Teman-temanku

Google+ Followers

Sunday, April 24, 2011

Kritikan Membina untuk Rancangan Maharaja Lawak

Ambo ni tak suka buat lawak, tapi seringkali orang gelak cara ambo bertindak atau bercakap. "Awak ni lawak la.." Selalu diorang cakap gitu. Tak tahu la kenapa. Ambo tak rasa pun ambo tengah wat lawak, tapi orang gelak jugak. Entahlah..

Kalau bab mengusik, memang ambo suka. Buktinya, ummi ambo gelarkan ambo nama "Tok Kadiyat". Nama "Tok Kadiyat" ni adalah nama tokoh yang popular dengan usikan dan gurauan beliau. Tapi, nama tokoh ni terkenal di kampung ambo jah. Tu pun dulu la. Tak tahu la samada generasi lani masih ingat atau tidak pada nama ini. Daerah Kuala Balah, Kelantan. Ambo ingat lagi, waktu kecik2 dulu, kalau jumpa budak2, ambo akan mengusik sampai budak tu menangis. Hehe..nakal sikit. Kalau jumpa yang sebaya atau lebih tua, ambo suka sergah atau coket (cuit) pinggang biar terkejut. Hehe, nakal..

Bila dah makin dewasa ni, penyakit suka menyakat dan mengusik orang tu masih melekat. Dah jadi habit dah..huhu. Tapi, tengok orang jugak la kalau ambo nak mengusik ni. Yang jenis garang atau melatah pukul orang, ambo tak berani jugak la. Naya den..

Anyway, kali ni ambo nak cerita isu lawak kali ni, sebab tajuk ni rasa dekat sangat dengan ambo.. Sekarang ni, kat Astro Warna, setiap hari Jumaat 10 malam, ada siaran langsung rancangan Maharaja Lawak. Rancangan ni adalah kesinambungan Raja Lawak bagi kelima musim terdahulu (itu yang ambo tahu melalui website lain la). Dulu ambo tak layan pun rancangan Raja Lawak ni tapi sebab kali ni bunyinya "Maharaja", jadi berminatlah ambo meluangkan sedikit masa menengok apakah sebenarnya bentuk rancangan ni.

Maka, sudah 4 episod juga ambo melayan rancangan ini. Tak tengok kat Astro pun, download kat server kawan-kawan se-IPT je. Lagipun, kat kolej ni mana ada TV, hehe.. Internet je sumber ke dunia luar.
So, komen ambo tentang rancangan ni, memang menghiburkan. Menggeletek hati. Tapi, kadang-kadang ada jugak yang meloyakan. Ambo amat suka untuk komen dan kritik industri seni negara ni. Bukan sebab benci dengan hiburan. Tapi, sebab ambo cukup minat dengan industri ini. Sampaikan waktu zaman sekolah dulu, ambo ingat lagi Umi pernah kata kat ambo:
"Ish budak ni, suka sangat die menari dan menyanyi, Nasib baiklah umi hantar sekolah agama dulu. Kalau tak, mungkin dah masuk pertandingan Akademi Fantasia agaknya.." 

Ambo mengaku, ambo cukup minat bab seni tarian dan suara ni, berlakon apatah lagi. Kalau duk sensorang, ada-ada saje skrip drama yang melintas dalam kepala ambo. Pernah cuba buat skrip, tapi terbantut sebab tak pandai nak olah sebab tak tahu asas. Kalau dengar muzik, mesti kaki tangan mula nak tergedik-gedik, tak kira apa jenis muzik sekalipun. Kalau dengar lagu sekalipun first time dengar, cukup cepat absorb lagu tu. Pastu mula la humming sensorang tanpa sedar dan lupa lagu apa yang tengah humming tue..

Berbalik kepada persoalan Maharaja Lawak. Oleh kerana ambo minat dengan bidang seni yang mustahil dah untuk ambo ceburi ni, maka ambo cuba nak jadi insan yang menegur dari luar pagar, moga-moga industri ni mampu menjana transformasi yang gemilang buat Islam. Lebih hebat lagi kalau industri seni Malaysia ni dijadikan teladan dan contoh oleh negara-negara luar dek kerana keunikan mesej dan isi Islam yang diolah cantik di dalamnya.

