Musim PRU-13 ni normalnya musim orang duk bercerita tentang politik tapi CL nak berjiwang skit, hehe. Kita bercerita isu sahabat. Penting gak sebenarnya. Kalau takde sahabat sejati, susah woo nak kekal lama dalam perjuangan yang panjang dan melelahkan ni. So, layanzz....
Bismillahirrahmaanirrahiim..
Sungguh sukar bercerita tentang sahabat. Kita takkan mampu mendapat seorang sahabat jika kita tidak menjadi sahabat. Sahabat yang sanggup bersusah payah bersama kita walau dalam senang dan susah.
-Ketika kita membuat silap, dia menegur kita kerana dia sayangkan kita ikhlas kerna Allah s.w.t.
-Ketika kita berbuat kebaikan, semangat diberikan demi melihat kita terus kekal istiqmah dalam jalan kebenaran itu.
Takkan ada lagi sahabat sesetia dan seindah sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. Keakraban mereka sungguh tiada tandingannya. Kasih dan sayang mereka qudus kerna Allah s.w.t. Cinta mereka demi agama. Kemungkaran tidak dibiarkan. Kemaarufan disuburkan.
Dalam dunia yang penuh dengan fitnah ini walaupun sudah canggih dengan pelbagai teknologi terkini, kita seharusnya semakin maju ke hadapan dalam usaha merapatkan silaturrahim antara kita. Tapi kenapa ye? Aku lihat kita semakin jauh menyimpang dari landasan Islam yang sebenarnya. Contoh....
Pabila sahabat berbicara, ketika mata seharusnya bertemu mata, namun apa yang menjengkelkan, mata ditala ke gajet-gajet canggih yang tidak bernyawa, dibuat-buat sibuk menaip itu dan ini. Lantas, bagaimana percikan-percikan ukhuwah mahu dibina? Kan dari mata jatuh ke hati..
Pabila sahabat belum terbangun dari lenanya, sedangkan waktu solat sudah hampir ke penghujungnya, tiada tindakan tegas untuk membangunkan sahabat dari lena. Alasannya, "Telefonnya sudah dipasang 'alarm', nanti bangunlah sendiri.." Aduh, sanggup dibiarkan sahabatnya menuju ke gerbang neraka kerna hampir terlepas solat! Tega dia membiarkan dirinya sahaja mendekati Tuhan sedangkan sahabatnya yang lain hanyut diulit mimpi-mimpi dunia?
Pabila sahabat tidak mengikut syariat, sedang diri sendiri sudah agak memahami dan mengamalkan syariat, sungguh tidak kena sikap membiarkan sahaja tanpa teguran berdepan yang ikhlas dan berhikmah. Yang tahu, mengutuk dan mengumpat dari belakang. Nah, lebih sanggup memakan bangkai daging ya?! Sukar sangat bertemu mata, teknologi yang ada; facebook, twitter, friendster, blog dan sebagainya seolah tiada fungsi pula lagaknya.
Benarlah bagai dikata, kita takkan mampu memberi jika kita tidak memiliki.
Lensa Che Long: CL bukanlah sahabat yang terbaik. Orang jenis darah B memang sedikit 'ignorant', huhu.. Tapi, dalam hati banyak sayang oo, tapi tak reti nak tunjuk saja ma.. Kita cuba dan cuba untuk terus jadi yang terbaik la ye, insyaAllah. Muka ganas, tapi dalam hati ada bunga..hehe.

Comments
Post a Comment