Skip to main content

Posts

Showing posts with the label akademik

Pengalaman DPLI UNISZA 2018

Hulamak hui.. Lamanya tak blogging. Rindu betul nak menulis dan meluah di sini. Sejak kahwin 2014 dulu, kemudian dianugerahkan anak seorang, 2018 inilah  tulisan yang terbaru. Biasanya asyik update FB atau IG je. Blog ni pun dah 'bersawang' molek dah ha.. Rasa nak menulis balik ni pun, sebab termotivasi selepas 2 hari lepas berderet kelas tanpa henti. Terinspirasi dengan cerita-cerita motivasi daripada para pensyarah. Alhamdulillah, keputusan sambung belajar DPLI di Unisza ni moga-moga Allah permudahkan segala urusannya dan membuahkan yang terbaik untuk masa hadapan, amin.. Masa mula-mula dapat tahu tentang permohonan DPLI dibuka kepada umum, saya memang teruja bukan main lagi. Sebab dah bertahun-tahun lamanya saya survey tentang program ni. Sejak selepas bergraduasi pada tahun 2011 lagi, saya cuba untuk memohon program KPLI dan DPLI ini malangnya tidak dibuka program tersebut di mana-mana IPT. Pada awalnya, saya teringin untuk memohon program DPLI UM, tapi apabila memi...

Panduan Menyambung Pengajian Master of Science (MSc)

Bismillah.. Ya Allah, sukarnya terasa perjalanan ini. Tak semudah yang CL sangka langsung. Personaliti diri yang mudah terganggu fokus turut menyumbang kemerosotan pencapaian dalam menyempurnakan pengajian. Allahurabbi, bantulah hamba-Mu ini. Matlamat mahu selesai pengajian dalam masa setahun, kini tersasar dari landasan. Perut mula bergelora kencang. Badai yang menghempas dada terasa memberat. Terasa semuanya serba tidak kena. ******************************************************************************** Nasihatku buat yang mahu menyambung pengajian sarjana terutama dalam bidang kajian (research mode), sebelum anda mendaftar dan mula terlibat dengan dunia ini, SILA:- 1. Pilih projek/tajuk yang anda minat dan mampu buat berdasarkan pengalaman dan ilmu asas anda. 2. Bincang sedalam-dalamnya dengan bakal penyelia anda termasuk risiko yang bakal anda hadapi semasa menjalankan projek tersebut nanti.  3. Bincangkan juga bersama bakal penyelia anda tentang aspe...

Kini Menjadi Penduduk Bumi Sejati

Pernah tak berlaku dalam hidup korang, korang tersilap buat keputusan yang amat besar sekali nilainya untuk hidup korang terutamanya benda yang akan efek masa depan korang nanti sehingga rasa nak sebut, "Damn!!! What a big mistake that I had done!".  ~~Sebab masih ada iman, sering menenangkan hati dengan kalimah H.I.K.M.A.H.~~ Tapi, sebab dah tak ada choice untuk betulkan balik kesilapan korang tu, so korang just go on with that hell-life until you feel like vomiting . Takleh vomit, sedut balik, sedut balik.. Tapi kemudiannya, bila korang dah rasa stuck sangat2 dah (seolah-olah tak pijak bumi dan jugak tak capai langit) tetiba ada sesuatu yang tarik korang untuk berpijak di bumi yang nyata dan menyedut udara segar di bumi. Kemudian, pelan-pelan korang nampak ada tangga yang selama ni korang tak pernah nampak pun  untuk naik ke langit secara berperingkat dan istiqamah. "Uuh, what a nice feeling...!" ~~Say what? Alhamdulillah, syukur pada Allah..~~ Sy...

Dunia Selepas Graduasi

Sedar tak sedar, Che Long  (CL) dah bergelar graduan sudah setahun. Ingatkan masih muda remaja lagi, rupanya dah tua. "Aduh, cepatnya masa berlalu." Sudah dua dekad hidup di dunia ini. 2007: Masih terbayang lagi suasana di stesen bas Kangar tika pertama kali menjejakkan kaki di bumi Perlis. Terus ada sorang senior laki ber' vest ' biru gelap bertulis nama IPT dengan sepanduk kad manila dijulang tinggi tertulis 'Pelajar Baru di sini.' CL dgn Abah dari Kelantan naik bas ekspres saja. Ahli keluarga lain tak join sebab famili kurang dana kewangan masa tu. Apapun, alhamdulillah. Kemudian, mata dijamu dengan pemandangan sawah padi yg menghijau sepanjang perjalanan ke tempat pendaftaran pelajar baru di Kuala Perlis. Bahang panas Perlis bukan main lagi menggigit kulit kami. Uhuks, panas tul.. Bahang panas inilah yg CL bermain setiap hari sejak bergelar mahasiswa di IPT utara tanah air ini. Berseorangan tanpa saudara memperjuangkan nasib diri di rantau orang. Cuti...

