Skip to main content

Pengalaman Cabut Gigi Bongsu (Pt 2)

Bersambung dari kisah cabut gigi bongsu yg dulu tu...
atoiiii.. syakitnyer....
CL balik kluster konon nak sambung buat kerja. Tak sampai 15 minit duk depan beloved lappy, tetiba kepala bahagian kanan terasa berdenyut. Nyut, nyut, nyut, nyut... Sakit bukan main lagi. 
Efek ubat kebas dah mula hilang. 
Efek belahan pisau tajam si dentist mula menunjukkan belangnya. 
Tenaga semakin susut. 
Darah makin banyak. Nak telan geli, tapi bila kumur makin banyak darah keluar. 
Berjejeran air liur di atas bibir bawah yang masih kebas. 

CL memang dah tak tahan. Hampar toto dalam kubikal dan baring. 
Ke kiri sakit, ke kanan sakit, menelentang sakit apatah lagi meniarap. 
Duduk sakit, berdiri sakit, bertinggung sakit, berjalan pun sakit. 
Betul-betul tak tahu nak buat apa dah. 
Telan painkiller pun dah tak ada kesan.
Nak menangis tak keluar air mata. 
Nak mengerang tak keluar suara. 

Sentuh pipi sendiri pun rasa sakit. Sakit bercampur kebas yang bukan main lagi peliknya rasa. Rasanya kebas tu kalah bibir seksi Angelina Jolie.. Rasa macam ada getah setebal 5cm melekat bibir bawah belah kanan dan lidah bahagian kanan. Gigi pun rasanya seperti diikat ketat dengan besi. Pipi dah memang bengkak cembung pun.. Betul la orang kata... Dalam dunia ni ada 3 jenis sakit yg betul-betul seksa:-
1. Sakit mati.
2. Sakit beranak.
3. Sakit gigi.

Paksa juga diri untuk pejamkan mata supaya tertidur. Tapi, setiap setengah jam CL tersedar kerana air lir bercampur darah penuh dalam mulut. Terpaksa salin kapas. Perut lapar betul sebab paginya tak makan berat pun. CL jenis kuat makan, so bila tiba-tiba takleh makan rasa kecewa betul. Betul-betul masa ni terasa segala nikmat kesihatan yg Allah berikan yg pernah buat tak endah saja. 

Masa ni jugalah betul-betul sedar tiada sesiapa pun yg dapat menghilangkan beban diri melainkan Allah ar-Rahim.. Masa ni, CL keseorangan menanggung kesakitan di kluster yang kebetulan tak ramai yg hadir hari tu. Nak balik umah sewa, CL tak mampu nak tunggang motosikal sebab kepala pening hulalala.. 
Tak pasal-pasal nanti CL langgar bontot kereta atau lori orang plak, naya tue...

Waktu solat je CL bangun, kemudian baring balik walaupun tak berapa lena. Itupun setiap kali rukuk dan sujud, aduhai...bukan main lagi berdenyut bahagian operation tu. Mandi pun tidak, tak larat. Badan dah mula panas nak demam. Ada mesej dari kawan-kawan bertanya khabar CL "Macam mana cabut gigi..?", tapi betul-betul CL tak tahu nak cerita macam mana kat diorang. Dan nk mintak tolong datang amik CL bawak balik ke rumah pun xleh. Ye la, mulut tak leh cakap. Nak cakap kot sms rasa macam mengada-ngada manja la pulak.. Nak kena taip panjang2 x larat pulak. Last2, tanggung sorang diri sampai la pagi esoknya. 

Bubur yg kirim beli kat kawan petang semalam tu pun, makan 3 sudu jer sebab alas perut sajer. Pagi keesokannya, bila dah ada rasa tenaga sikit, gagahkan diri juga balik umah sewa dgn motor cabuk tu. Bawak slow ajer, 30-40km/j jer.. Dengan pening-pening lalat masih berbaki. Bila dah sampai umah pengsan lagik. Hoho..
terjaga tengah malam~~
Setiap hari selama 2 minggu jugak la CL mengalami kesukaran tidur malam sbb sakit tang cabut tu tak hilang-hilang.  Tengah tido pun terbangun bila berdenyut tu datang (padahal CL ni jenis tido mati punyer orang..huhu. tapi sebab sakit gigi punya pasal tue..). Tak tahulah kenapa. Yang paling utamanya masalah kebas tu. Kebas yang tak rasa apa bila ada sentuhan dari luar bibir. Sampai tahap kalau makan pun, kadang2 tak sedar ada makanan meleleh keluar dari bibir bawah tu, huhu cam apa tah..
TAPI, bibir tu sendiri dari dalamnya terasa mencucuk-cucuk..
Bila bercakap pulak, kadang-kadang bahasa yg dituturkan kurang jelas kerana kesukaran menggerakkan rahang bawah dan bibir bawah.
~Contoh sensasinya seperti bilamana kita kebas kaki kerana duduk bersimpuh terlalu lama tanpa bergerak dan bila bangun berdiri/bergerak, kaki terasa mencucuk-cucuk seperti digigit semut gatal dan pd masa yg sama terasa tebal berinci-inci.~

