Skip to main content

Posts

Fatamorgana cinta ilusi

bilik pengap mengepung nyawa, kipas pusing satu-satu, mata tancap putih siling, iris terjah petala tujuh, senyumku manis namun tak bernyawa. potret lama ceria sekali menatapku, mengajakku menari nostalgia lama, aku saing menari, tariku songsang jua, songsang kerna aku bukan di situ lagi. ilusi mawar terkadang menjelma, wanginya bias di hati, makin ku kejar wanginya, makin ia lari, makin ku lari, makin durinya kejarku, bingung aku di sempadan realiti dan ilusi ini. desir bayu seakan ada, mengelus lembut pipi kusamku, merasa satu sentuhan indah, fatamorgana cuma, hatiku masih tak kosong lagi. merah basah hati ini, pucuk imannya masih hijau, ingin sekali segar bagai embun pagi, namun api hitam membakar pucuk hijau, deritalah merah hati, keringlah pucuk hijau. makna kosong sergap nuraniku, kosong dosa itu, penuh iman, penuh maksiat itu, kosong takwa, kosong dosa ini indah, penuh maksiat itu durjana. Wardah Musri, 12.54 pagi, Teratak Ungu. #Pengajaran...

Adikku Kemalangan

Semalam tanggal 26/8/2011, adik lelaki tunggal (Abe Cik) ambo eksiden. Alkisahnya bermula begini... Adik perempuan ambo (Kak Teh) yg Tingkatan 1 balik dari asramanya di KB. Bila sampai di stesen bas terdekat, makanya dia menelefon Umi di rumah bagitau dia dah sampai. Setelah puas menelepon situ sini mencari kereta 'prebet sapu' dalam kampung ambo, namun tak dapat jua didapati. Kebetulan, Abe Cik baru balik dari masjid (11pagi) selepas aktiviti potong daging utk kenduri berbuka puasa petangnya di masjid nanti. Dia dengan rela hatinya nak gi ambil Kak Teh di stesen. Lalu, dipinjam kereta pak sedara (sebab kereta Umi duk dibaiki, rosak kabel kluc). Disebabkan kalut dengan tetamu yg datang bertandang di rumah, jadi Umi lupa nak pesan pada Abe Cik supaya bawak peneman (sebab dia masih lesen L lagi). Maka masa pun berlalu. Waktu tu ambo tengah menjahit manik dan labuci di baju raya ambo (sebenarnya baju lama, tapi nak kasik nampak baru, sebab tu la jahit manik dan labuci,...

Kepercayaan yang Dikhianati

Sungguh mengecewakan tatkala orang yang amat dipercayai selama ini, mengguris hati. Kepercayaan yang diberikan tidak dihargai. Hati kecewa. Pedih bagaikan dicarik-carik. 'Ditipu hidup-hidup' benar-benar mencalar kesabaran. Iman yg sudah sedia rapuh, goyah sebentar. Rasa mahu menengking dan memekik, tapi nafsu amarah ditenteramkan. Akhirnya, air mata kecewa yang mengalir. Sedihnya hati ini. Benar kata orang, sekali hilang kepercayaan, selamanya tiada lagi istilah percaya. Tika kita berusaha bersungguh-sungguh untuk kebaikan mereka, dan mereka membalasnya dengan sebuah kekecewaan, apalagi yang harus aku katakan. Ingatlah duhai adikku, hidup ini hanya sementara. Tika nyawa masih dikandung badan, jgn kau lupa untuk berbakti pada org tuamu. Jgn sesekali kau sakiti hati mereka. Kerna, jika takdir Allah menghendaki org tuamu pergi meninggalkan dunia yg fana ini, apalagi yg mampu kita lakukan. Bahagiakanlah mereka dengan kejayaanmu. Bukan mereka pinta jutaan emas seb...

Program Sarjana/Doktor Falsafah (MsC/PhD) di Unimap

okes.. apa makna tajuk kat atas tue? ada paham tak? gini..meh ambo nak citer skit.. (^_^) Sebesar-besar Malaysia nih, setakat ni hanya Unimap satu2nya IPT yang ada program MSc/PhD nih tau! IPT lain takde lagik. Apa yang menarik sangat dengan program nih? Ok meh nak bagitau.. (Kepada yang berminat nak sambung belajar je tau. Kepada yang nak kerja dulu selepas grads, boleh gak baca, kot2 la minat nak sambung ke pasni kan.. wink! ) KRITERIA PROGRAM MSC/PHD:- 1. Korang hanya perlukan PNGK 3.30 dan ke atas untuk apply program nih. (tapi, kat Unimap jer la tau). Tapi, kalau dah dapat first-class degree tue, apply jer la PhD terus..hehe. 2. Korang akan mendaftar sebagai pelajar pre-PhD. 3. Setelah setahun berlalu dengan pelbagai aktiviti research korang, akan muncullah sesi viva . Sesi nih akan menentukan samada korang masih layak bergelar student PhD atau perlu down-grade jadi student Master (kalau tak perform dalam viva tue la, so buat la elok2 viva tue kalau nak kekal jadi student Ph...

