Skip to main content

Dunia Selepas Graduasi

Sedar tak sedar, Che Long (CL) dah bergelar graduan sudah setahun. Ingatkan masih muda remaja lagi, rupanya dah tua. "Aduh, cepatnya masa berlalu." Sudah dua dekad hidup di dunia ini.

2007: Masih terbayang lagi suasana di stesen bas Kangar tika pertama kali menjejakkan kaki di bumi Perlis. Terus ada sorang senior laki ber'vest' biru gelap bertulis nama IPT dengan sepanduk kad manila dijulang tinggi tertulis 'Pelajar Baru di sini.' CL dgn Abah dari Kelantan naik bas ekspres saja. Ahli keluarga lain tak join sebab famili kurang dana kewangan masa tu. Apapun, alhamdulillah. Kemudian, mata dijamu dengan pemandangan sawah padi yg menghijau sepanjang perjalanan ke tempat pendaftaran pelajar baru di Kuala Perlis. Bahang panas Perlis bukan main lagi menggigit kulit kami. Uhuks, panas tul.. Bahang panas inilah yg CL bermain setiap hari sejak bergelar mahasiswa di IPT utara tanah air ini. Berseorangan tanpa saudara memperjuangkan nasib diri di rantau orang. Cuti semester yang sekejap-sekejap kadangkala belum mengubat kerinduan pada keluarga.

2011: Tup, tup dah sampai Hari Konvokesyen. Dah 4 tahun berada di Perlis. Seronok rasanya bakal bergelar graduan. Tatkala tassel (tali) di topi dialih dari kanan ke kiri sesudah menerima sijil dari Canselor, maka rasmilah bergelar graduan IPT. Yuhuu..! Tersengih memanjang tatkala menuruni pentas.

Jubah Konvo.
Kemudian, sesi bergambar bersama kawan-kawan seperjuangan dan keluarga yang datang dari kampung. Alhamdulillah kali ni famili dapat bersama. Cuma agak terkilan Abah yang dikasihi tidak ada kerana sudah pulang ke alam barzakh pada tahun 2010. Rasa sayu ditahan-tahan tika melihat orang lain ada yg bergambar sebelah menyebelah bersama mak dan ayah. Tapi alhamdulillah, umi dan adik-adik masih bersama CL. Tak lama famili di Perlis, terus pulang ke kampung petang itu juga. CL ditinggalkan keseorangan lagi tanpa saudara di sini menyelesaikan segala urusan yang masih belum selesai. Perasaan tika itu, kosong.

Pertengahan 2011: Alhamdulillah, CL dapat tawaran further study di IPT yang sama untuk program MSc/PhD. Di bawah seliaan seorang profesor senegeri CL yang amat disegani dan dihormati, Prof Y. Selepas hari graduasi, terus menyambung kerja-kerja selaku student MSc tanpa ambil cuti pulang sebentar ke kampung. Masih bidang kejuruteraan, cuma kali ini lebih spesifik lagi skop kajian CL iaitu tentang "Image Processing". 

Ingatkan senang, rupanya tidak. Sepanjang membuat kajian, ada rasa nak:-
termuntah, 
malas, 
pening,
tension, 
stress
naik gila, 
blur, 
fed-up
nak berhenti belajar dsb. 

Alhamdulillah bab kewangan takde masalah sebab dapat biasiswa kontrak dengan IPT tempat CL belajar.  Dapat setiap bulan RM1800 dengan syarat yuran lain kecuali yuran pengajian bayar sendiri. Tapi, biasiswa ini sebenarnya menambah tension CL sebab after a year of study, CL's performance in research will be evaluated by professional panelist to justify whether CL can go on receiving this scholarship or not.   Viva ni la yg paling CL takuti skang.. Bahkan, supervisor paling fokus tang performance CL berbanding dengan researchers lain. Orang yang paling kerap diminta tunjuk progress report, CL ler.. Uhuks, sungguh merunsingkan.. Seriously, rasa bad mood sepanjang masa. Setiap 3 bulan, kena hantar laporan projek. Kalau ada iklan conference or proceeding, mula risau sebab result takde lagi tapi nak kena hantar paper sebab nak kena increase publishing rate. Belum campur tension nak hantar journals yang ada high impact factor lagi. Nak dapat 0.1 impact factor pun bukan senang tue... 

