Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Art Lover

Siapakah Laksamana Sunan abad ini?

Ramlee Awang Murshid a.k.a. RAM That's it! His novels always being my top choice for eye-scanning each time I'm hooked up at book store. Hehe, really loved 'em.  Selain dari tulisan RAM, novelis J.K. Rowling juga antara my top choice. Hehe, sape lagi kalau bukan pengarang world-popular series, Harry Potter tu. Dua novelis ni je yang CL sanggup habiskan duit untuk beli buku-buku depa. Yang lain2 tu biasanya pinjam dari library atau kawan2 atau sepupu jek. Karya A.Samad Said pun kadang-kadang CL layan jugak la, tapi banyak yang tak faham, sastera dia guna tinggi sangat (ampun pak, hehe..). Tapi sebenarnya novel dia sarat dengan nilai-nilai murni dan sindiran terhadap kebobrokan sistem dalam negara kita. I like that part! Kalau nak baca novel yang berkisar kaya dengan nilai-nilai kemasyarakatan Melayu pulak, CL suggest baca tulisan Khadijah Ibrahim. Tulisan dia pun bagus, boleh nangis baca tang part sedih tu. Umi CL kalau bagi baca novel tulisan Khadijah ni,...

Langgar, Lari Movie

Bukan CL kena langgar lari. Tapi tajuk movie terkini yang sedang panas di pasaran perfileman negara kita. Kat tempat CL kerja part-time, ada la 2,3 orang pekerja lelaki duk kecoh pasal movie ni. Katanya best la jugak. So, CL pun search la tengok movie apabenda ni.. Pelakon utama movie Langgar-Adiputra. Yang movie Lari pulak-Aaron Aziz.  Well, bukan pelakon tu fokus CL kali ni. Selepas tengok movie tu, yang banyak aksi bergaduh, bertumbuk, bunuh, dsbg tu (erk, agak bosan jugak)... Pengajaran yang mungkin CL boleh extract dari movie-movie yang macam ni semua.. 1. Isu Gangsterisme -CL percaya memang wujud isu gangsterisme ni di negara kita. Tengok sajalah berita di akhbar dan TV. Macam-macam jenis pembunuhan dilaporkan berlaku setiap hari. Itu yang dilaporkan. Yang tak dilaporkan, agak-agak mesti banyak lagi kan. Ada satu berita tu, mayat sedang berasap dijumpai di tepi jalan. Ada berita lain, mayat dijumpai terikat dengan tali...

Lagu Dataran Tahrir..

Best sangat lagu ni.. Entah bila pembuat muzik negara kita boleh buat muzik yg melodi dan liriknya setanding ini. CL hanya mampu menanti dan mencari sebab xde basic dalam muzik. Anyway, org kata jgn jadikan itu sebagai alasan. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Well, maybe satu hari nanti ke CL akan.... Anyway jom enjoy dan hayati lagu ni dulu.. يا يا الميدان كنت فين من زمان معاك غنينا و معاك شقينا و حاربنا خوفنا و دعينا ايد واحدة نهار و ليل و مفيش معاك شئ مستحيل صوت الحرية بيجمعنا خلاص حياتنا بقي ليها معني مفيش رجوع صوتنا مسموع و الحلم خلاص بقي مش ممنوع يا يا الميدان كنت فين من زمان هديت السور نورت النور لميت حوليك شعب مكسور اتولدنا من جديد و اتولد الحلم العنيد بنختلف و النية صافي اوقات الصورة مكنتش واضحة حنصون بلادنا و ولاد ولادنا حق اللي راحوا من شبابنا يا يا الميدان كنت فين من زمان معاك حسينا و ابتدينا بعد ما بعدنا و انتهينا لازم بايدينا نغير نفسينا اديتنا كتير و الباقي علينا ساعات بخاف نبقي ذكري نبعد عنك تموت الفكرة و ن...

