Skip to main content

Pengalaman dihambat mat rempit..


1.00 pagi, Seriab..

tadi ada meeting skit ngan kengkawan kelab kat kangar.. lambat balik sikit sebab borak-borak dulu dengan diorang.. so, on the way balik naik motor berdua dengan kawan.. alkisah pun bermula..

mat-mat rempit yg menggugah keberanian..

masa nak U-turn kat jalan raya kat Seriab tu, tiba2 dari jalan sebelah sana, ada satu geng motor( of course la lelaki) masuk jalan raya tu dari simpang yg dekat tempat ambo nak U-turn tu..agak ramai la, dalam 5-7 orang gitu.





jadi, ambo pun amik lajak la sket sebab U-turn kan, so agak laju la pulas minyak. nak dijadikan cerita, ambo pun terpotong kumpulan geng rempit tu sebab terpulas minyak banyak sangat, padahal nak bawak slow je (70km/j).. masa ambo potong geng depa, ambo dengar depa tu duk woo,woo!! diorang macam agak terkejut sebab ambo yg pompuan dan kelihatan agak sopan ni (hehe..) tetiba potong depa.. mula-mula ambo wat selamber je, dah alang-alang potong depa, ambo pun naikkan la kelajuan sket..

sedang seronok bawak laju tu, tetiba ambo perasan ada sebuah motor daripada geng motor tu follow ambo dari belakang, makin lama makin dekat.. makin lama, makin dekat.. tetiba moto tu dah duk tepi ambo, belah kanan...
belakang plak, kawan2 dia yg lain duk ikut rapat je..
ambo pun apa lagi, GUBRA la.. motor yg sebuah tu constant je duk tepi ambo, ambo slow die pun slow...huhu, TAKUT sungguh.. yg belakang pun constant follow ambo sambil wat bunyi bising-bising.. huhu, TAKUT betul..

nak dekat ngan trafic light, waktu tu lampu tukar warna hijau, motor sebuah tu pun potong ambo masuk ke kanan, lega skit.. tapi, geng motor kat belakang masih follow.. GUBRA, GABRA..
Ambo nak masuk kanan juga, bagi signal, tapi diorang kat belakang tu macam tak bagi chance langsung..diorang follow rapat je.. masa tgh masuk simpang kanan tu, diorang himpit rapat motor diorang ke motor ambo..wawa..TAKUT.

waktu tu jugak, ambo perasan lelaki yg potong ambo tadi duk oleng-oleng badan dia atas moto macam mengejek ambo sebab dapat potong ambo.. motor2 belakang tu pun constant follow ambo.. ambo pun apa lagi..terus pulas minyak, Vroooommmmmmmmmmmmmm... laju ambo bawak tinggalkan geng depa tu sebab TAKUT kowt... maklumlah, ambo dan kawan ambo pompuan, takut gak hjadi apa2, kena kepung ke hapa..depa pun apa lagi, wat bunyi bising2 gitu..Eii, seram..
mula-mula tu 80km/j je ambo bawak.. waktu tu, jalan sunyi je, tak ada sebuah pun kenderaan lain, rumah dan kedai satu pun takde, agak menakutkan la..
tak lama lepas bawak dgn kelajuan tu, tetiba ambo perasan melalui side mirror, geng2 motor tu makin dekat balik ngan motor ambo.. lampu diorang tinggi-rendahkan..wawa, seram..

apa lagi, tanpa pikir panjang, ambo terus pulas minyak, ambo tengok kat meter, dah nak dekat 120km/j. lajuuuuuu, motor ambo macam terbang dah.. setiap kali pulas minyak, selawat dan mengucap je.. ayat Kursi memang baca tak henti-henti, minta Allah selamatka perjalanan balik.. tak pernah sepanjang bawak motor ni, boleh selaju itu.. tapi, memang dalam kepala tak pikir apa dah, ingat nak sampai awal je kat kolej.. tapi, blh bayangkan tak, selaju ambo bawak tu, geng motor tu masih dalam jarak yg agak dekat ngan ambo, ambo makin takut.. tah2 depa mmg target kami sebab geram kami potong depa..

nasib baik, dekat lampu isyarat semua lampu hijau.. kalau lampu merah, mmg kompem akan seiringan dgn geng moto tu. kawan ambo kat belakang, tegur ambo suruh slow kelajuan, tapi ambo tak leh nak kontrol dah, memang takut betul waktu tu.. ayat Kursi tak lepas baca..

tak lama lepas tu, ambo sampai kat kawasan kedai makan, sebab ada orang ramai skit kat situ, jadi slow la skit bawak. Tapi, geng motor tu tetap follow ambo, tak dekat tak jauh.. ambo pun pulas minyak balik, 120km/j.. memang laju sampai tak nmpak dah kelibat depa..

Tak lama lepas tu, ambo perasan ada sebuah motor lain plak follow kami dengan kelajuan yg lebih kurang sama, boleh bayangkan tak, 120km/j kot.. Sampai kat trafic light, lampu merah, ambo dah takut dah, alamak teruklah ambo kali ni.. nasib baik belum sempat slow, lampu tukar hijau, alhamdulillah.. Ambo pecut balik tinggalkan motor tu. Ingatkan dia nak pegi straight, rupanya dia tetap follow ambo. Huhu..seram..

