Skip to main content

Pengalaman DPLI UNISZA 2018

Hulamak hui.. Lamanya tak blogging. Rindu betul nak menulis dan meluah di sini. Sejak kahwin 2014 dulu, kemudian dianugerahkan anak seorang, 2018 inilah  tulisan yang terbaru. Biasanya asyik update FB atau IG je. Blog ni pun dah 'bersawang' molek dah ha..

Rasa nak menulis balik ni pun, sebab termotivasi selepas 2 hari lepas berderet kelas tanpa henti. Terinspirasi dengan cerita-cerita motivasi daripada para pensyarah.

Alhamdulillah, keputusan sambung belajar DPLI di Unisza ni moga-moga Allah permudahkan segala urusannya dan membuahkan yang terbaik untuk masa hadapan, amin..

Masa mula-mula dapat tahu tentang permohonan DPLI dibuka kepada umum, saya memang teruja bukan main lagi. Sebab dah bertahun-tahun lamanya saya survey tentang program ni. Sejak selepas bergraduasi pada tahun 2011 lagi, saya cuba untuk memohon program KPLI dan DPLI ini malangnya tidak dibuka program tersebut di mana-mana IPT.

Pada awalnya, saya teringin untuk memohon program DPLI UM, tapi apabila memikirkan kekangan seperti jarak jauh, kewangan dan keluarga, terasa agak berat untuk memohon. Alhamdulillah, apabila Unisza menawarkan program DPLI ini, terus saya merasakan seperti bulan jatuh ke riba. Cepat-cepat saya memohon. Cara permohonan pun mudah, hanya melalui online.

Rupa-rupanya bukan saya seorang sahaja daripada sekolah tempat saya mengajar sekarang yang memohon, tapi ada 4 orang lagi. Happy kemain lagi kerana bukan keseorangan. Tentu lebih seronok kalau dapat berjuang bersama dengan kawan-kawan. Beban pun dapat dipikul bersama, insya-Allah.

Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Panggilan temuduga yang dinanti-nanti tak berkunjung tiba. Rupa-rupanya saya dan seorang lagi kawan tak dipanggil untuk temuduga. Frust bukan main lagi. Tapi, saya selalu ingatkan diri agar bersangka baik dengan Allah. Mungkin ada hikmah disebalik semua yang berlaku. Jadi, saya pun meneruskan kehidupan seharian sebagai guru di sekolah dan suri rumah tangga seperti selalunya. Saya mengucapkan tahniah pada 3 lagi kawan saya yang terpilih untuk temuduga, bahkan memberikan mereka motivasi supaya menerima tawaran emas yang bukan senang untuk didapati.

Hari demi hari berlalu, tiba-tiba suatu hari saya mendapat panggilan daripada satu nombor yang tak dikenali. Ajaibnya kuasa Allah, entah bagaimana atau apa yang telah terjadi, saya rupa-rupanya mendapat panggilan untuk hadir temuduga DPLI sedangkan sesi temuduga calon DPLI sudah lama dibuat dan harapan saya sendiri juga sudah lama berkubur.

Itulah kuasa Allah, namun saya tidak meletakkan apa-apa harapan kali ini kerana tidak mahu kecewa sekali lagi. Saya hadir ke temuduga, dengan sedikit sebanyak persiapan. Panel penemuduga hanya seorang sahaja dan saya adalah calon terakhir yang akan ditemuduga pada hari tersebut. Suasana temuduga juga sangat santai. Saya langsung tidak berdebar, hanya sekadar berkongsi pendapat dengan penemuduga.

Antara soalan-soalan yang ditanya panel:
1. Mahu bercakap English atau Arab? Sudah tentu, saya yang tidak fasih berbahasa Arab akan memilih English.
2. Kursus apa yang diambil waktu Ijazah dulu?
3. Apa kaitan ilmu kejuruteraan yang saya belajar dengan agama Islam?
4. Kenapa saya memilih untuk menjadi guru?
5. Sanggupkah jika di'posting' ke sekolah-sekolah di pedalaman Sabah dan Sarawak yang mengambil masa berjam-jam lamanya untuk sampai?
6. Apakah yang saya faham tentang teori Charles Darwin?
7. Bagaimana mahu menyerapkan ilmu kejuruteraan yang dipelajari waktu Ijazah dulu kepada para pelajar.
8. Mengajar subjek apa di sekolah sekarang?

