Teman-temanku

Google+ Followers

Wednesday, March 16, 2011

Tazkirah Untuk Para Pengundi

PUISI KE NI?

Politik negara parah sudah,
Lautan pimpinan hisap darah,
Yang berulang adalah sejarah,
Kroni satu persatu mahu jajah,
Hipokrasi bersandiwara pembangunan ummah,
Residen lembik ingat mereka gagah.

Aku sedar aku bukan sebenar pejuang,
Tapi, kepada pertiwiku tidaklah petualang,
Bukan senang-senang melepas peluang,
Undi setiap penggal akan ku galang,
Biar berpatah arang, jangan berputih tulang.

Momokan si lidah bercabang menyengat jitu,
Orang kata tiada faedahnya undi itu,
Aku langsung pelik dan ajaib dengan akal sebegitu,
Nak keluar rumah sendiri tak jumpa pintu,
Orang bagi bernyawa, nak cari hantu?

Orang kata aku bodoh.
Kata mereka: Buat apa menyokong manusia yang gila kuasa?
Kata aku: Kita bukan gila kuasa. Tapi, kita kena ambil kuasa dari orang gila. Kalau tak mampu ambil sendiri, apa salahnya membantu dari belakang tabir?


Cerekarama ringkas:

"Awe..ado saing Tok buwi RM100 ni ko mung. Gi beli la buku ko, gapo-gapo la hok berpekdah.." kata Tok Ki pada cucunya.

"Tok sir ambo..Malas..Ambo nak tengok TV nih. Akademi Fantasia musim ni sedap pulak pesennyo.." jawab Awe, sambil joget hangguk palo dengar lagu syok.

"Isk..budak zaman loni gak. Heran sungguh aku. Benda berharga, hak milik dio sendiri pun tok sir. Kasih benar ko benda-benda tak pekdah gitu.." Tok Ki ngeluh sajo..


ambo kata: gano anak mudo kito? daftar pemilih ko dok lagi nih? jange biar hak milik kito di perkotak-katik oleh pemerintah mudah-mudah weyh.. ini hak kito sebagai pengguna bumi Malaysia ni weyh..

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Follow by Email