Presentation's Day

Hari ni Che Long kena pegi kluster awai skit sebab semua student Prof Y kena terlibat dgn project's presentation. Sampai kluster dah kul 8.40am. Patutnya, kul 8.30am dah nak mula. Tapi, nasib baik Prof Y tak sampai lagi. Kawan2 seangkatan lain pun duk tgh sembang lagik. Lega skit.  "Prof Y dah ada kat bawah..!!" Cik Tun laung dgn sora kuatnya itu. Semua pakat kalut turun tingkat bawah, Bilik Mesyuarat A kami reramai pakat tuju.. aCtually, bukan Che Long punya turn pun. Hari ini, 2 org senior akan bentang diorang punya project's progress. Sorang MSc's student dan sorang lagik PhD's student. Dua-dua pasal Image Processing . Mantopp dah presentation depa.. Cuma kdg2 tu ada gak la timing Che Long berzikir kuat skett. Maklumlah..semalam tidor lambat  (ha, sape suh tido lambat? padan muker..). Lepas habis bentang, sesi komen-mengomen pulak oleh Prof Y. Kami yg jadik audiens ni plak kena reka soklan bernas2 dan gempak utk tanya pada presenter.  -Bila...

Setiap amal itu dengan niat

Minggu ini, minggu lalu, dua dan tiga minggu nan lalu, ambo betul-betul tak bersemangat nak menjalani hidup ambo. Ambo mencari-cari apakah niat sebenar di sebalik apa yang ambo tengah buat sekarang ni. Ambo tulis paper, ambo buat slide presentation, ambo tulis progress report, ambo ke kluster, ambo buat research. Ambo buat semua perkara yang sepatutnya ambo buat, TAPI ambo tetap lost! Ambo tak tahu apa target sebenar ambo dalam bidang nih! Puas ambo fikir niat di sebalik amal/perbuatan yang ambo buat dalam 3 bulan kebelakangan ini. Dalam Diskusi Ilmiah (DI) dengan kawan2 ambo, ambo sering bagi penekanan kepada kwn2 ttg hadis pertama seperti yg terkandung dalam buku Hadis 40 tulisan Imam an-Nawawi .  Tentang "setiap amal mestilah disertai dengan niat. Niat kerna Allah dan Rasul, itulah yg kita dapat. Niat kerna dunia, maka dunia sajalah yg kita dapat."  "Bila niat belajar kerna Allah dan Rasul, pasti kita akan dapat berkatnya."  Dan bila sampai di rumah,...

Program Sarjana/Doktor Falsafah (MsC/PhD) di Unimap

okes.. apa makna tajuk kat atas tue? ada paham tak? gini..meh ambo nak citer skit.. (^_^) Sebesar-besar Malaysia nih, setakat ni hanya Unimap satu2nya IPT yang ada program MSc/PhD nih tau! IPT lain takde lagik. Apa yang menarik sangat dengan program nih? Ok meh nak bagitau.. (Kepada yang berminat nak sambung belajar je tau. Kepada yang nak kerja dulu selepas grads, boleh gak baca, kot2 la minat nak sambung ke pasni kan.. wink! ) KRITERIA PROGRAM MSC/PHD:- 1. Korang hanya perlukan PNGK 3.30 dan ke atas untuk apply program nih. (tapi, kat Unimap jer la tau). Tapi, kalau dah dapat first-class degree tue, apply jer la PhD terus..hehe. 2. Korang akan mendaftar sebagai pelajar pre-PhD. 3. Setelah setahun berlalu dengan pelbagai aktiviti research korang, akan muncullah sesi viva . Sesi nih akan menentukan samada korang masih layak bergelar student PhD atau perlu down-grade jadi student Master (kalau tak perform dalam viva tue la, so buat la elok2 viva tue kalau nak kekal jadi student Ph...

