Teman-temanku

Google+ Followers

Monday, February 7, 2011

Bobby ku sayang..

Dah lama sebenarnya ambo berkenan kat Bobby nih. Masa nak beli spesimen 'lab rat' kat pet shop hari tu. Nampak Bobby dan teman-temannya. Sedang bersuka-ria dalam air tu. Tengok Bobby, terus jatuh cinta. Rasa macam nak pegang Bobby, tapi rasa macam geli lagi waktu tu. So, mengidam dari jauh saja la. Duit pun tak cukup nak beli Bobby. Dah berazam, lepas habis FYP nanti, nak beli Bobby.

Beberapa bulan kemudian, kawan serumah bawak pulang seekor kura-kura kecil. Wau! Dats Bobby! Die beli sebab katanya, adik lelakinya minat betul dgn kura-kura. Jeles ambo, tapi tak pe.. Nanti suatu hari, ambo nak beli jugak dua ekor. Hehe.. Cayang Bobby. Dah tak geli pegang Bobby. Bobby jalan-jalan atas tangan..

Tapi, tak lama dengan Bobby. Masa cuti semester hari tu, kawan dah bawak pulang Bobby tersayang. Tak leh tengok Bobby yang pemalu lagi.. Tak leh bagi makan Bobby lagi. Oh, Bobby..

Bawah ni, kenangan bersama Bobby..

-Bobby yang pemalu. Suka sembunyi di sebalik batu-

-Bobby nak gelongsor turun ke tue..? Bobby, pakar gelongsor. Plop! Masuk dalam air..-

-Comelnya mata Bobby-

-Bobby suka renang situ sini. Bila dah penat, jenguk kepala ke permukaan air. Plup!-

Kengkawan Bobby yg suka makan ulat.
Bila dah makan, mak mentua lalu belakang pun dah tak sedar ni..
(Yobo dan Oppa!)
Tapi, binatang kesayangan Rasulullah s.a.w adalah kucing. Kat bawah ni pulak, kenangan bersama Lek dan Tek, kucing kesayangan familiku. Cergas lagi lincah.

-Lek plg suka tidur kat tilam dgn tuannya. Dalam kelambu lagi, tak suka nyamuk gigit agaknya-


- Tek yang suka main dan suka tidur-


-Suka sangat tidur siang. Bila dah penat main, jadi la gini..-

-Aksi tidur Lek yg pelik sungguh. Tak larat dah nak kasi betul..-

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahwa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang shalat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan shalat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagiian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya.


Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing.

(HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).


ambo kata: Menyayangi makhluk lain itu, sifat yang mahmudah. Teringat pulak kat Kiki, kucing Parsi dari Ipoh..hurm.. (^_^)

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Follow by Email