Teman-temanku

Google+ Followers

Monday, January 2, 2012

Tahun baru 2012 Masihi

Doom, doom! Tetiba terdengar bunyyi letupan mercun kat udara bumi Perlis ni. Pening gak ambo. Bukan hari dah masuk hari kedua tahun 2012 ke? Takkan sambungan letupan meriam dari semalam lagi kot?
Masa tengah taip ayat-ayat ni, jam kat laptop tepat kul 12.00malam, maka 1/1/2012 pun berganjak ke 2/1/2012.. Dah umur 24 tahun rupanya ambo ni (kalau ikut tahun Masihi la..). Ya Allah, makin tua dah ambo ni rupanya. Tapi tak sedar-sedar diri lagi.

2,3 hari sebelum tibanya 31 Disember 2011, ambo dapat jemputan ke Majlis Lantunan Mahabbah Rasulullah di Stadium Abd Halim, Suka Menanti, Alor Setar. Tapi seminggu sebelum tu dah dapat invitation ke Countdown 2012 di Stadium Shah Alam. Confuse gak nak pilih nak gi yang mana satu sebab dua-dua pun best. Tanya kawan ni, dia syorkan suruh pegi yang dekat je dulu. So, ambo pun ok la. Ajak budak-budak rumah dan kawan-kawan sekerja semua, nak konvoi la ke Alor Setar. Semangat sungguh. Tak leh nak bayang lagi masa tu macam mana rupa bentuk program ni nanti. Orang kata best, tapi tak pernah experience sendiri lagi. Pendek kata, ni la first time in my life nak sambut Tahun Baru ni ha. Sebelum ni duk kat umah tengok kot TV je. Atau baca berita di akhbar keesokannya.

Sampai hari kejadian (31/12/2011). Kami konvoi dua buah kereta. Kancil dan Saga Aeroback. Time tu memang semangat dah, tapi masih tak seberapa lagi. So, dalam masa sejam sampai la kami kat Stadium tu. Ramai dah orang.. Kebanyakannya pakai putih belaka, lelaki dan pompuan. Kami pakai biasa-biasa jer. Time tu dah nak dekat maghrib dah. So, cepat-cepat la cari tempat wudhuk. Then ambil tempat untuk hampar sejadah semua kan.. Waktu tu dengar suara budak laki kecik alunkan zikrullah. Masuk ruang solat (dalam stadium tu ler), fuhh.. Penuh orang. Putih belaka.. Subhanallah.. Happy sangat, tak tahu kenapa. Kemudian, azan dialunkan. Pastu kami pakat solat Maghrib sama-sama. Tak ingat siapa dah yang jadi imam time tu.

Lepas maghrib, ada bacaan tahlil. Lama jugak la. Baca doa pun lama. Tersengguk jugak la ambo, hehe.. Teruk kan? Mungkin sebab air-cond.. so jadi amat selesa sampai ngantuk (ceh, alasan!).

Lepas tahlil, dah masuk waktu Isyak. Solat jemaah bersama. Kemudian solat ba'diah. Kemudian solat sunat hajat berjemaah. Then, acara kemuncak pun tiba. Susah nak gambarkan suasana masa tu, best sangat! Klik sini..

MC mintak semua yang hadir bangun dan rapatkan kedudukan msg2 sebab ramai lagi org yg stuck kat luar stadium nak masuk tak boleh. Dianggarkan lebih dari 10,000 yg hadir semalam tu. Yg mana tak lepas nak duduk di lantai, diorang duduk kat kerusi-kerusi kat bahagian atas nu. Kemudian, pelajar2 dari 4 buah (kalau tak silap la) maahad tahfiz dan pusat pengajian hadis naik ke atas pentas. Bersih je tengok muka diorang. Budak-budak kecik pun ada.

Dalam majlis ni, ada alunan qasidah dan burdah yang cukup seronok. Walaupun ada gak sesetengah qasidah yg dilantunkan tu tak faham, tapi auranya masih menusuk ke jiwa. Rasa tenang je. Walaupun suasana masa tu cukup sesak. Ye la, duduk berhimpit lagi macam ikan sardin. Kalau dah duduk bersila, memang susah dah nak ubah bersimpuh. Kalau bersimpuh, sampai ke sudahlah bersimpuh jawabnya.

Ada jugak tazkirah dari Syeikh Zainul Asri (Pak Long) dan Ustaz Fahmi ZamZam (asal Indonesia). Ya Allah, best sangat tengok muka orang soleh ni. Tutur kata mereka cukup zuq ke dalam jiwa. Bila mengalunkan selawat bersama mereka, terasa syahdu sangat. Mengalir air mata kerana merasa terlalu rindu pada Rasulullah. Terasa bagaikan kami semua diperhatikan oleh Rasulullah s.a.w. dengan penuh rasa kasih dan sayang.. Ya Allah, indahnya perasaan itu. Rindu tak tahu nak cerita macam mana..

