Teman-temanku

Google+ Followers

Saturday, February 19, 2011

Ole-ole Maulidur Rasul 1432H

seperti yg dijanjikan..walaupun agak lambat..tapi, janji tetap janji..inilah ole-ole yg ku bawa pulang dari sambutan Maulidur Rasul pada minggu lepas..

Tanggal 12 Rabiul Awal 1432H bersamaan 15 Februari 2011M, ambo bangun awal pagi, semangat betul. Sebelum tidur, dah teringat esok adalah hari istimewa. Entah kenapa terasa syahdu je.. Terasa seperti melewati saat-saat keputeraan sang baginda yang mulia.

Bersiap-siap, solat subuh, baca al-Quran. Kemudian, call kawan. Nak merempit ke majlis sambutan maulidur rasul anjuran MATIN. Cewahh..seronok sangat, entah kenapa. (^_^) Majlis akan bermula jam 9.00pagi.

Jam 8.30pagi, bertolak dari rumah. Tunggu 2 orang kawan lagi. Tunggu punya tunggu, lambat la pulak. So, kami pun gerak dulu. Wah, pagi tu indah sungguh.. Bayunya sejuk dan damai sekali. Hamparan padi hijau, kuning indah sekali. Sesekali, nampak sekawanan burung berterbangan, mencari rezki mereka agaknya. Kelihatan juga, petani mula turun ke bendang. Tak kurang, ramai peniaga menjual sarapan pagi di tepi jalan. Sampai di satu kawasan perkampungan, dari kejauhan nampak seperti ada keramaian, hati berdebar, ingatkan ada berlaku kecelakaan di hari bahagia ini.


Rupanya, orang kampong sedang bersuka-ria pesta memancing. Ya Rabbi..apa nak jadi la dengan Negeri Darul Sunnah ni? Orang duk sibuk menyambut maulidur rasul di hari tu, depa pulak duk sibuk meMANCING IKAN?! Malu kat ikan yg lagi hebat berselawat pada Nabi tue.. Semoga diberi hidayah, amin..



Disingkatkan cerita, sampailah kami di MATIN. Fuh, penuh kenderaan sampai ke tepi jalan raya. Bergema alunan zanji dan qasidah yang indah mengusik kalbu. Parking motor dan amik tempat di bawah khemah. Majlis dah bermula.


Antara ole-ole yang ambo dapat kongsi bersama untuk tatapan semua adalah:-
*********************************************************************
(a) Saidina Hasan r.a. (mafhum): “ Aku hairan pada muslimin yang tidak gembira apabila dikaitkan dengan perkara yang berkaitan dengan Nabi Muhammad s.a.w.”
*********************************************************************
(b) Kata para ulamak: Menyambut maulidurrasulà menahan bala, mengangkat musibah, melimpahkan rahmat.
*********************************************************************
(c) Hadis ke-1 dari buku Fadhilat Selawat. Dari Abdullah ibn Mas’ud, Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya manusia yang paling utama di sisiku pada Hari Kiamat kelak ialah yang paling banyak mengucapkan selawat ke atasku” –Tirmizi.

1. Sesiapa yang cintakan sesuatu, maka kita akan selalu menyebutnya. Jika kita cinta
akan kekasih kita, kita selalu menyebutnya. Oh, abangku.. Oh, sayangku.. Oh, kekasihku.. Teringat daku padamu selalu. Jadi, jika benar kita cintakan Rasul, sebutlah selalu melalui selawat dan salam buat baginda.

2 . Di akhirat nanti, kita akan dikumpulkan dengan orang yang kita cintai. Cinta Man.United, bersama mereka kita nanti. Cinta artis, bersama artislah kita kelak. Cinta kekufuran, bersama kufur kita kelak. Cinta Rasul, bersama Rasul kita kelak. So, anda mahu bersama siapa?
*********************************************************************
(d) Hadis ke-9 dari buku Fadhilat Selawat. Dari Ali r.a., sabda Rasulullah: “Orang yang bakhil ialah apabila disebutkan namaku disisinya, maka dia tidak mengucapkan selawat ke atasku.” –Riwayat al-Ahmad.
1.  Bila kita mendengar orang menyebut nama Rasulullah s.a.w, jangan sesekali segan untuk menuturkan selawat buat baginda. Tak rugi satu sen pun. Lagi dapat pahala. Lagi banyak selawat yang dituturkan insyaAllah, syafaat baginda menanti kita di sana. Dapat balasan kasih dari Rasulullah, alangkah indahnya..

