Skip to main content

Posts

Showing posts with the label tazkirah

Melawan hawa nafsu

Bismillah... Seorang murabbi yang CL hormati dan kasihi pernah sebut begini, "Syaitan ni dah tarbiyah anak didik dia 11 bulan dah sebelum tibanya Ramadan. Jadi, syaitan iblis tak risau untuk tinggalkan anak-anak didiknya untuk sebulan saja (kena ikat dalam bulan Ramadhan)." Lucu bunyinya perumpaan murabbiku ini, tapi benar. Amat benar! Syaitan tinggalkan kita dalam bulan Ramadhan ini dengan hawa nafsu yang gemuk-gemuk... Sebagai bekalan membuat kemungkaran di sepanjang Ramdhan yang mencabar ini, heh! Buktinya, 1. Pakaian Bila kita ke bazaar Ramadhan, aurat para gadis, wanita bahkan ibu-ibu tak kalah daripada bulan2 lain. Bahkan lebih menggoda lagi. Tergugat iman para lelaki yang memandang. Kesian diorang, datang ke bazaar sebab nak beli makanan untuk berbuka Maghrib nanti. Tup-tup, dah dapat berbuka free dengan halwa mata sejak jam 5 petang lagi, huhu.. Oh, wanita... 2. Makanan Waktu bukan Ramadhan, masing-masing makan seperti biasa saja. Tapi bila dah Ramadhan,...

10 Malam Terakhir

Sedar tak sedar... dah pun tinggal 10 malam terakhir Ramadan. Kejap je masa berlalu meninggalkan diri. Dalam tempoh yang sekejap ini jugaklah, macam2 hal jadi sekarang ni. Tak hilang lagi sedih isu MH370 hilang, MH17 pulak terhempas sebab ditembak di ruang udara. Tak cukup dengan itu, gendang perang di Gaza sudah berbunyi. Berderet tank2 menuju ke Gaza. Umat Islam semakin dizalimi, negaranya semakin ditindas kuasa-kuasa jahat dan ghaib. Isu sosial usah cerita. Berlambak bagaikan kulat di tepi bangunan2.. Membusuk bagai di tempat pelupusan sampah. Dunia semakin hampir ke hujungnya.. Tak kurang jugak, dosa yang dihimpun sekian lama oleh diri ini. Entah dapat, entah tidak keampunan dan keredhaan dari Allah sebelum berakhirnya Ramadhan kali ini. Sungguh, aku gerun! Masakan tidak, terlalu sibuk mengejar duniawi.. Bagaimana mungkin hati mahu terpaut dengan janji-janji Allah.. Allahurabbi.. "Pangkal segala maksiat, kelalaian da syahwat adalah redha terhadap nafsu. Dan pang...

Bagaimana mencari keyakinan dalam membuat perubahan

Ragu-ragu vs yakin Negatif vs positif Setiap manusia bakal menghadapi perubahan demi perubahan dalam hidupnya. Setiap perubahan kadangkala menggusarkan dan meragu-ragukan empunya badan. Masakan tidak, perubahan yang bakal berlaku atau sedang berlaku akan menjadi suatu lakaran sejarah dalam hidupnya. Masa depannya. Sudah tentu setiap perubahan dalam hidup, kita pasti menginginkannya mengarah ke suasana yang positif dan membahagiakan kita. Tak ada manusia yang menginginkan perubahan yang negatif untuk hidupnya sendiri. Jika adapun, mungkin dia merasakan tidak perlu lagi untuk merasai nikmat kehidupan anugerah Tuhan ini. Namun, jika kita terlalu takut untuk berubah dan hanya mahu tetap di lakaran hidup yang sama, bukankah hidup kita ini kelihatannya terlalu suram? Kita takut untuk berubah semata-mata kerana bimbang apa yang bakal terjadi akan merosakkan keindahan yang sudah sedia kita kecapi kini. Kerjaya kita. Kewangan kita. Keluarga kita. Sahabat kita. Jika begitu, keadaan ini bol...

Orang pengsan tak dikenali. Apa nak buat?

