Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

PTPTN dah masuk

alhamdulillah..tadi masa balik dari kelas, ingat nak singgah kafe beli makanan. tapi, teringat takde duit cancel. on the way balik, gi kedai runcit kat taman perumahan tue, ingat nak amik duit keropok yg tinggal dua bundle kat tauke kedai tu. tauke pulak takde, pekerja die tak berani ambilkan duit bos die.. bagus, pekerja tu. amanah.. hurm, dalam duk berkira-kira nak makan roti je, sorang kawan sekelas datang, ajak gi kafe. ambo kata la takde duit, so tak nak makan.. terkejut die. tanpa berlengah, diajak ambo jugak, dia suruh guna duit die dulu. ambo tolak walaupun sebenarnya nak. hehe, malu tapi mahu.. bila die pujuk dan pujuk, last-last cair.. so, join la die beli nasi kat kafe. tup, tup balik umar, kawan serumah kata PTPTN dah masuk.. yieha!! alhamdulillah, ringan sikit beban. boleh la wat bayar hutang. banyak projek nak buat semester ni. FYP nyer, lesen keretanyer, duit bukunyer, dan lain-lain lagi la.. tapi, bila fikir-fikir balik, dah nak dekat habis semester nih, makin dek

Young Chinese Boy buat kerja amal..

petang ni terasa nak makan roti cecah air milo..tapi tak ada milo pulak. ada nescafe jer. so ambo panaskan air dan buat air nescafe 3 in 1 tue.. aromanya pergh.. amik roti yg beli-kongsi ngan housemate, cecah air, alhamdulillah rasanya bile dah masuk rezeki tu dalam tenggorok nih.. sebenarnya taip sambil tunggu nak gi kuliah maghrib kat Taman Jali malam ni.. cadangnya, lepas kuliah nanti, nak letak keropok yg umi hantar dari rumah kat booth jualan yg surau sediakan.. boleh gak la dapat income sedikit sebanyak. hehe.. otak kena bergeliga, baru poket jalan.. sambil-sambil tue gak tengok berita hari nih. malam ni ada lawan bola Malaysia-Indonesia rupanya.. ada pulak gempa bumi kat Vanuatu (6.6 skala Ritcher, nasib baik takde kecederaan), rakyat Palestin di Semenanjung Gaza pulak mengadakan ulang tahun kedua serangan besar-besaran Israel pada 27 Disember, 2008.. haha, teruk betul ambo, jarang-jarang sekali baru tengok dunia luar.. kadang-kadang terfikir gak, kalau macam ni la k

Maal Hijrah

"Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala aalihi wa sohbihi wa baarik wa sallim" Saudaraku.. Sedar atau tidak, umat zaman kini makin melupakan Rasulullah.. Lupa terus pengajaran sebenar Maal Hijrah. Adakah cukup kita anjur atau sertai majlis atau program Maal Hijrah, kemudian balik tidur dan hidup seperti hari-hari biasa umpama sirah penghijrahan Rasulullah dan sahabat2 tak bermakna apa-apa? Tengok lah, marcapada ini ramai betul yg menentang sunnah Rasulullah? Dari segi pergaulan sosial, pemakaian, budaya, siasah, akhlak, kegiatan ekonomi dan lain-lain semua berkiblatkan Barat! Islam as the way of life lelah bernafas dalam udara modenisasi kini.. Saudaraku.. Betapa sukarnya Rasulullah s.a.w berjuang menegakkan Islam untuk kebaikan dan bekalan umat baginda. Menderita sejak kecil kerna Allah ingin membina kesabaran yg tinggi dalam peribadi Rasulullah sebagai bekalan membawa cahaya kebenaran yg ditentang oleh segenap musuh Islam ketika itu. Ayahanda Abdullah meni

masih belum mahu taubat kah kita?

