Hulamak hui.. Lamanya tak blogging. Rindu betul nak menulis dan meluah di sini. Sejak kahwin 2014 dulu, kemudian dianugerahkan anak seorang, 2018 inilah tulisan yang terbaru. Biasanya asyik update FB atau IG je. Blog ni pun dah 'bersawang' molek dah ha..
Rasa nak menulis balik ni pun, sebab termotivasi selepas 2 hari lepas berderet kelas tanpa henti. Terinspirasi dengan cerita-cerita motivasi daripada para pensyarah.
Alhamdulillah, keputusan sambung belajar DPLI di Unisza ni moga-moga Allah permudahkan segala urusannya dan membuahkan yang terbaik untuk masa hadapan, amin..
Masa mula-mula dapat tahu tentang permohonan DPLI dibuka kepada umum, saya memang teruja bukan main lagi. Sebab dah bertahun-tahun lamanya saya survey tentang program ni. Sejak selepas bergraduasi pada tahun 2011 lagi, saya cuba untuk memohon program KPLI dan DPLI ini malangnya tidak dibuka program tersebut di mana-mana IPT.
Pada awalnya, saya teringin untuk memohon program DPLI UM, tapi apabila memikirkan kekangan seperti jarak jauh, kewangan dan keluarga, terasa agak berat untuk memohon. Alhamdulillah, apabila Unisza menawarkan program DPLI ini, terus saya merasakan seperti bulan jatuh ke riba. Cepat-cepat saya memohon. Cara permohonan pun mudah, hanya melalui online.
Rupa-rupanya bukan saya seorang sahaja daripada sekolah tempat saya mengajar sekarang yang memohon, tapi ada 4 orang lagi. Happy kemain lagi kerana bukan keseorangan. Tentu lebih seronok kalau dapat berjuang bersama dengan kawan-kawan. Beban pun dapat dipikul bersama, insya-Allah.
Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Panggilan temuduga yang dinanti-nanti tak berkunjung tiba. Rupa-rupanya saya dan seorang lagi kawan tak dipanggil untuk temuduga. Frust bukan main lagi. Tapi, saya selalu ingatkan diri agar bersangka baik dengan Allah. Mungkin ada hikmah disebalik semua yang berlaku. Jadi, saya pun meneruskan kehidupan seharian sebagai guru di sekolah dan suri rumah tangga seperti selalunya. Saya mengucapkan tahniah pada 3 lagi kawan saya yang terpilih untuk temuduga, bahkan memberikan mereka motivasi supaya menerima tawaran emas yang bukan senang untuk didapati.
Hari demi hari berlalu, tiba-tiba suatu hari saya mendapat panggilan daripada satu nombor yang tak dikenali. Ajaibnya kuasa Allah, entah bagaimana atau apa yang telah terjadi, saya rupa-rupanya mendapat panggilan untuk hadir temuduga DPLI sedangkan sesi temuduga calon DPLI sudah lama dibuat dan harapan saya sendiri juga sudah lama berkubur.
Itulah kuasa Allah, namun saya tidak meletakkan apa-apa harapan kali ini kerana tidak mahu kecewa sekali lagi. Saya hadir ke temuduga, dengan sedikit sebanyak persiapan. Panel penemuduga hanya seorang sahaja dan saya adalah calon terakhir yang akan ditemuduga pada hari tersebut. Suasana temuduga juga sangat santai. Saya langsung tidak berdebar, hanya sekadar berkongsi pendapat dengan penemuduga.
Antara soalan-soalan yang ditanya panel:
1. Mahu bercakap English atau Arab? Sudah tentu, saya yang tidak fasih berbahasa Arab akan memilih English.
2. Kursus apa yang diambil waktu Ijazah dulu?
3. Apa kaitan ilmu kejuruteraan yang saya belajar dengan agama Islam?
4. Kenapa saya memilih untuk menjadi guru?
5. Sanggupkah jika di'posting' ke sekolah-sekolah di pedalaman Sabah dan Sarawak yang mengambil masa berjam-jam lamanya untuk sampai?
6. Apakah yang saya faham tentang teori Charles Darwin?
7. Bagaimana mahu menyerapkan ilmu kejuruteraan yang dipelajari waktu Ijazah dulu kepada para pelajar.
8. Mengajar subjek apa di sekolah sekarang?
Ada juga calon sebelum saya yang perlu membuat micro-teaching. Tapi apabila giliran saya, saya tidak perlu mempersembahkan micro-teaching. Hanya bersembang santai saja. Mujurlah juga, kerana saya tidak menyediakan apa-apa BBM pada waktu tersebut. Alhamdulillah. Lega....
Balik daripada temuduga, harapan untuk terpilih sebagai calon bagi program ini ditanam jauh-jauh agar tidak terlalu mengharap. Takut untuk merasa kecewa. Biarlah Allah yang tentukan takdir hidup kali ini.