myMetro | Kesan DNA babi

Jangan duk makan dah benda-benda yang syubhat gini tau! Kalau tak benda nih pun..lain kali, nak beli apa2 produk makanan tue, mesti check dulu tanda HALAL dari JAKIM tuee. Tak mo yg cop halal Siam ke, negeri lain ker.. Kalau kes dah ada cop halal JAKIM, tapi masih diragui jugak, tue depend pada korang la.. Bayangkanlah..benda yg kita makan nih akan jadik darah daging kita. Pastu nanti nak pass ke DNA tubuh badan kita yg tak berapa elok nih kat anak, cucu, cicit, ciut kita nanti? Kesian diorang tau. So, berusahalah untuk jaga badan kita, bukan untuk kita saja, tapi untuk mendapatkan zuriat keturunan yg baik2 dan soleh/ah. Barulah boleh produce anak2 yg hebat macam Imam Syafie, Imam Nawawi, Imam Ghazali dan lain2 lagik la eh.. klik bawah nie untuk baca lebih lanjut tentang makanan "lok cing" nih.. | myMetro | Kesan DNA babi ambo kata:- adulayai...kembang tenggorok aku nih bile teringat benda ni duk jual merata2 kat Perlis nih. Pastu ramai pulaks yg du...

Hikmah Terawih..

Salam Ramadhan... Akhirnya Ramadhan yang ambo nanti pun menjelma. Rindu sungguh ambo pada Ramadhan kali ini. Entah kenapa, ambo pun tak tahu kenapa. Mungkinkah ini Ramadhan ambo yang terakhir? Wallahua'lam.. Tapi, "andainya ini Ramadhan terakhir, layakkah kita untuk berhari raya?" Itulah tagline majalah Solusi keluaran bulan ini. Cukup menyesak jiwa dan mendesak minda untuk berfikir dan menelah lebih jauh lagi. Tanggal 30 Julai 2011 yang lalu, genaplah ambo berumur 23 tahun. Ramai yang mengucapkan salam dan selamat buat ambo. Bahkan ada yg meraikan Hari Tua amb tue dengan kek. Bukan satu, tapi dua.. Walaupun, ambo tidaklah obses sangat dengan manisan itu, tapi ambo gembira bila teman-teman cukup menghargai Hari Tua ambo tue. Bukan apa..ambo nih tak biasa dengan sambutan jenis nih. Keluarga ambo bukan jenis yang meraikan besday ke hapa benda.. Seingat ambo, first-time Hari Tua ambo diraikan dengan meriah pada ketika umur ambo 11 tahun (Darjah 5), itupun kebetulan am...

What a hectic day!

Penat siot..! Itulah kata-kata yg mungkin bebudak sekarang ni akan sebut bila duk di kondisi ambo nih. Starting last month until now, I'm having hectic days! Dari hari ke hari amatlah penat.. Setiap hari isnin hingga jumaat (8.30pagi-5ptg) : Ambo ke kluster untuk buat research.. (Ambo sambung MSc/PhD sekarang nih). Setiap hari isnin hingga khamis (5.30-6.30ptg) : Ambo mengajar Quran untuk kelas wanita dewasa di NEC.. Setiap hari isnin hingga jumaat (7ptg-8.30mlm) : Ambo meniaga kecil-kecilan untuk bebudak yg dtg ngaji Quran dan Fardhu Ain di NEC tue.. (NEC=Nisa' Educare Centre) Setiap malam Ahad dan malam Isnin (8-9.30mlm) : Ambo mengajar tuisyen Add Math di Tuisyen Yaqeen. Setiap Ahad (10pagi hingga 12.30ptg) : Ambo mengajar Quran dan Fardhu Ain di RKKA (Rumah Kanak-kanak Arau). Setiap Isnin malam : Ambo ada wat discussion group dengan adik-adik. (Bincang bab akademik la..) Setiap Rabu malam dan Khamis malam : Ada kuliah maghrib yang kalau ...