Teman-temanku

Google+ Followers

Tuesday, May 4, 2010

abahku pergi jauh..



27/02/2010, 10.00malam
Abah: assalamualaikum, k.long tgh wat gapo tu?
ambo: oh, abah..waalaikumussalam..xdok wak gapo, ada meeting dgn kawan2 skit nih, bakpo bah?
Abah: xdok gapo..sajo jah abah telefon tanya kabar anak abah nih..sihat ko?
ambo: alhamdulillah sihat..abah? umi gano? adik2?
Abah: alhamdulillah sihat belako.. ni k.long jadi ko balik kampung untuk majlis kawin k.nor tu?
ambo: tak tahu lagi la abah.. bos macam kureng bagi.. kalau dapat balik, k.long sampai la.. kalau x leh balik, xdok rezki la gamaknya..
Abah: oo..gitu ko..pastu kalau tak balik hok nih, bilo pulok buleh balik nyo?
ambo: lambat lagi la, bulan 5 nu la..
Abah: oo, lambat lagi la gitu gak..
ambo: emm, gitu la.. hurm, k.long tgh ada meeting nih bah, nanti kita kecek lain kali pulak deh?
Abah: ho la..ok, assalamualaikum..
ambo: waalaikumussalam, kirim salam belako ko hok duk rumah deh..
Abah: insyaAllah, ok..

klik..tut..tut..
dan itulah kali terakhir bicara ambo dan abah.. tiada lagi perbualan seoerti yang kami janjikan kerana abah pergi pada tanggal bersejarah 1/3/2010 jam 2petang..

cukup terkilan kerana bicara abah yg lembut berbanding biasa pada malam tersebut ambo hanya ingin habiskan cepat-cepat demi sebuah meeting, padahal percakapan tidak sampai 3 minit itulah pengakhiran bicara seorang abah yang amat ambo sayangi..

1/3/2010
11.30pagi: meminta kebenaran dari bos utk pulang pada hujung minggu ini..walau kurang mendapat respon, akhirnya ambo diberi pelepasan balik..

1.45ptg: bercadang telefon abah utk memberitahu ttg kepulangan ambo tetapi tukar rancangan utk call umi sebab kononnya nak buat kejutan.

1.46ptg: kring, kring, kring, telefon tiada siapa yg angkat..cuba call telefon abah, juga tidak berangkat..

1.48ptg: kring, kring..telefon bersambut, namun bukan suara yg dikenali.. "sapa ni?", ambo tanya.. kedengaran sedikit riuh di sebelah sana.. "helo, k.long ko, hu...hu...?", terdengar suara adik ambo pula menyahut panggilan dan suaranya seperti dalam sendu.. "bakpo ni? bagi fon ni ko umi!!", ambo mengarah. Umi menjawab:" helo k.long, umi ni..hu..hu..abah rebah..tak sedar lagi ni.." . Ungkapan yg begitu mengejutkan! ambo kelu tidak mampu bersuara, hanya sendu..
klik, talian ambo matikan.. hati mula berdegup kencang..

1.49ptg: air mata deras turun dari tubir mata..tak mampu ditahan lagi.. ada yg bertanya, namun tiada jawapan yg pasti dapat ambo berikan.. setelah tenang, ambo berdoa minta abah diselamatkan, baca al-Fatihah berulang kali.. hati masih tidak tenang.. air mata masih merembes laju..

1.50ptg: berkejar ambil wudhuk, buat solat hajat, minta abah diselamatkan dari apa2 kemungkinan.. dalam hati ambo "abah, jangan mati..ya Allah selamatkan abahku"

1.53ptg: ambo mula baca yasiin... hati masih berdebar, mata masih merembes airnya.. membaca dalam sendu..