Dalam kepala, asyik duk pikir tentang research jer. Mimpi pun, nampak muka Prof Y. Huhu... Bila orang tanya pasal kahwin ke, boyfriend ke (al-maklum lah umur dah macam ni, standard ler orang duk tanya soklan cepumas camni kan..), jawapannya "Entahla, tak tau la.. malas nak pikir." 

Contoh keserabutan kubikal CL bila tension. PC off. Files, papers & items are unorganized.
Tapi, seriously CL respek kat seniors yang mampu kahwin masa tgh study dan dapat manage anak-anak  diorang dengan baik sekali. 
-Ada sesetengah tu, anak masih baby lagik, bawak anak ke research cluster, letak atas meja (lapik tilam baby la ofcoz..) pastu buat la research masa anak tgh tido. Anak nangis, suap susu. Mandikan baby kat bilik air yg memang sedia ada. Waktusolat, letak baby kat sebelah. Memang ibu yang hebat. Tabik spring punyer ah! Kalau CL, tak mampu rasanya. Wallahualam la kan, tak kawen lagik..heheh.
-Ada pulak yang anak ramai tu, kadang-kadang diorang minta permission hubby diorang tido di kluster bila deadline projek makin dekat. Anak-anak yang besar dan boleh berdikari duk umah dengan hubby. Yang kecik-kecik bawak ke kluster. Meriah la jugak kluster ni dgr suara budak2 tu untuk orang bujang cam CL nih. Kalau CL serabut sangat2 dah dgr budak2 tu meriau kat luar tu, CL tutup jer la pintu kubikal..hik, hik..sori dik.. nak kena buat kerja la..
Anyway the point here is, CL memang tabik dengan kesungguhan seniors ni buat research. Jadik malu CL yang bujang ni kalau progress is so slow dalam projek.

Inilah baby Muaz yg CL citer tu. Uminya tgh buat research sambil riba baby yg baru bangun tidor.
Apa yg ditenung baby Muaz tu pon taktau la..hehe

Tapi kan.. setiap kali CL rasa sedih dan tension dgn projek CL, benda yang dapat menghiburkan hati CL yg dukalara ni adalah buat kerja-kerja pertubuhan Nisa' Perlis dan of coz la blogging... heheh.
Okay, apebenda kerja-kerja Nisa' ni ek? Macam-macam.. 
Program Keagamaan (Tadarus, Qiamullail, Usrah, Kuliah)
Program Kewanitaan dan Kemasyarakatan (Talkshow, Ziarah, Mukhayyam, Tamrin)

Mukhayyam
Program tadarus al-Quran
BTS talkshow bersama artis yg berhijrah (Aisyah)
Talkshow bersama artis yang berhijrah (Catriona Ross)
Usrah
Suasana mesyuarat yg serious
Ziarah
Ziarah
Usrah+Meeting
Explore the Nature
Tazkirah+Tadarus
Solat berjemaah
Riadah
Penganjuran kem untuk kanak-kanak

Kenapa CL rasa hepi biler join buat benda2 ni sumer, sebab mmg jiwa CL minat ke arah bidang sains sosial ni. Rasa bahagia sangat kalau boleh sumbang tenaga dan idea untuk kebaikan masyarakat. Masa buat test kerjaya Holland dulu pun, mmg markah CL bab Social ni yg tertinggi barulah markah Realisitic dan Investigate. Klik sini: http://www.roguecc.edu/Counseling/HollandCodes/

Apapun, CL target boleh habiskan semua kepenatan research ni pada awal tahun 2014. AMIN! 
Kalau orang kata, lepas grad terus kerja tu penat.. Sambung belajar pun penat jugak. Kesimpulannya, semua benda pun ada kesukarannya masing-masing. Persoalannya, bagaimana caranya kita mengatasi masalah dan mengubahnya menjadi cabaran untuk diri kita lebih maju ke hadapan. Jangan anggap masalah sebagai masalah tetapi sebagai suatu cabaran.

