Skip to main content

Posts

Showing posts from 2009

anak kucing pergi jauh..

sedih hati ambo ni rasanya..nak tau kenapa? sebabnya ambo mendengar suatu berita yg cukup menyayat hati ambo.. 'kisah kematian seekor anak kucing yang comel'.. ambo berkenalan dengan anak kucing ni sewaktu ambo di program PrOMAS(Program Motivasi Anak Soleh) anjuran NEC (Nisa' Educare Centre).. anak kucing ni ambo nak namakan ia sebagai Kuning. hari pertama (18.12.2009) ambo sampai di program ni, Kuning adalah antara yg menyambut kedatangan ambo di kaki tangga penginapan urusetia. Kuning kurus badannya, mungkin kerna sudah ditinggal ibunya walaupun masih kecil lagi.. Kuning cukup manja dengan kami semua.. waktu kami mendengar ceramah di dalam dewan, Kuning pasti akan menggesel-gesel badan kurusnya di dinding dewan, Kuning tak susahkan orang.. waktu kami makan, Kuning tak akan masuk dekat walaupun kami tahu dia cukup lapar.. Kuning hanya diamkan diri menunggu sisa-sisa makanan dari kami.. waktu malam yg sejuk, Kuning turut naik ke penginapan kami, ingin menu

cuti pertengahan semester

Cuti mid-sem dah pun start, ramai student dah balik kampung masing-masing..Tapi, ambo masih terperap di bumi karpet hijau ni, Perlis. Memang dari awal lagi, ambo memang tak berniat untuk balik cuti ni. Sebabnya? 1) Cuti kejap sangat, lagipun ada program sepanjang cuti ni. 2) Nak balik sekarang pun, dah nak dekat cuti raya, rasa macam membazir pula kalau balik sekarang. 3) Paling utama, nak jimat duit la..hehe.. Tapi, takpe jugak duk sini, boleh siapkan kerja-kerja yg tertangguh. Assignment dan lab report banyak lagi tak siap. Buka cuti nanti, ada banyak test yang menanti. Boleh juga top-up iman dengan baca tazkirah yang tak sempat baca sebelum nih. Boleh juga, update blog kesayangan ni..hurm.. Baru-baru ini, ambo ada baca sebuah buku yang cukup indah isinya, PEMILIK CINTAKU SELEPAS ALLAH dan RASUL, karya Fatimah Syarha Mohd. Noordin. Buku ni cerita pasal keindahan alam rumahtangga selepas kita berusaha gigih menjaga batas muamalat sebelum perkahwinan. Daripada buku ni, ambo ras

Ceritera di pilihanraya kecil Manek Urai

Lama sungguh ambo tak update blog nih.. Masa cuti semester yang lalu, ambo duk rumah saja. Di kampung mana la ada internet, nak ke CC di pekan, jauh sangat..Jadi,tak sempat la ambo nak update blog nih.. Ingat nak kerja sambilan masa cuti hari tu, tapi umi ambo tak izinkan sebab dia nak minta tolong ambo menaip kerja-kerja dia di pejabat. Tak sempat katanya nak taip sendiri. Al-maklumlah, waktu tu tengah kalut dengan pilihanraya kecil dun Manek Urai (kampung ambo la tu). Semua orang yang terlibat dengan pilihanraya tu memang tak menang kaki dan tangan waktu tu. Tak kira mana-mana parti pun, semua orang duk kalut raih undi rakyat. Meriah sungguh. Turun rumah A, naik rumah B. Keluar parti A, masuk parti B. Muka parti A masam, parti B pula yang senyum. Parti A tawar jambatan, parti B tawar zink. A bagi duit, B bagi kertas. Huh, macam-macam lagi la.. Ada yang lagi meriah! Kawasan kampung yang sebelum ini, jarang orang tahu nama, kini dikenali satu Malaysia. Ramai jenis orang pakat turun

5 Tahap Iman

IMAN TAQLID Iman ikut-ikut atau Iman 'pak turut'.Orang yang beriman Taqlid,pegangan Islamnya tidak kuat dan prinsip Islamnya tidak kukuh.Dia tidak ada alasan yang kuat mengapa dia beriman.Dia ada dalil-dalil akal dan Al-Quran/as-Sunnah untuk membuktikan keyakinannya.Mengikut qaul yang lebih jelas,Iman Taqlid ini tidak sah.Segala amal ibadat orang yang beriman Taqlid adalah tertolak dan tidak mendapat pahala di sisi Allah Taala. IMAN ILMU Iman berdasarkan Ilmu.Iaitu seorang yang telah mempelajari tentang Allah,Malaikat2,Rasul2 dan Nabi,Kitab2,hari Qiamat dan lain-lain yang diwajibkan mengimaninya.Iman dan keyakinannya berasa dan kuat bertunjang pada akal.Iqtikadnya disertai dengan dalil-dalil yang kuat serta pegangan yang kukuh.Dia tidak mudah goyang atau terpengaruh dengan ideologi lain. Tetapi orang yang beriman Ilmu,tidak takut akan Allah Taala dan mudah berbuat derhaka kepada-Nya.Mereka juga hanya mampu memperkatakan Islam,tetapi tidak mampu berbuat atau mengamalka