Maharaja Lawak, antara kritikan yang sepatutnya diberitahu oleh juri-juri kepada peserta rancangan ini:-

(1) Menggunakan lawak 'double meaning'. Lawak sebegini kurang bagus sebab menjurus ke arah perkara yang tidak manis dan agak l*c*h Tidak kena dengan budaya Timur kita. Tambahan lagi, peserta ini beragama Islam dan masih muda remaja. Lawak mereka bakal membekas di hati ramai anak muda dan mungkin menjadi ikutan ramai. Tanpa sedar, mereka melawak tanpa menambil kira unsur-unsur murni masyarakat murni kita. Mereka kreatif dalam mereka isi lawak, alangkah indahnya kalau digarap lebih murni lagi. Melawak sambil menegur itu kan cantik. Boleh koreksi kisah Abu Nawas, seorang sufi yang suka melawak.

(2) Pakai kostum atau pakaian wanita apabiila melakonkan watak perempuan. Dipakainya kasut perempuan, gincu, bulu mata palsu, baju perempuan, eye-shadow dll. Dibuatnya pula aksi lemah gemalai ala-ala perempuan. Banyak kumpulan yang terlibat dengan adengan sebegini dalan rancangan ini. Tak sedarkah mereka dalam keghairahan melawak dan menghiburkan hati penonton, akan hukum Islam yang mengharamkan perlakuan sebegini. Walaupun, niat mereka hanya untuk berlakon, it is still a NO WAY! Bukannya tak boleh kalau tak buat aksi sebegitu. Ini kan zaman teknologi. Akal anugerah masih boleh digunakan untuk mencipta pelbagai kreativiti kan? Kita ada recoder, kita ada kaset, kita ada video, bahkan kita ada WANITA yang asli untuk dijadikan pelakon tambahan. Tak salah kan? Yang penting, idea kena kreatif sikit je lagi. Tak perlu cipta lawak sebegini rupa.

“Rasulullah s.a.w. telah melaknat lelaki-lelaki yang meniru-niru perempuan dan wanita-wanita yang meniru-niru lelaki”. (Riwayat Imam Bukhari).

(3) Mungkin ada yang tak tahu lansung atau kurang cakna isu ini. Jadi, ambo ambil tanggungjawab ini untuk memberitahu pada umum. Dalam episod ke-4, ada sorang peserta dari Kelantan (sbb sayang pada saudara senegeri ambo, jadi ambo kena tegur die) , telah mengungkapkan perkataan "La ilah, La ilah" bagi merujuk kepada kalimah "La ilaha illallah" ketika menyampaikan persembahan beliau. Isi lawak beliau agak cerdik juga.. Tapi, yang ambo nak tegur sikit, bab kalimah tauhid diucapkan sebegitu. Mungkin dia tak tahu sebab tak faham maksud kalimah Arab itu, jadi ambo cuba bagitahu di sini.

Apabila kita sebut "La ilah" maksudnya adalah "tiada Tuhan" dalam bahasa Melayu atau dalam bahasa Inggeris "There is no God". Tanpa Man sedar, secara automatik kata-katanya telah melibatkan isu iman. Iman itu adalah taqrir bil lisan, tasdiq bil qalb wa 'amal bil jawarih (ucap dengan lidah, membenarkan dengan hati dan beramal dengan anggota). Apabila beliau mengungkapkan kata-kata "La ilah", beliau telah mengikrarkan dengan lidah Muslimnya bahawa "tiada Tuhan". Jadi, agak-agak anda bagaimana Allah ukur tahap iman kita pada tika itu? Namun, Allah itu Maha Penerima Taubat, langsung segeralah bertaubat.

