Teman-temanku

Google+ Followers

Wednesday, May 30, 2012

7 Petala Cinta

Cinta. Oh, indahnya cinta. Indahnya kasih. Indahnya jika berkasih dan bercinta. 

Filem "7 Petala Cinta" bukanlah filem terbaik untuk anda jadikan simpanan di folder hati masing-masing. Cubaan filem ini kurang menjadi. Moga penggiat seni membuat research yg lebih baik dari hasil filem ini di masa depan.

Filem ini tidak menggambarkan suasana pembelajaran pondok yg wujud di Malaysia tercinta ini. Bukan juga menggambarkan perhubungan sosial antara muslimin dan muslimah yang sepatutnya. Bukan juga gambaran terbaik antara pasangan tunang Muslim. 

::Wanita berpurdah::
-Bukan begitu caranya berpurdah.
-Bukan begitu caranya pergaulan wanita berpurdah.
-Bukan begitu caranya pemakaian wanita berpurdah.

::Ustaz selaku tunangan orang::
-Bukan begitu caranya mahu bergurau dengan tunang.
-Bukan begitu caranya memandang wanita muslimah.

Agak kecewa, itulah perasaan Che Long melihat keseluruhan filem ini.
Cinta ke yg ingin disampaikan? Tapi cinta yang Islam anjurkan beginikah?
Dakwah ke yg ingin disampaikan? Tidak nampak pula objektif dakwahnya.

7 Petala Cinta. Perkataan petala menggambarkan suatu keadaan yg amat tinggi. Sehingga 7 petala pula. Sudah tentu cinta setinggi ini hanya untuk Maha Pencinta kita. Siapa lagi kalau bukan Allah. Namun, tiadalah di dalam filem ini tentang penekanan cinta agung kepada Illahi sebaliknya hanyalah melibatkan cinta antara makhluk semata-mata.

Lensa Che Long: Minat penggiat seni kepada filem dan drama yg bercorak Islam amatlah Che Long sambut dengan penuh kegembiraan, namun masih banyak kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki terutama dari segi isi kandungan dan tema yang bertepatan dengan syariat. Bukan sekadar kerana nilai komersial dan mengikut trend. Wallahualam.

Aku pencinta seni. Jangan dirosakkan seni putih dengan seni hitam.

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Follow by Email