Skip to main content

Adikku Kemalangan

Semalam tanggal 26/8/2011, adik lelaki tunggal (Abe Cik) ambo eksiden.

Alkisahnya bermula begini...
Adik perempuan ambo (Kak Teh) yg Tingkatan 1 balik dari asramanya di KB. Bila sampai di stesen bas terdekat, makanya dia menelefon Umi di rumah bagitau dia dah sampai. Setelah puas menelepon situ sini mencari kereta 'prebet sapu' dalam kampung ambo, namun tak dapat jua didapati. Kebetulan, Abe Cik baru balik dari masjid (11pagi) selepas aktiviti potong daging utk kenduri berbuka puasa petangnya di masjid nanti. Dia dengan rela hatinya nak gi ambil Kak Teh di stesen. Lalu, dipinjam kereta pak sedara (sebab kereta Umi duk dibaiki, rosak kabel kluc). Disebabkan kalut dengan tetamu yg datang bertandang di rumah, jadi Umi lupa nak pesan pada Abe Cik supaya bawak peneman (sebab dia masih lesen L lagi).

Maka masa pun berlalu. Waktu tu ambo tengah menjahit manik dan labuci di baju raya ambo (sebenarnya baju lama, tapi nak kasik nampak baru, sebab tu la jahit manik dan labuci, hehe, kratif tak?). Umi pulak tengah menjahit baju raya pelanggannya. Tiba2, Umi dapat call dari nombor yg tak dikenali. Mula2 Umi suara biasa ja. Tetiba, Umi naik suara macam bunyi orang kecemasan. Ambo bergegas ke tempat Umi. Rupanya Abe Cik telepon bagitau die kemalangan, tapi dia dan Kak Teh ok, alhamdulillah. Cuma, kereta masuk gaung. Allahurabbi. Ambo tak percaya! Mana boleh kereta dah masuk gaung, tuan badan takde sakit apa2.. Tak Logik! Umi dah pucat, tangan dah terketar2.. Runsing kat anak2 lagi, tambah pulak guna kereta orang. Mcm mana nak ganti? Umi suruh ambo call Pak Da yg adik pinjam kereta tue. Ambo pulak dengan gabra, nak terkencing la hape la pulak time tue.. Gi tandas jap, naik2 tgk Umi tgh duk ckp fon dgn Pak Da dah, explaining the whole thing..

Umi bagitau ambo suh gi tempat kejadian, Umi suh pinjam motor jiran sebelah. Umi nak follow jugak, tapi ambo tak bagi lagi sbb Umi tak stabil lagi. Tapi, ambo alasan kata Umi berat, ambo tak larat nak bawak. Jiran ambo terkejut, nasib baik anak2 dia dari KL ada, jadik dipinjamkanlah kereta anaknya tue untuk bawak ambo dan Umi ke lokasi. Adik2 ambo yg lain tinggal di rumah sebab Umi tak bagi follow.

Sampai di tempat lokasi, kami nampak ada kereta peronda, bomba, dan banyak kereta org2 yg duk lalu lalang kawasan tue duk berhenti nak tengok kejadian tue. Kami duk carik kereta Pak Da, tapi tak jumpa, rupa2nya kereta tue dah terperosok jauh ke dalam gaung. Keempat-empat tayar kereta ke atas, bumbung ke bawah. Kami cari Abe Cik dan Kak Teh, tapi tak berjumpa jejak pun. Kami ingatkan diorang cedera teruk dan dah dihantar ke hospital. Runsing betul. Kami tanya orang sekeliling, rupa-rupanya budak bertuah dua org tue dah dihantar balik ke rumah oleh Pak Da yg sampai lebih awal di tempat lokasi. Alhamdulillah.. Ramai jugak org2 yg berhenti di tepi jalan utk amik tahu eksiden tue, terjenguk2 nak tgk ke dalam kereta nak tgk mangsa (sebab cermin gelap dan kereta terperosok jauh ke bawah, jadi diorg tak tau yg kat dalam tue, dah takde org sebenarnya..).

Lepas bersoal-jawab dengan pihak polis lebih kurang gitu, ambo cakap kita balik saja tengok kat umah bebudak tue. Sampai di rumah, yang ada Kak Teh jer. Abe Cik dah ke masjid rupanya. Semayang Jumaat. Bagus betul budak tue. Orang yg menengok eksiden tak gi solat pun, org yg eksiden pulak yg duk kalut nak pi solat. Ponin den. Tapi, bangga gak la ngan adik aambo nih. Alhamdulillah..

Sambil tunggu Abe Cik balik, kami semua pakat interview Kak Teh. Cerita Kak Teh begini...