Kawan-kawan mula pelik kenapa masalah kebas CL tak hilang-hilang lagi sedangkan mereka yg pernah pengalaman cabut gigi bongsu takdelah teruk giler efek mcm CL. Paling lama pun kebas, dalam masa 3 hari dah hilang. Lepas letak ais dan makan aiskrim manyak2 ok la diorang punya pendarahan dan bengkak.

CL pun dah rasa tak sedap hati. Pipi bengkak tak surut-surut pun lagi. Bibir, dagu dan gigi keseluruhan bahagian kanan bawah plak mcm hilang sensasi, seolah-olah saraf tak berfungsi! Padahal semua pantang-larang dentist CL dah ikut dengan baik.. Huhu, naper yek?

So, apa lagik CL mula la cari maklumat kat internet tentang simptom-simptom yg CL alami nih. 
SHOCK!
TERGEZUT!
KEBABOOMM!
Bila duk baca websites situ-sini, CL duk syak yg CL dah kena masalah PARESTHESIA.
Alamak, menatang apa plak ni ha...?
mcm kena cucuk-cucuk..
Ok, secara mudahnya paresthesia ni adalah efek kebas berpanjangan. Kebas yg dialami pesakit mungkin disebabkan oleh luka/koyak/putus/rosak di saraf mandibular (saraf yg berperanan sebagai reseptor di bahagian kawasan mulut dan lidah manusia) semasa proses cabut gigi bongsu (wisdom teeth extraction) tu.

Ini adalah contoh akar gigi bongsu yang tumbuh kena pada saraf. Bahaya nih. Kena pakar handle baru boleh. Dentist cincai takleh tau, bahaya...

Ini lagi contoh saraf kena pada akar gigi bongsu. Kes gigi CL  adalah seperti yg A dan D. huhu..
Mengikut pembacaan CL...
~Saraf ini mungkin rosak kerana terlalu rapat atau terkena kepada akar gigi. 
~Proses pencabutan gigi yang tidak berhati-hati dan mahir dari dentist akan menyebabkan berlakunya paresthesia ini. (biasanya kes yg melibatkan akar gigi akan dirujuk pada doktor pakar, tapi nasib CL kurang baik sebab dapat kat dentist biasa saja.. muda lagi pulak tu. bukan nak pesimis, tapi agak geram bila dah tahu gitu rupanya prosedur yg sebenar..)

LEBIH MALANG lagi...
Pesakit yg mengalami paresthesia ini (CL la tue..), akan mengalami simptom ini tanpa diketahui bilakah kesudahannya. Mungkin ia akan sembuh dalam masa beberapa minggu, beberapa bulan, beberapa tahun atau yg paling malang buat selama-lamanya. Untuk kes CL sendiri, sudah 2 bulan lebih simptom ini berterusan terjadi pada CL. 

Bila gi jumpa doktor selepas genap sebulan dari tarikh cabut gigi. Dentist tu tak cakap apa-apa pun. Bila CL cakap yg CL ada buat research pasal simptom-simptom yg CL alami ni dan CL jangka yg CL dah kena paresthesia, barulah dentist tu bersungguh sikit nak share dgn CL. Kalau dak, dia buat derk ajer.. Then, paling sedih bila dentist tu dgn selambanya cakap benda tu normal dan akan hilang tak lama lagi. Ish, geramnya.... Dia tak tanggung takpe la.. Dakpe, dakpe... Sabor..sabor.. 

Dia bagi ubat B12 je suh makan. Katanya untuk jaga kesihatan saraf tu supaya tak makin teruk. Nanti bulan depan dia suh datang lagi wat check-up. Whatt? Tu jer? Tak minta maaf pun.. Geram betul.. Rasa macam lab-rat pulak.. Huhu, sabor...sabor..ujian tu kan nak kurangkan dosa-dosa yg bertimbun banyak tu..