Isu ini bukan berlaku pada peserta tu sahaja, kerana ambo sering mendengar ramai kawan-kawan seagama ambo yang menuturkan kalimah tauhid ini secara tidak lengkap. Bahkan, banyak lagi kalimah suci yang tidak disebut secara sempurna lalu membawa kepada maksud yang songsang. Cuma, kali ini sebab kata-kata peserta tersebut telah 'on-air' dan ditonton oleh ramai orang tanpa ada individu yang berwajib menegurnya, maka ambo ambil inisiatif ini untuk menegur beliau dan seluruh saudara seagama yang mungkin sudah terbiasa dengan ungkapan kalimah tauhid yang tidak sempurna ini. Sesungguhnya Allah itu hanya Satu dan tiada yang lain selain dari-Nya.

(4) Ada satu kumpulan yang ambo suka. Idea mereka selalunya fresh dan urban. Memang kebanyakan idea depa lawak2. Tapi, ada jugak yang ambo kureng dengan babak lakonan Jozan dalam episod ke-2, yang membawa karakter pasangan ayah-anak merujuk kepada sutradara dan pengarah muda terkenal tanah air Dato' Yusof Haslam-Shamsul Yusof. Bukan isu meniru pasangan ayah-anak yang ambo kureng, tetapi dialog yang diungkapkan oleh Jozan seperti di bawah:-

A: Hai..dulu papa habis duit banyak hantar kau ke Universiti al-Azhar... (penonton ramai gelak mendengar jenaka ini)

B: Papa.. (sambil buat muka selenga tu)

A: Balik-balik, al-Kohol jugak yang kau carik. Sul, Sul, Sul.. (sambil buat muka selenga lagi)

Mungkin bagi kumpulan ini, ia hanya satu lakonan dan jenaka yang mampu menghiburkan hati para penonton. Namun, pernahkah mereka terfikir bahawa lawak mereka itu mungkin mengguris perasaan penuntut Universiti al-Azhar bila dikaitkan dengan unsur alkohol? Lagikan ambo yang tiada kaitan dengan al-Azhar pun dah terasa, inikan pula warga al-Azhar sendiri. Lawak ini sebenarnya telah memberi satu gambaran dan imej buruk pada penuntut al-Azhar secara tidak langsung. Seolah-olah, Universiti al-Azhar yang terkenal hebat dalam melahirkan beribu-ribu alumninya yang terbilang dari sudut profesional dan kepimpinan sejak bertahun lamanya, hanya suatu omongan kosong yang boleh dibuat lawak. Aduh, sakit hatiku ini mendengar lawak kureng tu! Bukan korang tak mampu mencipta lawak yang lebih kreatif dan berguna, tapi kenapa semberono juga yang menjadi pilihan hati. Harap kumpulan ni lebih alert dengan sensitiviti masyarakat.

LAST BUT NOT LEAST. Wahai para artis sekalian, tolonglah sedar, bahawa korang tu punyai pengikut yang ramai. Jejak korang diintai setiap masa. Setiap perlakuan korang mungkin menjadi ikutan ramai orang di luar sana. Sanggupkah korang menjadi penyebab kepada bertambahnya dosa peminat korang disebabkan peminat korang back-up setiap tindak-tanduk tah hape-hape korang tue? Apa jawapan korang depan Allah kat padang Mahsyar kelak?

Wahai pencipta rancangan TV, filem mahupun drama, tolonglah bertindak sekarang. JOM pakat ubah paradigma Industri Seni tanah air kita yang tercinta ini! David Teoh, Farid Ridzuan, Mamat Khalid, Ahmad Idham, Erma Fatima, Shuhaimi Baba, Yusof Haslam, Shamsul Yusof, Farid Kamil, Aziz M. Osman, Sheila Rusly, Kabir Bhatia, FINAS, Kementerian Penerangan, dan ramai lagi, korang adalah tulang belakang industri seni negara ni. Korang punya kuasa untuk membuat transformasi untuk negara ini. COME ON! Do Something Gracious for our NATION!

Ambo kata: Wahai para pencinta dan peminat seni sekalian, anda adalah Third Force! Anda juga punyai kuasa untuk mengubah peta industri seni kita ini! Jom kita harungi dan selami bersama perubahan industri ini! Moga generasi akan datang tidak menyalahkan kita atas kelalaian kita tika ini. Allahuakbar!


Remember!
'La ilah illa Allah' is not just a sentence to be uttered with tongue only
BUT
it is a declaration that is to be substantiated by actions.

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Follow by Email