Skip to main content

Apa ada dengan USRAH??

USRAH.. Ada apa dengan Usrah?

Satu istilah islami yang jarang didengar dan disebut oleh masyarakat. Che Long (CL) pun hanya mula kenal istilah ni sejak masuk tingkatan 4 Maahad Muhammadi Lilbanat di Kota Bharu dulu. Ala..sekolah yg pernah lahirkan ramai top scorer SPM tu (such as Siti Fatimah, Nur Madihah). Trimas my beloved Maahad.. Lot of good experiences I gained there. Alhamdulillah.. (^_^)
Antara blok bangunan di Maahad Muhammadi Lilbanat, Kelantan.
::uSRah ZAmAn SeKolaH::
Awalnya, CL hanya menjadi anak usrah sahaja (istilah 'pasar' untuk yg join jadi member of usrah). So, apa yang dibuat dalam usrah nie? Antaranya, kita tasmi' (memperdengarkan) bacaan al-Quran. Biasanya naqib/ah (orang yang jadi leader usrah ni) yg akan periksa bacaan kita. Betulkan tajwid, fasohah and so on..

Ada jugak sesi tuk check cara solat kita. Bacaan dalam solat betul ke tak, cara kedudukan tangan bila angkat takbiratul ihram, cara rukuk, cara sujud, cara duduk antara dua sujud, cara tahiyat awal dan akhir etc. Doa dan zikir selepas solat pun diajar jugak.
gaya naqib duk tgh check budak2 tgh solat la tue..
Pastu, kita ada tazkirah tentang sirah, fiqh, tafsir, isu-isu semasa etc. Kita ada juga modul aktiviti yang menarik dan kreatif. Ikut suka naqibah la nak buat apa. Nak bawak makanan sambil sembang-sembang pun boleh. Nak buat usrah sambil bersukan pun boleh. Nak nyanyi, bersajak, berlakon..anything is possible. Asalkan tak menyalahi syariat dan tidak leka dari mengingati Allah. Tapi, walau sesuka hati naqibah nak buat apapun, dia masih kena ikut silibus tajuk yang dia nak bawak jugak. Contohnya:-
Aqidah Islamiyah,
24 hours as a Muslim Teenager,
Akademik dan Dakwah,
Jihad dan Pengorbanan,
dll.

Biasanya usrah ni kita buat seminggu sekali atau 2 minggu sekali (tapi depend pada kerajinan dan keluangan masa naqibah dan anak usrah jugak la). Kenapa kerap sangat usrah ni dibuat ek? Sebabnya, secara psikologinya manusia ni iman tidak tetap sepanjang masa. Ada up and down. Jadi, inilah fungsinya usrah. Bila pertemuan majlis ilmu sentiasa diadakan maka tahap iman tu akan sentiasa terjaga. Setiap kali iman rasa nak jatuh jer, kita kasik boost punyer la.. 

Setiap kali pertemuan jugak, naqibah selalu remind untuk betulkan niat. Kenapa nak kena betulkan? Sebab kadang-kadang yang datang tu bukan atas kerelaan. 
--ada yang terpaksa datang sebab dah memang jadi program wajib sekolah (kalau tak kena masuk buku rekod disiplin), 
--ada yang datang sebab kesian dengan naqibah yg bersungguh-sungguh mengajak datang, 
--ada yang datang sebab suka dapat makan free, 
--ada yang datang sebab minat kat naqibah (nak buat kakak angkat-budaya popular kat Maahad) dan macam-macam lagi la. Dats why la naqibah nak kena remind supaya sumer yg datang tu betulkan niat datang ke usrah semata-mata lillahi taala (kerana Allah taala).. Barulah dapat pahala, kan..? Kan datang ke majlis ilmu dapat pahala tue..

