Teman-temanku

Google+ Followers

Wednesday, September 19, 2012

Memori Secret Recipe

Semalam CL ke Secret Recipe. Meraikan birthday housemate, Cik Z. Nak kata banyak duit tak la jugak.. Tapi, entah kenapa pakat masing-masing duk terasa nak makan benda mahal plak malam tue. Plus, kesian dengan Cik Z yang dah seharian cirit-birit, penuhilah jugak hajatnya malam tu nak makan Secret Recipe. Gi makan ramai-ramai ni best jugak. Setiap orang order menu yang berbeza, nanti boleh rasa macam-macam jenis makanan. 

Tapi, paling tak tahan sekali, kami semua dah macam orang jakun dah.. Apa taknya, sebelum makan amik gambo, tgh makan amik gambo, lepas makan amik gambo. Kecoh restoran tu dengan gelagat kami yg nak bergambar jer.. Tapi, pedulik apa kan.. Alasannya, sebab jarang sekali datang makan tempat mahal, jadi nak create memories la kononnya.. Malu gak aser dgn waiter/ess yang duk pandang kami. Huhu.. Kelako, kelako.. 
captured moment before eating..
~ada choc indulgence, mee soba, lasagne,  spaghetti meatballs, macaroni, tomyam kung,  fried wonton, grilled black pepper chicken~
adoyai..psoing tak habis-habis.. waiter dah nyampah nengok aksi2 'rusa masuk kampung' nih..huhu

Tapi, paling kelakar CL rasa bila hirup espresso macchiato. Uih...pahit betol~! Tergezut jugak la menelannya.. Dulu masa 1st time gi Secret Recipe, try cappuccino (yang ni best sebab ada banyak buih..) takde la sepahit espresso.. Bila ingat-ingat balik, kepahitan espresso tu semacam dengan kopi kampung yang selalu datuk-nenek suka minum tu jer. Kasik kaw-kaw punyer.. Dan barulah CL paham kenapa gelasnya kecik ajer tak macam cappucino~sebab takut orang tak habis minum kot sebab pahit sangat..
bitter espresso~~hukhuk


sweet cappuccino~~lalalala, sedapnyer..(suara upin-ipin)
Tetiba teringat babak dalam drama Secret Garden, hehe..
Apapun, TIPS yang CL nak kongsi:-
1. Bila ke tempat yang agak standard gitu dengan kawan-kawan, tempah menu lain-lain supaya semua boleh rasa macam-macam jenis rasa (tapi, make sure tak termuntah balik lepas makan campur-campur~hehe).
2. Bila nak ke sana, duit kena ada. Kalau share perbelanjaan lagi sweet memori yang bakal tercipta. (kalau ada orang murah hati nak belanja tu lain citer la..hehe)
3. Bawa kamera kalau nak create memori.. (kita tak tahu bila kita akan terpisah kan..)
4. Bawa tupperware (kot-kot tak habis sebab makanan Secret Recipe bila makan cepat rasa muak, hehe..)


Lensa Che Long: CL dah jadi 'coffee addicted'.. Sehari tak kena kopi, rasa macam tak lengkap hidup. Tapi, NESCAFE is a NO! Boikot produk Nestle! Lagipun rasanya nescafe ni bagi bad effect kat CL kalau minum. Sakit ulu hati, kepala rasa cam weng sikit, jantung jadi berdegup terlalu kencang dan tangan jadi terketar-ketar.. Nape ek? Tah la.. Radix atau Pearl okey.

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Follow by Email