Skip to main content

Sejarah kemalangan sahabatku, M..



Ambo ada sorang kawan, namanya M. Dia org Sg.Petani, Kedah. Ambo mula berkawan sejak masuk universiti lagi. Kebetulan pulak, M ni Naib Presiden dalam sebuah kelab yang ambo jadi Exco Akademiknya. M ni jugak selalu turun surau masa kat kolej kediaman ambo dulu. Bukanlah maksudnya, sekarang die tak turun surau dah, tapi sekarang ni ambo kena pindah ke kolej kediaman lain. Tu yang jadi terpisah sedikit la.. M seorang kawan yang ceria, tapi jangan sesekali buat die marah sebab benda-benda yg tak sepatutnya terjadi, nanti padah jadinya kena sound dgn die. Die amat suka ketawa, matching la dengan ambo yg suka buat lawak yg tak berapa bodoh ni. Lagipun, M amat suka bercakap. Kalau die dah start bercakap, susah nak berenti. Haha..

M ni jugak, bukan la dari keluarga yg senang sangat, sebab tu la kalau ambo ada apa-apa masalah tentang famili ke, kewangan ke, ambo cukup suka borak dengan die. She can be a really good listener. And I feel comfortable to talk with her.

Tapi...
Semua keceriaan dan tawa M, direnggut seketika bila M terlibat dengan satu kecelakaan jalan raya. Semuanya bermula pada petang 10/10/2010 (sama tarikh dgn Datuk Sheikh Muzaffar kawen..). Ambo waktu tu masih di Johor, dalam perjalanan pulang ke Perlis. Baru habis Musabaqah Tilawah al-Quran peringkat MAKUM di UTM, Skudai. Kawan ambo, N beritahu yg M eksiden. Jadi, terus ambo kontek kawan-kawan di Perlis bertanya khabar M. Kondisinya masih tak diketahui, cuma yg pasti M sedang berada di Unit Kecemasan.

Maghrib. Ambo update lagi tanya keadaan M. Terkejut ambo bila tahu yg M patah kedua belah kaki dan sdg berada di ICU. Ambo trauma mendengarnya sebab teringat waktu saat pemergiaan abah ambo dulu. Ambo doa tak henti-henti agar M dlm keadaan baik-baik. Waktu di highway dekat Melaka-Seremban pula, kereta kami tersekat pula dalam satu traffic jam yg amat panjang, dalam 4km mungkin. Selama hampir dua jam. Rupanya, ada kemalangan dahsyat di depan sana. Ambulans banyak menuju ke tempat kecelakaan sana. Bile tengok berita esoknya, jadi muka depan. 12 maut. Yang terlibat adalah dua buah bas, beberapa kereta, sebuah lori dan juga van. Dahsyat. Itulah tragedi 10/10/10. Ngeri melihat mayat yg disusun di tepi jalan. Jalan turap, berkilat dengan cairan merah darah.

Berbalik pada cerita M. Ambo sampai di Perlis esok paginya. Petang tu juga, ambo gi melawat M di hospital. Tingkat 3 wad Perempuan, HTF, Perlis. Sedih ambo tengok M. Lemah tak bermaya di atas katil putih. Bibir pucat tak bermaya. Tiub bantuan pernafasan di hidungnya. Kakinya berceracak dengan besi rawatan. Ambo diberitahu keadaannya agak teruk. Kedua belah kaki, patah tulang kaki. Patah tulang pinggang sebelah kanan. Tulang rusuk juga patah. Paru-paru juga terhentak kuat sehingga menyukarkan M utk bernafas dgn baik. Lidah tergigit. Dagu lebam terhentak kuat.

Ambo bertanya khabar. Perlahan saja suaranya sehingga terpaksa dekatkan telinga ke wajahnya. Ibunya di sisi, bergenang air mata. Bertanya itu dan ini, M menjawab sekadar saja. M kelihatan letih. M kena berpuasa kerana esoknya akan disorong ke dewan bedah utk pembedahan masukkan besi dan skru di bahagian yg patah. Dalam sibuk bertanya khabar, M tiba-tiba berkata: 'Hurm..saya ni kena extend semester la ni gayanya..' Air mata M mengalir laju saat menyebut ayat tersebut. Sayu semua orang di sekeliling. Ibunya tak tahan lalu segera bergerak keluar dari wad. Nak ke surau katanya, mahu solat.

Bayangkanlah, setelah 3 tahun berhempas pulas dengan pengajiannya (Kejuruteraan Bahan), tinggal satu tahun saja lagi.. Kini, M terpaksa tangguhkan pengajiannya kerna kondisinya kini yg tak membenarkan. M juga bagaikan anak sulung dalam keluarga kerana kakaknya kurang sihat. Ekonomi keluarganya umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ibunya bekerja sebagai pengawal keselamatan, ayahnya kerja tak tetap kerana masalah kesihatan jua.

Bukan sahaja sakit yg perlu M tanggung, tapi kereta Viva kawan M yg rosak teruk dalam eksiden tersebut perlu dibayar ganti rugi. Perlu diingatkan di sini bahawa M bukanlah pinjam kereta tersebut kerana tujuan yg sia-sia, sebaliknya digunakan utk menghantar kawannya dari sebuah tempat yg agak jauh, sedangkan kondisi badannya dalam keadaan yg amat letih.

Apa yg berlaku tika itu, M sedang memandu dan terlelap. Terbabas ke jalan yg sebelah lagi. Lalu melanggar konkrit paip besar tepi jalan dengan agak kuat, terbalik kereta dan meluncur laju ke dalam parit besar (tali air terusan sawah padi). Bahagian depan kereta yg remuk, menghimpitnya sehingga patah kedua belah kaki. Badannya tersepit dalam kereta yg terbalik, menyebabkan bomba yg terpaksa datang mengeluarkannya dari kereta tersebut. Kasihan M.