2.15ptg: telefon semula no umi.. suara umi sudah tenang dari tadi.. "abah ok dah ke?"-ambo tanya.. umi jawab: "abah takdok doh.." cukup tenang umi ambo jawab, sedangkan hati ambo bagaikan kaca jatuh terhempas, pecah berderai, innalillahi wa inna ilaihi rajiuun..hanya itu ucapan yg mampu diucap.."k.long akan bertolak balik sekarang jugak, tunggu k.long.."

2.16ptg: dengan rembesan air mata, ambo berlalu meninggalkan pejabat utk cari tiket bas balik kampung; tiket paling awal jam 8malam (perjalanan dari perlis ke kelantan ambil masa lebih kurang 7 jam)..cukup berdebar, takut2 tak sempat dgn jenazah abah..

2.45ptg: ada kawan sepejabat baik hati utk hantar balik jam 6 petang, alhamdulillah.. ambo balik berkemas baju..

3.30ptg: ada sahabat lain yang ingin hantar pulang jam 4, ambo pun bersetuju.. keadaan cukup mendesak..tiket sudahpun dibatalkan..

4.15ptg: bertolak pulang bersama sahabat2 yg lain..terima kasih pada housemate ambo, terima kasih pada sahabat2 ambo.. dua buah kereta konvoi ke kelantan.. semuanya ingin menziarah abah..

6.30ptg: kereta masih di changlun kedah.. ayah chik telefon: "k.long duk mano doh ni?" soalan yg cukup mendebarkan ambo. terlintas di kepala ambo, 'ambo dah tak sempat dgn arwah abah'.. ayah chik:" cepat sikit deh, lewat doh kita ni.." apa yg harus ambo buat, jika bisa terbang, dari jam 2ptg lagi sudah terbang..apakan daya..hati ini menangis pilu lagi..yasin sudah beberapa kali ambo bacakan..

7.30ptg: sekali lagi ayah chik telefon:"k.long duk mano doh ni?"..ugh, soalan yg cukup menyeksa jiwa..'baru di baling, kedah..'-sayu jawapan ambo... ayah chik:"hurm, kita lewat sangat doh ni, k.long rasa lagu mano?".. apa jawapan terbaik??? lebih kurang 15saat ambo terdiam, senak di dalam dada, ini jawapan yg terpaksa ambo buat tak kira pahit atau manis..tunggu atau relakan? akhirnya, ambo:"takpo lah, buat lah mana yg terbaik", klik. serentak dgn itu, air mata mencurah laju, bengkak mata usah dikira, dada terasa cukup sempit.. cepat2 ingat pada Allah, astaghfirullah al-aziim..

10.00mlm: masih di Grik, melepasi dingin malam banjaran Titiwangsa.. Tasik Banding yg selama ini nampak indah, cukup sayu ambo lihat pada malam itu..hati makin boleh menerima.. cukuplah sekadar ini tangisan, biarlah ambo jadi tabah utk umi dan adik2.. takkan ambo tumpahkan air mata ini bila sampai di rumah nanti, itu janji ambo..

10.15mlm: umi telefon, abah sudah selamat dikebumikan..umi minta ambo redakan segalanya.. 'dalam hati ambo hanya mengiyakan'. akhirnya, tiada lagi batang tubuh abahku di bumi Allah ini.. 'ya Allah, tempatkanlah abahku di kalangan orang2 yg Engkau kasihi..amin..' hnya doa dan kiriman ayat2 suci allah ambo kirimkan dari jauh.. kereta masih membelah kelam malam yg syahdu..

1.00pg: akhirnya, dua buah kereta yg konvoi ke rumah ambo, sampai di rumah Che' (nenek, mak kepada abah).. ambo masuk ke ruang tamu, masih kelihatan tilam tempat jenazah, aroma kapur barus masih melekat di awangan..suasana yg cukup kosong.. ambo dan sahabat2 disambut sayu oleh saudara-mara yg masih belum tidur.. umi dan adik2 sudah tidur, keletihan gamaknya..
ketika menggerakkan mereka utk bersalaman, sisa2 kesedihan masih berbekas di mata..