Jom kita buang budaya birokrasi

Birokrasi: Mahasiswa sokong pandangan Timb. Menteri Harakahdaily Majlis Perwakilan Pelajar Gabungan Mahasiswa UKM (MPP-GMUKM) berpandangan yang jelas dan sama dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin bin Abdullah yang semalam menyarankan supaya pihak pentadbiran IPT tempatan supaya 'membuang amalan karenah birokrasi yang masih mengekang kebebasan para pelajar' dan segera menerapkan budaya 'Inovasi Demokrasi'. Jelas beliau, budaya inovasi merujuk kesediaan berubah, mencuba perkara dan cara baru dalam kehidupan. “Dari segi konsep, budaya inovasi merangkumi kreativiti dan inovasi yang menjadi penggerak kepada pertumbuhan dalam setiap bidang." Menurut beliau, budaya inovasi adalah satu daripada nilai dalam gagasan 1 Malaysia. Akan tetapi malangnya walaupun banyak pelan transformasi telah dilancarkan, malangnya pelajar masih dikekang oleh karenah birokrasi walaupun nilai ini jelas dikehendaki kerajaan untuk dicapai. Beliau memberi contoh karenah biro...

PTPTN dah mula merisik...

PTPTN: Anak muda mesti sokong PR Mohd Aizat Mohd Salleh ISU pembayaran balik semula PTPTN sentiasa menjadi ‘igauan’ kepada penuntut yang sudah menamatkan pelajaran di universiti masing-masing. Polisi yang dilaksanakan oleh kerajaan pada hari ini adalah, selepas 6 (enam) bulan bergraduasi, mereka wajib membayar semula pinjaman tersebut, sama ada sudah bekerja atau tidak. Dengan ditambah kos pentadbiran sebanyak 3% (dahulu), dan 1% (Ujrah), maka jumlah bayaran balik pinjaman akan meningkat, dan tidak berkurang. Jika peminjam meminjam sebanyak RM19,000, maka ditambah kos pentadbiran 3% sebanyak RM3,800, maka jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM23,000. (Secara purata). Jumlah ini yang menjadi ‘hantu’ kepada para pelajar hari ini. Mungkin bagi mahasiswa, mereka belum merasai lantaran masih berada di universiti dan sedang ‘enak’ berbelanja dengan wang saku mereka. PTPTN dalam ‘Buku Jingga’ Seperkara yang tidak dibuat dan tidak diusahakan pun oleh kerajaan BN pada hari ini ada...

my FYP

Design of a variable frequency electronic repeller kit for multi pest control. Begitulah bunyinya tajuk projek tahun akhir ambo. Panjang sungguh. Ceritanya lagi panjang. Tapi, kalau nak dipendekkan ambo kena rekacipta satu alat elektronik yang mampu menghalau haiwan perosak seperti tikus, lipas, nyamuk, lalat, semut dan lain-lain dengan menggunakan frekuensi yang akan mengganggu haiwan-haiwan ini dari mendekati kawasan alat tersebut dipasang. Alat ini sepatutnya berfungsi dalam jarak lebih dari 10 meter, sebabnya bagi kegunaan dalam rumah. Tapi, oleh kerana masih di peringkat awal, penyelia projek ambo (Prof.Yusof) minta dapatkan dulu kesan frekuensi dalam jarak 5 meter. Haish, walaupun hanya bab haiwan atau serangga, nak merekanya bukan la sesenang ABC. Terutama sekali bila nak kena buat programming. Ambo ni pulak bukanlah pandai sangat programming. Nanti nak kena guna microprocessor 8051. Lagi pulak, nak kena reka sendiri litar bagi alat ni. Kena tempah dan beli sendiri. Quotation ha...

PTPTN dah masuk

alhamdulillah..tadi masa balik dari kelas, ingat nak singgah kafe beli makanan. tapi, teringat takde duit cancel. on the way balik, gi kedai runcit kat taman perumahan tue, ingat nak amik duit keropok yg tinggal dua bundle kat tauke kedai tu. tauke pulak takde, pekerja die tak berani ambilkan duit bos die.. bagus, pekerja tu. amanah.. hurm, dalam duk berkira-kira nak makan roti je, sorang kawan sekelas datang, ajak gi kafe. ambo kata la takde duit, so tak nak makan.. terkejut die. tanpa berlengah, diajak ambo jugak, dia suruh guna duit die dulu. ambo tolak walaupun sebenarnya nak. hehe, malu tapi mahu.. bila die pujuk dan pujuk, last-last cair.. so, join la die beli nasi kat kafe. tup, tup balik umar, kawan serumah kata PTPTN dah masuk.. yieha!! alhamdulillah, ringan sikit beban. boleh la wat bayar hutang. banyak projek nak buat semester ni. FYP nyer, lesen keretanyer, duit bukunyer, dan lain-lain lagi la.. tapi, bila fikir-fikir balik, dah nak dekat habis semester nih, makin dek...