CL ingat lagi, selepas setahun menjadi anak usrah, CL dilantik oleh BADATI (Badan Dakwah dan Tarbiyah Islamiyah) untuk menjadi naqibah. Masa tu, CL dah Form 5. Nervous, anxious semua bercampur aduk. Takut betul nak kena pikul amanah sebagai naqibah. Kalau tak silap, CL kena jadi naqibah untuk students menengah rendah (Form 1 until Form 3). Lega sikit la. Kalau kena jd naqibah untuk menengah atas mau pengsan jugak la.. 

Banyak kenangan manis CL semasa jadi naqibah. Biasanya usrah ni kena buat hari Rabu (petang lepas habis sesi persekolahan) atau Jumaat (malam selepas Isyak-tuk budak2 asrama). Bila bunyi loceng sekolah bunyi k menandakan habis sesi persekolahan, bergeraklah semua naqibah ke tempat2 strategik yg dijanjikan dgn member of usrah. Kadang2 kita buat kat bawah pokok, tepi dewan sekolah, pondok sekolah, dalam surau, taman botani sekolah dll. Bawak pisang goreng dan air sirap yang beli kat kantin. Minum petang dgn adik-adik usrah best jugak. Kita sembang-sembang ringan dulu sebelum masuk silibus usrah. 
Tanya khabar diri dan keluarga. 
Masalah pelajaran. 
Paling depa syok, time kita tanya soalan pasal boipren.. (gatai no.. hehe saja melawak)

CL tak suka sangat banyak cakap, biasanya CL buat modul aktiviti. Ada buat kotak beracun, cermin kerjaya, tali kasih, dan macam-macam lagi. Kalau ada ahli yang tak sihat, kita sama-sama gi ziarah. Bila hari raya, kita pos kad raya (sebab masa tu takde lagi FB, handset pun tak guna lagi). Paling teruja sekali, bila CL dapat anugerah Naqibah Terbaik tahun 2005. Paling best sekali, bila jumpa balik adik-adik usrah yang masih ingat kat CL. (masa tengah taip ni pun, rasa nostalgia sungguh). Moga-moga semuanya menjadi orang yang berguna untuk masyarakat, amin!


::UsRaH zAmaN DewAsA::
Bila dah habis zaman sekolah, CL ingatkan dah tak perlu join usrah. Kononnya dah cukup ilmu la. Maklumlah pernah bersekolah di sekolah agama. Tapi, hakikatnya tidak. Semakin kita hidup lebih lama, semakin banyak cabaran dan dugaan hidup yang tak pernah kita duga akan berlaku. Semakin kita dewasa, semakin mencabar juga dugaan yang melanda. Pendek kata, kalau jiwa tak kuat boleh jadi istilah 'culture shock' tu menimpa. Masa tu, CL mula mencari-cari kembali suasana tarbiyah yang pernah diperolehi pada zaman sekolah sebab iman mula terasa ketandusan dan kegersangan.

Alhamdulillah, sahabat-sahabat yang mencari juga ramai di IPT. Kami berpakat membuat usrah. Tazkirah antara sahabat. Ukhuwah islamiyah mula dibina semula. Iman terasa segar semula. Bahagia dengan kerja-kerja dakwah. Terasa bahagia bila dapat memberi kepada yang memerlukan. Agaknya, memang itulah fitrah manusia yang sebenar, bahagia bila dapat membahagiakan manusia/makhluk lain.

Usrah diteruskan sehingga kini. Pengajian di kuliah-kuliah agama juga membantu menenangkan jiwa yang sering terasa tersumbat dengan masalah duniawi. Usrah kini bukan dengan anak-anak muda sahaja. Kini ada sahabat-sahabat usrah yang sudah beranak-pinak. Usrah lebih ceria dengan suara anak-anak kecil di samping kupasan ilmu yang dibincangkan bersama.

usrah bersama Nisa' Perlis (anak-anak kecil pun join sekali)
Alhamdulillah.. apa yang CL harapkan semoga suasana biah solehah ini akan terus menyelubungi hidup CL. Tidak terhenti setakat di sini saja.. Semoga usaha dakwah dan islah akan terus berkembang dengan kesinambungan usrah ini, amin..