"Kak Teh duk belakang sebab dia mabuk kereta. Kat belakang takde seatbelt. Masa dah nak dekat sampai kat simpang nak masuk kampung, tiba-tiba kereta yg Abe Cik bawak jadi slow. Rupa-rupanya dia pitam sekejap. Pastu, kereta terus melencong masuk jalan orang. Langgar paip air besi yg tepi jalan tu. Kereta berpusing dan melorot jatuh dalam gaung. Kak Teh yg tak pakai seatbelt turut berpusing sama. Abe Cik masih tak sedar tapi nasib baik dia pakai seatbelt. Kak Teh dalam nada lucu, beritahu yg dia duk fikir "Bila agaknya kereta ni nak berhenti berpusing ye?" Bila kereta dah berhenti pusing, Kak Teh yg sudah ter'sujud' di bumbung kereta merangkak, membangunkan Abe Cik yg masih tak sedar tergantung. Kepala tak cecah bumbung, kaki tak cecah lantai. "Abe Cik, bangun, bangun.." Abe Cik buka mata. "Kak teh, tolong bukak seatbelt nih." Abe Cik cepat-cepat tutup suis kereta, keluar dari tingkap yg dah mmg sedia terbuka. Kak Teh masih terperangkap sebab pintu dah kemek tak boleh bukak. Jadi dia merangkak ke depan dan keluar dari tingkap yg sama Abe Cik keluar. Alhamdulillah semua selamat."

Kak Teh dapat lebam-lebam sikit situ sini. Abe Cik langsung takde apa. Kereta jer yg teruk. Jenuh nak kena ganti kat pak sedara. Insurans tak cover sebab 3rd party punyer insurans.

Gitulah alkisahnya.. Allah punya kuasa ni memang hebat. Bila-bila masa, kita mungkin di atas. Bila-bila masa jgk Allah blh letak kita di bawah.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman DPLI UNISZA 2018

Hulamak hui.. Lamanya tak blogging. Rindu betul nak menulis dan meluah di sini. Sejak kahwin 2014 dulu, kemudian dianugerahkan anak seorang, 2018 inilah  tulisan yang terbaru. Biasanya asyik update FB atau IG je. Blog ni pun dah 'bersawang' molek dah ha.. Rasa nak menulis balik ni pun, sebab termotivasi selepas 2 hari lepas berderet kelas tanpa henti. Terinspirasi dengan cerita-cerita motivasi daripada para pensyarah. Alhamdulillah, keputusan sambung belajar DPLI di Unisza ni moga-moga Allah permudahkan segala urusannya dan membuahkan yang terbaik untuk masa hadapan, amin.. Masa mula-mula dapat tahu tentang permohonan DPLI dibuka kepada umum, saya memang teruja bukan main lagi. Sebab dah bertahun-tahun lamanya saya survey tentang program ni. Sejak selepas bergraduasi pada tahun 2011 lagi, saya cuba untuk memohon program KPLI dan DPLI ini malangnya tidak dibuka program tersebut di mana-mana IPT. Pada awalnya, saya teringin untuk memohon program DPLI UM, tapi apabila memi

Temuduga Guru KAFA

Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah hampir setahun bergelar guru KAFA ganti/kontrak. Tahun 2013 CL mendapat tawaran sebagai guru KAFA ganti yang akan diperbaharui kontrak setiap dua bulan. Tahun 2014 ni pula, kontrak diperbaharui setiap tiga bulan. Ok la tu.. JUN-DISEMBER 2013 CL mengajar di sekolah kawasan kampung. Agak sedih berpisah dengan mereka sebenarnya. Anak-anak yang comel telatah mereka, walaupun kadang-kadang agak nakal. Apakan daya, keputusan bukanlah di tangan sendiri. MAC 2014 CL ditawarkan sekali lagi mengajar KAFA. Kali ni, di sekolah kawasan bandar dan kebetulan berdekatan dengan rumah sewa dan kluster tempat research. Suasana memang berbeza. Keletah anak-anak juga berbeza. Kemahiran yang diperlukan untuk mendidik anak-anak juga berbeda. Semuanya harus lebih moden, kreatif dan up-to-date. Cabaran sungguh! ::TEMUDUGA BERTULIS:: Sebelum start mengajar di sekolah tu, CL kena lalui satu temuduga bertulis. Masa yang diberikan untuk jawab satu paper tu sejam seteng

Kebaikan Batu Tawas dan Hibka Powder

Bosan dengan baju kat bahagian armpit (nama manja ketiak ) jadi kuning dan keras disebabkan pemakaian deoderant? Stress sebab armpit jadi hitam berdaki?  Nak kembalikan warna natural armpit? Nak hilangkan bau teng*k armpit disebabkan peluh? Ha, lemme tell you da solution of this problemo yar.. 1. Hibka Powder Dah lama dah bedak ni wujud sebenarnya cuma orang zaman sekarang tak berapa nak kenal. Pakai kat mana? Kat armpit lor.. Tekstur bedak ni kasar sikit. Dia ada dua jenis. Warna putih dan kuning. Dia ada dalam bentuk paket ataupun botol. So, boleh pilih ikut suka yang mana berkenan. Jika CL suka beli yang warna putih dan dalam botol. Senang, takde la tumpah2. Bagus sangat produk ni. Walaupun dia jauh lebih murah daripada produk2 komersial deoderant yang ada tu, efeknya jauh lebih bagus. Harga yang dalam paket dalam RM1 - RM2 je. Kalau dalam botol pulak dalam RM3++ je. Nak beli kat mana? Beli je kat kedai-kedai jamu. Kalau kat Kangar ni ada satu kedai kat belakang