Kini, M masih di hospital. Tak dapat ambo bayangkan betapa sedihnya ambo di tempat M. Besar ujian Allah buat M, seorang gadis manis yg solehah lagi baik hati.
"Tidak beriman seseorang itu selagi ia tidak diuji"

Muda-muda lagi, M sudah diuji dengan ujian yg bukan ringan. Ambo pasti, selepas ini M akan menjadi bunga baru yg lebih cantik dan hebat dari sebelumnya. Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.

M, sahabatku..
Tabahlah dikau atas ujian ini.
Kami pasti bersamamu mengharungi saat getir ini, insyaAllah.
Jangan kau sedih, sebaliknya gembira kerna Allah memilihmu utk diberi ujian ini saat orang lain masih leka dalam arus duniawi.
Moga, kau selepas ini, menjadi orang yang lebih hebat dan gagah dari biasa hasil dari ujian Allah yang mencabar dan melelahkan ini..
Doaku, moga kau cepat sembuh dan kembali meneruskan perjuangan di muka bumi Allah ini hingga Izrael kembali menjemput kita semua pulang ke sana..

Comments

  1. artikel yg mambruk..tahniah kpd penulis..
    moga Allah sntiasa bersama-sama kita...saat hamba Ku berjalan kepada Ku, Aku berlari mendapatkannya..

    ana wakil kpd M nak ucapkan ribuan terima kasih yg xtrhingga kpd ukhti dan semua pihak yg byk menolong M selama ini...terubat rindu M tatkala baca entry nih...

    p/s: M banjir sorg2 kt cni ms tgh bc...hukhukhuk

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman DPLI UNISZA 2018

Hulamak hui.. Lamanya tak blogging. Rindu betul nak menulis dan meluah di sini. Sejak kahwin 2014 dulu, kemudian dianugerahkan anak seorang, 2018 inilah  tulisan yang terbaru. Biasanya asyik update FB atau IG je. Blog ni pun dah 'bersawang' molek dah ha.. Rasa nak menulis balik ni pun, sebab termotivasi selepas 2 hari lepas berderet kelas tanpa henti. Terinspirasi dengan cerita-cerita motivasi daripada para pensyarah. Alhamdulillah, keputusan sambung belajar DPLI di Unisza ni moga-moga Allah permudahkan segala urusannya dan membuahkan yang terbaik untuk masa hadapan, amin.. Masa mula-mula dapat tahu tentang permohonan DPLI dibuka kepada umum, saya memang teruja bukan main lagi. Sebab dah bertahun-tahun lamanya saya survey tentang program ni. Sejak selepas bergraduasi pada tahun 2011 lagi, saya cuba untuk memohon program KPLI dan DPLI ini malangnya tidak dibuka program tersebut di mana-mana IPT. Pada awalnya, saya teringin untuk memohon program DPLI UM, tapi apabila memi

Temuduga Guru KAFA

Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah hampir setahun bergelar guru KAFA ganti/kontrak. Tahun 2013 CL mendapat tawaran sebagai guru KAFA ganti yang akan diperbaharui kontrak setiap dua bulan. Tahun 2014 ni pula, kontrak diperbaharui setiap tiga bulan. Ok la tu.. JUN-DISEMBER 2013 CL mengajar di sekolah kawasan kampung. Agak sedih berpisah dengan mereka sebenarnya. Anak-anak yang comel telatah mereka, walaupun kadang-kadang agak nakal. Apakan daya, keputusan bukanlah di tangan sendiri. MAC 2014 CL ditawarkan sekali lagi mengajar KAFA. Kali ni, di sekolah kawasan bandar dan kebetulan berdekatan dengan rumah sewa dan kluster tempat research. Suasana memang berbeza. Keletah anak-anak juga berbeza. Kemahiran yang diperlukan untuk mendidik anak-anak juga berbeda. Semuanya harus lebih moden, kreatif dan up-to-date. Cabaran sungguh! ::TEMUDUGA BERTULIS:: Sebelum start mengajar di sekolah tu, CL kena lalui satu temuduga bertulis. Masa yang diberikan untuk jawab satu paper tu sejam seteng

Kebaikan Batu Tawas dan Hibka Powder

Bosan dengan baju kat bahagian armpit (nama manja ketiak ) jadi kuning dan keras disebabkan pemakaian deoderant? Stress sebab armpit jadi hitam berdaki?  Nak kembalikan warna natural armpit? Nak hilangkan bau teng*k armpit disebabkan peluh? Ha, lemme tell you da solution of this problemo yar.. 1. Hibka Powder Dah lama dah bedak ni wujud sebenarnya cuma orang zaman sekarang tak berapa nak kenal. Pakai kat mana? Kat armpit lor.. Tekstur bedak ni kasar sikit. Dia ada dua jenis. Warna putih dan kuning. Dia ada dalam bentuk paket ataupun botol. So, boleh pilih ikut suka yang mana berkenan. Jika CL suka beli yang warna putih dan dalam botol. Senang, takde la tumpah2. Bagus sangat produk ni. Walaupun dia jauh lebih murah daripada produk2 komersial deoderant yang ada tu, efeknya jauh lebih bagus. Harga yang dalam paket dalam RM1 - RM2 je. Kalau dalam botol pulak dalam RM3++ je. Nak beli kat mana? Beli je kat kedai-kedai jamu. Kalau kat Kangar ni ada satu kedai kat belakang