Teman-temanku

Google+ Followers

Monday, July 29, 2013

RAMADAN: 10 malam terakhir, layakkah aku?

Bismillah..

20 Ramadan 1434H.
Maka malam ini adalah malam pertama. Malam pertama dari 10 malam terakhir Ramadhan. Alhamdulillah, masih diberi nikmat oleh Allah untuk menghirup udara Ramadhan pada tahun ini.

Namun, entah kenapa dada ini terasa sesak kali ini. Sesak mengingatkan betapa selesanya aku di sini jika dibandingkan dengan saudara-saudaraku di negara lain.
Masih mampu ke bazar pada waktu petang mencari juadah ifthor. Menikmati ayam percik, kuih akok, air tebu di waktu berbuka.
Masih mampu membaca al-Quran di dalam suasana rumah yang selesa walau hakikatnya sejuzuk sehari pun kadang-kadang tak mampu dihabiskan.
Masih mampu membawa beg tangan cantik untuk diisi kain telekung untuk solat terawih di masjid walau hakikatnya kadang-kadang solat tidak khusyuk pada Allah.
Masih mampu duduk bersila selesa di dalam masjid berhawa dingin untuk mendengar tazkirah Ramadhan selepas terawih walau hakikatnya ada juga pesanan tuan guru yang tidak lekat di kepala kerana fikiran ralit menerawang entah ke mana.
Masih mampu singgah di gerai-gerai tepi jalan dalam perjalanan balik dari terawih untuk membeli makanan ringan sebelum masuk tidur.
Masih mampu ber'chatting' dengan kawan-kawan lama dan 'update' status di facebook, blog dan twitter.
Masih mampu tidur nyenyak di tilam empuk. Masih mampu bermimpi indah-indah sehingga kadangkala terlepas waktu untuk bertahajud pada Allah.

Allahurabbi...Selesanya aku jika dibandingkan dengan saudara-saudaraku yang dalam peperangan, kesusahan dan penderitaan di Mesir, Palestin, Syria, Myanmar, Afrika dll..

Betapa tidak fokusnya hamba-Mu ini dalam mencari keredhaan-Mu ya Tuhan..
Betapa tidak layaknya diri ini untuk menggapai cinta dan syurga-Mu.
Betapa jauhnya taraf diri ini untuk digandingkan bersama Rasulullah s.a.w, para sahabat dan solihin yang lainnya.

Lailatul Qadar. Umurku sehari lagi genaplah 25 tahun. Sepanjang 25 tahun ini, rasanya belum pernah lagi aku bertemu dengan Lailatul Qadar. Alangkah ruginya aku. Allahurabbi.. Di sini, ingin ku kongsikan sedikit panduan mencari Lailatul Qadar. Semoga kita semua dipertemukan dengan malam yang mulia ini.

1. Formula:-
2 formula yang dipetik berkenaan jadual malam “Lailatul Qadar ” adalah dari Kitab Jauharul Mauhub”
Disebut dalam Hasyiyah Fathul Wahab,  "Jika awal puasa bermula pada hari Isnin, maka Lailatul Qadar adalah di malam ke 21″.
Ahli sufi pula mengatakan “Jika awal puasa bermula pada hari Isnin, maka  Lailatul Qadar adalah di malam ke 29″.

2. Bagaimana mahu dibangunkan pada Lailatul Qadar:-
  1. Masuk tidur dengan keadaan berwudhuk
  2. Sebelum tidur, baca surah Al-Kahf , Ayat 107- Ayat110 (4 ayat terakhir)
  3. Setiap ayat Al-Quran yang mulia ini, ada khadamnya (penjaga). Sebutlah..."Wahai Khadam ayat yang mulia ini, kejutkanlah aku pada sekian..sekian masa waktu ijabah"
  4. Insya-Allah pada waktu-waktu ijabah itulah, kita akan "dikejutkan". Masya-Allah..Allah Maha Berkuasa. 
  5. Apa nak buat bila terjaga? 
  6. a) Solat Sunat Wuduk    
    b) Solat Sunat Tahajjud (paling minima 2 rakaat)
    c) Solat Lailatul Qadar dan doa.


No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Follow by Email