Bismillah.. Selepas balik dari kelas, CL keluar untuk beli air RO di mesin kat area taman. Hanya bawak purse yang ada duit syiling. Helmet pun tak pakai sebab dekat sangat. Sampai kat mesin RO water, CL nampak dua orang sisters tgh duduk tepi mesin tu sambil duk cakap-cakap dengan sorang sister yg duduk tepi longkang. Mula tu, CL ingatkan depa tgh pujuk budak tu apa kebenda.. Muka sister tu macam muram je, so CL assume dia maybe tgh sedih or menangis sebab baru break-up ke, dapat berita mengejut ke..  Tapi, pelik jugak la, kenapa la pegi duduk tepi longkang a.k.a kaki lima kedai sedangkan orang duk lalu-lalang kat situ. Tak malu ke.. Kenapa la tak pegi duduk atas motor ke, atau mana-mana tempat yg lebih sesuai dari tepi longkang tu. Pikir sensorang sambil tuju ke mesin RO-water.. Nampak tak? Negative-thinking tu CL! Adui... Sambil duk tunggu isi air dlm botol, CL duk usha tanya depa tiga tu. Rupa-rupanya, sis yang tgh terduduk tu takleh bangun. Bukan kecewa baru break-...

How to be a multi-tasking person?

Bismillah.. Ada orang tanya CL, tak penat ke kerja siang malam? Dengan study pun tak habis lagi. Kerja-kerja Islam lagi. Hurm..Penat memang penat. Kita manusia, bukan robot. Ada masa, demam jugak. Ada masa, terseliuh situ-sini. Ada masa, sakit pinggang. Ada masa, stress sampai menangis. Ada masa, kecewa dan terkilan dengan layanan orang sekeliling terhadap kita. CL pegang pada dua prinsip ni:- 1. Bekerjalah seolah-olah kamu nak hidup 1000 tahun lagi. Beribadahlah seolah-olah kamu akan mati pada esok hari. 2. Tiada istilah rehat dalam diari seorang pejuang. Kerehatan hanya ketika mati. Kadang-kadang perasaan penat dan mahu bermalas-malasan itu tetap juga berkunjung tiba. Itu tak dapat dinafikan. Jadi, macam mana caranya kita nak hadapi situasi ini? Jawapannya, cari satu TITIK MOTIVASI dalam diri kita untuk kita terus move-forward in this challenging world. Ada sesetengah orang meletakkan titik motivasinya, Keluarga. Wang dan aset. Tahap akademik. Kekasih hati. Jawatan d...

Cinta Pendosa (Part 2)

"Mimi.. La tahzan. Jangan sedih.." Tenang Aida menuturkan bicara. Mimi sekali lagi termanggu dengan tutur kata  Aida. Begitu aneh rasanya ungkapan itu buat situasi dirinya kini. "Mimi nak tahu tak kenapa Allah bagi awak perasaan tersepit ni?" Aida cuba menyelami isi hati gadis di depannya itu.  Mimi hanya diam tak berkutik, bulat matanya menunggu. "Sebab... Allah sayangkan awaklah dia campakkan rasa tu dalam hati awak. Mimi sebenarnya beruntung tau, sebab Allah masih lagi beri peluang  untuk rasa bertaubat pada-Nya. Perasaan yang hadir dalam hati Mimi tu sebenarnya adalah fitrah.."  "Apa maksud akak? Fitrah? Saya tak faham." Mimi akhirnya meluahkan apa yang tersimpul di hati. "Kalau Mimi nak tahu, setiap manusia yang diciptakan ke dunia ni dibekalkan dengan fitrah untuk rasa bertuhan. Fungsi fitrah nilah yang akan pandu manusia  supaya dapat membezakan antara baik dan buruk. Dosa dan pahala. Sebagai contoh, pernah tak bila M...

RAMADAN: 10 malam terakhir, layakkah aku?

