Skip to main content

Cinta Pendosa (Part 2)

"Mimi.. La tahzan. Jangan sedih.." Tenang Aida menuturkan bicara. Mimi sekali lagi termanggu dengan tutur kata Aida. Begitu aneh rasanya ungkapan itu buat situasi dirinya kini.

"Mimi nak tahu tak kenapa Allah bagi awak perasaan tersepit ni?" Aida cuba menyelami isi hati gadis di depannya itu. Mimi hanya diam tak berkutik, bulat matanya menunggu.

"Sebab... Allah sayangkan awaklah dia campakkan rasa tu dalam hati awak. Mimi sebenarnya beruntung tau, sebab Allah masih lagi beri peluang untuk rasa bertaubat pada-Nya. Perasaan yang hadir dalam hati Mimi tu sebenarnya adalah fitrah.." 

"Apa maksud akak? Fitrah? Saya tak faham." Mimi akhirnya meluahkan apa yang tersimpul di hati.

"Kalau Mimi nak tahu, setiap manusia yang diciptakan ke dunia ni dibekalkan dengan fitrah untuk rasa bertuhan. Fungsi fitrah nilah yang akan pandu manusia supaya dapat membezakan antara baik dan buruk. Dosa dan pahala. Sebagai contoh, pernah tak bila Mimi buat salah seperti tinggal atau lewatkan solat, hati Mimi diganggu dengan satu rasa yang amat tak selesa? Masa tu, jiwa kita seolah-olah berperang antara tunduk dengan nafsu atau cepat-cepat memperbaiki kesalahan kita tu?"

"Pernah." Pendek jawapan Mimi, masih belum faham poin sebenar Aida.

"Jadi akak nak tanya, Mimi pernah tak rasa macam tu bila duk berhubung dengan si 'dia' tu?" Kali ini, Aida bertanya terus bertapis lagi.

"Erm... Ada kak. Bab ni memang saya tak boleh nafikan, perasaan bersalah tu memang ada. Masa tengah syok dating, sms atau call 'dia', rasa seronok dan bahagia memanglah ada, tapi lepas tu je hati saya rasa lain macam. Rasa bahagia tapi seksa. Kadang tu, jadi confuse dengan perasaan saya sendiri. Itu ke fitrah yang akak maksudkan?" Berkerut-kerut dahi Mimi bercerita situasi dirinya.

Aida hanya tersenyum dan mengangguk perlahan. Dia lega dan bersyukur kerana akhirnya gadis polos itu memahami apa yang mahu disampaikannya. 

"Kalau Mimi nak tahu, perasaan bahagia tapi seksa tu takkan hadir kalau Mimi tengah buat benda yang betul dan diredhai Allah. Sebagai contoh, bercinta selaku suami isteri. Berkasih-sayang antara ibu-bapa dan anak. Bermesra antara adik-beradik. Berukhuwwah antara kawan sejantina. Simple kan?" Aida menjelaskan lagi.

"Sebab tu akak cakap Mimi sebenarnya beruntung kerana masih dipilih Allah untuk diberi hidayah-Nya. Tak ramai tau yang boleh hadir perasaan macam tu.."

Mimi terangguk-angguk mengiakan.

"Tapi akak cakap tadi fitrah yang Allah bagi tu ada dalam diri setiap manusia. Macam mana pulak boleh ada yang tak dapat fitrah tu kak?" Hampir bertaut kening lebat Mimi kerana menghadam isi perbualan kali ini. Kepalanya terteleng sedikit ke kiri tanda hatinya digaru persoalan. 

Aida bangga dengan gadis ini. Dia seorang gadis yang cerdas dan cintakan ilmu. Buktinya, dia tidak menerima bulat-bulat ilmu yang baru diterimanya tetapi pantas menganalisis. Beruntungnya ummah ini jika mempunyai ramai muslimah secerdas ini. 