2. Namun, ramai di kalangan kita yang ego tak mahu menuturkan selawat. Lebih suka, menyiulkan lagu-lagu lagha yang langsung tak memberi manfaat. Mesranya bibir kita dengan hendonisme, jauhnya bibir kita dari rahmat Tuhan dan syafaat Rasul. Allahuakbar, fakirnya kita..
*********************************************************************
(e)  Hadis ke-19. Dari Anas r.a., sabda Rasulullah: “Barangsiapa mengucapkan selawat ke atasku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat dan malamnya, nescaya Allah akan menunaikan baginya 100 hajat; 70 darinya hajat-hajat akhirat dan 30 dari hajat-hajat dunia Kemudian Allah mewakilkan satu malaikat yang masuk menemuiku di dalam kuburku sepertimana orang yang masuk membawa hadiah-hadiah buat kamu.
Sesungguhnya pengetahuanku selepas kematianku sama seperti pengetahuanku ketika hidup.” –Riwayat Ibnu Mandah, al Dailami, al Baihaqi.
1. Tuan guru ada memberi contoh. Tika beliau menghadapi masalah untuk menghuraikan kitab agama. Puas difikir, tidak dibuka jalan. Tiba-tiba, terlintas di pemikirannya wajah guru lamanya di Kelantan. Tepat jam 3 pagi itu juga, beliau angkut semua anak isterinya dari Kedah ke Kelantan. Sampai pagi esoknya, tika sampai di rumah mursyidnya (Tn. Guru Hj. Hashim), lalu bersalaman dengan mursyidnya yang sudah uzur; belum sempat bercerita apa-apa pun lagi, genggaman tangannya dibalas dengan kata-kata oleh gurunya:-
“Kita ni, bila bermasalah, pejamkan mata, berselawatlah, insyaAllah dibuka pintu masalah.”
*********************************************************************
(f)  Siapa ingat Rasulullah sekali, Allah akan ingat kita 100 kali.
*********************************************************************
(g)  Burung Hud-hud, ikan Nun, Bukit Uhud; dimasukkan ke syurga kerana mencintai orang yang dicintai Allah s.w.t. Lantas, bagaimana agaknya nasib kita kelak? Adakah hina atau mulia?
*********************************************************************
Tn.Guru Baba Khairul Anuar Asy-Syafie, Mudir Pondok Gajah Teriak, Jitra Kedah.
(a) Dalam kisah Israk Mikraj; tatkala Nabi Muhammad s.a.w ditawarkan susu, madu dan arak oleh malaikat. Pilihan baginda adalah susu. Maka, kata Malaikat: Wahai Muhammad, kamu telah memilih fitrah. Kita datang dari Allah dalam keadaan fitrah, maka kita juga perlu pulang dalam keadaan fitrah. Sebab itulah, bila kita mati kebiasaannya akan dikafankan dengan kain putih sebagai simbolik kembalinya kita pada fitrah.
*********************************************************************
(b)  Maka, kata Ibnu al-A’taillah dalam kitab al-Hikam; tak cukup jika kita ingin kembali pada fitrah tanpa berusaha. Kita umpama tertipu atau berangan-angan semata.
*********************************************************************
(c)  Jalan kita nak kembali pada fitrah banyak sekali seperti banyaknya lubang-lubang nafas makhluk Allah s.w.t.
*********************************************************************
(d) Lima (5) syarat untuk kembali pada fitrah adalah (analogi):-
1.  Bekalan: Ilmu dan takwa.
2. Kenderaan: Nafsu/diri kita (perbaiki diri kita hingga tahap mutmainnah).
3.  Senjata: Yang paling ampuh adalah zikrullah dan selawat ke atas Rasulullah.
4.  Pemandu: Muallim atau Mursyid atau Murabbi.
5. Rakan-rakan yang menyokong dan membantu.
*********************************************************************
(e)  Ilmu itu dengan belajar dari guru, dan kefahaman itu juga diambil dari guru. Terkadang cahaya kebaikan (asrar maarif) datang ingin menembusi hati kita, namun didapatinya hati kita dipenuhi dengan aghyar dan aqdar (keburukan dan kekotoran), maka cahaya itu pulang semula ke tempatnya.
*********************************************************************
(f)  Diceritakan, Syeikh Nuruddin as-Syauni; seorang yang tak banyak berselawat, hanya 10,000 kali sehari. Syeikh lagi seorang banyak sikit, 40,000 kali sehari. Kita???
*********************************************************************
(g)  Sebab itu, kita mendengar banyak ceritera tentang para ulamak yang mana apabila menitisnya darah mereka ke bumi, lalu membentuk perkataan-perkataan seperti Allah dan Rasul. Ini kerana, setiap sel darah, daging dan tulang mereka sebati dengan zikrullah dan selawat. Bersih dan suci darah mereka, tidak seperti darah kita yang penuh dengan noda dan lumpur. Perbanyakkan selawat, insyaAllah darah kita menjadi
bersih.
*********************************************************************
(h)  Niat selawat kita mesti betul:-
1. Untuk taqarrub (mendekatkan diri) pada Allah s.w.t. Barulah berkesan selawat tersebut di hati kita.
2.  Untuk basuh dan cucikan hati kita dari sifat mazmummah (keji).
3.  Untuk dicintai Rasul dan Allah.
*********************************************************************
(i) Perbandingan tentang istimewanya Rasulullah di sisi Allah:
1. Perintah Allah kepada malaikat dan syaitan untuk sujud pada Nabi Adam a.s. hanya sekali saja seperti yang direkodkan dalam Quran. Namun,
2. Perintah Allah supaya berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam penggunaan kata Fi’lul Mudhori’; menunjukkan perintah tersebut bersifat berkekalan sehingga hari kiamat.
3. Jadi. Masih degilkah kita untuk berselawat?
*********************************************************************
Mutiara-mutiara ini sungguh indah sekali. Jarang sekali didapati di tepi-tepi jalan, bahkan di rumah sendiri. Diselang-seli pula kuliah dan diskusi dengan alunan qasidah yang sungguh indah lagi syahdu. Bagaikan terasa Rasulullah ada bersama. Majlis bersurai, selepas jamuan tengah hari yang barakah dijamah hadirin dan hadirat semua. Ambo pulang dengan semangat baru.

Rasulullah!! Aku rindu untuk menatap wajahmu, rindu akan kasih-sayangmu. Semoga, kita akan bertemu di Jannah kelak. Amin, ya Rabb! Pertemukan daku dengan kekasih agung-Mu ini, ya Allah!

Ambo kata: Bagaimanakah dapatku gambarkan perasaan ini? Aku jatuh, sejatuh-jatuhnya.. Aku rindu, serindu-rindunya.. Bagaimana dapatku buktikan cinta dan kasihku ini? Sambunglah apa yang Nabi paling suka buat. Dakwah! Tarbiyah! Islam! Ummat!

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Follow by Email