Actually, CL ada search satu ubat ni bagus betul untuk pesakit paresthesia nih. Tapi kat US jer ada. Kat Malaysia ni susah nak carik. Kena gi KL nu ha.. Tu pun, belum tentu ada.. Produk Natural Care, namanya NerveFix. Dari testimoni yg CL duk baca ubat tu mmg berkesan tapi harganya pun boleh tahan jugak ler mahainyer,,, RM60++ untuk 60 pil yg ada dlm satu botol preskripsi tu. Huhu, x daya eden.. Telan ajer la B12 tu pun, plus selawat Syifa..moga2 ada perubahannya.
Mahal wuu ubat nih..
CL makan ni je plus suplemen sendirik2..
Tapi, tulah berkat kita berbaik sangka dengan Allah. Lama-lama, efek paresthesia ni makin kurang dah sikit. Kebas kat gigi dah makin berkurangan. Bibir dan dagu pun bila sentuh dengan jari dah tak rasa macam sentuh getah dah. Tapi kebas mencucuk tu masih datang lagi sekali-sekala.

Apapun, alhamdulillah atas ujian dan pengalaman nih. Terasa sangat nikmat kesihatan yg sering dilupakan. Itulah manusia, mudah lupa akan nikmat Allah s.w.t.

Anyway, lets read some of the sources before u go to the dentist.

Lensa Che Long: Apapun, nak cabut gigi bongsu tu, nasihat saya jangan kedekut duit. Pilih dentist yg betul-betul pakar kalau anda tak mau menyesal di kemudian hari! Kalau kena permanent numbness, sedih woo... Nak operate bukan murah dan bukan senang prosedurnya nak cantum balik saraf yg putus/koyak/luka tu.. Please take care of yourself kayh!

Comments

  1. Assalamualaiku... Berapa lama yer boleh hilang??? Saya pun dah kene ni lepas cabut gigi... Boleh Share x... gabanpower81@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cabut gigi masa Julai 2012. Sekarang dah Oktober 2013. Dah setahun lebih jugak la kan..
      Efek tu masih ada lagi sekarang. Cuma dah banyak jugak kawasan bibir bawah dan dagu yang kembali berfungsi seperti biasa. Kalau sentuh tu, masih terasa lagi tingling sensation tu, cuma xdelah rasa kebas menyucuk-nyucuk seperti awal2 treatment dulu. Itupun saya culas makan ubat. Kalau rajin, mungkin boleh kembali normal lebih cepat. hehe.. Cuma saya rajin urut dengan jari kawasan yang kebas ni. Doktor cakap, kalau waktu kita sentuh dan urut tu terasa sentuhan, maknanya saraf kita ada harapan untuk sembuh semula. Cuma, benda ni take time jugak la.

      Memang trauma jugak la. Sampai sekarang masih takut nak jumpa dentist. Sekarang ni gigi bongsu belah kiri pulak buat hal. Nampak gaya, kena saving duit lebih sikit. Jumpa pakar terus. Tak nak dah cabut gigi bongsu di klinik kesihatan biasa. Takut dapat dentist kurang pengalaman. Ngeri..

      Delete
    2. Sy pn ada pengalaman yg sm....dh 3 bln...lidah masih terasa kebas...kalau mkn mknan pedas cukup2 terasa...minum pn dh x blh minum yg pns2 sgt...

      Delete
  2. Salam...
    Saya juga alami hal yang sama... operation 21/10/2012 sehingga kini (6/11/2013) kebas masih x hilang... saya buat operation dengan doktor pakar juga di Hospital Besar Klang, tapi ye la benda dah nak jadi redha jeala.. tp, kena usahala juga untuk cari penawar @ ubat. disebabkan lidah sy kebas, tak semena2 masa lunch semalam saya tergigit bahagian lidah yang kebas. kesannya lidah saya luka & keluar darah yang banyak... masa baca post CL ni saya berdebar-debar jugalah.. tapi, alhamdulillah maklumat yang CL share sedikit sebanyak memberi pencerahan kepada saya. kalo CL boleh share dengan saya, kat mana saya boleh dapatkan ubat NerveFix? thanks for sharing the very important info in this blog.
    FB : Cikgu Anggun Jelita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Malaysia susah nak cari ubat Nerve Fix ni. Saya dah usha kat beberapa farmasi, tapi xde lagi jumpa. Kalau sanggup beli online from oversea atau nak kirim kat relative yg duk sana nak balik malaysia, boleh la kot.
      Ini link utk beli online: http://www.vitacost.com/natural-care-nervefix

      Saya masih ada rasa kebas tu, Tapi bahagian bibir dah improve, alhamdulillah. Bhgn dagu je ada lagi sikit2 kebas. So, xde la efek sgt kehidupan seharian. Sy doakan CAJ semoga cpt sembuh, insyaAllah..

