Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Isu semasa

Felixia Yeap berhijab? Its okay lah..

Ada satu hari, CL bukak FB, tengok orang duk kecoh pasal Felixia ni bertudung. Chinese yang non-muslim bertudung. Comel orangnya. Putih melepak, mata besar. Gambar yang di post kebanyakannya selfie. Ada macam-macam komen tentang dia ni. Contohnya.. "Comel sangat awak bertudung, teruskan.." "Apa ni pakai tudung? Nak persendakan Islam ke?" "Ala..pakai tudung saja nak carik publisiti la ni..Dah tak laku.." "Bagus Felixia nak bertudung, tak salah pun.." Hurm..Macam2 fatwa dah keluar. Pakat nak jadi mufti belake.. I'm juz wondering, sape si Felixia ni sampai depa duk havoc sangat? Sampaikan Benz Ali pun suka quote pasal Felixia ni dalam post-post 'bajet hot' dia tu. Apa masalahnya kalau dia non-muslim nak try pakai tudung dan tutup aurat. Tak salah langsung pun.. Bahkan ada satu FB nama World Hijab Day (worldwide) yang promote non-muslim supaya support hijabbist all around the world. Berlambak kat luar sana espec...

Kejap haram, kejap halal..Oh Cadbury,,

Sejak kecik lagi, kalau dapat makan cokelat Cadbury ni, rasa mewah sangat. Melompat kalau mak sedara atau pak sedara bagi hadiah cokelat ni. Tengok kawan makan je pun, dah nak mennagis kalau tak dapat jugak. Sejak zaman sekolah hingga universiti, kalau ada buat program Dedication to Someone, mesti Cadbury antara pilihan popular untuk dijadikan hadiah. Hadiah kat kawan-kawan, guru-guru. Da latest, diberitakan bahawa Cadbury feveretku itu tercemar dengan porcine. Ada DNA khinzir.. Paling sakit hatiku ini, kalau CL nak beli Cadbury untuk makan, takdelah pilihan lain kecuali yang ada Hazelnut dan Almond tu. Tup, tup, yang tu la dibuktikan ada DNA khinzir. Tak ke meletop nak marah????? Dah berapa keping dah CL telan benda tu. Dah jadi darah daging dah. Rasa marah tak terhingga. Bukan apa, sebab cokelat tu trang tang tang ada cop halal JAKIM kot.. Tetiba boleh pulak tercemar dengan unsur haram. Aduhai apalah nasib diri. Patut la agaknya mengaji tak berapa nak pick up. Rasa macam tak...

20 sen harga petrol naik, ADA EFEK KE?

Bismillah.. 20 sen untuk segelintir orang yang berkemampuan, tada hal punya ma... TAPI!! 20 sen untuk orang yang pakai motosikal cabuk Suzuki FX100 macam CL neh, memang terkesan yang teramat hoi... Nak berangan beli kereta Viva sebijik (bayar ansur-ansur) pun dah cancel.. VIP dan VVIP takpela, depa dah ada Hummer, Audi, Lancer, Ferrari and so on.. Mana nak kisah setakat 20 sen. Dulu-dulu (zaman lepas grad), isi RM5 tank tu dah hampir penuh & cukup untuk motor bergerak ke situ-sini seminggu lamanya.. My petrol budget for whole month on that time is RM20 only. Tapi sekarang (selepas dinaikkan 20sen) , RM5 nak penuh? Sorry la... Separuh tank ajer (ada lebih sikit pun, satu bar je..) Nak penuh tank? Kena isi RM8 beb... RM8 cuba u'all darab dengan 4 minggu.. Dah RM32 sebulan. *what?* Dahsyat kan? Lari giler bajet tu.. nak saving pun susah sekarang. Semua duit yang dapat only to pay, pay, pay and pay....... Pendapatan sama aje. Takde pun nak naik sebagaimana harga barang2 ni ...

Mesir: Untungnya mereka. Ruginya kita.

Insiden berdarah bergolak kembali di Mesir. Setelah sekian lama Mesir mendambakan demokrasi yang akhirnya mereka dapati tika Presiden Morsi diangkat sebagai ketua negara, kini demokrasi yang rakyat Mesir pilih itu direnggut kasar oleh pimpinan kudeta yang sadis. Tanpa belas kasihan terhadap saudara mereka sendiri. Bahkan di bulan Ramadhan dan Syawal yang mulia, tanpa segan-silu mereka tetap menghancurkan dada dan kepala saudara mereka dengan api, peluru,  gas beracun, molotov, bom dan segala jenis senjata yang membunuh. Sedangkan rakyat lemah tanpa senjata. Rakyat sendiri ditindas dan dibunuh? Apa jenis kekejaman ini? Adakah sejarah jahiliyyah manusia sedang berputar kembali filemnya? Lebih malang lagi, ada segelinitir 'manusia bodoh' yang menyalahkan demonstran. Kata mereka, memang patut tentera/polis membunuh demonstran/penyokong Morsi kerana mereka yang memberontak. Kata mereka lagi, demonstran ini sendiri yang memilih jalan celaka. Jalan kematian. Sungguh mereka ti...

