Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Teringat zaman dulu kala yang nakal..

Ambo ni masa kecik-kecik dulu, kalau nak kata golongan 'nakal giler babas' tu takde la sangat. Degil tu ada la..  Kena rotan, pukul, marah ngan umi tu memang ada. Zaman 90-an tu memang mengandungi banyak memori kanak-kanak yang tak dapat ambo lupa. Zaman tu, umi ambo memang cukup garang. Huish, takut.. Pagi-pagi, cukup liat ambo nak bangun tidur. Tapi, umi bukan jenis membebel. Dia jenis 'action-styled'. Sekali, dua kali dia panggil dari dapur, kalau hanya sahutan suara je yg kedengaran, no more third time calling. Umi ke katil kami adik-beradik (zaman tu, tidur guna kelambu putih yg beli kat penjaja Siam tue..), selak kelambu dan dengan pantas 'cubitan ketam maut' hinggap di peha. Untuk hasilkan cubitan berbisa ini, haruslah menjepit dengan hujung ibu jari dan jari telunjuk yg nak dekat2 kuku tu. Cubit dan tarik kulit ke atas. Aduh, memang sakit giler! Histerialah ambo di pagi hari tu. "Arkkk, yo..nak bangun doh nih..!!" Selagi tak tercacak berdiri,

Tahun baru Islam tiba lagi

Dua hari lagi akan masuk bulan Disember Tahun Masihi. Tapi, hari ini sudah 4 Muharram. Ambo dah tanam azam baru. Antum? Kenapa kita perlu sibuk2 sangat tanam azam baru ni? Penting ker? Well, ambo rasa penting.. Sebab dengan adanya azam, maknanya kita ada target dalam hidup. Penting ke ada target ni? Of course la sayangku.. Tanpa target, kita ni umpama mayat hidup. Hidup namun tak bernyawa. Bergerak namun tak berupaya. "he, he..akulah zombi itu.. nak makan otak~~! nak makan otak~~!" So, target apa yang kita nak kena letak dalam hidup kita ni supaya lebih bermakna dan bernilai. "Kerna dirimu begitu berharga", ha gitu..( chuckle ). Adakah cukup sekadar dengan target yg bersifat duniawi? No way! it is not enough dear.. Kita kena ada target yg berunsurkan ukhrawi. Apa itu ukhrawi? Ukhrawi itu adalah bahasa Arab yang kalau diterjemah ke BM bermaksud akhirat. Olo..apesal pulaks nak citer bab akhirat ni, we all muda lagi la u.. Ape? ingat orang muda tak mati ke?

Diari Kampus: Budi Bahasa Budaya Kita

KES I: 'Eh, mana pulak kertas assignment aku nih hilang nih? Rasanya semalam lepas dah siap buat tu, aku letak dlm fail ni la, atas meja ni je..mana pulak hilangnya. Aduh..dah la nak kena hantar petang ni kat lecturer, mampus aku..'  Gumam Noni sendirian. Gelabah si Noni cari kertas dia yang hilang. Nak tanya housemate ttg kertas tu, semua tak ada kat bilik. Ulang-alik dia ke tandas buang air sebab gabra kertas hilang. Bersengkang mata si Noni menyiapkan assignment sampai jam 4 pagi semalam. Bangun pagi, tiba-tiba kertas hilang .  Pukul 2 petang ni deadline hantar assignment tue. Noni pikir mungkin ada kawan-kawan dia yang pinjam assignment tu, tapi SIAPA??? Bengang betul Noni.. Jam 12 tgh hari, tak ada lagi tanda-tanda orang nak hantar balik, jadi Noni buat keputusan untuk buat semula assignment tue. Terpaksalah..kalau tak nak buat macam mana lagi. Jam 1 petang, masa Noni tengah ralit re-do assignment dia, kawan serumah merangkap kawan sekelasnya balik ke rumah. No

