Teman-temanku

Google+ Followers

Friday, April 1, 2011

Veer Zaara

Semalaman ambo cuba menyiapkan laporan projek tahun akhir. Laporan penuh yang minimum 50 mukasurat perlu dihantar selewatnya hari ini. Nasib baik sudah 3 bab disiapkan. Tinggal lagi 2 bab, bahagian Results, Discussion dan Conclusion. Nasib baik juga data semua sudah siap dikumpul, tinggal mahu dianalisis. Tapi, laporan teknikal belum sentuh juga lagi. Bila dah siap taip, nak kena print pulak. Nasib malang, printer pulak rosak dakwat. Aduss... Mana nak binding laporan lagu. Aduss...sakit perut dibuatnya, walaupun tak makan apa. TenSION dan hampir meLETUP dibuatnya. Inilah dia akibat menangguh kerja. PADAN MUKA sendiri!

Seluruh jiwa dan raga betul-betul jadi penat. Tangan jadi lenguh menaip hingga terpaksa sapu Analgesic Cream (krim untuk atlit yg kejang otot) untuk hilangkan lenguh. Punyalah ambo fokus pada skrin laptop hinggakan bila ambo pandang tempat lain, dah jadi gelap pandangan. Pukul 5 pagi, perut bergelora dan mula memuntahkan isi (air milo dan biskut meri je pun). Report tak siap lagi, bagaimana nih?? Dah mula gabra. Jam 11 pagi, masih memaksa diri juga. Tiba-tiba datang khabar gembira, seorang teman sekuliah membawa berita yg cukup melegakan. Pihak fakulti menangguhkan tarikh penghantaran laporan. Oh, alhamdulillah...akhirnya gabra pun hilang. Dapatlah sambung buat laporan dengan hati yang tenang. Ambo tahu sangat, kalau dah gabra, tak cukup tidur pulak, pasti persembahan laporan ambo akan lemah dan lembik. Kalau ditangguh tarikh penghantaran laporan, boleh lagi ambo baiki laporan tu. Hehe..

Perut pun tiba-tiba jadi lapar minta diisi. Sarung jubah dan tudung, ke kafe mencari makanan. Emm...enaknya kepak ayam goreng tepung dan sayur taugeh. Walaupun tengah sejuk sebab musim hujan, teh AIS tetap ambo beli. Tepuk dada, tanya iman...

Bismillahirrahmaanirrahim.. Nyam, nyam, sedapnya.. Nasi dan daging ayam menuruni tenggorok ambo. Teh ais pun sejuk rasanya. Alhamdulillah, nikmat deria rasa yang Allah bagi, syukur sangat. Ambo ni, kalau waktu makan tak boleh kalau tak ada ulam penglihatan, lalu dibukalah sebuah filem buat penambah rasa. Umpamanya, tak lengkap petai kalau tak ada budu untuk dicecah. (^_^)

Hurm, itulah life student IPT yang suka menangguh kerja macam ambo nih. Macam ni gayanya, boleh ke nak pimpin negara nih?

Bayangkan ek:-

Org kampung: YB, kami dari Kampung Pening Lalat nak mintak tolong YB datang kampung kami sikit. Jambatan yang menghubungkan kampung kami ke jalan besar dah rosak teruk, hampir tumbang dah. Boleh YB do something? (ceh, cakap omputih plak pak cik tue ek..)

YB: Oh, ye ke..ok nanti petang saya datang ye.

Org kampung: Ok, YB kami tunggu..Jangan tak jadi pulak YB ye..YB Parti Arnab memang tengah duk cari lubang nak masuk pengaruh kat kampung kami tue..

Pagi pun berlalu. Tengah hari menjenguk. Akhirnya sampai la petangnya. Di rumah YB.
YB: Hish, malas pulak aku nak gi kampung tue petang ni. Ada kertas kerja yg minggu lepas aku tak hantar lagi nih. Esok pegawai kat Pejabat Tanah dah nak. Lain kali la aku pegi kampung tu. Bukan tak nak tolong cepatkan, tapi kerja ni pun tak siap lagi. *YB menggumam sendirian..*

Selepas seminggu...

YB: Assalamualaikum, pak cik apa kabar? Saya datang ni nak tengok jambatan yg pak cik cakap minggu lepas tu. Boleh tunjukkan saya. Saya pun ada bawak pembantu yang akan tolong amik gambar keadaan jambatan tu untuk dibawa ke pihak atasan.

Org kampung: Hurm, camne nak cakap ek. YB..kan saya dah pesan kat YB minggu lepas yg YB kena datang cepat kan? YB dah terlambat nih. YB Parti Arnab dah setelkan masalah jambatan tue.. Itu la YB, suka menangguh, jadilah gini.

YB: Alamak.....Padan muka aku!

So, kesimpulannya. Walaupun kita ni bukanlah nak jadi YB sekalipun, sikap menangguh ni sikap yang cukup TIDAK ELOK! Kalau kita kerja kat industri, lagi la parah kalau masih ada sikap macam ni. Lagi pulak kalau yang jenis terlibat dengan perjuangan menegakkan agama dan negara, sikap ni layaknya duduk di tepi tembok je, tengok org lain buat construction. Huhu..

Ambo kata: Insaf...so apa kaitan dengan tajuk Veer Zaara tue? hahaha..saje jer..terkena ekau semua..

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Follow by Email