SYRIA, hatiku rawan.

Buka je Facebook, ada saja update terbaru dari Syam (Syria) yang menghiris hati. #Gadis Syria dirogol berulang-kali kemudian dibunuh kejam. #Kanak-kanak ditembak hingga pecah kepala. #Bayi dikelar-kelar sehingga mati. #Ribuan manusia terbunuh di bawah runtuhan bangunan disebabkan bom yang diletupkan di kediaman mereka. #Pemuda disembelih hidup-hidup. #Orang tua ditembak mati. #Kebuluran, kegelapan, ketakutan menyelubungi di mana-mana. #Bandar Aleppo sudah umpama ghost town. #Tembakan dan bom kedengaran jelas di dalam bandar. #Sejak Julai 2012 hingga bulan ini, angka terbunuh (statistik yang sempat dibuat) sudah mencapai 93,000 orang. Secara anggaran, 5.000 orang terbunuh setiap bulan. Bala apakah ini? Rejim Basyar laknatullah benar-benar mengamuk dan membantai rakyatnya sendiri. Tiada kompromi. Tiada perikemanusiaan. Aku terduduk, tidak tahu berbuat apa lagi. Saudaraku disiat-siat. Aku pedih dan pilu. Hatiku rawan. Namun, mujahid mereka juga sudah rama...

3 APRIL 2013: Parlimen Malaysia Dibubarkan Secara Rasmi

Tarikh Bersejarah! 3 APRIL 2013. Pagi tadi PM buat pengumuman pembubaran parlimen Malaysia. Secara LIVE melalui TV3. Gembira bukan kepalang CL rasa. Hehehe..Akhirnya,. pilihanraya yang sudah lama ditunggu-tunggu akhirnya tiba jua. Ini merupakan kali pertama CL akan mengundi. Huish, nervous la pulak rasa hati ni. Tak sabar-sabar pun ada. Pilihanraya kali ni merupakan yang ke-13 diadakan selepas negara ni merdeka. Rasanya, semua lapisan rakyat negara ni sudah dapat melihat betapa sengitnya pertarungan antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat untuk menentukan mandat pemerintahan kerajaan baru kali ini. Boleh dikatakan bahawa, inilah pertarungan yang bakal menentukan samada negara ini akan jatuh merudum atau maju ke hadapan disebabkan oleh pilihan rakyat sendiri. Nasihat CL untuk kawan-kawan semua yang dah layak mengundi tu, TOLONGlah mengundi dan pilihlah kerajaan yang terbaik untuk memimpin negara dan rakyat dengan acuan yang diinginkan Islam. Jangan pula buat UNDI ROSAK dan bers...

Listen, Listen, Listen!

Fuh, panas..panas..!  Isu yang cukup panas melanda negara kita. Isu seorang pelajar India yang bernama Bawani di' diam 'kan oleh seorang Presiden SW1M dalam sebuah forum di sebuah IPT di utara Malaysia iaitu UUM. Syukur sebenarnya dengan pendedahan video ni. Sekurang-kurangnya masyarakat sedar betapa selama ini mahasiswa diperkotak-katik oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Jujur, perkara sebegini bukan hanya berlaku di UUM sahaja tetapi di seluruh IPT di Malaysia dan masih berterusan hingga sekarang. Tak percaya? Silakan buat survey dan poll.. Mahasiswa yang selama ini TAKUT, GERUN dan BIMBANG akan tindakan AUKU yang bakal dikenakan jika mereka terlebih melawan pihak atasan/pihak penganjur, kini mereka bagaikan menonton kembali betapa mereka selama ini diperlaku seperti kanak-kanak tadika dan taska. Betapa maruah dan kredibiliti mahasiswa dijatuhkan sebawah-bawahnya. Diperkudakan. Diperlaku umpama lembu dicucuk hidung. Open your eyes and see! Ye, benar Ci...

ISU HUDUD: CEKOH DURIAN IKUTLAH PAKSANYA..

Posted by Dr Azman Ibrahim Tahniah   dan   syabas   kepada  Tuan Guru  Mursyidul  Am  atas   kenyataan yang  tegas ,  berfakta   dan   berhemah serta   penuh   berhikmat  yang  telah menutup   mulut-mulut  yang  mengomel itu   dan   ini   berkenaan   hukum  Allah yang  bernama   Hudud ! Tuan Guru NIk Aziz NIk Mat ~semoga dirahmati Allah sentiasa. Sesuatu   perkara ,  apabila   kita kembali   kepada   kaedah  yang sebenar   dan   rujukan  yang  soheh ,  pencerahannya   begitu   mudah   dimengertikan sekalipun   oleh   mereka  yang  masih   mengingkarinya   tetapi   akan   ketandusan   hujah untuk   menafikan   hakikat     yang   terserlah . Orang   tua-tua   ada   bidalannya , ‘ Bila   na...