Ambo bawak laju cari simpang masuk ke kolej, dia masuk jugak.. Alamak, matilah ambo, dia ni nak follow sampai kolej ke..takutnya.. Masa nak dekat sampai ke simpang masuk ke kolej, ambo nampak lampu kelip2 biru polis dan kon polis kat situ, nasib baik ada JKKK tgh buat pemeriksaan..lega hati, alhamdulillah..

Tapi, motor tu tetap follow ambo. Tetiba dia potong ambo dan amik jalan ke kanan. Ambo amik jalan ke kiri utk ke blok pompuan. Heran gak, tapi lega la hati..
Laju gak die bawak.. jadi, ambo toleh kejap nak cam siapakah penunggang motor itu..

Sekali, apa da.....
Budak laki kampus ambo rupanya. *Ceh, wat takut ambo jah..* Haha, kelakar betul.. Sampai rumah, kami berdua gelak je teringatkan insiden seram dan lucu tadi..

Apapun, pengalaman dikejar mat rempit memang menakutkan dan amat menyeramkan. Takut hanya Allah saja yg tahu..

ambo kata: orang pompuan ni kena banyak berjaga2..maklumlah zaman sekarang ni manusia bukan boleh tentu perangainya.. satu lagi, bila dalam kecemasan, jangan bertindak melulu..THINK RATIONALLY, ACT FAST, bergantung harap pada ALLAH.. insyaAllah, everything will be OK..

Alhamdulillah, syukur pada Allah diselamatkan dari sebarang kecelakaan tadi..

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman DPLI UNISZA 2018

Hulamak hui.. Lamanya tak blogging. Rindu betul nak menulis dan meluah di sini. Sejak kahwin 2014 dulu, kemudian dianugerahkan anak seorang, 2018 inilah  tulisan yang terbaru. Biasanya asyik update FB atau IG je. Blog ni pun dah 'bersawang' molek dah ha.. Rasa nak menulis balik ni pun, sebab termotivasi selepas 2 hari lepas berderet kelas tanpa henti. Terinspirasi dengan cerita-cerita motivasi daripada para pensyarah. Alhamdulillah, keputusan sambung belajar DPLI di Unisza ni moga-moga Allah permudahkan segala urusannya dan membuahkan yang terbaik untuk masa hadapan, amin.. Masa mula-mula dapat tahu tentang permohonan DPLI dibuka kepada umum, saya memang teruja bukan main lagi. Sebab dah bertahun-tahun lamanya saya survey tentang program ni. Sejak selepas bergraduasi pada tahun 2011 lagi, saya cuba untuk memohon program KPLI dan DPLI ini malangnya tidak dibuka program tersebut di mana-mana IPT. Pada awalnya, saya teringin untuk memohon program DPLI UM, tapi apabila memi

Temuduga Guru KAFA

Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah hampir setahun bergelar guru KAFA ganti/kontrak. Tahun 2013 CL mendapat tawaran sebagai guru KAFA ganti yang akan diperbaharui kontrak setiap dua bulan. Tahun 2014 ni pula, kontrak diperbaharui setiap tiga bulan. Ok la tu.. JUN-DISEMBER 2013 CL mengajar di sekolah kawasan kampung. Agak sedih berpisah dengan mereka sebenarnya. Anak-anak yang comel telatah mereka, walaupun kadang-kadang agak nakal. Apakan daya, keputusan bukanlah di tangan sendiri. MAC 2014 CL ditawarkan sekali lagi mengajar KAFA. Kali ni, di sekolah kawasan bandar dan kebetulan berdekatan dengan rumah sewa dan kluster tempat research. Suasana memang berbeza. Keletah anak-anak juga berbeza. Kemahiran yang diperlukan untuk mendidik anak-anak juga berbeda. Semuanya harus lebih moden, kreatif dan up-to-date. Cabaran sungguh! ::TEMUDUGA BERTULIS:: Sebelum start mengajar di sekolah tu, CL kena lalui satu temuduga bertulis. Masa yang diberikan untuk jawab satu paper tu sejam seteng

Kebaikan Batu Tawas dan Hibka Powder

Bosan dengan baju kat bahagian armpit (nama manja ketiak ) jadi kuning dan keras disebabkan pemakaian deoderant? Stress sebab armpit jadi hitam berdaki?  Nak kembalikan warna natural armpit? Nak hilangkan bau teng*k armpit disebabkan peluh? Ha, lemme tell you da solution of this problemo yar.. 1. Hibka Powder Dah lama dah bedak ni wujud sebenarnya cuma orang zaman sekarang tak berapa nak kenal. Pakai kat mana? Kat armpit lor.. Tekstur bedak ni kasar sikit. Dia ada dua jenis. Warna putih dan kuning. Dia ada dalam bentuk paket ataupun botol. So, boleh pilih ikut suka yang mana berkenan. Jika CL suka beli yang warna putih dan dalam botol. Senang, takde la tumpah2. Bagus sangat produk ni. Walaupun dia jauh lebih murah daripada produk2 komersial deoderant yang ada tu, efeknya jauh lebih bagus. Harga yang dalam paket dalam RM1 - RM2 je. Kalau dalam botol pulak dalam RM3++ je. Nak beli kat mana? Beli je kat kedai-kedai jamu. Kalau kat Kangar ni ada satu kedai kat belakang