Teman-temanku

Google+ Followers

Monday, December 3, 2012

Rungutan Pejuang (Haprak vs Hebat)



"Argh... malas giler.. Asyik-asyik aku jer kena buat. Mana orang lain nih? Kata pejuang, tapi time buat keje semua hilang. Time picnic, time jalan-jalan, time suka-suka, baru nampak muka. Time program, usrah, liqa', sumer hilang.. Nyampah la gini. Borink! Malas dah nak join lepaih nih!" rungut Timah seorang pegawai jabatan kerajaan yang sudah 15 tahun aktif dalam persatuan Islam pabila melihat kehadiran AJK program yang semakin berkurangan dalam sebuah mesyuarat.

#
"Huh! Selalu ada program. Masa hujung minggu orang nak cuti ni la program nak buat. Nak bercuti dengan anak bini pun susah. Malas la nak join minggu ni. Aku nak cuti...! Hehehe.. Sekali-sekala wat jahat dakpe kot.. Lagipun ada orang lain boleh cover jobscope aku" bisik Ramli seorang guru sekolah menengah yang sudah 10 tahun terlibat aktif dalam persatuan Islam pabila mendapat mesej dari salah seorang sahabat seperjuangannya.

#
"Eh, diorang ni tak jemu-jemu ke duk ajak aku join program ni? Tak paham ke aku ni sibuk tak macam diorang? Kalau nak sangat pahala tu, buat je la. Tak yah duk kecoh-kecoh nak ajak orang lain. Aku pun buat kerja ni dapat pahala apa..?" komen Aiman seorang jurutera yang sudah berkecimpung dalam gerak kerja Islam lebih dari 7 tahun pabila mendapat emel dari sahabat persatuannya yang menjemputnya untuk menyertai suatu program tarbiyah.

#
"Alahai, kakak ni dari tadi duk miscall aku. Time orang duk syok tengok movie ni la dia sibuk nak call! Takde kerja lain lain tu, nak suruh aku jadi AJK Unit dia dalam program ........................ tu ler ha. Huh, malas aku nak jawab. Buat-buat tak dengar je la. Malam nanti baru aku mesej dia cakap konon2 aku tengah busy wat assignment. Hik hik hik.." getus Nadiah seorang pelajar tahun akhir sebuah institut pengajian tinggi yang sudah aktif dalam lapangan dakwah lebih dari 3 tahun sambil melempar telefon bimbitnya yang masih vibrate ke dala laci meja dan terus menyambung movie yang sedang dilayannya, Di tepi meja, buku dan nota assignment langsung masih belum disentuh.

***
Kalau macam di atas la perangai kita selaku penggerak gerakan dakwah, wa cakap sama lu ha... "SAMPAI BILER PUN ISLAM NI TAKKAN MENANG ATAS MUKA BUMI MALAYSIA NI WEIIII..."
Jangan duk mimpi di siang hari la.


****
Nak tengok Islam menang dan bertapak di bumi Malaysia ni ke? Cer ikuti perbualan dan hayati di bawah ni.

#
"La tahzan ya sahabat.. InsyaAllah akak akan tolong carikan tenaga petugas baru untuk program tarbiyah kita minggu depan ni yer. Kalau takde jugak, takpelah kalau kita berdua je yang uruskan, mungkin Allah nak uji kesabaran kita bab istiqamah dalam perjuangan ni. Awak jangan lemah semangat ye, InsyaAllah saya akan bantu yang terbaik." kata Aminah seorang tukang cuci yang komited dengan kerja-kerja Islam lebih 15 tahun, kepada sahabat seperjuangannya yang sedang bermuram durja kerana kehadiran AJK dalam mesyuarat program untuk kali pertama tidak mendapat sambutan hangat.

#
"Ina.. abang minta maaf dengan awak dan anak-anak.. Minggu ni abang tak dapat nak bawak awak dan anak-anak makan angin lagi. Seruan jihad dah panggil tue. Apa kata, kita sekeluarga join program hujung minggu ni? Mudah-mudahan, dapat jugak makanan untuk jiwa kita yang kelaparan tarbiyah ni. Kawan-kawan abang pun ada yang bawak anak isteri diorang datang program, bolehlah Ina dan anak-anak rapatkan silaturrahim. Allah dan Rasul kan suka. Lain kali, InsyaAllah abang bawak pergi jalan-jalan yer. Cuti sekolah ni kan panjang, sayang.." pujuk Hamdan tatkala melihat isteri dan anak-anaknya mula menarik muncung 14 belas kerana terpaksa menangguhkan janji membawa mereka untuk makan angin. Hamdan seorang kerani sekolah yang sudah 10 tahun terlibat dalam persatuan Islam. Bila si siteri tersenyum dan mengangguk setuju, Hamdan lekas menelefon sahabatnya memberitahu khabar gembira. 

#
"MasyaAllah.. aku kena cepat-cepat siapkan kerja yang bos bagi petang ni jugak. Malam ni ada mesyuarat untuk program tarbiyah hujung minggu ni pulak. Kena kosongkan jadual aku malam ni. Alhamdulillah, ni la peluang aku nak tolong Islam, nasib baik diorang ni masih ingat untuk ajak aku buat program-program tarbiyah nih. Gumbiranya rasa hati ni.. lalalala... Hik, hik, nyanyi pulak aku ni. Hepi sangat ler tue.." Atirah menyanyi-nyanyi kecil kerana terlalu gembira mendapat emel panggilan jihad dari sahabatnya yang sudah lama dinanti-nanti. Atirah seorang ketua jurutera di sebuah firma kerajaan yang sudah 7 tahun aktif dalam persatuan dakwah.

#
"Alhamdulillah.. Assignment pun dah siap, semua tugasan lecturer pun dah setel. Lega rasa hati, bolehlah buat kerja Islam dengan tenang. Tapi, kenapa Kak Mira takde call aku pun lagi ni. Katanya, nak minta tolong untuk jadi AJK Unit dia dalam program hujung minggu ni. Jadi ke tak ni? Takpelah, biar aku yang call dia." getus Najihah, seorang siswi tahun akhir yang sentiasa mendapat Anugerah Dekan pada setiap semester sambil menekan keypad telefonnya untuk menelefon seniornya bagi bertanyakan khabar program yang dibincangkan sebelum ini. Sudah hampir 4 tahun dia terlibat dalam gerakan dakwah di kampusnya. 


Lensa Che Long: Anda malas? Atas dunia ni hanya ada DUA jalan cerita. Anda pilih dan anda sendiri yang  akan menyediakan jalan cerita filem yang anda inginkan. Mahu Anugerah Filem Terbaik dari Allah? Fikir-fikirkan bagaimana caranya...

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Follow by Email