Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Cerpen

Cinta Pendosa (Part 2)

"Mimi.. La tahzan. Jangan sedih.." Tenang Aida menuturkan bicara. Mimi sekali lagi termanggu dengan tutur kata  Aida. Begitu aneh rasanya ungkapan itu buat situasi dirinya kini. "Mimi nak tahu tak kenapa Allah bagi awak perasaan tersepit ni?" Aida cuba menyelami isi hati gadis di depannya itu.  Mimi hanya diam tak berkutik, bulat matanya menunggu. "Sebab... Allah sayangkan awaklah dia campakkan rasa tu dalam hati awak. Mimi sebenarnya beruntung tau, sebab Allah masih lagi beri peluang  untuk rasa bertaubat pada-Nya. Perasaan yang hadir dalam hati Mimi tu sebenarnya adalah fitrah.."  "Apa maksud akak? Fitrah? Saya tak faham." Mimi akhirnya meluahkan apa yang tersimpul di hati. "Kalau Mimi nak tahu, setiap manusia yang diciptakan ke dunia ni dibekalkan dengan fitrah untuk rasa bertuhan. Fungsi fitrah nilah yang akan pandu manusia  supaya dapat membezakan antara baik dan buruk. Dosa dan pahala. Sebagai contoh, pernah tak bila M...

Cinta Pendosa (Part 1)

"Saya tak tahu macam mana nak lupakan dia kak. Saya dah cuba, tapi susah. Rasa sakit sangat hati saya setiapkali perasaan tu datang. Tolong saya kak.." Gadis itu bersuara lirih. Matanya tunduk ke bawah. Entah apa yang dipandangnya. Aida melipat kaki duduk bersila kemas di atas katil bujangnya. Cuba mengatur ayat yang paling sesuai buat gadis comel bermata bundar di hadapannya kini. Dengung kipas siling yang berputar ligat bertingkah suara dengan alunan perlahan lagu Zikir Terapi "Subhanallah" dari komputer ribanya. Gadis berusia 21 tahun itu seorang junior yang sering dibawanya dalam bulatan gembira . Gadis itu hadir membawa sekeping luka di hatinya untuk dirawat bersama. Luka di hatinya disebabkan seorang lelaki yang dikasihinya. Namun, kasih itu cerita terlarang. Terlarang kerana batasan agama. "Mimi, jangan cepat putus asa. Akak tahu, awak boleh lupakan dia punya. Yang penting, awak ikhlaskan niat di hati awak kerana Allah. Kalau awak paks...

RUNTUH (pt 1)

KARYA: Rosie Haslinda Nasir (Petikan dari ruangan Cerpen-Majalah Al Islam 1994) *** D emi Allah, keluarkanlah jasadku daripada kesengsaraan ini. Tidak tertanggung deritanya.      Tunak pandanganku merangkul tubuhnya.      Tubuhnya?      Siapa aku kalau bukan dia, yang terperosok kaku begitu? Dan siapa pula dia kalau bukan aku, yang menemaninya dalam seribu kegelapan dan kesenyapan? Dalam aku ada dia. Dalam dia ada aku. Rapat bersatu. Lantas, siapa aku sebenarnya? Hantu jelmaan? Bayang-bayang? Suara batinnya yang sedang menggelepar? Atau barangkali sehelai roh yang melolong-lolong, mencakar-cakar kesakitan dicengkam sakratul-maut?      Bakal ahli kuburkah kita ini, Phea?      Phea binti Abdullah namanya (namaku?). Aku memandang wajahnya yang kotor disaluti gumpalan darah, lumpur dan debu-debu simen. Dadanya sendat dihempap sebongkah konkrit. Lengan kirinya berdarah ditembusi cerucuk besi. Tentu azab. Phea....