assalamu'alaikum sahabat2..sekadar perkongsian, dan moga terkesan di hati kita :( Saya berjumpa fenomena menakutkan hari itu. Takkan saya lupakan selama-lamanya. Ia amat menakutkan dan membuatkan saya trauma beberapa ketika. Terngiang-ngiang ungkapan hamba yang menyesali dosa, “Alangkah, lebih baik sekiranya aku menjadi tanah.” Seorang lelaki berwajah buruk berkulit hitam merangkak-rangkak dengan penuh seksa di lembah kotor itu. Bau hanyir menusuk ke hidung, dengan segera saya meutup hidung. Namun bau itu makin kuat. Lelaki buruk berwajah hitam legam, hingus meleleh di hidung mesipun sudah disapu berkali-kali, dan yang malangnya, ia telanjang bulat tanpa sebarang pakaian. Ah, ia amat menjelekkan. Bukan hanya ia telanjang, bahkan lelaki yang lain, perempuan, mak nyah, pondan dan tomboi, semua bertelanjang dan sangat menjelekkan. Yang perempuan, air nanah meleleh keluar daripada kemaluan mereka. Yang lelaki, air kencing mereka berdarah dan berketul-ketul. Mereka membuang air kecil de

apa itu cinta?

Sahabatku… Bukanlah kata-kata ku itu,melarang untuk kau mempunyai rasa ‘cinta’.Bahkan,Allah telah mencipta dirimu dengan penuh rasa cinta dan mengurniakan rasa ‘cinta’ ke dalam hati mu.Tidak perlu engkau membuang perasaan ‘cinta’ itu,kerana ia adalah anugerah Allah untukmu.Tapi, perlulah kau kawal gelora cinta di hatimu agar tidak menimbulkan fitnah suatu hari kelak.Peganglah sabda Baginda,yang bermaksud : “Sesiapa yang jatuh cinta,kemudian menyembunyikannya, Hingga kematian datang menjemputnya , Maka dia adalah seorang yang syahid.” (Riwayat Hakim,Ibn Asakir,al-Dailami,dan lain-lain) Menurutmu,mengapa Rasulullah saw,bersabda seperti itu? Sahabatku,cinta itu fitrah,bukan fitnah.Justeru itu,kerana mahu memelihara kesucian cintamu itu,Baginda menyarankan agar kau menyembunyikannya.Dikhuatiri apabila,kau menyatakan perasaan ‘cinta’ itu,kan timbul pelbagai fitnah dan umpat keji dari orang lain. Fitnah bagaimana yang akan timbul?Orang lain akan menyebarkan cerita palsu atau gossip panas ant

Kenapa tak rogol saya?

Kisah benar ini berlaku di US (Amerika Syarikat). Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rum ah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia di saat itu. Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nas

Suatu Petang yang Indah

Suatu petang yg indah. ambo jalan-jalan amik angin petang. beli aiskrim dan snek ringan. baru balik kuliah sebenarnya. sebab tension dgn kesibukan melampau sepanjang hari tadi, maka ambo bersama kawan-kawan amik keutusan untuk round-round. Lepas beli, tekak yg dah lama terliur aiskrim tue.. ambo Ngap! makan tanpa baca bismillah dan sambil berjalan..astaghfirullah al-aziim.. teruk betul.. bila teringat tu, cepat-cepat cari kerusi untuk duduk dan ulang balik baca doa.. "Bismillahi awwalu wal akhiir, bimillahirrahmaanirrahiim.." Alhamdulillah sejuk sekali menuruni tekak yg kering diserang kepanasan Perlis. Sebenarnya perut amat lapar, tak makan nasi lagi. Tapi, sebab dah terlanjur tempah nasi nak ambil pukul 7, jadi ambo pun tahan saja lah.. tiba-tiba teringat,"aku kat sini, baru lapar sejam dua dah merungut. orang di Sudan, Afghanistan, Palestin tak makan dua tiga minggu boleh saja sabar tue.." Insaf balik bila ingat gitu halnya.. Sambil makan-maka

ayah

Tentang ayah Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya..Lalu bagaimana dengan AYAH? Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu? Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dr bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian? Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil.Ayah biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal .Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu .Kemudian Ibu bilang : "Jangan dulu ayah