"Memang betul, setiap manusia dibekalkan dengan fitrah ni. Tapi... Jika dia terus-menerus membiarkan dirinya dalam gelumang maksiat dan dosa tanpa mempedulikan jentikan-jentikan peringatan daripada fitrahnya, maka hatinya akan mula gelap dan kelam. Semakin gelap hatinya, semakin sukarlah untuk fitrah dan nur bernafas dalam dirinya. Dalam Quran pun ada sebut, hidayah itu untuk orang yang mencarinya. Kalau tak cari, tak dapatlah. Contohnya macam Mimi sendiri, at least Mimi berusaha untuk selesaikan masalah hati, sebab itulah fitrah Mimi masih tebal dalam hati Mimi." Aida cuba menjelaskan sebaiknya kepada Mimi. 

"Oh, macam tu... Baru saya faham." Terangguk-angguk kepala Mimi. Air mukanya juga sudah berubah cerah. Sudah tidak mendung seperti mula-mula dia datang ke bilik Aida tadi.

"Nah, makanlah kerepek ni! Dari tadi asyik bercerita aje. Tak kering tekak ke? Nak air?" pelawa Aida ramah sambil menghulurkan botol yang mengandungi kerepek ubi.

"Eh, takpe kak! Saya ok je. Kesian kat akak la, saya ni ganggu akak study aje.." Keluh Mimi perlahan sambil melirik matanya melihat selerakan kertas dan buku di meja Aida.

"Takdelah. Tak ganggu pun. Akak pun dah start mengantuk menghadap laptop ni dari tadi lagi. Elok juga awak datang borak-borak ni, hilang ngantuk akak. Hehe.."

"Erm, tq kak. Cuma, satu hal lagi la saya nak tanya pendapat akak. Apa caranya yang patut saya buat untuk lupakan 'dia' tu?" Nekad suaranya kali ini bertanya. 

"Hm..Akak ni takde la expert jugak bab-bab ni. Tapi akak rasa antara cara yang paling asas untuk delete kenangan dengan 'dia' tu, the first step is Mimi kena buat solat taubat! Then, awak kena buang segala barang yang berkaitan dengan dia. Especially, hadiah-hadiah yang dia pernah bagi.. Dan satu lagi, paksa diri untuk sibuk dengan perkara-perkara yang berfaedah. Zikrullah, istighfar, selawat. Walaupun usaha ni mungkin amik masa tapi Mimi kena istiqamah kalau betul Mimi nak berubah." 

"Hm, insya-Allah kak. Saya akan cuba buat yang terbaik. Saya betul-betul nak berubah kali ni! Doakan saya ye kak." Terselit keazaman di suaranya.

"Insya-Allah akak akan doakan selalu. Ha! Sebut pasal doa, akak nak share satu doa dengan Mimi."

"Doa apa kak?" Mimi jelas berminat.

"Doa ni khas untuk situasi Mimi sekarang ni. Akak pernah amalkan doa ni dan Alhamdulillah menjadi. Amalkan di setiap kali lepas solat. Doa ni, ustazah akak
yang kongsikan. Doanya bunyi macam ni,

Ya Allah jika benar perasaan ini hadir semata-mata kerana cintaku pada-Mu, maka Kau     rahmatilah perasaan ini,
Jika perasaan ini hadir semata-mata nafsuku semata, maka Kau jauhkanlah perasaan ini,
Ya Allah jika benarlah 'dia' jodohku yang Engkau tentukan, maka Kau permudahkanlah     urusan jodoh ini,
Jika 'dia' bukanlah jodohku yang Engkau tentukan, maka Kau jauhkanlah dia dariku."

"Bagus ya doanya kak. Tapi, akak pernah amalkan doa ni? Akak pun pernah alami situasi macam saya ke?" tanya Mimi lagi.

"Mimi, selagi mana kita dikurniakan Allah dengan perasaan, selagi itulah kita tak dapat lari dari situasi-situasi yang macam ni," Aida cuba untuk mengelak dari membuka cerita silamnya.

"Ala kak, share la sikit. Mana tahu boleh jadi pedoman untuk Mimi ke.." 