Lensa Che Long: Bahagia bila membahagiakan. Aku seorang pembahagia.. (^_^)v

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman DPLI UNISZA 2018

Hulamak hui.. Lamanya tak blogging. Rindu betul nak menulis dan meluah di sini. Sejak kahwin 2014 dulu, kemudian dianugerahkan anak seorang, 2018 inilah  tulisan yang terbaru. Biasanya asyik update FB atau IG je. Blog ni pun dah 'bersawang' molek dah ha.. Rasa nak menulis balik ni pun, sebab termotivasi selepas 2 hari lepas berderet kelas tanpa henti. Terinspirasi dengan cerita-cerita motivasi daripada para pensyarah. Alhamdulillah, keputusan sambung belajar DPLI di Unisza ni moga-moga Allah permudahkan segala urusannya dan membuahkan yang terbaik untuk masa hadapan, amin.. Masa mula-mula dapat tahu tentang permohonan DPLI dibuka kepada umum, saya memang teruja bukan main lagi. Sebab dah bertahun-tahun lamanya saya survey tentang program ni. Sejak selepas bergraduasi pada tahun 2011 lagi, saya cuba untuk memohon program KPLI dan DPLI ini malangnya tidak dibuka program tersebut di mana-mana IPT. Pada awalnya, saya teringin untuk memohon program DPLI UM, tapi apabila memi...

Kebaikan Batu Tawas dan Hibka Powder

Bosan dengan baju kat bahagian armpit (nama manja ketiak ) jadi kuning dan keras disebabkan pemakaian deoderant? Stress sebab armpit jadi hitam berdaki?  Nak kembalikan warna natural armpit? Nak hilangkan bau teng*k armpit disebabkan peluh? Ha, lemme tell you da solution of this problemo yar.. 1. Hibka Powder Dah lama dah bedak ni wujud sebenarnya cuma orang zaman sekarang tak berapa nak kenal. Pakai kat mana? Kat armpit lor.. Tekstur bedak ni kasar sikit. Dia ada dua jenis. Warna putih dan kuning. Dia ada dalam bentuk paket ataupun botol. So, boleh pilih ikut suka yang mana berkenan. Jika CL suka beli yang warna putih dan dalam botol. Senang, takde la tumpah2. Bagus sangat produk ni. Walaupun dia jauh lebih murah daripada produk2 komersial deoderant yang ada tu, efeknya jauh lebih bagus. Harga yang dalam paket dalam RM1 - RM2 je. Kalau dalam botol pulak dalam RM3++ je. Nak beli kat mana? Beli je kat kedai-kedai jamu. Kalau kat Kangar ni ada satu kedai kat belak...

TEMUDUGA ONE OFF SPP JAWATAN DG41

Esok bertarikh 11/10/2021 adalah hari penentuan CL setelah sekian lama berkecimpung dalam dunia pendidikan. Adakah cita cita sedari kecil untuk menjadi seorang pendidik bakal dicapai atau tidak, kita serahkan pada Allah swt untuk menentukannya. Apa yang Allah takdirkan, sudah tentu itu adalah yang terbaik insha-Allah. CL bukanlah graduan ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) dari mana-mana IPT. CL hanyalah seorang graduan ISM Kejuruteraan. Tapi, minat mendalam dalam bidang pendidikan tak pernah padam, tak pernah lekang di jiwa. Ia sentiasa membara dan meluap-luap seperti lava di dalam kerak bumi di gunung berapi Sinabung. Peluang untuk temuduga esok hari perlu CL manfaatkan sebaiknya supaya beroleh peluang untuk berkhidmat dan menumpahkan bakti buat nusa bangsa. Selepas berhempas pulas menyambung pengajian dalam DPLI UniSZA, mungkinkah ini bakal menjadi titik permulaan suatu sejarah baharu? Kita tunggu dan lihat nanti. CL masih ingat mutiara kata seorang pensyarah yang amat CL segani d...