Beginikah rasanya mengemis?

hurm..agak berat mahu menulis tajuk ini sebenarnya.. Apa yg ambo cuba nk highlight pada isu kali ini adalah tentang:- " Kerenah birokrasi yg menyebabkan orang susah terasa seperti pengemis". Sebagaimana pembaca semua tahu, ambo baru saja kehilangan abah pada Mac yg lalu. Jadi, secara tak langsung, famili ambo kini mengalami sedikit masalah dari sudut kewangan. Ambo adalah anak yg sulung. Adik-adik selepas ambo ada lima orang lagi.. Semuanya bersekolah lagi. Tiga sekolah menengah. Dua sekolah rendah. Ummi ambo asalnya ambil upah menjahit waktu abah masih ada dulu sebagai menampung perbelanjaan keluarga. Skang, ummi bertukar profesion dengan melibatkan diri dalam perniagaan MLM, HR Group. Sebabnya, pendapatan menjahit adalah pendapatan bermusim. Waktu musim raya dan cuti, banyak la sikit tempahan menjahit, kalau tak, kering je la.. Tapi, pendapatan melalui MLM boleh la cukup-cukup makan untuk menanggung perbelanjaan di rumah saja. Untuk adik-adik boleh la..

Sejarah kemalangan sahabatku, M..

Ambo ada sorang kawan, namanya M. Dia org Sg.Petani, Kedah. Ambo mula berkawan sejak masuk universiti lagi. Kebetulan pulak, M ni Naib Presiden dalam sebuah kelab yang ambo jadi Exco Akademiknya. M ni jugak selalu turun surau masa kat kolej kediaman ambo dulu. Bukanlah maksudnya, sekarang die tak turun surau dah, tapi sekarang ni ambo kena pindah ke kolej kediaman lain. Tu yang jadi terpisah sedikit la.. M seorang kawan yang ceria, tapi jangan sesekali buat die marah sebab benda-benda yg tak sepatutnya terjadi, nanti padah jadinya kena sound dgn die. Die amat suka ketawa, matching la dengan ambo yg suka buat lawak yg tak berapa bodoh ni. Lagipun, M amat suka bercakap. Kalau die dah start bercakap, susah nak berenti. Haha.. M ni jugak, bukan la dari keluarga yg senang sangat, sebab tu la kalau ambo ada apa-apa masalah tentang famili ke, kewangan ke, ambo cukup suka borak dengan die. She can be a really good listener. And I feel comfortable to talk with her. Tapi...

Diari Kampus: Aku sebagai mahasiswa kejuruteraan..

Bangun pagi, bersih diri, solat dan sedikit zikir, gosok baju kalau rajin dan sempat, bersiap ke kelas dan mula memerah otak menganalisa setiap ilmu baru yang disampaikan oleh pensyarah. Kalau ada masa luang di celah-celah kepadatan jadual kelas, final year project , lab report dan assignment tetap menanti. Zohor pula ditunaikan di bilik rehat siswa. Petang bila dah habis kelas, singgah di kafe kolej, beli nasi bungkus bawa pulang. Solat Asar dan mandi. Kemudian hadap makanan. Sekejap lagi, perlu siapkan tugasan-tugasan yg diberi pula. Otak terasa letih, ambil masa sekejap untuk rehat; tengok movie ada, main game ada, buka Facebook dan Yahoo Mail pun ada, baca berita online pun ada, baca buku ilmiah mahupun picisan pun ada, surfing internet ada, borak dengan kawan-kawan ada, joging pun ada.. Malam dah tiba, bersiap untuk Maghrib dan Isyak yg bakal menjelma, baca al-Quran kalau ada bonus time . Kadang-kadang keluar bersama-sama sahabat mencari kuliah maghrib pula;