Lensa Che Long: This is a wonderful life if we change the negative situation into a positive thought. Be optimist.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman DPLI UNISZA 2018

Hulamak hui.. Lamanya tak blogging. Rindu betul nak menulis dan meluah di sini. Sejak kahwin 2014 dulu, kemudian dianugerahkan anak seorang, 2018 inilah  tulisan yang terbaru. Biasanya asyik update FB atau IG je. Blog ni pun dah 'bersawang' molek dah ha.. Rasa nak menulis balik ni pun, sebab termotivasi selepas 2 hari lepas berderet kelas tanpa henti. Terinspirasi dengan cerita-cerita motivasi daripada para pensyarah. Alhamdulillah, keputusan sambung belajar DPLI di Unisza ni moga-moga Allah permudahkan segala urusannya dan membuahkan yang terbaik untuk masa hadapan, amin.. Masa mula-mula dapat tahu tentang permohonan DPLI dibuka kepada umum, saya memang teruja bukan main lagi. Sebab dah bertahun-tahun lamanya saya survey tentang program ni. Sejak selepas bergraduasi pada tahun 2011 lagi, saya cuba untuk memohon program KPLI dan DPLI ini malangnya tidak dibuka program tersebut di mana-mana IPT. Pada awalnya, saya teringin untuk memohon program DPLI UM, tapi apabila memi

Temuduga Guru KAFA

Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah hampir setahun bergelar guru KAFA ganti/kontrak. Tahun 2013 CL mendapat tawaran sebagai guru KAFA ganti yang akan diperbaharui kontrak setiap dua bulan. Tahun 2014 ni pula, kontrak diperbaharui setiap tiga bulan. Ok la tu.. JUN-DISEMBER 2013 CL mengajar di sekolah kawasan kampung. Agak sedih berpisah dengan mereka sebenarnya. Anak-anak yang comel telatah mereka, walaupun kadang-kadang agak nakal. Apakan daya, keputusan bukanlah di tangan sendiri. MAC 2014 CL ditawarkan sekali lagi mengajar KAFA. Kali ni, di sekolah kawasan bandar dan kebetulan berdekatan dengan rumah sewa dan kluster tempat research. Suasana memang berbeza. Keletah anak-anak juga berbeza. Kemahiran yang diperlukan untuk mendidik anak-anak juga berbeda. Semuanya harus lebih moden, kreatif dan up-to-date. Cabaran sungguh! ::TEMUDUGA BERTULIS:: Sebelum start mengajar di sekolah tu, CL kena lalui satu temuduga bertulis. Masa yang diberikan untuk jawab satu paper tu sejam seteng

Kebaikan Batu Tawas dan Hibka Powder

Bosan dengan baju kat bahagian armpit (nama manja ketiak ) jadi kuning dan keras disebabkan pemakaian deoderant? Stress sebab armpit jadi hitam berdaki?  Nak kembalikan warna natural armpit? Nak hilangkan bau teng*k armpit disebabkan peluh? Ha, lemme tell you da solution of this problemo yar.. 1. Hibka Powder Dah lama dah bedak ni wujud sebenarnya cuma orang zaman sekarang tak berapa nak kenal. Pakai kat mana? Kat armpit lor.. Tekstur bedak ni kasar sikit. Dia ada dua jenis. Warna putih dan kuning. Dia ada dalam bentuk paket ataupun botol. So, boleh pilih ikut suka yang mana berkenan. Jika CL suka beli yang warna putih dan dalam botol. Senang, takde la tumpah2. Bagus sangat produk ni. Walaupun dia jauh lebih murah daripada produk2 komersial deoderant yang ada tu, efeknya jauh lebih bagus. Harga yang dalam paket dalam RM1 - RM2 je. Kalau dalam botol pulak dalam RM3++ je. Nak beli kat mana? Beli je kat kedai-kedai jamu. Kalau kat Kangar ni ada satu kedai kat belakang