Teman-temanku

Google+ Followers

Wednesday, December 26, 2012

NOW, I'm A Part-Timer at Ummi Corner!

Alhamdulillah. Akhirnya sawang di blog CL ni dapat jugak dikemaskan. Hehe.. Bukan takde idea nak menulis, tapi tak sempat. Lately, CL seriously busy-bee..

Akhirnya, dengan berat hati CL bertukar kerja part-time pulak. Dulu kerja cleaner tak berapa sesuai dgn CL. Sebabnya?

1. Agak jauh dari kluster (Susah nak ulang-alik buat research--sakit pinggang & punggung nek motor lelama wo..).
2. Masa cleaning services tak tetap (Susah jadinya nak susun planner CL yg mantopp tue..)
3. Payah nak jaga aurat (Bila nak mop lantai, kena buka stokin sbb basah. Kalau takde org laki masa cuci tu takpela, kalau ada? Naya la CL....)
4. Nak jaga ikhtilat (Kadang-kadang guest yg nak masuk homestay tu lelaki, so kalau CL tgh duk mencuci lagi masa tu, kan tak manis tue..)
Gud-bye cleaner history..huhu

Memang dalam hati ni rasa bersalah sangat dengan my ex-employer tu, sebab dah menyusahkan dia utk carik pengganti tapi nak buat camne kan.. Harap sangat dia paham kondisi CL yg nak fokus my study. Tapi CL rasa dia dah okey kot. Hopefully..

So, termasuk hari ni, kiranya dah nak masuk 4 minggu la CL keja tempat baru. Nice! Kedai makan yang hanya menu utamanya Nasi Arab. CL keja sini malam je, dalam 5 jam saja. Biasanya CL start dalam kul 5.30 petang hingga 10.30 malam. Bos pun cukup jaga bab solat pekerja-pekerja dia, CL so respect this! Gaji dia pun ok la, RM3.75 sejam. Tempat pun dekat dengan rumah sewa dan kluster tempat CL duk wat research. Paling sempoi, sekali kawan-kawan sekerja semua best dan sporting belaka! Rasa cam satu family je keje sini (Fadh, Umi, K.Linda, K.Ayu, Fikri, Amir, Nisha dll). Fun & enjoy walaupun kadang-kadang tu ada gak la letih bila time pelanggan datang mendadak ramai tu. Ada 3 orang je yang keja tetap. Yang lain, kiranya part-time cam CL gak la. Ada yang adik-adik lepasan SPM. Anak-anak bos pun keja situ gak. Paling best sekali, majoriti pekerja adalah pompuan, memang bebas la. Pakaian pun CL boleh pakai ikut sukati CL nak pakai lagu mana pun (Of cos la baju kurung paling senang kan..)

Yang spesel tentang menu kedai Umi Corner ni adalah, DAGING KAMBING dan AYAM (just imagine sekor ayam yang dibelah 4 tue). Dagingnya serius cakap memang lembut, manis dan sedap sekali!!! Bila kunyah, ter-sangat-lah juicy.. Saiznya daebak! Besau giler....! Beras yang digunakan pulak, beras mahal tu.. Beras Basmati tu.. Dia punya kuantiti tu plak banyak oo.. Boleh kata dua mangkuk gak ar. Menimbun cam bukit dalam pinggan tu. 1st time dalam hidup CL merasa enaknya beras mahal nih. Alhamdulillah.

Nasi Mandhi Ayam: Nasi, ayam panggang, limau, salad (tomato, kubis & mentimun), sambal tomato, bawang mentah, cili burung dan sup herba.
Nasi Mandhi Kambing: Nasi, kambing panggang, limau, salad (tomato, kubis & mentimun), sambal tomato, bawang mentah, cili burung dan sup herba.
Ada lagi yang jual kat situ Capati dan Roti Arab. Pelanggan boleh pilih samada nak kuah sardin, kari ayam atau sambal bilis. Capati tu diuli sendiri oleh anak bos, Amir namanya. Hebat adik ni, baru lepas SPM dah pandai buat capati. Bila dia bakar pulak, bulat elok je. Lembut plak tu. Memang superb! Kakak respek sama kamu la Amir.. CL dah try nak belajar buat bagi bulat elok, tapi selalunya tak jadi la.. Bentuk yg selalu dapat buat pentagon, hectagon, bentuk alien, bentuk peta amerika dll.  Last-last, kalau tak sama sangat, CL amik pisau/gunting buang yang tepi-tepi terlebih tu, ha puas hati! Pastu keras cam biskut plak bila dah siap bakar. Ei, geram.. Roti Arab pulak tak uli sendiri tapi mana bos dapat pun tak tau la, lembut giler... Bila makan je, terasa roti tu cam mencair je dalam mulut. Daebak! 

Capati
Roti Arab (sapu planta dan bakar sama itu roti). Nallareke!
Lagi satu, kalau datang kedai ni, tak sah la kalau tak try Teh Arab. Alang-alang order makanan arab, apa salahnya order sekali minuman arabnya, ye tak? CL dah pernah try. This tea really had a nice aroma n taste! 

Teh Arab (teh, gula, daun pudina, bunga cengkih dan buah pelaga)..
Anyway, harga dia pun ok la. 
Nasi Mandhi Ayam: RM7.50 (kalau bungkus tambah 50sen sebab guna tupperware, tak guna polistrene dah). 
Nasi Mandhi Kambing: RM10.00. 
Teh Arab RM2.00. 
Roti Arab RM3.00 (kuah kari ayam, kalau sardin tolak 50sen)
Capati RM2.00.(kuah kari ayam, kalau sardin tolak 50sen)

Tempahan pun turut diterima. Kalau korang berminat, boleh mai rasa dulu Nasi Arab nih. Kalau puas hati dan rasa nak order lepas ni, blh kontek CL punya mem okayh! (M.Cik Tun: 017-4318803)

#gambar kedai akan di upload kemudian yer.. sabor..

Alamat kedai Umi Corner ni seperti berikut:-
No.7, Jalan Sekolah Derma,
01000, Kangar Perlis. 
(Kalau dari Simpang 3 depan Unit Kecemasan Hospital Kangar tu, amik jalan ke Sekolah Derma, kedainya yang kedua selepas kedai warna kuning yang pertama akan dilihat dari trafic light tu).

Jemput datang ek!

Lensa Che Long: Bahagia bila biah solehah menyelubungi dan mendidik jiwa, InsyaAllah..

2 comments:

  1. heh?gapo kaite nge hack kalu bue application tu? buke utk approve sama ada robot atau manusia jah ko?mantop che long loni..hehehe..blanjo sikt..

    ReplyDelete
  2. ye la..application tu untuk elakkan orang hack blog kita. kan hackers ni kebanyakannya guna system which is robot..

    belanja? buleh2..jemput mai makan, kalau CL ada duit lebey boleh la belanja, kalau tak, abe kena bayar sendiri la.. kui2...

    ReplyDelete

There was an error in this gadget

Follow by Email