Namun, aturan Allah telah menetapkan bahawa saya akhirnya terpilih juga. Alhamdulillah.
8 September 2018 lalu, saya bersama 3 lagi kawan yang juga telah terpilih, hadir ke Unisza untuk mendaftarkan diri dan mendengar taklimat. Terasa sangat rindu pada zaman kampus dulu, sewaktu kami mengambil peluang ronda-ronda di kawasan kampus pada hari tersebut selepas selesai sesi pendaftaran. Pemandangan para pelajar yang berkumpul di kafe, pelajar yang berjalan kaki di susur kaki lima, pelajar yang berlindung dengan buku di tangan daripada panas matahari dsb.
Fasa seterusnya 14 September, saya dan kawan-kawan memulakan langkah untuk berjuang dalam program DPLI ini. Kami yang ditempatkan di kelas B berjumlah seramai 55 orang daripada keseluruhan 109 pelajar. Boleh dikatakan kebanyakan pelajar DPLI ini berusia dalam lingkungan umur 30-40 tahun. Semuanya memberikan kerjasama yang baik sepanjang 2 hari kelas berlangsung. Kelas kami dijalankan pada setiap Jumaat dan Sabtu. Agak melelahkan sebenarnya kerana kami terpaksa bekerja seperti biasa pada Ahad hingga Khamis. Selepas dua minggu berkuliah, respon badan kami yang agak keletihan membuatkan keempat-empat kami bergilir-gilir demam. Bagi saya sendiri yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak kecil yang perlu dididik, sesungguhnya keputusan menyambung pengajian dalam DPLI ini benar-benar menguji komitmen dan kesabaran saya. Moga Allah izinkan saya untuk bergraduasi Oktober 2019 nanti bersama-sama dengan semua sahabat-sahabat saya. Amin!
Para pensyarah juga sangat komited, bertenaga dan hebat mengendali kelas walaupun mereka jauh lebih berumur daripada kami. Banyak tips dan petua yang diperoleh daripada perkongsian pengalaman dan syarahan mereka. Insya-Allah saya pasti akan menggunakannya dalam sesi PdPc di sekolah nanti.
Keep fighting!
Lets finish this journey together.
Allahumma amin..

Salam.Sekadar bertanya..kelas untuk dpli ni dijalankan di unisza ya? Kursus ini sepenuh masa atau separuh masa (contoh kelas hujung minggu?)Terima kasih.
ReplyDeleteye betul..di unisza.. kursus ini sepenuh masa. cuma kelasnya, dijalankan pd jumaat dan sabtu (hujung minggu).
DeleteAssalamualaikum. Maaf yer puan, sy nk tau lebih mendalam..maksudnya jumaat sabtu kelas. Ahad-kamis xde kelas lgsg ke cmne.. sbb dpli mmg kursus sepenuh masa kn
DeleteSalam. Dpli unisza ni mmg syarat sedang bertugas sebagai guru ke? Jika guru ganti boleh apply ke?
ReplyDeleteUntuk kemasukan 2018/2019 mmg syaratnya pemohon mestilah sedang berkhidmat di mana mana institusi pendidikan. Tp syarat yg baru utk 2019/2020 intake ni terbuka kpd semua.. tak jadi guru pon boleh apply
DeleteSalam, kalau ckp bahasa melayu masa temuduga xleh ke?
ReplyDeleteBergantung pada interviewer.. Kalau option math mcm saya, kena speaking jugak skit. Kalau option bahasa arab, ofcoz la dia akan tgk jugak speaking arabic tu..
DeleteAdakah program DPLI ini belajar di Universiti Malaya (UMCCED), ada link untuk maklumat lanjut tentang program ini?
ReplyDeleteKalau kampus di KL, YA, belajar di UMCCED buat masa skrg sebelum kampus di putrajaya siap..
DeleteAssalamualaikum, yuran utk dpli ni 1semester brpe dan yuran keseluruhan brpe?
ReplyDeleteUtk dpli unisza, yuran keseluruhan adalah rm8000 lebih. Tiada ptptn ditawarkan. Keseluruhan masa pengajian adalah 3 semester.
DeleteYuran 11500 Kami yg kuliah di UMCCED
ReplyDeleteUntuk 2 sem rm11500 ya? Ada elaun ke?
Deletesalam, DPLI ni ada elaun x?
ReplyDeleteTakde elaun.. Sendiri tanggung semuanya. Ptptn pun tak ditawarkan memandangkan ia adalah diploma lepasan ijazah. Jadi, ipt anggap semua pemohon sudah berpendapatan.
Deletesalam interview sebenarnya English ke malay? Then pembayaran macam mana ya?..sekaligus ke ikut sem
ReplyDeleteWaalaikumussalam.. IV sebenarnya in english.. tp it really depends on your panel. Kadang mereka tanya soalan dalam BM, you can reply in BM. Tp introduction about yourself is in english.. klu taknak english, kena ckp arab hehe
DeleteBetul tu. Depends on interviewers. Pembayaran blh secara ansuran. Tp result exam utk setiap sem takkan dpt tahu kalau ada hutang. Same to convo, takleh konvo klau x byr.
