Teman-temanku

Google+ Followers

Saturday, May 7, 2011

Mai kita pakat pikiaq sikit...

Harga naik: Mahasiswa berfikir di mana 1Malaysia
Ubaid Abd Akla

Minggu lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kenaikan harga barang 4 dalam 1. Kenaikan yang tidak masuk akal ini menyebabkan bebanan yang besar kepada rakyat Malaysia apatah lagi musim persekolahan akan bermula pada awal Januari hadapan.

Pastinya rungutan dan rayuan rakyat tidak dan tidak akan didengari oleh Kerajaan Persekutuan. Lebih malang lagi, kesannya bakal dirasai oleh seluruh mahasiswa di Malaysia apabila semester baru akan dibuka menjelang hujung Disember ini.

Alasan pengurangan subsidi harga barang amat tidak relevan apatah lagi kenaikan barang baru sahaja berlaku tidak sampai 6 bulan lepas iaitu pada 15 Julai yang lalu. Di sini, mahasiswa secara jelasnya mampu dan boleh berfikir di mana prinsip 1Malaysia yang dilaung-laungkan oleh kerajaan selama ini. Jika betul rakyat didahulukan, kenapa kenaikan berlaku dalam masa 6 bulan?

Hal ini menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati dikalangan rakyat terutamanya mahasiswa yang akan menempuh semester baru tidak lama lagi. Bagaimana hendak cukup biasiswa/pinjaman diberikan jika keperluan sara hidup semakin naik jika hendak dibandingkan pinjaman yang diberikan? Sepatutnya perkara seperti ini patut dimbil kira memandangkan lebih 300,000 ribu mahasiswa sedang berada di IPT seluruh negara sama ada di IPTA, IPTS, Kolej-kolej Komuniti, Politeknik dan sebagainya.

Kesannya, lebih ramai mahasiswa terpaksa ikat perut untuk meneruskan pengajian bahkan ada yang berkerja sambilan untuk menampung kos sara hidup dan lebih malang terdapat mahasiswa yang pengsan dek kerana 'exhausted' dan pengsan semasa bekerja untuk menampung keperluan diri di samping dalam pada masa yang sama perlu fokus dalam pengajian.

Dalam pada masa yang sama akan berlaku kenaikan harga makanan di kampus pusat pengajian dan perkara ini memang tidak dapat dielak lagi kerana pengusaha kafe/kantin terpaksa menanggung kos pengankutan lebih dari biasa kerana kenaikan petrol dan diesel serta kos bahan makanan seperti gula.

Jika perkara ini berlaku secara berterusan, bagaimana Malaysia hendak melahirkan pelapis dan rakyat yang kompeten dari sudut akademik mahupun sahsiah jika mahasiswa tidak dapat fokus dalam pengajian mereka?

Mahasiswa yang terus menerus menjadi mangsa seolah-olah ibarat anak dibuang dan kera disusukan. Hal ini dapat dilihat dengan tiada sebarang penarikan subsidi dilakukan kepada perunding-perunding asing dan kroni yang sewaktu dengannya. Walhal, siapa yang patut didahulukan dalam isu subsidi? sama ada kita rakyat Malaysia atau sebaliknya?

Jika terus menerus berlaku perkara seumpama ini, mahasiswa pastinya akan terus dizalimi demi menjaga kepentingan sesetengah pihak. Bahkan secara total mahasiswa semakin keliru dengan agenda yang hendak dibawa oleh kerajaan sama ada mendahulukan rakyat atau sebaliknya!


Ambo kata: Dulu nasi lemak harga 50 sen sepinggan, sekarang RM1.00 paling murah boleh dapat. Dulu, isi minyak RM5 boleh tahan seminggu, sekarang isi minyak RM5 tahan 2 hari je. Dulu pegi kedai runcit bawa RM10 boleh beli syampu, sabun mandi, gula, milo, dan telur. Sekarang, bawak RM10 ke kedai runcit, boleh beli telur, gula dan biskut saja..

Ambo kata lagi: Semester pertama masuk IPT tahun 2007, dapat RM3400 duit PTPTN (tolak yuran IPT RM1200, tinggal lagi RM2200) boleh hidup mewah sepanjang semester 6 bulan.. Semester terakhir di IPT tahun 2011, dapat RM3400 juga (tolak yuran IPT RM1200, tinggal lagi RM2200), hidup sebagai student dah terseksa..
-makanan di kafe melampau-lampau naik.
-barang-barang peribadi yang beli kat kedai apatah lagi harganya (ziunngggg! naik mendadak harga)
-nak guna duit untuk print, fotostat, buku, nota, minyak motor: tiap-tiap hari CATU, CATU, CATU!

Ambo nak kata lagi: Masa mula-mula masuk IPT, tak jangka langsung ekonomi negara akan jadi teruk macam sekarang. Ingatkan dah 50 tahun lebih merdeka, dah boleh lega sikit, rupanya masalah ekonomi makin meruncing dan membunuh. Patutlah ramai student IPT sanggup jual diri demi mencari pendapatan segera.

Last ambo nak kata: Sekarang ni, PNGK tinggi pun tak berguna sangat, orang lebih suka main kabel. Main hulur borang bawah meja. Nak sambung belajar ke peringkat lebih tinggi pun susah. Kena pohon biasiswa itu ini, itu pun belum tentu dapat sebab kuota sikit campur orang yg main kabel. Kalau orang yang sokong belah 'dia', lagi senang duit nak masyuukk. Tanya pegawai atasan IPT "Kenapa jadi dana pendidikan sekarang dah makin sikit?" Jawab mereka, "Kerajaan tengah tak ada duit.."
Tapi...
Apa yang ambo nampak, makin banyak pulak kerajaan laburkan duit kerajaan ke projek-projek mega yang langsung tak bagi faedah pada rakyat pertengahan macam ambo. Yang dapat untung, kompeni-kompeni besar dan kroninya sahaja. Pemerintah tertinggi negara, boleh hidup bahagia dengan anak bini dalam rumah banglo ber'air-cond' ada kolam renang dan naik kereta besar lagi mewah, di saat rakyat hidup di rumah papan nak roboh, bocor sana-sini, tolak kereta Datsun warna merah yang tampal situ-sini..

KENAPA KERAJAAN AMBO YANG MELAUNGKAN 1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN ini, langsung tak kena slogannya. Kalau orang yg jenis kasar die akan cakap: "Ptuihh! Hampeh la kerajaan ni! Cakap tak serupa bikin, lidah tergeliat bercabang dua!" Tapi, ambo cakap macam ni je la: "Astaghfirullah al-aziim..apa la nak jadi dengan pemerintah sekarang ni..? Tak rasa bersalah langsung hidup senang-lenang di atas kesusahan rakyat sendiri.."

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Follow by Email