan menjadi student Master yang tak dapat elaun sara diri (MyMaster bayar yuran pengajian saja), so offer dari JAIPs tu memang amat membantu walaupun sebagai guru ganti. Ganti pun gantilah.. Kalau ada rezeki, boleh jadi permanent, mana tahu kan...

::BAYARAN ELAUN::
Actually, elaun guru KAFA di Perlis ni dibayar RM800/bulan. Tapi, disebabkan CL ni masih status guru ganti so JAIPs bayar RM20 sejam. Maksimum jam CL kena ajar dalam sebulan ialah 36jam. Seminggu ada 3 sesi kelas. So, kalau congak-congak, ada ler dalam RM720 dapat kalau penuh kelas buat dalam bulan tu.  Tapi, dalam surat tawaran tu cakap CL hanya akan ganti untuk tempoh sebulan je, iaitu dari 10 Jun hingga 31 Julai 2013. So, mungkin dapat cover pendapatan waktu bulan puasa je la (kedai makan yang CL kerja part-time tu tak perlukan ramai pekerja sangat waktu bulan Ramadhan ni nanti).

Anyway, tak kesahlah berapa pun dapat. Yang penting, buat kerja ikhlas kerana Allah. Tambah-tambah lagi bila buat kerja menyampaikan ilmu agama ni. Kalau tak ikhlas, silap hari bulan apa yang CL ajar kat anak murid satu pun tak lekat di hati mereka. Kang tak pasal-pasal pulak CL buat kerja sia-sia. Penat je dapat, pahala tak dapat, tak best la gitu kan...


*******
Petang hari Isnin pada minggu ke-2 bulan Jun, CL pecut kuda perang a.k.a motosikal kesayanganku ke sekolah tu. Alhamdulillah, CL agak fasih jalan nak ke sekolah tu sebab zaman degree dulu memang duk lalu-lalang kot kawasan tu. Sek.Keb.Panggau, here I come!! Sekolah ni duk dalam kawasan Kangar, area DUN Kayang. Dalam 7 minit nak sampai dari rumah sewa baru CL di Taman Seri Pulai.

Bila dah sampai, 1st thing yang CL fikir, 'Kecik je sekolah ni rupanya tapi kemas'. Setiap darjah, hanya ada satu kelas je. Sebijik sama macam sekolah rendah CL zaman dulu-dulu. Biasalah, sekolah kampung...standard-lah satu darjah, satu kelas.

CL menuju ke ofis sekolah. Dah lengang. Ramai budak-budak dah balik. Ofis pun lengang jugak, ramai guru-guru dah balik agaknya. Waktu tu dah jam 2 petang. Ada sorang cikgu tegur dan bawak CL ke bilik Guru Besar(GB). Nervous plak rasa.. Tak tahu la samada kena terus mengajar ke camne..

::LAPOR DIRI::
Bila tunjuk surat tawaran dari JAIPs kat GB, dia terkejut! Katanya, dia tak tahu apa-apa pun pasal JAIPs akan hantar guru KAFA baru. Katanya, semua jawatan guru KAFA dah pun penuh. CL masa tu memang cuak sungguh! Biar betul! Takkanlah JAIPs silap taip nama sekolah pulak kan.. Huhu, memang nak nanges dah rasa masa tu. Rasa kulit muka ni tebal 10 inci, malu rasa dengan GB tu.

Alhamdulillah, GB pantas bertindak. Dia call sorang Ustazah (K.Shimah) yang bertanggungjawab bahagian KAFA sekolah tu. Dari butir perbualan diorang tu, CL dapat agak yang ustazah tu pun tak tahu jugak tentang apa-apa pertukaran guru. Uhuk, lagilah cuak dibuatnya! Tapi, ustazah tu datang jugak ofis untuk setelkan hal ni. TQ ustazah.. comey je orangnya ustazah ni walaupun jauh lebih tua dari CL.

Akhirnya, setel masalah. Rupa-rupanya, jawatan guru KAFA yang CL bakal sandang memang pun kosong. Jawatan tu asalnya dipegang oleh sorang Ustaz nama Lukman. Rupa-rupanya Ustaz Lukman ni lepasan STAM (muda lagi dari CL orangnya). Dia dapat offer sambung belajar ke peringkat ijazah. Ralatnya, ustaz ni tak inform pada K.Shimah tentang pemberhentian dia tu. Dia gi inform kat ustazah lain, tu yang jadi pihak sekolah duk ingat dia masih mengajar. Tapi, heran gak.. Macam mana pulak JAIPs boleh tahu, tapi sekolah tak tahu, hurm... Maybe sebab sebelum tu ada cuti sekolah, so ada banyak benda yang pihak sekolah tak sempat alert. Maybe, just maybe..

Anyway, confirm-lah CL selaku guru KAFA ganti tu. Bertambah-lah lagi satu kerja part-time CL selain daripada kerja sebagai pembantu kedai makan di Ummi Corner. Apapun, alhamdulillah..

::MASA MENGAJAR::
Bila dah setel semua, CL ingatkan dah kena start ngajar KAFA terus tapi tidak ler begitu... Kat sekolah tu, KAFA dijalankan pada hari Selasa, Khamis dan Jumaat. Lega la jugak rasa. Masa pulak dari 3-6 petang, so total masa mengajar adalah 3 jam. So, kira okey la kan.. Pagi-pagi, boleh la CL duk bersarang dulu di kluster buat research Master yang belum habis tu. Lepas habis mengajar, boleh pulak ke kedai makan sambung kerja part-time sampai malam. Eheh, banyaknya kerja CL kan...? 'Tak penat ke?'-ada kawan CL tanya. Of coz la penat kawan, tapi apa nak buat..Bertahanlah dulu sementara ada kudrat ni lagi. Apapun, alhamdulillah, ujian Allah ni semua untuk CL bangkit jadi lebih hebat di masa depan Insya-Allah..

::SILIBUS KAFA::
Silibusnya, standard la. Kena ajar Quran, Sirah, Tauhid, Akhlak, Ibadat, Jawi dan Bahasa Arab. Bahan-bahan mengajar belum diberi lagi sebab semuanya ada sorang ustazah ni yang pegang. CL ditugaskan ganti kelas Ustaz Lukman which is Darjah 4 Arif... CL masih ingat lagi pesanan K.Shimah dan GB sebelum CL balik petang tu,
"Awak jangan lembut sangat dengan budak-budak tu. Jangan dibiarkan sangat, nanti besar kepala mereka tu. Degil-degil mereka tu semua. Biasalah, mungkin sebab depa dari kampung-kampung dan kawasan PPRT." 
Takut pulak rasa, bila diberi peringatan sebegitu. Teruk sangat ke budak-budak tu? CL cuba jugak tepis segala prasangka buruk yang terlintas di hati. Mana boleh su'u zhon sedangkan kita tak tahu apa-apa lagi kan.. Tambah-tambah lagi, CL bakal jadi ustazah. Takkanlah nak buruk sangka tak pasal-pasal kan..

So, pengalaman CL sebagai guru KAFA akan disambung ke post seterusnya...Ehehe, tunggu.

Lensa Che Long: Best jugak mengajar budak-budak ni. Boleh praktis sebelum jadi lecturer sebenar nanti. Boleh gak praktis cara-cara nak didik anak-anak bila dah jadi ibu nanti (kalau ada anak la..ehehe).
There was an error in this gadget

Follow by Email