Kecantikan lelaki dan Kegagahan wanita

Kecantikan Lelaki Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:- 1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan 2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran 3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun 4) Lelaki yang tenang dan lapang dada 5) Lelaki yang baik sangka 6) Lelaki yang tak pernah putus asa Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki. Kegagahan Wanita Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:- 1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan 2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan 3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan 4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan. Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pad

hukum manusia vs hukum Allah

Azilah, Sirul dihukum gantung sampai mati 09/04/2009 9:52am KUALA LUMPUR 9 April - Dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dihukum gantung sampai mati selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh wanita Mangolia, Altantuya Shaariibu pada Oktober 2006 lalu. Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin memutuskan demikian setelah mendapati pembelaan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar gagal menimbulkan keraguan munasabah. Azilah, 33, dan Sirul, 37, didapati bersalah atas tuduhan membunuh wanita berusia 28 tahun itu di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja dekat sini antara pukul 10 malam, 10 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006 lalu. - Utusan inilah akibatnya apabila hukum Allah (hukum-hakam Islam) tidak dilaksanakan di bumi Islam sendiri.. Perbandingan antara hukum manusia dan hukum Allah:- - hukum manusia: seseorang itu dianggap 'bersalah' selagi tidak dibuktikan 'tidak bersalah'. - hukum

JADIKAN HARI INI HARI TERBAIK KITA

1.Dalam satu hari harus ada buku yang dibaca, harus ada tilawah al-Quran, harus ada sedekah yang ditebarkan, harus ada keikhlasan yang ditanam, harus ada kesabaran yang diteguhkan, harus ada perjuangan yang dikumandangkan, harus ada semangat yang terus ditiupkan, harus ada solat yang ditegakkan, harus ada zikir yang dilafazkan, harus ada dakwat yang ditumpahkan, harus ada dakwah yang dikembangkan, harus ada jihad yang dikobarkan… 2.Setiap hari kita harus melakukan perubahan yang besar. Perubahan itu wujud pada peningkatan kualiti hidup kita. Pada awalnya lemah menjadi kuat, bodoh menjadi pintar,kufur menjadi iman, lalai menjadi ingat,malas menjadi rajin dan penakut berubah menjadi pemberani. 3.Keyakinan kepada Allah adalah modal yang utama. Modal dasar bagi setiap mukmin. Justeru, dari sanalah terpancar sinar keberanian, ketenangan, kegembiraan, semangat yang menyala-nyala dan kesabaran yang berlipat ganda. Mereka yang berhasil memanfaatkannya dengan baik kelak akan berjaya dunia akhir

anak-anak yatim

salam penuh kerendahan hati.. 1. Hari ini, ambo dan sahabat2 daripada salah sebuah persatuan yg wujud di universiti ambo mengadakan program picnic bersama anak2 yatim dari Yayasan Saad,Perlis yg bertempat di salah sebuah tempat rekreasi yg terkenal di Perlis nih.. 2. Sebenarnya program yg kami jalankan pada kali ini merupakan lanjutan dari program kelas tuisyen yg kami jalankan utk adik2 tersebut pada setiap hujung minggu 3. Aktiviti2 yg kami jalankan khas utk adik2; pertandingan mereka bentuk ciptaan kreatif daripada alam sekitar, mandi-manda dan tazkirah ringkas.. 4. Selepas mkn tgh hari bersama adik2 tersebut, kami semua menunggu utk acara penyampaian hadiah..sementara menunggu pondok dipenuhi oleh semua adik2 yg lain, pandangan ambo meliar ke kiri, ke kanan, mencari sesuatu yg menarik utk dilihat..tetiba2, optik ambo tertancap di figura salah seorg adik lelaki yg join picnic nih, yg kelihatan begitu ralit melihat sepasang anak beranak (bapa dan anak lelaki) yg sedang seron

10 JENIS ORANG ISLAM YANG KEJAM

Sufyan Atsauri berkata:"Sepuluh macam daripada kekejaman ialah: 1.Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri,dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin. 2.Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat. 3.Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat. 4.Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur. 5.Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah. 6.Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya. 7.Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu. 8.Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang. 9.Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan. 10.Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak

Kita bahagia tatkala kita membahagiakan..

hurm.. mcm2 gelagat kawan ni.. ada yg ganas , ada yg jiwang, ada yg penakut, ada yg garang, pemalu, gatal, tegas dan macam2 lagi.. mcm mana pulak kita nk deal dgn diorg ni kena la berseni.. api dgn api, makin marak lah ia.. air dgn air, banjir besar la jwbnya.. angin dgn angin, tornado jadinya.. tanah dgn tanah, gempa bumi la kiranya.. huhu.. sahabat sejati, sukar sekali untuk ditemui..umpama permata di celahan kaca.. sahabat ketawa ramai sekali, sahabat menangis, jarang sekali.. hanya Tuhan yang Maha Penyayang yg paling kuperlu, kunanti dan kucintai.. alhamdulillah, aku masih menghirup udara bumi Tuhan yang fana ini.. ambo kata: jika kita membahagiakan orang lain, hati kita juga pasti bahagia. tak percaya? try la dulu, baru tahu..

Teman Sekuliah

bersama teman-teman sekuliah di Makmal bahagian Biomedical Electronics Engineering.. insyaAllah graduasi bersama pada 2011 ini jika umurku masih panjang.. namun, abah tercinta takkan menemaniku di hari graduasi lagi..