      Delete
    2. Salam sis..sy nak tnye beberape soklan leh tak berkenaan kebas ni..sy baru cabut gigi bongsu 4btg smlm.sedar dari pengsan terus rase kebas kt bibir bawah n dagu..sumpah rase xselesa betul..arini sy terbaca blog sis..takut giler rase..pasal yg kekal tu..hopefully tak lah..sbb bile sy pegang kt tpt kebas tu masih rase sensation..cume risau sgt..lau x keberatan sy nk chat ngn sis nk tnye serba sedikit pengalaman sis.puas sy pk camne nk contCt sis.. ni no fon sy 0126944800..sy berharap,sgt sis dpt bantu sy..xtau nk ngadu kt sape dah..ckp kt femli mmg la dorang ckp yg positif. Sis wassup sy ye..moga2 kite n semua yg merasa sebegini akan segera sembuh sediakala..aminnn.... :(

      Delete
  3. Sy pon pernah bt... Tp, alhamdulillah doc ni pakar n x tkena kebas ni. Sblm operate doc ada bgtau, risiko kalo tkena saraf blh sbbkn kebas permanent. Terkojut jg... To, doc ckp sy akn cuba yg terbaik...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Cl.. Saya Aqid 25 tahun.. juga cabut bongsu. CL mengalami bengkak di pipi selepas operate.. Berapa lama ambil masa untuk surut bengkaknya? Adakah leher dan dagu CL juga membengkak selepas cabut bongsu tu?
    Terima kasih..

    ReplyDelete
  5. Salam saya nk tny ckt. Sy bru cabut gigi bongsu lbh kurg 6 hr lps. Sy xmelalui operation tp doc cabut melalui prosuder cabutan biasa. Tp sampai skrg pn masih sakit berdenyut2 kt tmpt cabut tu. Mmg normal ke? Atau x? Sbb dah msuk seminggu xhlg2 lg sakit nye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama laa dgn sy.... Masih sakit lagi kt tmpt cabut tuu.... Sy cabut 3 hari lps.

      Delete
  6. Salam saya nk tny ckt. Sy bru cabut gigi bongsu lbh kurg 6 hr lps. Sy xmelalui operation tp doc cabut melalui prosuder cabutan biasa. Tp sampai skrg pn masih sakit berdenyut2 kt tmpt cabut tu. Mmg normal ke? Atau x? Sbb dah msuk seminggu xhlg2 lg sakit nye

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya baru cabut semalam...masih terassa sakitnya...adus....

      Delete
  7. Saya juga dah cabut gigi seminggu..sakit masih berdenyut2... Aduhh..sebelum pernah cabut 2 hari je dah sihat...:(

    ReplyDelete
  8. Saya pun bakal cabut akar geraham bongsu bawah yang tertinggal masa proses pencabutab biasa gagal.

    16hb 1 apppintment di hospital kerajaan. Sebulan lagi. Memang nervous tapi memang tak boleh lari sbb kalau tak cabut takkan berakhir kesakitan gigi yang dah dekat 3 tahun datang dan pergi macam chipsmore.

    ReplyDelete
    Replies
    1. study dlu kesqn cabut akar geraham n efect😭😭

      Delete
    2. Samala sye pn..bulan ll doc ckp nak cabut akar garham tu..tkut pn ade.

      Delete
  9. saya 7.6.2018 dah cabut gigi.seharj selepas tu tempat cabut bernanah dan urat smpai ke leher mula membengkak.dr kate ade infection.dah 5 hari xdpt makan.sakit sgt.tbe2 jugak ulser mulut naik smpai 2 3 tmpat.seksanya.bulan ramadhan allah uji.moga ade kesabaran utk sy.asyik nangis malam2.xtau nak jg mcm mane lgi.

    ReplyDelete
  10. saya pun jadi mcm che long jugak. Lepas operate gigi, kesan kebas bibir sehingga dagu tak hilang2. Mcm mne keadaan che long skrg, dah nirmal semula ke dari simptom kebas tu.

