Teman-temanku

Google+ Followers

Friday, April 13, 2012

Makna tersirat lagu Maafkan Kamu

2, 3 menjak nih Che Long duk asyik dengar lagu Maafkan Kamu yg dinyanyikan Jamal Abdillah feat Malique. Bukan apa, Che Long agak tertarik dengan lirik lagu ni yg begitu mendalam maksudnya. Lirik lagu ni tak semacam lagu-lagu tipikal Melayu yg biasanya tentang pemujaan terhadap lelaki atau wanita. Lagu ni jugak ada part rapping yg memang Che Long memang minat. Entah kenapa, Che Long minat betul rap music.

Lagu Maafkan Kamu ni boleh ditafsirkan dengan pelbagai makna. Che Long berpandangan bahawa makna lagu ni bagus, cuma Che Long tak mahu share apa pandangan Che Long sebab takut-takut para pembaca hanya akan jadi bias dengan tafsiran Che Long jer. Anda punya minda yg bebas untuk mentafsir semahu anda asalkan tidak menyalahi syariat.. Jom layans...

MAAFKAN KAMU
Malique & Jamal Abdillah (original singer)
MONOLOG: Aku minta maaf di atas segala perbuatanku.
MONOLOG:  Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan


Jamal Abdillah:
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Malique:
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Jamal Abdillah:
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Malique:
Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Baling kurambit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Jamal Abdillah:
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku 

Malique:
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Jamal Abdillah:
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku  
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

MONOLOG:  Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan


Sumber >> Malique Feat. Jamal Abdillah Aku Maafkan Kamu | SANoktah

via sanoktah.blogspot.com 
Zizan Raja Lawak ganti Malique dalam MV (kenapa? ntah ler..)

Lensa Che Long: Seni itu indah jika digunakan pada tempat yg sepatutnya. Jangan rosakkan seni dengan nilai moral yang rendah. Wallahualam. Maafkan mereka kerna mereka tidak tahu.

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Follow by Email