Antara isi-isi penting yg sempat ambo catat dan boleh share di sini dari tazkirah para alim ulamak ni:-
1) Qasidah adalah simbol ahli sunnah wal jamaah. Maka berselawatlah sebanyak-banyaknya.. Allahumasolli 'ala muhammad..

2) Nabi Muhammad sudah menjadi nabi sebelum kenabian Adam a.s lagi (hebatnya Nabi kita ni). Allahumasolli 'ala muhammad..

3) Mukjizat Rasulullah adalah yg terbaik sekali di antara nabi-nabi:
-Nabi Musa diberi mukjizat belah lautan, tapi Rasulullah mukjizatnya membelah bulan.
-Nabi Musa belah batu guna tongkat keluar air dari batu, tp Rasulullah air keluar dr jarinya.
-Nabi Sulaiman boleh memberi arahan kpd angin, tp Rasulullah diberi menaiki buraq yg lebih laju dari kelajuan cahaya. dan banyak lagi.. Allahumasolli 'ala muhammad..

4) Di Padang Mahsyar kelak, Rasulullah boleh ditemui di 3 tempat iaitu Timbangan Mizan, Titian Sirat dan Telaga Kausar. Gambarannya, betapa sibuknya Rasulullah ke sana sini demi memberi syafaat kepada umatnya ketika itu. Begitu sayang dan kasihnya Rasulullah kepada kita. Allahummasolli 'ala muhammad..

5) Ketika Rasulullah dibangkitkan pada Hari Pembalasan dari kuburnya, selepas menyapu debu-debu yg melekat di badannya, soalan pertama yg ditanyakan kepada Jibril adalah "Bagaimanakah keadaan umatku ya Jibril?" ;kasihnya Rasulullah pada kita kan? Tidak ditanya ibunya, ayahnya, isterinya, anaknya, cucunya, tetapi KITA, umatnya.. Allahumasolli 'ala muhammad..

6) Ganjaran Allah kepada para pencinta Rasulullah:
- Rahmat dari Allah (sekali kita menyebut/mengingati Rasulullah, 10 rahmat buat kita)
- Ditempatkan sgt dekat dgn Rasulullah di akhirat nanti.

7) Apabila di akhir zaman, tatkala sudah semakin berkurang guru-guru yg mursyid untuk membimbing kita, maka selawat adalah pembimbing kita yg terbaik. Banyakkan juga mempelajari kitab-kitab yg dikarang oleh Imam Ghazali kerana di dalamnya banyak terkandung pengajaran ttg Quran dan Sunnah.

8) Syafaat Rasulullah adalah syafaat al-'uzmah (syafaat yg plg besar dari Rasulullah). Rasulullah pernah ditawarkan oleh Allah akan dua pilihan sebelum kewafatan baginda iaitu:-
1- 50% dari umat Rasulullah akan dijamin masuk syurga.
2- Syafaat al-'uzmah yg akan memberikan autoriti kepada Rasulullah utk memberikan syafaat kepada umatnya tika Padang Mahsyar kelak.
::Maka, Rasulullah memilih yg ke-2. Lalu dalam satu riwayat yg sahih dikatakan dgn pilihan ini, maka Rasulullah dapat membuatkan umatnya lebih dari 50% masuk ke syurga. Kasihnya Rasulullah pd kita, kan?

9) Mungkin susah kita nak bertemu di akhirat nanti dgn Rasulullah sebab tahap keimanan kita ni lemah sangat. Maka, berusahalah kita untuk sekurang-kurangnya bertemu baginda di dalam mimpi dulu pada hayat kita sekarang ini. Allahumasolli 'ala muhammad..

10) Apabila disebutkan nama Rasulullah, maka berselawatlah kita. Sabda Nabi: "Orang yg apabila disebut namaku dan tidak berselawat, itulah orang yg paling bakhil." Allahumasolli 'ala muhammad..

Kesimpulannya, ambo rasa bahagia sangat berada dalam majlis ni. Petang tadi, ambo buka pula internet, tengok suasana sambutan Countdown di Shah Alam. Memang mantopp! Subhanallah. Kalah sambutan Tahun Baru bersama PM Najib di i-City.

80,000 vs 25,000!!

Memang hebat penangan Ustaz Azhar Idrus. Zizan Raja Lawak pun sempoi dan best. Sham Kamikaze, Shahir AF8, Akhil Hayy dan ramai lagi pun ada memeriahkan sambutan ala islamik ni. Ambo seolah-olah turut merasai kemeriahan tu walaupun hanya tengok melalui Youtube sajer. Rasa suka sangat dengan perubahan negara ni ke arah yang lebih baik dari semasa ke semasa.

Anyway, dalam duk kalut orang sambut Tahun Baru ni, kasihan jugak dekat mahasiswa UPSI yg ditangkap polis semalam. Ada yg cedera parah dan sebagainya. Klik sini..



Ambo kata: Apapun, dengan tahun baru yang menjelma ni semoga ambo diberi kekuatan oleh Allah untuk menjadi hamba-Nya yang lebih soleh dan musleh. Amin..

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Follow by Email