Teman-temanku

Google+ Followers

Monday, October 4, 2010

Diari Kampus: Aku sebagai mahasiswa kejuruteraan..


Bangun pagi, bersih diri, solat dan sedikit zikir, gosok baju kalau rajin dan sempat, bersiap ke kelas dan mula memerah otak menganalisa setiap ilmu baru yang disampaikan oleh pensyarah. Kalau ada masa luang di celah-celah kepadatan jadual kelas, final year project, lab report dan assignment tetap menanti. Zohor pula ditunaikan di bilik rehat siswa.

Petang bila dah habis kelas, singgah di kafe kolej, beli nasi bungkus bawa pulang. Solat Asar dan mandi. Kemudian hadap makanan. Sekejap lagi, perlu siapkan tugasan-tugasan yg diberi pula. Otak terasa letih, ambil masa sekejap untuk rehat; tengok movie ada, main game ada, buka Facebook dan Yahoo Mail pun ada, baca berita online pun ada, baca buku ilmiah mahupun picisan pun ada, surfing internet ada, borak dengan kawan-kawan ada, joging pun ada..

Malam dah tiba, bersiap untuk Maghrib dan Isyak yg bakal menjelma, baca al-Quran kalau ada bonus time. Kadang-kadang keluar bersama-sama sahabat mencari kuliah maghrib pula; mencuci jiwa yg kusut lagi kelam dilanda arus kelalaian dan kealpaan siang tadi. Kemudian sambung lagi menyiapkan tugasan sebagai pelajar. Kadang-kadang tugasan luar menanti. Ada yang join kelab, join persatuan itu dan ini, terpaksa juga mengerah diri untuk menunaikan kewajipan; mesyuarat, laporan, kertas kerja dan sebagainya. Kalau boring, ajak kawan-kawan pergi makan kat luar sambil tengok panaroma malam. Di Kuala Perlis untung. Boleh jalan-jalan cari makan di tepi pantai. Walaupun bau hanyir laut agak tengik di deria bau, tak apalah, sekali-sekala. RFC di Seriab pun layann..

Bila sampai kolej, hari sudah lewat malam, tugas tetap tugas, maka mata pun dicekang agar jangan tidur lagi. Siap kerja baru boleh tidur. Sebelum tidur, sempat lagi blogging..heh, heh.. Kemudian baca doa tidur dan zzzzzzzzzz......

Kadang-kadang tu, ada la juga bangun awal pagi dalam 4-5pagi, buat qiamullail mana yg patut. Tadabbur al-Quran kalau sempat, kalau rajin lagi sahur untuk puasa sunat esoknya. (Isnin dan Khamis). Kadang-kadang tak tahan tengok kawan-kawan lunch, ambo pun join sekaki, maka berbukalah ambo di tengah hari, kah,kah.. Iman tak kuat lagi..

Hari minggu?? Kadang-kadang padat, kadang-kadang tidak.. Kadangnya, program universiti menunggu, kadangnya program kelab menanti, kadangnya melawat rumah mak angkat, kadangnya cari program ilmiah di sana sini (maklumlah jiwa ni kosong ilmu), kadangnya duduk di rumah sahaja sambil menyiapkan kerja-kerja yg banyak tertangguh. Kain baju pun masa nilah disental dan dijemur. Rumah pun masa nilah baru sempat gotong-royong. Kalau ditanya 'tak balik kampung ke?', jawabnya: Jauh..nun di Kelantan, kalau nak sponsor boleh la..hihi. Nak melepas rindu, Skype ada, Facebook ada, telefon bimbit pun ada. Apa lagi, mula la menyakat adik-adik di rumah atau bertanya khabar bonda tercinta.

Kadang-kadang tu termenung jauh pun ada. Apa akan jadi 10 tahun lagi. Juruterakah ambo? Pensyarahkah ambo? Profesorkah ambo? Surirumahkah ambo? Aktiviskah ambo? Usahawankah ambo? Atau matikah ambo? Bila termenung gitu, mulalah buka Microsoft Word dan taip 'PERANCANGAN HIDUPKU 10 TAHUN AKAN DATANG'. Buat table dan mula taip apa yg sering berlegar di fikiran. Master, pHD, kerja, beli kereta, nikah, beli rumah, hantar ummi haji, buka bisnes dan macam-macam lagi perancangan. Selepas 2 atau 3 bulan, perancangan berubah lagi. Setahun lagi, pasti berubah lagi. Akhirnya, file tersebut kekal sebagai kenangan abadi dalam folder 'my personal'. Buat kenangan dan rujukan di hari tua kelak.

Kadang-kadang, ada juga yg bertanya dah ada pakwe ke? Takkan tak couple kot? Balik kampung pun begitu. Mak saudara, pak saudara tanya, belum berpunya ke? Ummi pun tak terkecuali. Soalan cepumas yang kurang nilai emasnya tu bagaikan berkulat hijau di lubang telinga ini. Tak perlu dijawab atau malas dah menjawab; ambo pun tak pasti.
Apa yg ambo tahu: Couple is not allowed, only marriage is allowed in Islam.
Dan ambo cukup pegang kata-kata: Tiada persahabatan antara lelaki dan wanita melainkan pada satu masa kelak, akan terjalin ikatan hati yg halus samada melalui yg Islam benarkan (nikah) ataupun tidak (couple).
Ambo juga cukup pasti bukan pakwe atau boyfriend yg ambo cari tapi seorang suami yg soleh, beriman dan boleh bimbing keluarga ambo menuju redha Allah. Ambo nak dia cinta ambo krn dia cinta pada Allah dan Rasul-Nya. CUKUP SETAKAT ITU. Kerana ambo pun akan cinta dia jua kerana Allah dan Rasul-Nya. AMIN!!
Persoalannya, nikah bukan agenda terdekat ambo, mungkin umur Rasulullah nikah jadi ukuran, wallahualam.

Buat masa loni, ambo mahu waqafkan masa muda ambo untuk agama, keluarga (yg dah sedia ada) dan negara. Bunyi macam senang, tapi ya Allah, dugaan datang bertali arus. Godaan syaitan dan nafsu tak pernah lupus. Apakah mungkin ambo akan sampai bersama orang lain yg sedang berjalan di perarakan agung ke destinasi yg redha Allah sedang menanti? Jawapannya, tentulah usaha untuk taqarrub pada Allah perlu istiqamah dan sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.

Setakat ini, itulah rutin seorang mahasiswa bernama Ambo.

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Follow by Email