Teman-temanku

Google+ Followers

Monday, July 8, 2013

Langgar, Lari Movie

Bukan CL kena langgar lari. Tapi tajuk movie terkini yang sedang panas di pasaran perfileman negara kita. Kat tempat CL kerja part-time, ada la 2,3 orang pekerja lelaki duk kecoh pasal movie ni. Katanya best la jugak. So, CL pun search la tengok movie apabenda ni.. Pelakon utama movie Langgar-Adiputra. Yang movie Lari pulak-Aaron Aziz. 

Well, bukan pelakon tu fokus CL kali ni. Selepas tengok movie tu, yang banyak aksi bergaduh, bertumbuk, bunuh, dsbg tu (erk, agak bosan jugak)... Pengajaran yang mungkin CL boleh extract dari movie-movie yang macam ni semua..

















1. Isu Gangsterisme
-CL percaya memang wujud isu gangsterisme ni di negara kita. Tengok sajalah berita di akhbar dan TV. Macam-macam jenis pembunuhan dilaporkan berlaku setiap hari. Itu yang dilaporkan. Yang tak dilaporkan, agak-agak mesti banyak lagi kan. Ada satu berita tu, mayat sedang berasap dijumpai di tepi jalan. Ada berita lain, mayat dijumpai terikat dengan tali dan dikelar-kelar badannya. Ada yang mayat dijumpai dipotong-potong badannya. Apa semua ni? Malapetaka apa yang sedang berlaku di negara kita ni sedangkan kita bukannya dalam keadaan perang seperti di Syria mahupun Mesir?

-Dalam movie tu, di'high-light'kan betapa berminatnya anak-anak muda kita untuk menyertai kumpulan-kumpulan gangster nih. Seolah-olah bila dapat join kumpulan-kumpulan gelap ni, mereka punyai kuasa untuk bertindak sesuka hati mereka. CL duk fikir kenapa diorang ni tak nak cari kerja-kerja halal?  Kenapa mesti cari kerja-kerja haram ni? Dah takde sangat ke peluang pekerjaan kat negara ni? Atau diorang yang terlalu memilih? 

-Apa yang CL perhatikan juga, kebanyakan yang terlibat dalam dunia gelap ni datangnya dari keluarga yang tidak berada. Masalah kewangan menjadi punca. Pendidikan tidak menjadi fokus utama walaupun mereka datang dari keluarga yang miskin. Benarlah kata cerdik pandai, "kemiskinan melampau boleh membawa kepada kekufuran". Kufur akan nikmat Allah. Mereka jadi tidak pandai untuk menggunakan segala nikmat Allah seperti pancaindera yang sempurna untuk mencari kerja-kerja yang halal. Dalam pemikiran mereka, hanya mahu hidup senang dan mewah dengan menghalalkan cara demi mencapai matlamat mereka.

-Semangat pergaduhan depa yang digambarkan dalam movie tu memang hebat. Terfikir CL, alangkah baiknya kalau semangat dan tenaga muda mereka ni disalurkan ke jalan yang betul seperti masuk askar ke, polis ke, atau jadi mujahidin di negara-nagara Islam yang sedang berperang sekarang ni ke. Takpun, jadi sukarelawan utk buat kerja-kerja bantu masyarakat di pendalaman ke. Tapi itu la, mungkin diorang takde pendedahan kot. Jadi, macam mana depa nak ada kesedaran.

2. Isu Dadah, Pelacuran, Arak, Judi
-Pergh..dalam movie ni memang unsur-unsur ni semua betul-betul di'high-light'kan. Yang sedihnya, kebanyakan yang menjadi mangsa benda ni semua adalah orang Melayu dan Islam. Ni semua memang berlaku depan mata kita sendiri. Turun je la KL waktu-waktu malam, bersepah manusia mencari hiburan sebegini rupa. Kelab malam, disko, pub, semua aktif mencari mangsa maksiat.

-Isu perdagangan manusia ni pun sekarang sedang berleluasa di negara kita. Abang atau ayah tak mampu bayar hutang, dijualnya anak perempuan mereka. Harga diri wanita seolah-olah seperti barang keperluan harian sahaja. Macam baju yang disalin setiap hari. Hari ni pakai baju 'si hidung mancung', esok pakai baju 'si putih mulus', lusa pakai baju 'si sawo matang'. Apa semua ni? Kenapa sampai begini sekali wanita diperlakukan di negara kita? Kalau macam ni, dah tak ada bezalah dengan wanita-wanita yang didera dan diseksa di negara-negara yang sedang berperang sekarang. Kalau beza pun, gadis-gadis mereka lebih rela mati syahid dari menyerahkan diri bodoh-bodoh kepada lelaki kejam di sana. Gadis-gadis kita di sini pula ada sesetengah tu sanggup jual badan demi beberapa keping not wang. 