1.30pg: sahabat2 ambo yg masih belum makan sejak pagi, dijamu sekadarnya oleh saudara-mara..mereka makan dengan berselera..terima kasih sahabat..

2.30pg: selepas berbual-bual seketika..semua bergerak utk membilang bintang..zzzz..

6.15pg: dikejutkan bangun utk solat subuh..ambo juga turut mandi awal2.. pagi ini, selepas sarapan, ambo akan ke kubur..

8.00pg: mula bersarapan dgn ahli keluarga yg lain..sahabat2 ambo pun ikut sarapan bersama..

8.45pg: bertolak ke kubur bersama adik2, saudara-mara dan juga sahabat2 ambo itu..

8.50pg: sampai di sana..kelihatan nisan berceracak di sana sini.. kami mencari kubur abah.. bila dijumpai, mula membaca yasin bersama-sama.. hatiku mula sayu kembali..apa tidaknya, selepas Hari Raya Haji yg lalu, inilah pertemuan pertama kali ambo dengan abah dalam keadaan yg cukup tidak disangka-sangka.. mata tidak mampu menahan lagi, janji tidak mahu menangis di depan adik2 tidak dapat ambo penuhi.. separuh sahaja yasin dapat dibaca sempurna, selebihnya ambo bercampur dengan esakan dan rembesan air mata yg cukup menyempit dada.. tak peduli lagi jadi tontonan orang sekeliling..hati ini teramat sayu..cukup sayu..cukup pilu..
bacaan doa yasin yg dibaca oleh Ayah Im makin menyengat jiwa.. amin.. damailah abah di sana..
belum sempat mengemas tikar, aku sudah melarikan diri ke kereta, tak sanggup bertentang mata melihat nisan abah..

Dulu, ketika abah hantar aku di hentian bas (sewaktu pembukaan semester yg baru), dua tangan kasar yg kuat bekerja Abah hulurkan padaku sebagai salaman terakhir..
Kini, hanya dua batu nisan abah yg mampu aku usap..

Dulu, aku cukup ego utk mencium pipi dan memeluk abahku..malu kononnya..
Kini hanya tanah merah yg mampu aku genggam..

Dulu, aku cukup ego mengucapkan 'I Love U, Abah..'
Kini, hanya kemboja bisu di tepian kubur yg mendengar bicaraku di tepi pusara abah..

Dulu, abah selalu menghantarku ke sekolah naik motor cabuk itu, namun tidak pernah aku berterima kasih sebaiknya..
Kini, kenangan itu berlalu pergi..

Dulu, abah selalu telefon aku walaupun aku jarang sekali ingin telefon abah..
Kini, tiada sehuruf perkataan pun dapat ku dengar dari bibir abah..

Dulu, aku mencium tangan Abah di hari raya tanpa sepenuh hati..
Kini, tangan kasar Abah tidak akan disua lagi..

abah akhirnya pergi di usia 54tahun, meninggalkan seorang balu dan 6 orang anak-anak, sanak saudara dan sahabat handai..
abah, kami takkan lupakan mu..
abah, moga kau tenang bersemadi bersama para solihin..
kami akan jadi anak-anak soleh yg memberi syafaat kepada kedua ibu-bapanya..amin..
Abah, I LOVE YOU VERY MUCH!!!

ambo kata: posting ini bukan kerna ingin menagih simpati, sekadar coretan hidup yg ingin dikongsi dan dapat dijadikan iktibar kepada semua..sayangilah orang yg tersayang dgn sebaiknya kerna kita tidak tahu bila Allah akan mengambil mereka kembali..ekspresikanlah sayang anda sebelum masa habis berdetik..

1 comment:

  1. moga kak wahidah sentiasa tabah menghadapi ujian yg datang..

    syukran atas post ni,wat ana pun menitis air mata..syukran..

    ReplyDelete

There was an error in this gadget

Follow by Email