Bismillah.. 20 Ramadan 1434H. Maka malam ini adalah malam pertama. Malam pertama dari 10 malam terakhir Ramadhan. Alhamdulillah, masih diberi nikmat oleh Allah untuk menghirup udara Ramadhan pada tahun ini. Namun, entah kenapa dada ini terasa sesak kali ini. Sesak mengingatkan betapa selesanya aku di sini jika dibandingkan dengan saudara-saudaraku di negara lain. Masih mampu ke bazar pada waktu petang mencari juadah ifthor. Menikmati ayam percik, kuih akok, air tebu di waktu berbuka. Masih mampu membaca al-Quran di dalam suasana rumah yang selesa walau hakikatnya sejuzuk sehari pun kadang-kadang tak mampu dihabiskan. Masih mampu membawa beg tangan cantik untuk diisi kain telekung untuk solat terawih di masjid walau hakikatnya kadang-kadang solat tidak khusyuk pada Allah. Masih mampu duduk bersila selesa di dalam masjid berhawa dingin untuk mendengar tazkirah Ramadhan selepas terawih walau hakikatnya ada juga pesanan tuan guru yang tidak lekat di kepala kerana fikiran ralit men...

Langgar, Lari Movie

Bukan CL kena langgar lari. Tapi tajuk movie terkini yang sedang panas di pasaran perfileman negara kita. Kat tempat CL kerja part-time, ada la 2,3 orang pekerja lelaki duk kecoh pasal movie ni. Katanya best la jugak. So, CL pun search la tengok movie apabenda ni.. Pelakon utama movie Langgar-Adiputra. Yang movie Lari pulak-Aaron Aziz.  Well, bukan pelakon tu fokus CL kali ni. Selepas tengok movie tu, yang banyak aksi bergaduh, bertumbuk, bunuh, dsbg tu (erk, agak bosan jugak)... Pengajaran yang mungkin CL boleh extract dari movie-movie yang macam ni semua.. 1. Isu Gangsterisme -CL percaya memang wujud isu gangsterisme ni di negara kita. Tengok sajalah berita di akhbar dan TV. Macam-macam jenis pembunuhan dilaporkan berlaku setiap hari. Itu yang dilaporkan. Yang tak dilaporkan, agak-agak mesti banyak lagi kan. Ada satu berita tu, mayat sedang berasap dijumpai di tepi jalan. Ada berita lain, mayat dijumpai terikat dengan tali...

Peratus CINTA itu bagaimana?

Che Long ingat lagi kata-kata ustaz zaman sekolah menengah dulu. Katanya, insan dan CINTA tak dapat dipisahkan.  Tapi, pandai-pandailah kita menyusun atur CINTA kita. Jika diumpamakan CINTA itu 100% dari hati kita, maka:- 20% untuk keluarga kita (Ayah, Emak, Adik-beradik dll.) 20% untuk suami dan anak-anak. 60% untuk Allah dan Rasul. HIKMAH: Tatkala berlaku apa-apa kekecewaan (mati, bercerai, hilang dsb) yang melibatkan bahagian hati yang 20%, hati kita yang remuk-redam tu takdelah terlalu terkesan kerana kita masih ada bahagian hati yang 60% segar-bugar untuk meneruskan hidup sebelum pulang ke kampung abadi. SINIS: Kalau cinta pada boipren atau gelpren pulak lagu mana? Erk....jika tak termasuk dalam peratusan di atas, maka tak payahlah susah-susah nak buat. Kalau Islam memang tak suruh, kenapa gatal sangat nak buat jugak kan? Uhuk! CL amat percaya yang CINTA itu amat indah dan suci jika ianya HALALAN TOYYIBAN. Ehehe.. Ye la, bayangkan eh. Benda halal, kita nak b...

Sahabat: Umpama mencari serpihan kaca di celahan ais.

Musim PRU-13 ni normalnya musim orang duk bercerita tentang politik tapi CL nak berjiwang skit, hehe. Kita bercerita isu sahabat. Penting gak sebenarnya. Kalau takde sahabat sejati, susah woo nak kekal lama dalam perjuangan yang panjang dan melelahkan ni. So, layanzz.... Bismillahirrahmaanirrahiim.. Sungguh sukar bercerita tentang sahabat. Kita takkan mampu mendapat seorang sahabat jika kita tidak menjadi sahabat. Sahabat yang sanggup bersusah payah bersama kita walau dalam senang dan susah. -Ketika  kita membuat silap, dia menegur kita kerana dia sayangkan kita ikhlas kerna Allah s.w.t. -Ketika kita berbuat kebaikan, semangat diberikan demi melihat kita terus kekal istiqmah dalam jalan kebenaran itu. Takkan ada lagi sahabat sesetia dan seindah sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. Keakraban mereka sungguh tiada tandingannya. Kasih dan sayang mereka qudus kerna Allah s.w.t. Cinta mereka demi agama. Kemungkaran tidak dibiarkan. Kemaarufan disuburkan. Dalam dunia yang penuh den...