Setiap amal itu dengan niat

Minggu ini, minggu lalu, dua dan tiga minggu nan lalu, ambo betul-betul tak bersemangat nak menjalani hidup ambo. Ambo mencari-cari apakah niat sebenar di sebalik apa yang ambo tengah buat sekarang ni. Ambo tulis paper, ambo buat slide presentation, ambo tulis progress report, ambo ke kluster, ambo buat research. Ambo buat semua perkara yang sepatutnya ambo buat, TAPI ambo tetap lost! Ambo tak tahu apa target sebenar ambo dalam bidang nih! Puas ambo fikir niat di sebalik amal/perbuatan yang ambo buat dalam 3 bulan kebelakangan ini. Dalam Diskusi Ilmiah (DI) dengan kawan2 ambo, ambo sering bagi penekanan kepada kwn2 ttg hadis pertama seperti yg terkandung dalam buku Hadis 40 tulisan Imam an-Nawawi .  Tentang "setiap amal mestilah disertai dengan niat. Niat kerna Allah dan Rasul, itulah yg kita dapat. Niat kerna dunia, maka dunia sajalah yg kita dapat."  "Bila niat belajar kerna Allah dan Rasul, pasti kita akan dapat berkatnya."  Dan bila sampai di rumah,

kematian itu amat dekat

Vroomm.. bawak motor cabuk ambo tgh gerimis hujan di bawah langit kelam menuju ke rumah sewa. baju hujan  pulak takdak, duk harap baju jaket tu aje la..nasib baik tebal sikit. sambil pulas minyak tue, duk teringat kat budak-budak yg ambo baru sudah mengajar kat tempat tuisyen tue. best betul diorang, muda2 lagi dah kenal erti tuisyen. ambo dulu mana mampu nak gi tuisyen luar, paling tinggi pun join kelas tambahan malam2 yg cikgu buat kat sekolah. beruntung betul diorang. moga2 masuk la dalam kepala diorang apa yg ambo duk ajar tue. moga2 menjadi ilmu yg berguna buat mereka semua. uih...sejuk betul bawak motor dalam keadaan hujan camnih. nak rempit laju2, takut pulak. jalan licin, maklumlah..kang tak pasal2 pulak eksiden. cek poket jaket, telefon dah basah. dalam hati terlintas kejap, kalau2 la ambo eksiden, kurang2 henpon kena berfungsi, senang orang nak kontek kenalan ambo nanti. lambat pulak nak sampai umah nih. lampu motor pulak tak terang mana, huhu sabau aje la.. kereta

Cerita Seorang Muslimah

Arakian, nun jauh di utara negeri, tinggallah seorang mahasiswi muslimah menuntut ilmu bagai tiada sudahnya. Meredam air mata sudah. Menimba keringat pun sudah. Sehari-hari tiadalah yang ditatapnya melainkan gurunya tercinta. Cehh..puitis la pulak. Ini sebingkis cerita tentang seorang muslimah yang bergelandangan di bumi Allah dengan secubit iman. Zaman sekolah; Suasana pembelajaran di sekolah agama yang cukup menjaga norma-norma murni kehidupan membuatnya lahir sebagai seorang manusia yang cukup menjaga. -Jika bercakap dengan lelaki ajnabi, semua saranan Rasulullah s.a.w cuba diikutinya sebaik mungkin. Suara ditegaskan, pandangan dijaga, hanya bercakap apa yang perlu sahaja. -Bila outing pada hari weekend, sanggup buang spek mata biar rabun pandangan sebab nak jaga pandangan dari benda-benda lagha. -Bila tengok drama, filem atau apa2 rancangan TV; bila tiba babak-babak yang kurang senonoh atau hampir mendedahkan aurat pelakon, cepat-cepat dialihkan pandangan. -Bila balik ka

Kebejatan Sosial-Siri 1

Jom kita renungi sebantar kebejatan sosial yang berlaku di negara kita pasca-merdeka ini:- STATISTIK ANAK LUAR NIKAH:- Pecahan mengikut negeri: Selangor = 12,836 orang Perak = 9,788 orang Kuala Lumpur = 9,439 orang Johor = 8,920 orang Sabah = 8,435 orang Negeri Sembilan = 4,108 orang Pahang = 3,677 orang Kedah = 3,496 orang Pulau Pinang = 3,412 orang Melaka = 2,707 orang Kelantan = 1730 orang Perlis = 691 orang Sarawak = 617 oran Terengganu = 574 orang JUMLAH = 70,430 orang. Baca lagi di:  http://berita-harian-online.com/statistik-anak-luar-nikah-di-malaysia/ STATISTIK PERMOHONAN MURTAD:- STATISTIK PENAGIHAN DADAH:- DATA PENAGIH TERKUMPUL DI MALAYSIA SEMENJAK TAHUN 1988 SEHINGGA 2005 ADALAH SERAMAI 289,763 orang Statistik   Januari  -  Disember  2005    ( Sumber  AADK) TABURAN PENAGIH MENGIKUT NEGERI BARU BERULANG JUMLAH Johor 2181 1729 3910 Kedah 1215 1391 2606 Kelantan 1533 981 2514 Melaka 274