"Malu sebenarnya akak nak cerita bab-bab gini. Tapi sebagai iktibar, akak cerita la sikit. Hm, macam mana nak start ek?" Jari Aida mengetuk-ngetuk botol kerepek ubi yang dipegangnya sambil cuba mengingat kembali memori lama yang semakin kabur dari ingatannya sendiri.

"Zaman sekolah dulu, akak pun pernah minat seorang lelaki ni. Tapi akak tak pernah luahkan, hanya minat dari jauh je. Apa yang akak ingat, setiapkali terserempak dengan dia hati akak mesti rasa berdebar-debar dan excited semacam. Tambah-tambah pulak kami satu persatuan, lagilah kerap bertembung. Hati akak masa tu memang seksa tak tahu nak handle macam mana dah. Boleh kata, setiap masa asyik teringatkan dia saja walaupun tak pernah bercakap. Bahkan waktu solat, baca Quran dan study pun wajah dia duk menari-nari depan akak. Macam orang sasau pun ada akak masa tu. Sampailah satu hari tu, Allah buka jalan kat akak. Ustazah akak ada bawak dalam usrah mingguan sekolah tentang isu cinta dan jodoh dalam Islam. Di situlah akak dapat doa yang akak cakap tadi dan akak terus amalkan." 
Taubat nasuha itu indah dan menenangkan.

"Kemudian apa jadi kak?" Mimi semakin berminat nampaknya.

"Akak amalkan doa tu sungguh-sungguh. Setiapkali lepas solat, akak tak pernah lupa baca doa tu. Alhamdulillah, doa akak Allah makbulkan. Entah mengapa, perasaan akak makin lama makin hilang dengan sendirinya. Walaupun makin kerap bertembung dalam persatuan, perasaan akak dah berubah menjadi tenang. Akhirnya akak bebas dari seksaan perasaan berdebar, rindu, sasau tu dan boleh fokus pada hidup akak. Akak rasa syukur sangat-sangat. Nak tahu kenapa? Sebab prinsip cinta akak untuk lelaki ni hanyalah untuk yang halal saja. Sebab tu, akak amat takut kalau-kalau akak kalah dengan godaan hawa nafsu sendiri. Sejak tu jugak, akak tambah yakin bahawa Allah itu sebenar-benar Pencinta dan tempat bergantung harap." Panjang lebar Aida bercerita.

"Wah, bestnya akak.. Saya pun nak jadi gitu jugak la. Doakan saya ye kak.." 

"Insya-Allah. Allah tu Maha Pengasih dan Maha Pendengar.." 

Dari kejauhan, terdengar suara bilal melaungkan azan dari surau kolej kediaman mereka menandakan masuknya waktu Asar. Ralit sungguh mereka berbual. Aida mengajak Mimi solat berjemaah di biliknya kerana sudah tidak sempat ke surau. Kemudian mereka bersama-sama ke kafe membeli makan malam.

Dalam keriangan bergurau-senda dalam perjalanan balik ke blok kediaman dari kafe, Mimi tiba-tiba mencuit lengan Aida sambil menunjukkan isyarat kecil ketika berselisih dengan seorang pelajar lelaki dari arah bertentangan. Pelajar itu tersenyum kecil ke arah mereka. Mimi nampak gelisah dan mengalihkan pandangannya. Setelah berpapasan dengan pelajar lelaki itu, Aida sempat melihat Mimi mengesat tubir matanya yang kelihatan berair dan merah. Tiada lagi gelak ketawa. Aida faham kini itulah si 'dia' yang dimaksudkan Mimi ketika bercerita dengannya petang tadi. Aida hanya mengusap-usap perlahan bahu gadis manis di sebelahnya. Mereka diam sepanjang perjalanan. 

'Akak doakan kau teguh dan sabar menghadapi mehnah dan fitnah dunia ni dik. Akak akan terus menyokong perjuanganmu menuju redha Allah. Semoga Allah membantumu dan membantuku. Sungguh, Allah itu bersama orang-orang yang sabar dan mencintai sang pendosa yang bertaubat kepadanya.' Bisik Aida dalam hatinya.