Ada juga calon sebelum saya yang perlu membuat micro-teaching. Tapi apabila giliran saya, saya tidak perlu mempersembahkan micro-teaching. Hanya bersembang santai saja. Mujurlah juga, kerana saya tidak menyediakan apa-apa BBM pada waktu tersebut. Alhamdulillah. Lega....

Balik daripada temuduga, harapan untuk terpilih sebagai calon bagi program ini ditanam jauh-jauh agar tidak terlalu mengharap. Takut untuk merasa kecewa. Biarlah Allah yang tentukan takdir hidup kali ini.

Namun, aturan Allah telah menetapkan bahawa saya akhirnya terpilih juga. Alhamdulillah.

8 September 2018 lalu, saya bersama 3 lagi kawan yang juga telah terpilih, hadir ke Unisza untuk mendaftarkan diri dan mendengar taklimat. Terasa sangat rindu pada zaman kampus dulu, sewaktu kami mengambil peluang ronda-ronda di kawasan kampus pada hari tersebut selepas selesai sesi pendaftaran. Pemandangan para pelajar yang berkumpul di kafe, pelajar yang berjalan kaki di susur kaki lima, pelajar yang berlindung dengan buku di tangan daripada panas matahari dsb.

Fasa seterusnya 14 September, saya dan kawan-kawan memulakan langkah untuk berjuang dalam program DPLI ini. Kami yang ditempatkan di kelas B berjumlah seramai 55 orang daripada keseluruhan 109 pelajar. Boleh dikatakan kebanyakan pelajar DPLI ini berusia dalam lingkungan umur 30-40 tahun. Semuanya memberikan kerjasama yang baik sepanjang 2 hari kelas berlangsung. Kelas kami dijalankan pada setiap Jumaat dan Sabtu. Agak melelahkan sebenarnya kerana kami terpaksa bekerja seperti biasa pada Ahad hingga Khamis. Selepas dua minggu berkuliah, respon badan kami yang agak keletihan membuatkan keempat-empat kami bergilir-gilir demam. Bagi saya sendiri yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak kecil yang perlu dididik, sesungguhnya keputusan menyambung pengajian dalam DPLI ini benar-benar menguji komitmen dan kesabaran saya. Moga Allah izinkan saya untuk bergraduasi Oktober 2019 nanti bersama-sama dengan semua sahabat-sahabat saya. Amin!

Para pensyarah juga sangat komited, bertenaga dan hebat mengendali kelas walaupun mereka jauh lebih berumur daripada kami. Banyak tips dan petua yang diperoleh daripada perkongsian pengalaman dan syarahan mereka. Insya-Allah saya pasti akan menggunakannya dalam sesi PdPc di sekolah nanti.

Keep fighting!
Lets finish this journey together.
Allahumma amin..

Comments

  1. Salam.Sekadar bertanya..kelas untuk dpli ni dijalankan di unisza ya? Kursus ini sepenuh masa atau separuh masa (contoh kelas hujung minggu?)Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul..di unisza.. kursus ini sepenuh masa. cuma kelasnya, dijalankan pd jumaat dan sabtu (hujung minggu).

      Delete
    2. Assalamualaikum. Maaf yer puan, sy nk tau lebih mendalam..maksudnya jumaat sabtu kelas. Ahad-kamis xde kelas lgsg ke cmne.. sbb dpli mmg kursus sepenuh masa kn

      Delete
  2. Salam. Dpli unisza ni mmg syarat sedang bertugas sebagai guru ke? Jika guru ganti boleh apply ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk kemasukan 2018/2019 mmg syaratnya pemohon mestilah sedang berkhidmat di mana mana institusi pendidikan. Tp syarat yg baru utk 2019/2020 intake ni terbuka kpd semua.. tak jadi guru pon boleh apply

      Delete
  3. Salam, kalau ckp bahasa melayu masa temuduga xleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung pada interviewer.. Kalau option math mcm saya, kena speaking jugak skit. Kalau option bahasa arab, ofcoz la dia akan tgk jugak speaking arabic tu..