DeleteBoleh tahu kos pengajian utk dpli tu?
ReplyDeleteTotal = rm11,500 jika sambung di KL. Klu sambung gong badak murah sikit kalau tak silap. Duration is one year
DeleteUtk kos pengajian dpli unisza, rm8k lebih.. For three semesters
DeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteYuran berapa ya untuk satu sem DPLI di Unisza?
Waalaikumussalam.. it depends.. ade 3 sem. Sem pertama dan kedua dalam 4k utk satu sem. Sem ketiga 1k lebih je sbb masa tu praktikum
DeletePembayaran boleh ansurans.. tp by the time nak exam rasanya dah kena settle bayaran utk sem tu
ReplyDeleteJika di UM ad yang 2 sem sahaja ya, apply online ke? Fulltime atau part time jika di um?
ReplyDeleteMAAF, SAYA NAK TANYA KELAS DPLI NI JUMAT SABTU SAHAJA YE? SEBAB SAYA ADA DENGAR BARU-BARU NI KELAS AHAD HINGGA KHAMIS PAGI HINGGA PETANG?
ReplyDeleteMaaf sy tak pasti yg intake baru ni mcm mana.. Intake saya dulu kelas hanya hari jumaat dan sabtu saja.
DeleteSalam..mcm mna cara mohon?status brkahwin boleh ke?tahap kemungkinan bsr utk diserap tinggi ke?
ReplyDeleteSekarang tngh bukak untuk permohonan sampai bulan april x salah..https://aplikasi.unisza.edu.my/pendidikan/index.php
DeleteBoleh sy tahu cik dah dpt jd cg ke belom?
ReplyDeleteOrang pregnant boleh mohon ke
ReplyDeleteKalau pregnant sy tak recommend sgt. sbb kelas takleh skip. Boleh cuti utk 10% dr keseluruhan semester shj, itupun bersebab yg kukuh.
DeleteAda yg terbabas, still hari ke-15 berpantang dah kena dtg kuliah mcm org lain.
Dah dapat kerja ke sekarang?
ReplyDeleteSaya masih kerja di sekolah lama saya.. Masih menunggu panggilan iv dr SPP. InsyaAllah kalau ada rezki..
DeleteCik,dpli ni open market ya? Tapi peluang cerah tak nk serap jadi cikgu? Adakah jika iv di gong badak,jika lulus iv,pengajian akan di kl sbb sy duk dekat sikit dgn kl
DeleteHai Salam cik,saya nak tanya yuran pengajian tu dah termasuk yuran pendaftaran ke?
ReplyDeleteSalam, awak dah dapat iv spp tak? Sbb saya pun dpli tapi dari UM

ReplyDeleteBerapa ya yuran dpli um sekarang? Godek² tak jumpa pulak
Deletesalam. jika dah lepas dpli, adakah kita boleh mohon sama gred macam cikgu kpm?
ReplyDeleteadakah lepasan dpli ini boleh mohon dg41
ReplyDeleteSkrg dah mengajar ker?
ReplyDeleteSeronoknya baca pengalaman akak, yakin akan hikmah Allah itu perlu. . Saya baru je nak mohon untuk intake 2021 . Rasa nk tanya mcm mcm je kat akak..
ReplyDeleteSalam..skrang ni awak sbgai guru interm ke atau dah dipanggil sebagai guru tetap?
ReplyDeleteSalam, skrang ni awak sbgai guru interm ke macam mna? Ke dah dipanggil utk jadi guru tetap
ReplyDeleteWassalam. Maaf sangat2, lama sungguh tak reply. Sibuk sangat2. Alhamdulillah sekarang sy dah berkhidmat di sekolah bawah KPM di Pahang. Skrg sy di tahun ketiga perkhidmatan.
Deletesalam, untuk dpli ni kita akan ajar subjek apa? berdasarkan ijazah kee atau macam mana? kalau saya berminat nak mengaja subjek yang tiada kaitan dengan course ijazah saya macam mana ya?
ReplyDeleteAdakah lepasan DPLI ini guarantee dapat kerja sebagai Guru?
ReplyDeleteMaaf ye baru reply. DPLI ini open market course. Tiada jaminan dapat kerja sbg guru. Selepas graduasi, kena apply melalui SPP pula. Temuduga seperti biasa. Tapi kelebihan ada DPLI ni, peluang lbh tinggi utk diterima sbg guru one off. Bergantung jg pada dasar2 terkini KPM. Harap membantu
DeleteUnisza dpli khusus saja atau ada umum..
ReplyDeleteMasa batch saya, DPLI Unisza ada dua opsyen shj ditawarkan. Opsyen Matematik dan Opsyen Pendidikan Islam. Batch skrg sy tak pasti. Kena rujuk pada website dia
Delete