Teman-temanku

Google+ Followers

Thursday, February 27, 2014

Siapakah Laksamana Sunan abad ini?

Ramlee Awang Murshid a.k.a. RAM
That's it!

His novels always being my top choice for eye-scanning each time I'm hooked up at book store. Hehe, really loved 'em. 

Selain dari tulisan RAM, novelis J.K. Rowling juga antara my top choice. Hehe, sape lagi kalau bukan pengarang world-popular series, Harry Potter tu. Dua novelis ni je yang CL sanggup habiskan duit untuk beli buku-buku depa. Yang lain2 tu biasanya pinjam dari library atau kawan2 atau sepupu jek.

Karya A.Samad Said pun kadang-kadang CL layan jugak la, tapi banyak yang tak faham, sastera dia guna tinggi sangat (ampun pak, hehe..). Tapi sebenarnya novel dia sarat dengan nilai-nilai murni dan sindiran terhadap kebobrokan sistem dalam negara kita. I like that part!

Kalau nak baca novel yang berkisar kaya dengan nilai-nilai kemasyarakatan Melayu pulak, CL suggest baca tulisan Khadijah Ibrahim. Tulisan dia pun bagus, boleh nangis baca tang part sedih tu. Umi CL kalau bagi baca novel tulisan Khadijah ni, boleh bengkak mata dia menangis. Hehe..

Karya Faisal Tehrani pun CL suka. Sangat best sebenarnya. Kombat 1511 dan Advencer Si Peniup Ney antara karya beliau yang menambat hati CL sampai sekarang. Tapi, sejak kecoh pasal isu Syiah hari tu, hurm..jadi kureng sikit nak membaca tulisan dia. Bukan diskriminasi ke apa, tapi kita kan negara demokrasi so we've choice, rite?

Ada satu karya dari Ujang, judulnya Jibam. Amat best novel ni. Kisah tentang seorang anak OKU dan seorang lelaki bakhil dalam sebuah kampung. Simple tapi amat touching. Satu karya ni aje yang CL pernah baca daripada Ujang. 

Tulisan Habiburrahman al-Shareizy pun amat bagus! Kalau tak, takkanlah orang filem pilih novel dia untuk di-layar perak-kan.. Sarat dengan mesej-mesej keTuhanan dalam gaya tulisannya. Kadang boleh tangkap leleh gak part romantik tu. Ketika Cinta Bertasbih, Ayat-Ayat Cinta, Dalam Mihrab Cinta dll. Best, mmg tak dinafikan. Tapi, CL lebih sanggup pinjam dari kawan daripada beli sendiri. Huhu..

Well, genre novel yang menjadi pilihan CL adalah yang jenis fiksyen. Kalau banyak sangat part cintan-cintun ni kureng sikit. Kalau baca dua, tiga bab mesti dah rasa boring dan mengantuk nak tido, esok lusa baru sambung baca balik. Tapi, kalau novel RAM, tak tido semalaman nak bagi khatam novel tu pun sanggup, kiki.. Best baca. Rasa macam nak masuk jadi watak dalam tulisan dia tu je. Ada banyak novel yang dia keluarkan macam Carlos, Tombiruo, Harajuku, Mikhail, Rayyan Fantasi, Magis, Aku Bercerita. Tapi, antara banyak tulisan RAM tu, yang paling CL suka adalah koleksi novel tentang kisah Laksamana Sunan.
7 buah koleksi novel RAM ttg Laksamana Sunan (dari zaman remaja hingga zaman tua)

1. Bagaikan Puteri
2. Cinta Sang Ratu
3. Hijab Sang Pencinta
4. Cinta Sufi
5. Sutera Bidadari
6. Sunan Musafir
7. Sunan, Nanggroe Sang Kembara
8. sambungan yg no.7... (tak sabar nak tunggu)

So, apa yang best sangat dengan novel ni??
1. Fiksyen (bermain dengan relung masa depan dan masa lalu-Hang Tuah pun ada oo..).

2. Mesej ketuhanan dalam gaya bahasa dan plot cerita yang mudah difahami pembaca.

3. Watak novel yang memberi lebih banyak inspirasi untuk dunia realiti berbanding fantasi (watak utama novel ni adalah seorang yang amat mengikuti Sunnah).