      Delete
  4. Adakah program DPLI ini belajar di Universiti Malaya (UMCCED), ada link untuk maklumat lanjut tentang program ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kampus di KL, YA, belajar di UMCCED buat masa skrg sebelum kampus di putrajaya siap..

      Delete
  5. Assalamualaikum, yuran utk dpli ni 1semester brpe dan yuran keseluruhan brpe?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk dpli unisza, yuran keseluruhan adalah rm8000 lebih. Tiada ptptn ditawarkan. Keseluruhan masa pengajian adalah 3 semester.

      Delete
  6. Yuran 11500 Kami yg kuliah di UMCCED

    ReplyDelete
  7. salam, DPLI ni ada elaun x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde elaun.. Sendiri tanggung semuanya. Ptptn pun tak ditawarkan memandangkan ia adalah diploma lepasan ijazah. Jadi, ipt anggap semua pemohon sudah berpendapatan.

      Delete
  8. salam interview sebenarnya English ke malay? Then pembayaran macam mana ya?..sekaligus ke ikut sem

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. IV sebenarnya in english.. tp it really depends on your panel. Kadang mereka tanya soalan dalam BM, you can reply in BM. Tp introduction about yourself is in english.. klu taknak english, kena ckp arab hehe

      Delete
    2. Betul tu. Depends on interviewers. Pembayaran blh secara ansuran. Tp result exam utk setiap sem takkan dpt tahu kalau ada hutang. Same to convo, takleh konvo klau x byr.

      Delete
  9. Boleh tahu kos pengajian utk dpli tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Total = rm11,500 jika sambung di KL. Klu sambung gong badak murah sikit kalau tak silap. Duration is one year

      Delete
    2. Utk kos pengajian dpli unisza, rm8k lebih.. For three semesters

      Delete
  10. Assalamualaikum

    Yuran berapa ya untuk satu sem DPLI di Unisza?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. it depends.. ade 3 sem. Sem pertama dan kedua dalam 4k utk satu sem. Sem ketiga 1k lebih je sbb masa tu praktikum

      Delete
  11. Pembayaran boleh ansurans.. tp by the time nak exam rasanya dah kena settle bayaran utk sem tu

    ReplyDelete
  12. Jika di UM ad yang 2 sem sahaja ya, apply online ke? Fulltime atau part time jika di um?

    ReplyDelete
  13. MAAF, SAYA NAK TANYA KELAS DPLI NI JUMAT SABTU SAHAJA YE? SEBAB SAYA ADA DENGAR BARU-BARU NI KELAS AHAD HINGGA KHAMIS PAGI HINGGA PETANG?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf sy tak pasti yg intake baru ni mcm mana.. Intake saya dulu kelas hanya hari jumaat dan sabtu saja.

      Delete
  14. Salam..mcm mna cara mohon?status brkahwin boleh ke?tahap kemungkinan bsr utk diserap tinggi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang tngh bukak untuk permohonan sampai bulan april x salah..https://aplikasi.unisza.edu.my/pendidikan/index.php

      Delete
  15. Boleh sy tahu cik dah dpt jd cg ke belom?

    ReplyDelete
  16. Replies
    1. Kalau pregnant sy tak recommend sgt. sbb kelas takleh skip. Boleh cuti utk 10% dr keseluruhan semester shj, itupun bersebab yg kukuh.
      Ada yg terbabas, still hari ke-15 berpantang dah kena dtg kuliah mcm org lain.

      Delete
  17. Replies
    1. Saya masih kerja di sekolah lama saya.. Masih menunggu panggilan iv dr SPP. InsyaAllah kalau ada rezki..

      Delete
    2. Cik,dpli ni open market ya? Tapi peluang cerah tak nk serap jadi cikgu? Adakah jika iv di gong badak,jika lulus iv,pengajian akan di kl sbb sy duk dekat sikit dgn kl

      Delete
  18. Hai Salam cik,saya nak tanya yuran pengajian tu dah termasuk yuran pendaftaran ke?

