Teman-temanku

Google+ Followers

Tuesday, February 15, 2011

Kelahiran agung yang dinanti

Mari kita hayati bersama saat-saat kelahiran Nabi Muhammad s.a.w...

Siti Aminah binti Wahab sang bonda Nabi yang suci. Abdullah nama ayahanda Nabi yang telah pergi meninggalkan dunia yang fana tika itu. Saat itu ialah malam isnin di bulan Rabiul awal pada 12 haribulan bertepatan dengan Masehi 570, dengan kehendak Allah yang telah mengatur segala peristiwa di alam ini, lahirlah seorang bayi lelaki yang amat elok rupanya dan sihat badannya. Siti Syifa' selaku bidan terus menyambut bayi yang comel dan sihat itu lalu di bersihkan badan Nabi dengan membasuhnya dengan air. kemudian dibalutnya dengan kain putih yang bersih.

Pada saat nabi di lahirkan itu banyak terjadi perkara perkara yang tidak pernah di duga oleh akal manusia. Keajaiban itu terjadi di seluruh alam. Dari depan mata Siti Syifa hinggalah ke tepi dunia dan kelapisan langit yang ke tujuh.


Peristiwa yang aneh dan pelik ini dapat di saksikan oleh ibu Abdul Rahman bin Auf. Nabi Muhammad Ketika dilahirkan, bayi yg suci itu tidak menanggis seperti anak yang lain dan tidak pernah terjadi di dalam peradaban manusia. Tapi baginda cuma bersin dan inilah yang anihnya. Sama yang terjadi kepada bapa kita Nabi Adam a.s ketika Allah memasukkan roh ke dalam badannya. Setelah hidup dan bernafas, tiba -tiba beliau bersin.


Suasana di rumah Abdul mutalib ketika Siti Aminah mahu melahirkan anak sulungnya itu hanya di terangi oleh cahaya pelita atau damar sahaja. Tetapi sebaik saja Nabi dilahirkan, tiba tiba rumah menjadi terang benderang seperti di suluh oleh lampu elektrik yang dapat kita lihat pada zaman sekarang. Sehinga rumah itu keadaannya menjadi seperti siang hari.

Di luar rumah Abdullah itu pula, berhala-berhala yang berdiri megah di sekeliling Ka'abah semua tumbang seperti di tolak oleh satu tenaga yang kuat dari arah Ka'abah.
Peristiwa anih dan luar biasa berlaku di tempat yang jauh pula, ialah api di Parsi yang menjadi pujaan rakyat Parsi yang beragama Majusi yang sejak dinyalakan tidak pernah padam, itu tiba-tiba padam dan istana Maharaja Farsi, Kisra pula bergoncang.

Manakala di atas langit pula, para malaikat sibuk bercakap tentang kelahiran insan agong yang akan membawa obor menerangi seluruh umat manusia yang sedang bergelombang hidup dalam kesesatan.

-dipetik dari; http://kembalifitrah.blogspot.com-

ambo kata: jap lagi nak ke sambutan Maulidur Rasul di Maahad Tahfiz Imam an-Nawawi (MATIN). Ada ole-ole yg akan dikongsi bersama nanti. Nantikan ye.

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Follow by Email