21 Tips Bagi Yang Sukar Solat Subuh

1. Tidur lebih awal. 2. Bersungguh-sungguh dalam bersuci dan berzikir sebelum tidur 3. Tekad untuk bangun solat subuh 4. Berzikir kepada ALLAH SWT ketika bangun 5. Minta bantuan keluarga atau orang -orang soleh untuk bangun solat 6. Berdoa kepada ALLAH SWT agar diberi taufik untuk bangun solat 7. Mengguna saranan-saranan peringatan 8. Memercikkan air di wajah orang yang tidur 9. Tidak tidur sendirian 10. Tidak tidur di tempat yang jauh dari orang lain 11. Keinginan yang kuat untuk bangun dan jangan bangun secara bertahap 12. Jangan kunci jam loceng terlalu jauh dari waktu solat 13. Menyalakan lampu di saat bangun 14. Tidak berjaga malam terlalu lama 15. Tidak memperbanyakkan makan sebelum tidur 16. Jangan salah menerapkan sunah berbaring setelah solat sunat fajar 17. Mengerjakan qiamullail di waktu terakhir sebelum subuh 18. Mengikut petunjuk Nabi Muhammad SAW dalam cara berbaring saat tidur 19. Tidur di siang hari (Qailulah) 20. Jangan tidur sesudah asar dan sesudah maghrib 21. Ikhl...

Cedok Air Guna Raga..

Ada satu kisah yang cukup popular. Che Long pernah dengar kisah ini dari seorang murabbi yang amat dihormati. Kisah tentang seorang anak murid dan guru mengaji al-Quran yang zuhud. ***** A rakian bermula di sebuah kampung. Seorang anak murid yang sedang belajar mengaji al-Quran dengan seorang guru di kampungnya telah datang berjumpa gurunya pada suatu petang. "Apa guna saya mengaji kalau saya tidak tahu makna al-Quran, Tok?" Tanya murid tersebut dengan sedikit nada tidak puas hati.      "Bacalah dahulu perlahan-lahan, nanti Tok akan ajarkan maknanya kemudian," jawab gurunya dengan baik.      "Tapi Tok, saya rasa jemu dan tak berfaedah kalau saya belajar tanpa faham maknanya," jawab si murid.      "Baiklah, hari ini kita berhenti sekejap belajar mengaji dan Tok akan ajar sesuatu yang mungkin berguna buat kamu.," kata Tok guru. Sang murid kembali ceria mendengar jawapan gurunya.      Tok guru lalu menye...

Jiwa Kacau

BENAR kata-kata orang tua, " suka lawannya duka ". Hari ni, CL happy sangat-sangat. Gelak pun tak ingat dunia. Melawak tak tentu hala. Tengok-tengok sebelum nak pejamkan mata nih, ada kesedihan dan keberatan yang amat berat melanda jiwa. Tambah dengan musim ABC (Allah Bagi Cuti) a.k.a haidh ni lagilah jadi jiwa kacau dibuatnya. AMANAH dan tanggungjawab adalah satu benda yang Maha Berat. Jika dipikulkan ke bahu kita dan kita melaksanakan dengan sambil lewa, nantikan soal-balas di depan Tuhan di akhirat kelak. Sangat pedih adzab dari Tuhan buat hamba-Nya yang tidak amanah. Tiada berkat di dalam hidupnya. Jika menjadi pimpinan atasan, lagilah DAHSYAT dan BERAT dugaan yang datang melanda. Lagi berat jika orang bawahan menuntut haknya di akhirat kerna ketidak-puasan hatinya terhadap kita. Buat salah dengan Tuhan, masih boleh bertaubat. Tapi, jika berbuat salah dengan manusia, tiada redha-Nya selagi tidak meminta maaf dari yang punya hak. Jika hati dan jiwa tak terasa terusik...