    ReplyDelete
  19. Salam, awak dah dapat iv spp tak? Sbb saya pun dpli tapi dari UM

    ReplyDelete
  20. Salam, awak dah dapat iv spp tak? Sbb saya pun dpli tapi dari UM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa ya yuran dpli um sekarang? Godek² tak jumpa pulak

      Delete
  21. salam. jika dah lepas dpli, adakah kita boleh mohon sama gred macam cikgu kpm?

    ReplyDelete
  22. adakah lepasan dpli ini boleh mohon dg41

    ReplyDelete
  23. Seronoknya baca pengalaman akak, yakin akan hikmah Allah itu perlu. . Saya baru je nak mohon untuk intake 2021 . Rasa nk tanya mcm mcm je kat akak..

    ReplyDelete
  24. Salam..skrang ni awak sbgai guru interm ke atau dah dipanggil sebagai guru tetap?

    ReplyDelete
  25. Salam, skrang ni awak sbgai guru interm ke macam mna? Ke dah dipanggil utk jadi guru tetap

    ReplyDelete
  26. salam, untuk dpli ni kita akan ajar subjek apa? berdasarkan ijazah kee atau macam mana? kalau saya berminat nak mengaja subjek yang tiada kaitan dengan course ijazah saya macam mana ya?

    ReplyDelete
  27. Adakah lepasan DPLI ini guarantee dapat kerja sebagai Guru?

    ReplyDelete
  28. Unisza dpli khusus saja atau ada umum..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Temuduga Guru KAFA

Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah hampir setahun bergelar guru KAFA ganti/kontrak. Tahun 2013 CL mendapat tawaran sebagai guru KAFA ganti yang akan diperbaharui kontrak setiap dua bulan. Tahun 2014 ni pula, kontrak diperbaharui setiap tiga bulan. Ok la tu.. JUN-DISEMBER 2013 CL mengajar di sekolah kawasan kampung. Agak sedih berpisah dengan mereka sebenarnya. Anak-anak yang comel telatah mereka, walaupun kadang-kadang agak nakal. Apakan daya, keputusan bukanlah di tangan sendiri. MAC 2014 CL ditawarkan sekali lagi mengajar KAFA. Kali ni, di sekolah kawasan bandar dan kebetulan berdekatan dengan rumah sewa dan kluster tempat research. Suasana memang berbeza. Keletah anak-anak juga berbeza. Kemahiran yang diperlukan untuk mendidik anak-anak juga berbeda. Semuanya harus lebih moden, kreatif dan up-to-date. Cabaran sungguh! ::TEMUDUGA BERTULIS:: Sebelum start mengajar di sekolah tu, CL kena lalui satu temuduga bertulis. Masa yang diberikan untuk jawab satu paper tu sejam seteng

Kebaikan Batu Tawas dan Hibka Powder

Bosan dengan baju kat bahagian armpit (nama manja ketiak ) jadi kuning dan keras disebabkan pemakaian deoderant? Stress sebab armpit jadi hitam berdaki?  Nak kembalikan warna natural armpit? Nak hilangkan bau teng*k armpit disebabkan peluh? Ha, lemme tell you da solution of this problemo yar.. 1. Hibka Powder Dah lama dah bedak ni wujud sebenarnya cuma orang zaman sekarang tak berapa nak kenal. Pakai kat mana? Kat armpit lor.. Tekstur bedak ni kasar sikit. Dia ada dua jenis. Warna putih dan kuning. Dia ada dalam bentuk paket ataupun botol. So, boleh pilih ikut suka yang mana berkenan. Jika CL suka beli yang warna putih dan dalam botol. Senang, takde la tumpah2. Bagus sangat produk ni. Walaupun dia jauh lebih murah daripada produk2 komersial deoderant yang ada tu, efeknya jauh lebih bagus. Harga yang dalam paket dalam RM1 - RM2 je. Kalau dalam botol pulak dalam RM3++ je. Nak beli kat mana? Beli je kat kedai-kedai jamu. Kalau kat Kangar ni ada satu kedai kat belakang