Teman-temanku

Google+ Followers

Tuesday, April 3, 2012

Tarikh Mengundi PRU-13

Dup, dap, dup, dap..tarikh ngundi dah dekat..katanya bulan JUN ni. Wow, 2 bulan lagik!

Semua pakat neves belaka dah. Kat negeri Utagha ni pon, pakat ramai pemimpin utama dari setiap parti duk turun. Kompom kali ni, negeri indah permai ini menjadi antara taruhan parti2 yg bertanding untuk melengkapkan jajahan masing2.. Jom, perangi kezaliman dan fitnah!!

Harga barang asyik naik. Bagi subsidi sikit, bagi bantuan sikit, harga barang mula nak naik lagik..huhu, apa nak jadi. Macam iklan biskut Chipsmore plak, "kejap ada, kejap takde."

Skandal tak sudah-sudah dan tak pernah setel.. Nak hilangkan fokus pada diri sendiri, semua kamera dan lensa dihala ke orang lain.. Last2, rakyat naik menyampah.

Di tengah-tengah gajah bergaduh tu, rupa-rupanya ada pulak sang kancil yg licik mencucuk-cucuk dan menyemarakkan api pergaduhan yang sememangnya entah bila akan padam. Konon si kancil ni nak naik takhta kalau kedua-dua gajah letih bertarung.. Macamlah larat diri yg kecil tu nak menanggung beban perangai dan sosial hutan belantara tropika..haha, lawak, lawak..

Yang anak-anak rimau muda ni pulak lain kesahnya. Dah tahu kaki empat pun, nak jugak belajar shuffle la, robot dance la tah hape2 la.. Dah tahu bulu belang-belang, nak jugak dye rambut macam rimau bintang. Tak leh salahkan mereka jugak, mereka pening dengan perangai tok ayah dan tok mek mereka yang lagi memeningkan..

Nak diharapkan sekarang ni pun, puak burung hud-hud muda la. Tapi, masih peringkat belajar la pulak belakanya... Dalam ramai-ramai duk terbang buat intipan untuk kerajaan Sulaiman, ada pulak yang engkar tak dengar kata, buat ikut suka sendiri. Harap-harap dengan ikut jalan sendiri tu, adalah kebaikan yang boleh dibawak balik. Jgn jadi macam burung gagak yg sesat di pdg pasir cari air nak hilangkan dahaga, last2 jumpa air dalam botol, tapi paruh pulak pendek tak sampai nak minum..huhu..

Pulpa semut dan lebah yang duk ada pulak, orang suh mengaji ilmu berfaedah, sibuk nak jadi lebah dewasa. Melawan tak mau dengar cakap. Last-last banyak yg hilang diculik makhluk tak jahat dan tak bertanggungjawab. Tak leh nak salahkan mereka jugak, sistem belantara terlalu goyah dan pengawal pintu sarang pun suka berborak-borak sambil layan skrin tayang pertandingan sepak bola madu..

Entahlah...walau kacau-bilau manapun situasi di belantara tropika yg indah tapi hampir gondol ini..

Apapun pilihan yg terbaik, baliklah pada yg Satu.
Kembali pada dasar Quran dan Sunnah, itulah yg terbaik!!

Jom Ngundi!!! JOM ANAK MUDA!! Kuasa Rakyat itu DA BOOOOMMMM!!! Anda yg mencorakkan segala2nya dgn izin Allah..

p/s: Berfalsafah la pulak Che Long hari ni ha giteww... Jika anda terpelajar, sila guna hak miranda!








No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Follow by Email