7 Petala Cinta

Cinta. Oh, indahnya cinta. Indahnya kasih. Indahnya jika berkasih dan bercinta.  Filem "7 Petala Cinta" bukanlah filem terbaik untuk anda jadikan simpanan di folder hati masing-masing. Cubaan filem ini kurang menjadi. Moga penggiat seni membuat research yg lebih baik dari hasil filem ini di masa depan. Filem ini tidak menggambarkan suasana pembelajaran pondok yg wujud di Malaysia tercinta ini. Bukan juga menggambarkan perhubungan sosial antara muslimin dan muslimah yang sepatutnya. Bukan juga gambaran terbaik antara pasangan tunang Muslim.  ::Wanita berpurdah:: -Bukan begitu caranya berpurdah. -Bukan begitu caranya pergaulan wanita berpurdah. -Bukan begitu caranya pemakaian wanita berpurdah. ::Ustaz selaku tunangan orang:: -Bukan begitu caranya mahu bergurau dengan tunang. -Bukan begitu caranya memandang wanita muslimah. Agak kecewa, itulah perasaan Che Long melihat keseluruhan filem ini. Cinta ke yg ingin disampaikan? Tapi cinta yang Islam anjurkan begi...

Makna tersirat lagu Maafkan Kamu

2, 3 menjak nih Che Long duk asyik dengar lagu Maafkan Kamu yg dinyanyikan Jamal Abdillah feat Malique . Bukan apa, Che Long agak tertarik dengan lirik lagu ni yg begitu mendalam maksudnya. Lirik lagu ni tak semacam lagu-lagu tipikal Melayu yg biasanya tentang pemujaan terhadap lelaki atau wanita. Lagu ni jugak ada part rapping yg memang Che Long memang minat. Entah kenapa, Che Long minat betul rap music. Lagu Maafkan Kamu ni boleh ditafsirkan dengan pelbagai makna. Che Long berpandangan bahawa makna lagu ni bagus, cuma Che Long tak mahu share apa pandangan Che Long sebab takut-takut para pembaca hanya akan jadi bias dengan tafsiran Che Long jer. Anda punya minda yg bebas untuk mentafsir semahu anda asalkan tidak menyalahi syariat.. Jom layans... MAAFKAN KAMU Malique & Jamal Abdillah (original singer) MONOLOG: Aku minta maaf di atas segala perbuatanku. MONOLOG:    Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan Jamal Abdillah: Ada teratak di hujung kampung...

Kritikan Membina untuk Rancangan Maharaja Lawak

Ambo ni tak suka buat lawak, tapi seringkali orang gelak cara ambo bertindak atau bercakap. "Awak ni lawak la.." Selalu diorang cakap gitu. Tak tahu la kenapa. Ambo tak rasa pun ambo tengah wat lawak, tapi orang gelak jugak. Entahlah.. Kalau bab mengusik, memang ambo suka. Buktinya, ummi ambo gelarkan ambo nama "Tok Kadiyat" . Nama "Tok Kadiyat" ni adalah nama tokoh yang popular dengan usikan dan gurauan beliau. Tapi, nama tokoh ni terkenal di kampung ambo jah. Tu pun dulu la. Tak tahu la samada generasi lani masih ingat atau tidak pada nama ini. Daerah Kuala Balah, Kelantan. Ambo ingat lagi, waktu kecik2 dulu, kalau jumpa budak2, ambo akan mengusik sampai budak tu menangis. Hehe..nakal sikit. Kalau jumpa yang sebaya atau lebih tua, ambo suka sergah atau coket (cuit) pinggang biar terkejut. Hehe, nakal.. Bila dah makin dewasa ni, penyakit suka menyakat dan mengusik orang tu masih melekat. Dah jadi habit dah..huhu. Tapi, tengok orang jugak la...

Fotografi yang dicintai

Beberapa tahun yang lalu, ambo ada miliki sebuah kamera kompak jenama Nikon. 7megapixel je. Sayang sangat kamera tu. Hilang masa tengah solat zuhur kat sebuah masjid di Kedah. Sebelum solat, dah letak beg yang ada kamera dan brg2 lain kat depan sejadah. Waktu sujud terakhir, rasa macam ada orang melintas kat depan. Lepas bagi salam, tengok beg dah beralih arah ke tepi. Bila check, kamera dan juga duit dalam dompet semua hilang. Dikebas orang. Kerugian lebih kurag RM600 dalam masa tak sampai 3 minit. Siapa yang mencurinya, tak tahulah. Apa yang diambil tu, ambo halalkan saja. Cuma satu doa ambo, moga-moga Allah bagi hidayah pada-Nya agar berubah dari jadi pengikut syaitan. Mungkin ini kifarah dosa buat ambo, alhamdulillah.. Ambo ni cukup minat bab fotografi nih. Pantang nampak majalah ke, artikel ke, dokumentasi ke, apa-apa je lah yang berkaitan dengan fotografi ni, memang mata melekat tak leh lari ke mana dah. Kadang-kadang, ada kengkawan yang memerli tentang obses ambo ni. Ta...