Teman-temanku

Google+ Followers

Tuesday, October 26, 2010

Suatu Petang yang Indah




Suatu petang yg indah. ambo jalan-jalan amik angin petang. beli aiskrim dan snek ringan. baru balik kuliah sebenarnya. sebab tension dgn kesibukan melampau sepanjang hari tadi, maka ambo bersama kawan-kawan amik keutusan untuk round-round.

Lepas beli, tekak yg dah lama terliur aiskrim tue.. ambo Ngap! makan tanpa baca bismillah dan sambil berjalan..astaghfirullah al-aziim.. teruk betul.. bila teringat tu, cepat-cepat cari kerusi untuk duduk dan ulang balik baca doa..
"Bismillahi awwalu wal akhiir, bimillahirrahmaanirrahiim.."

Alhamdulillah sejuk sekali menuruni tekak yg kering diserang kepanasan Perlis.
Sebenarnya perut amat lapar, tak makan nasi lagi. Tapi, sebab dah terlanjur tempah nasi nak ambil pukul 7, jadi ambo pun tahan saja lah.. tiba-tiba teringat,"aku kat sini, baru lapar sejam dua dah merungut. orang di Sudan, Afghanistan, Palestin tak makan dua tiga minggu boleh saja sabar tue.." Insaf balik bila ingat gitu halnya..

Sambil makan-makan tue, ambo ngan kawan2 duk berbual dan perhati kiri-kanan. Renung panaroma alam..
Tetiba, vroommmm... lintas sebuah motor yg dipandu oleh seorang gadis. Pembonceng di belakangnya lelaki muda. Alahai manjanya mereka.. Tapi, alangkah kesiannya mereka. Tiadakah yg mahu menasihati? Bukan mengecam ye..ULANG SUARA, bukan kutuk ye, tapi nasihat.. Nasihat kerna rasa kasih dan sayang.

Kerana apa yg dibuat tu salah dari ajaran Islam. Kan duduk berdekatan yg pastinya bersentuhan antara bukan muhrim itu haram hukumnya. Bila haram, maka dosa lah jadinya. Bila dosa penuh di dada, maka tiadalah nur Allah mahu menyerap masuk ke dalma jiwa. Maka, rugilah kita..Nauzubillah min zaalik. Moga pasangan yg ambo tgk tadi tu, Allah berikan hidayah maka mereka dapat rasakan kemanisan Islam dan iman itu.meh, kita pakat amin..

Tapi tu la kan..dalam tak sedar, propaganda Barat utk menyesatkan umat Islam sikit demi sikit makin nampak kejayaan dan kecemerlangannya..ye la, kita tgk sendiri la skang ni makin ramai umat Islam yg berbangga dgn Western lifestyle.. bila ditanya, apakah Islamic lifestyle diam tak terkata.. kadang2 tu siap kutuk lagi.
"ala, islamix lifestyle utk zaman dulu2 jer, skang ni zaman moden. kita kene ikut lifestream skang. takkan kita nk kene pakai jubah, pakai kopiah serban 24jam, naik unta, sikit2 bagi salam, sikit2 baca hadis.. low class ar beb.." Amboi sedap mulut je cakap.

Ada lagi best, bile tnya kenal tak Salahudin al-Ayubi, Umar Abdul Aziz, Sultan Muhammad al-Fateh, eh sape tu ek?
tapi kalau sebut, Tom Cruise ke, Marylnn Monroe ke, Eminem ke, Rihanna ke, Bill Clinton ke, TVXQ ke, Super Junior ke, SNSD ke, laju je kenal...apa nak jadi ni?

YES, kita kene tahu latest issue yg berlaku dgn dunia skang tak kira politik, ekonomi, hiburan and so on, tapi kita kene pegang teguh pada Islam. kacip Quran dan Sunnah dengan gigi geraham kita. kita kene buat sampaikan bile orang lain tgk masyarakat Islam diorang rasa hormat dan tabik spring sebab kehebatan Islam yg kita pakai tu..

Islam tak pernah larang penganut die utk berfesyen, bersosial, berhibur, dan lain-lain, tapi setiap benda tu ada limit die. berfesyen la semoden mana yg kita nk asalkan tutup aurat. bersosial la sesuka hati asalkan xde sampai pegang situ-sini antara laki pompuan ajnabi atau bergelak ketawa sampai nampak anak tekak. berhiburlah asalkan tidak sampai tahap lupa dunia lupa akhirat.


ambo kata: selamatkan umat Muhammad di akhir zaman ini makin sukar tanpa kesungguhan yang jitu dan jiwa yang penuh iman di dada..

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Follow by Email