Teman-temanku

Google+ Followers

Thursday, February 27, 2014

How to be a multi-tasking person?

Bismillah..

Ada orang tanya CL, tak penat ke kerja siang malam? Dengan study pun tak habis lagi. Kerja-kerja Islam lagi. Hurm..Penat memang penat. Kita manusia, bukan robot. Ada masa, demam jugak. Ada masa, terseliuh situ-sini. Ada masa, sakit pinggang. Ada masa, stress sampai menangis. Ada masa, kecewa dan terkilan dengan layanan orang sekeliling terhadap kita.

CL pegang pada dua prinsip ni:-
1. Bekerjalah seolah-olah kamu nak hidup 1000 tahun lagi. Beribadahlah seolah-olah kamu akan mati pada esok hari.

2. Tiada istilah rehat dalam diari seorang pejuang. Kerehatan hanya ketika mati.

Kadang-kadang perasaan penat dan mahu bermalas-malasan itu tetap juga berkunjung tiba. Itu tak dapat dinafikan. Jadi, macam mana caranya kita nak hadapi situasi ini? Jawapannya, cari satu TITIK MOTIVASI dalam diri kita untuk kita terus move-forward in this challenging world.

Ada sesetengah orang meletakkan titik motivasinya,
Keluarga.
Wang dan aset.
Tahap akademik.
Kekasih hati.
Jawatan dan pengaruh kuasa.
Pendek kata, ada pelbagai jenis titik motivasi berdasarkan personaliti dan kehendak diri seseorang. Semua ini bagus jika kena pada caranya.

Paling kena pada caranya apabila kita memadankan titik motivasi yang bersifat duniawi ini dengan ruh rabbaniyah. Apabenda rabbaniyah ni? Nama kumpulan nasyid Rabbani ke? Bukan...

Rabbaniyah ialah satu istilah merujuk kepada sifat ketuhanan. Tiada manusia/makhluk atas muka bumi ini yang tak perlukan Tuhan (walaupun ada juga manusia yang berfahaman atheis dll tu). Islam menyuruh penganutnya menjadikan kehidupan mereka berTuhankan Allah. Tatkala, semua perkara dalam kehidupan ini dikaitkan dengan rabbaniyah, maka segala hikmah dan tabir kehidupan akan tersingkap. Segalanya mengalir lancar dan laju bagai air di kali nan tenang.

Contoh:-
1. Kita mahu cari duit untuk kaya. Kekayaan yang ada digunakan di jalan Tuhan seperti membantu orang-orang memerlukan. Percayalah, kebahagiaan itu bagi orang yang memberi. Sedekah, zakat, derma, semuanya memberi kebahagiaan pada hati kita berbanding kita mengumpul duit berjuta-juta di dalam akaun bank tanpa dikeluarkan sesen pun untuk keperluan ummah.

2. Kita mahu berjaya dalam akademik. Kecemerlangan kita dalam akademik, kita niatkan di jalan Tuhan. Dengan kepintaran, kecerdasan dan kecemerlangan kita itu, gazetkan suatu usaha untuk membantu dan menjayakan ummah di sekeliling. Bukan setakat kita belajar untuk dapat kerja bagus, gaji besar, pangkat tinggi dan kemudian kita boleh mendabik dada kepada orang lain yang kononnya lebih rendah kedudukan daripada kita. Kejuruteraan, perubatan, sosial, ekonomi, seni, sastera, geologi, kajibumi dsb antara wadah/platform yg blh kita gunakan untuk menempah saham tinggi kita di akhirat kelak. Pasti kita bahagia jika hidup begini.

3. Kita mahu bahagiakan keluarga kita. Kebahagiaan hakiki yang diperlukan oleh keluarga kita sebenarnya adalah yang bersifat rabbani dan bukan semata-mata dengan ditabur dengan material. Jika ditabur dengan material, kita tak tahu maasa depan kita yang mungkin bangkrup atau muflis. Kita juga tak tahu kapan ajal kita menjemput. Lantas, bekalan terbaik adalah melaburlah untuk kebahagiaan keluarga kita dengan didikan Islam di samping sedikit bekalan dunia. Keluarga yang Islami pasti kabur matanya dari memandang dunia. Keluarga Islami pasti lebih mencintai akhirat melebihi segala-galanya walaupun rumah beratap rumbia dan berdindingkan buluh.


Serious.
Kita di dunia ini hanya persinggahan sementara. Tak cukup masa nak berehat panjang. Goyang kaki sambil makan popcorn dalam panggung wayang. Makan maggi sambil tengok filem/drama/sinetron. Hayun handbag sambil window shopping di shopping complex. Angguk kepala dengan kawan-kawan di konsert artis K-pop.

Bekerja keraslah untuk bekalan yang kita nak bawa ke akhirat kelak nanti. Itulah jawapan untuk menjadi seorang yang multi-tasking. 

Hardwork never betray you!

Ripleys, Believe it or not!
xoxo
(^_^)v

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Follow by Email