4. Watak hero-heroin tidak stereotaip spt novel cinta (tinggi lampai, hensem dan cantik mcm model, kulit putih, hidung mancung dll). Cukup sekadar kita tahu, rupa watak itu digambarkan seperti kebanyakan orang Melayu tapi jernih dengan keimanan yang tinggi.

5. Usaha dakwah yang tak pernah terhenti walaupun dalam bentuk peperangan dengan makhluk ghaib (dah namanya pun fiksyen).

6. Kisah cinta manusia yang tidak pernah menghalang usaha dakwah.

7. Sarat dengan nilai-nilai peradaban Melayu yang pernah menjadi kebanggaan sejarah Melayu yang lalu.

8. Catching-phrase yang puitis, positif, padat, dan mudah diingat. 


So, jom kita layan antara catching-phrase yang CL cakapkan tu..


"Tatkala cinta berbisik
Suaranya memuji Tuhan,
Apabila rindu terusik
Rasulnya menjadi pilihan."


" Apabila hujan turun melimpahlah air di perbukitan. Aliran menerjah ke batu. Melekuk tanda waktu beralih. Seiring nyawa menghanyut usia. Sejalan nafas melangkah ke hujung. Awan kalau dapat dicapai maka saktilah hamba. " 

"Dendam itu bara, marah itu api."

"Lebih baik tersalah ampun daripada tersilap hukum."

"Sekali kurebah, sejuta kali kubangkit."

"Hanya nama-Mu sentiasa terlafaz di hati nan kerdil ini."

"Sebagai manusia, kita sayang padamu."
Laksamana Sunan

10 comments:

  1. assalam
    karya RAM yg ni mmg ad 8 ke?
    waahh. bru bce bagaikan puteri tu.
    x sbar nk bce yg laen~ huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..wat masa ni, ada 8..tp harap2 ada sambungan nya lagi ^_^

      Delete
    2. sbnarye dh ad buku 'sunan musafir'
      tpi x nk bce lgi. nk bce ikut turn. hohoho

      Delete
  2. Hi! Jemput singgah blog! http://bit.ly/1aYKnlO

    ReplyDelete
  3. seriously sgt t'ingin bce novel sunan, nanggroe sang kembara nie.. t'nyata noevel karya RAM nie sgt2 la fast selling.. ble nak g beli at book store, tnye at staff book store then dorg akn ckp "DAH HABIS LA DIK".. feel upset gak laa.. smpai skrg carik novel nie.. please help me.. ade x sesape yg baek aty pinjamkn at sy utk sehari dua.. jgn risau psl buku hilang sbb sy akan pulangkn dgn selamat pd ak..please i'm begging u..

    ReplyDelete
  4. saya baru dpt tahu ttg novelis ini. dan sedang membaca bagaikan puteri. aduh...saya rasa cerita itu bagaikan benar. watak laksamana sunan amat dekat di hati

    ReplyDelete
  5. my fav novel .... mmg suka sgt ..aku taks uka kisah cinta tapi aku suka genre begini

    ReplyDelete
  6. Novel ke 8....Sunan Cinta Nan Sakti
    Alhamdulillah....kesemuanya dah dapat
    Jatuh hati jatuh cinta....x kisah la fantasi ke apa

    ReplyDelete
  7. Novel ke 8....Sunan Cinta Nan Sakti
    Alhamdulillah....kesemuanya dah dapat
    Jatuh hati jatuh cinta....x kisah la fantasi ke apa

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum. Tumpang iklan sekejap ye admin. Saya ada menjual kelapan-lapan siri LAKSAMANA SUNAN;
    1. Bagaikan Puteri, RM 19.90
    2. Cinta Sang ratu, RM 19.90
    3. Hijab Sang Pencinta, RM 19.90
    4. Cinta Sufi, RM 19.90
    5. Sutera Bidadari, RM 22.00
    6. Sunan Musafir, RM 22.00
    7. Sunan, Nanggroe Sang Kembara, RM 23.00
    8. Sunan Cinta Nan Sakti, RM 30.00

    Boleh survey di saya punya pages https://www.facebook.com/KC.ReadOn/photos/?tab=album&album_id=986101984820572
    Jangan malu, Jangan segan. Hanya perlu pm/whatsapp saya di 017-2256654 utk pembelian.
    Terima kasih :)

    ReplyDelete

There was an error in this gadget

Follow by Email