::END::

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman DPLI UNISZA 2018

Hulamak hui.. Lamanya tak blogging. Rindu betul nak menulis dan meluah di sini. Sejak kahwin 2014 dulu, kemudian dianugerahkan anak seorang, 2018 inilah  tulisan yang terbaru. Biasanya asyik update FB atau IG je. Blog ni pun dah 'bersawang' molek dah ha.. Rasa nak menulis balik ni pun, sebab termotivasi selepas 2 hari lepas berderet kelas tanpa henti. Terinspirasi dengan cerita-cerita motivasi daripada para pensyarah. Alhamdulillah, keputusan sambung belajar DPLI di Unisza ni moga-moga Allah permudahkan segala urusannya dan membuahkan yang terbaik untuk masa hadapan, amin.. Masa mula-mula dapat tahu tentang permohonan DPLI dibuka kepada umum, saya memang teruja bukan main lagi. Sebab dah bertahun-tahun lamanya saya survey tentang program ni. Sejak selepas bergraduasi pada tahun 2011 lagi, saya cuba untuk memohon program KPLI dan DPLI ini malangnya tidak dibuka program tersebut di mana-mana IPT. Pada awalnya, saya teringin untuk memohon program DPLI UM, tapi apabila memi

Temuduga Guru KAFA

Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah hampir setahun bergelar guru KAFA ganti/kontrak. Tahun 2013 CL mendapat tawaran sebagai guru KAFA ganti yang akan diperbaharui kontrak setiap dua bulan. Tahun 2014 ni pula, kontrak diperbaharui setiap tiga bulan. Ok la tu.. JUN-DISEMBER 2013 CL mengajar di sekolah kawasan kampung. Agak sedih berpisah dengan mereka sebenarnya. Anak-anak yang comel telatah mereka, walaupun kadang-kadang agak nakal. Apakan daya, keputusan bukanlah di tangan sendiri. MAC 2014 CL ditawarkan sekali lagi mengajar KAFA. Kali ni, di sekolah kawasan bandar dan kebetulan berdekatan dengan rumah sewa dan kluster tempat research. Suasana memang berbeza. Keletah anak-anak juga berbeza. Kemahiran yang diperlukan untuk mendidik anak-anak juga berbeda. Semuanya harus lebih moden, kreatif dan up-to-date. Cabaran sungguh! ::TEMUDUGA BERTULIS:: Sebelum start mengajar di sekolah tu, CL kena lalui satu temuduga bertulis. Masa yang diberikan untuk jawab satu paper tu sejam seteng

Kebaikan Batu Tawas dan Hibka Powder

Bosan dengan baju kat bahagian armpit (nama manja ketiak ) jadi kuning dan keras disebabkan pemakaian deoderant? Stress sebab armpit jadi hitam berdaki?  Nak kembalikan warna natural armpit? Nak hilangkan bau teng*k armpit disebabkan peluh? Ha, lemme tell you da solution of this problemo yar.. 1. Hibka Powder Dah lama dah bedak ni wujud sebenarnya cuma orang zaman sekarang tak berapa nak kenal. Pakai kat mana? Kat armpit lor.. Tekstur bedak ni kasar sikit. Dia ada dua jenis. Warna putih dan kuning. Dia ada dalam bentuk paket ataupun botol. So, boleh pilih ikut suka yang mana berkenan. Jika CL suka beli yang warna putih dan dalam botol. Senang, takde la tumpah2. Bagus sangat produk ni. Walaupun dia jauh lebih murah daripada produk2 komersial deoderant yang ada tu, efeknya jauh lebih bagus. Harga yang dalam paket dalam RM1 - RM2 je. Kalau dalam botol pulak dalam RM3++ je. Nak beli kat mana? Beli je kat kedai-kedai jamu. Kalau kat Kangar ni ada satu kedai kat belakang