-Arak, judi usah cakap lagi la. Memang berlambak-lambak. Di kedai 7-E pun kita boleh tengok ada botol-botol arak dijual secara terbuka. Macam mana la kita nak didik masyarakat kita kalau macam ni sistem negara kita? Cuba tengok pula kedai-kedai jual nombor ekor.. Kadang-kadang tu, keluar dari Watson beli losyen, bedak semua..tetiba kedai sebelah tu duk beratur 2,3 orang Melayu nak beli nombor ekor. Sebelah kedai Watson kat tengah-tengah bandar tue...Aduhai..

3. Isu Solat
-Dalam movie-movie ini jugak, digambarkan betapa asingnya golongan yang tersesat dalam kegelapan dunia ini dengan solat. Sedangkan solat itu tiang agama dan doa itu senjata mukmin. Kerana tidak solatlah menyebabkan kehidupan mereka jadi tidak tenang dan huru-hara. Akal mereka jadi singkat dan sukar membuat pertimbangan sewajarnya. Senang dirasuk nafsu amarah kerana terlalu lama bergelumang dengan pujuk-rayu syaitan. Sudah tentulah bila tidak solat, syaitan mendekat dan manusia pun terpikat.

-Cuba bayangkan eh, jika depa ni solat dengan sempurna, cukup 5 waktu sehari semalam. Agak-agak ada tak depa nak pergi tikam, bunuh, rogol orang sesuka hati? Minum arak, main judi, jual-beli pelacur semua..
Mestilah tak sebab depa akan rasa takut dengan balasan Allah. Bila depa faham maksud bacaan surah al-fatihah, depa akan gerun dengan kehebatan dan kekuasaan Allah. Depa akan teringat balasan Allah di akhirat dan hari kiamat nanti. Bila depa baca dan faham lagi bacaan-bacaan dalam rukuk, i'tidal, sujud, tahiyat, depa akan merasa kerdil di depan Allah. Depa akan terasa kenikmatan sebagai hamba Allah. Keindahan Islam yang menyelamatkan ini. Tapi itulah problemnya bila tak solat, mereka takkan sesekali merasai semua sensasi-sensasi nikmat ini. Sensasi keagungan, kegerunan, bahkan kasih-sayang Allah terhadap mereka. Allahurabbi..


SOLUSI
Masyarakat perlu diperkenalkan dengan nilai dan unsur Islam yang akan membimbing jiwa-jiwa mereka untuk kental dalam menghadapi setiap ujian kehidupan ini. Sistem negara kita perlu diubah. Sistem yang mesra rakyat dan sistem menyuburkan ruhiyyah masyarakat perlu diterapkan dalam negara kita, barulah negara kita akan benar-benar harmoni dan makmur. Dan masyarakat perlu menyerap sistem positif ini untuk kebaikan masing-masing.

Kalau kita asyik menekankan unsur materialistik dalam hidup masyarakat, itulah yang melahirkan warganegara yang mementingkan diri sendiri dan melupakan akhirat. Masyarakat takkan mampu berubah tanpa kerjasama kerajaan. Dan kerajaan takkan mampu diubah tanpa kerjasama masyarakat. Kita perlu saling berganding bahu.

Guru, pegawai, pembikin filem, pemuzik, penyanyi, pelakon, doktor, peguam, jurutera, jemaah menteri, perdana menteri, ahli politik, NGO, peniaga, petani, nelayan, kakitangan awam dan swasta, semua kena berkerjasama untuk negara ini menjadi lebih baik dan mencapai redha Allah s.w.t. Kita bukannya hidup untuk selama-lamanya. Kita pasti mati. Kehidupan selepas mati itulah yang menjadi pokok persoalan kehidupan kita di dunia sekarang. Bekalan yang bagaimana kita nak sediakan untuk masa depan akhirat kita. Neraka atau syurga. Murka atau redha Allah. 


Lensa Che Long: Rasa kasihan, sedih, kecewa membuak-buak di dalam hati ini mengenangkan betapa naifnya masyarakat negara ini akan hakikat dunia ini. Belum lagi cerita isu murtad dan ajaran sesat, neh, hurm...Teruk sangat dah negara kita ni.
Jom, kawan-kawan semua kita bersama-sama menuju redha Allah!

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Follow by Email