    ReplyDelete
  11. Saya baru lepas operation gigi geraham bongsu 5 hari lepas. Kebas ada la sikit2 lagi.. Tp yg pelik, bengkak muka & leher x surut2 pon.. Dh mcm tertelan kuih pau pon ada.. Mcm2 petua dh buat nk surutkan bengkak, tapi masih belum berhasil..

    ReplyDelete
  12. Ya Allah takutnya.. 3hari yg lepas sy pgi hsptal cabut gigi geraham bongsu ni tpi smpai skrg kebas bhgian bibir, gigi, dagu bawah kanan.. Muda2han ianya xpermanent sgtx2 xslesa..

    ReplyDelete
  13. Salam CL. boleh tahu tak bagaimana keadaan kebas mulut awk skrg nie? sy sedang mengalaminya. rasa down sgt

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman DPLI UNISZA 2018

Hulamak hui.. Lamanya tak blogging. Rindu betul nak menulis dan meluah di sini. Sejak kahwin 2014 dulu, kemudian dianugerahkan anak seorang, 2018 inilah  tulisan yang terbaru. Biasanya asyik update FB atau IG je. Blog ni pun dah 'bersawang' molek dah ha.. Rasa nak menulis balik ni pun, sebab termotivasi selepas 2 hari lepas berderet kelas tanpa henti. Terinspirasi dengan cerita-cerita motivasi daripada para pensyarah. Alhamdulillah, keputusan sambung belajar DPLI di Unisza ni moga-moga Allah permudahkan segala urusannya dan membuahkan yang terbaik untuk masa hadapan, amin.. Masa mula-mula dapat tahu tentang permohonan DPLI dibuka kepada umum, saya memang teruja bukan main lagi. Sebab dah bertahun-tahun lamanya saya survey tentang program ni. Sejak selepas bergraduasi pada tahun 2011 lagi, saya cuba untuk memohon program KPLI dan DPLI ini malangnya tidak dibuka program tersebut di mana-mana IPT. Pada awalnya, saya teringin untuk memohon program DPLI UM, tapi apabila memi

Temuduga Guru KAFA

Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah hampir setahun bergelar guru KAFA ganti/kontrak. Tahun 2013 CL mendapat tawaran sebagai guru KAFA ganti yang akan diperbaharui kontrak setiap dua bulan. Tahun 2014 ni pula, kontrak diperbaharui setiap tiga bulan. Ok la tu.. JUN-DISEMBER 2013 CL mengajar di sekolah kawasan kampung. Agak sedih berpisah dengan mereka sebenarnya. Anak-anak yang comel telatah mereka, walaupun kadang-kadang agak nakal. Apakan daya, keputusan bukanlah di tangan sendiri. MAC 2014 CL ditawarkan sekali lagi mengajar KAFA. Kali ni, di sekolah kawasan bandar dan kebetulan berdekatan dengan rumah sewa dan kluster tempat research. Suasana memang berbeza. Keletah anak-anak juga berbeza. Kemahiran yang diperlukan untuk mendidik anak-anak juga berbeda. Semuanya harus lebih moden, kreatif dan up-to-date. Cabaran sungguh! ::TEMUDUGA BERTULIS:: Sebelum start mengajar di sekolah tu, CL kena lalui satu temuduga bertulis. Masa yang diberikan untuk jawab satu paper tu sejam seteng

Kebaikan Batu Tawas dan Hibka Powder

Bosan dengan baju kat bahagian armpit (nama manja ketiak ) jadi kuning dan keras disebabkan pemakaian deoderant? Stress sebab armpit jadi hitam berdaki?  Nak kembalikan warna natural armpit? Nak hilangkan bau teng*k armpit disebabkan peluh? Ha, lemme tell you da solution of this problemo yar.. 1. Hibka Powder Dah lama dah bedak ni wujud sebenarnya cuma orang zaman sekarang tak berapa nak kenal. Pakai kat mana? Kat armpit lor.. Tekstur bedak ni kasar sikit. Dia ada dua jenis. Warna putih dan kuning. Dia ada dalam bentuk paket ataupun botol. So, boleh pilih ikut suka yang mana berkenan. Jika CL suka beli yang warna putih dan dalam botol. Senang, takde la tumpah2. Bagus sangat produk ni. Walaupun dia jauh lebih murah daripada produk2 komersial deoderant yang ada tu, efeknya jauh lebih bagus. Harga yang dalam paket dalam RM1 - RM2 je. Kalau dalam botol pulak dalam RM3++ je. Nak beli kat mana? Beli je kat kedai-kedai jamu. Kalau kat Kangar ni ada satu kedai kat belakang