Skip to main content

Kepercayaan yang Dikhianati

Sungguh mengecewakan tatkala orang yang amat dipercayai selama ini, mengguris hati. Kepercayaan yang diberikan tidak dihargai. Hati kecewa. Pedih bagaikan dicarik-carik.

'Ditipu hidup-hidup' benar-benar mencalar kesabaran. Iman yg sudah sedia rapuh, goyah sebentar. Rasa mahu menengking dan memekik, tapi nafsu amarah ditenteramkan. Akhirnya, air mata kecewa yang mengalir. Sedihnya hati ini.

Benar kata orang, sekali hilang kepercayaan, selamanya tiada lagi istilah percaya.

Tika kita berusaha bersungguh-sungguh untuk kebaikan mereka, dan mereka membalasnya dengan sebuah kekecewaan, apalagi yang harus aku katakan.

Ingatlah duhai adikku, hidup ini hanya sementara. Tika nyawa masih dikandung badan, jgn kau lupa untuk berbakti pada org tuamu. Jgn sesekali kau sakiti hati mereka. Kerna, jika takdir Allah menghendaki org tuamu pergi meninggalkan dunia yg fana ini, apalagi yg mampu kita lakukan. Bahagiakanlah mereka dengan kejayaanmu. Bukan mereka pinta jutaan emas sebagai balasan 9 bulan mengandungkanmu. Bukan mereka pinta mahligai indah sebagai balasan daging mereka disiat-siat tatkala melahirkanmu. Bukan mereka pinta tanah luas ratusan ekar sebagai balasan letihnya menyusumu berkali-kali. Bukan mereka pinta harta menggunung sebagai balasan membasuh tahi dan kencingmu yg mengotori tilam saban malam. Bukan itu semua yg mereka pinta. Hanya SATU pinta mereka. Tolonglah jadi anak yg Soleh dan Solehah. Insan yg berguna dunia dan akhirat. Insan yg dikasihi Tuhan. Insan yang dicintai Rasul. Hanya itu, duhai anak!

Jangan kau kecewakan hati org tuamu sehingga lemah jantung menyerang mereka. Jangan kau beratkan fikiran mereka hingga gugur rambut mereka satu demi satu memikirkan karenahmu yg cukup meralatkan.

Fikir dan renungkan. Hidup ini hanya sekali. Mati juga sekali jua. Peluang mungkin tiada yg kedua kalinya.
Jadilah anak yg solehah!

Dari kakakmu yg menyintai.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman DPLI UNISZA 2018

Hulamak hui.. Lamanya tak blogging. Rindu betul nak menulis dan meluah di sini. Sejak kahwin 2014 dulu, kemudian dianugerahkan anak seorang, 2018 inilah  tulisan yang terbaru. Biasanya asyik update FB atau IG je. Blog ni pun dah 'bersawang' molek dah ha.. Rasa nak menulis balik ni pun, sebab termotivasi selepas 2 hari lepas berderet kelas tanpa henti. Terinspirasi dengan cerita-cerita motivasi daripada para pensyarah. Alhamdulillah, keputusan sambung belajar DPLI di Unisza ni moga-moga Allah permudahkan segala urusannya dan membuahkan yang terbaik untuk masa hadapan, amin.. Masa mula-mula dapat tahu tentang permohonan DPLI dibuka kepada umum, saya memang teruja bukan main lagi. Sebab dah bertahun-tahun lamanya saya survey tentang program ni. Sejak selepas bergraduasi pada tahun 2011 lagi, saya cuba untuk memohon program KPLI dan DPLI ini malangnya tidak dibuka program tersebut di mana-mana IPT. Pada awalnya, saya teringin untuk memohon program DPLI UM, tapi apabila memi

Temuduga Guru KAFA

Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah hampir setahun bergelar guru KAFA ganti/kontrak. Tahun 2013 CL mendapat tawaran sebagai guru KAFA ganti yang akan diperbaharui kontrak setiap dua bulan. Tahun 2014 ni pula, kontrak diperbaharui setiap tiga bulan. Ok la tu.. JUN-DISEMBER 2013 CL mengajar di sekolah kawasan kampung. Agak sedih berpisah dengan mereka sebenarnya. Anak-anak yang comel telatah mereka, walaupun kadang-kadang agak nakal. Apakan daya, keputusan bukanlah di tangan sendiri. MAC 2014 CL ditawarkan sekali lagi mengajar KAFA. Kali ni, di sekolah kawasan bandar dan kebetulan berdekatan dengan rumah sewa dan kluster tempat research. Suasana memang berbeza. Keletah anak-anak juga berbeza. Kemahiran yang diperlukan untuk mendidik anak-anak juga berbeda. Semuanya harus lebih moden, kreatif dan up-to-date. Cabaran sungguh! ::TEMUDUGA BERTULIS:: Sebelum start mengajar di sekolah tu, CL kena lalui satu temuduga bertulis. Masa yang diberikan untuk jawab satu paper tu sejam seteng

Kebaikan Batu Tawas dan Hibka Powder

Bosan dengan baju kat bahagian armpit (nama manja ketiak ) jadi kuning dan keras disebabkan pemakaian deoderant? Stress sebab armpit jadi hitam berdaki?  Nak kembalikan warna natural armpit? Nak hilangkan bau teng*k armpit disebabkan peluh? Ha, lemme tell you da solution of this problemo yar.. 1. Hibka Powder Dah lama dah bedak ni wujud sebenarnya cuma orang zaman sekarang tak berapa nak kenal. Pakai kat mana? Kat armpit lor.. Tekstur bedak ni kasar sikit. Dia ada dua jenis. Warna putih dan kuning. Dia ada dalam bentuk paket ataupun botol. So, boleh pilih ikut suka yang mana berkenan. Jika CL suka beli yang warna putih dan dalam botol. Senang, takde la tumpah2. Bagus sangat produk ni. Walaupun dia jauh lebih murah daripada produk2 komersial deoderant yang ada tu, efeknya jauh lebih bagus. Harga yang dalam paket dalam RM1 - RM2 je. Kalau dalam botol pulak dalam RM3++ je. Nak beli kat mana? Beli je kat kedai-kedai jamu. Kalau kat Kangar ni ada satu kedai kat belakang