Alhamdulillah CL jadi kerani pulak sekarang. Sampai lani cukup 5 bulan CL kerja kat sini. Menggantikan ex-clerk yg terpaksa balik kampung atas hal peribadi. Molek dah Allah atur semua ni.. Jadi kerani di Nisa Educare Centre ( NEC ) ni takde la susah manapun. Sebab waktu operasinya hanya dari Isnin-Rabu saja. 5.00 petang hingga 8.30 malam saja. Berpatutanlah dengan gaji. Masa untuk study Master pun takde la terganggu sangat dengan kerja ni. Dengan kerja KAFA tu lagi, alhamdulillah takde lagi clash setakat ni. NEC ni sebenarnya adalah salah satu bussiness yang NGO Nisa Perlis tubuhkan untuk membantu persatuan dari sudut dana dan juga memberikan khidmat untuk masyarakat yang nak belajar mengaji Al-Quran. Alhamdulillah, NEC sekarang makin mendapat tempat dalam masyarakat. NEC ni menjalankan perkhidmatan kelas mengaji Quran untuk kanak-kanak, remaja perempuan dan wanita dewasa. Tuisyen peribadi untuk subjek UPSR, PMR dan SPM pun ada. Kalau ada permintaan untuk buat kelas mengaj...
Dunia ini hanya persinggahan. Akhirat itu kampung abadi. Blog ini mengandungi nukilan pengalaman hidup penulis, perkongsian pendapat, karya seni dan petikan tazkirah. Semoga nukilan-nukilan ini memberi manfaat kepada semua lantas menjadi saham akhirat buat penulis. Amin!