Ragu-ragu vs yakin
Negatif vs positif
Setiap manusia bakal menghadapi perubahan demi perubahan dalam hidupnya. Setiap perubahan kadangkala menggusarkan dan meragu-ragukan empunya badan. Masakan tidak, perubahan yang bakal berlaku atau sedang berlaku akan menjadi suatu lakaran sejarah dalam hidupnya. Masa depannya. Sudah tentu setiap perubahan dalam hidup, kita pasti menginginkannya mengarah ke suasana yang positif dan membahagiakan kita. Tak ada manusia yang menginginkan perubahan yang negatif untuk hidupnya sendiri. Jika adapun, mungkin dia merasakan tidak perlu lagi untuk merasai nikmat kehidupan anugerah Tuhan ini.
Namun, jika kita terlalu takut untuk berubah dan hanya mahu tetap di lakaran hidup yang sama, bukankah hidup kita ini kelihatannya terlalu suram? Kita takut untuk berubah semata-mata kerana bimbang apa yang bakal terjadi akan merosakkan keindahan yang sudah sedia kita kecapi kini. Kerjaya kita. Kewangan kita. Keluarga kita. Sahabat kita. Jika begitu, keadaan ini boleh diibaratkan seperti setiap hari kita hanya makan nasi berlaukkan ayam sahaja, tanpa menyedari bahawa ada banyak jenis lauk yang lebih sedap dan menyelerakan yang belum pernah kita cuba pun lagi.
Tidak dapat dinafikan, setiap keputusan yang bakal dibuat demi perubahan dalam hidup kita memerlukan sebuah perancangan yang teliti. Namun, jika kita terlalu merancang untuk sebuah kesempurnaan dalam merubah/membina sesuatu, ditakuti kita hanya akan berakhir dengan kekecewaan kerana tiada yang sempurna dalam dunia ini. Benar! Allah tak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu yang merubahnya sendiri. Namun perlu diingat juga mafhum firman Alah yang lain, bahawa kita hanya mampu merancang yang terbaik dan sebaik-baik perancangan adalah perancangan dari Allah.
Dalam dunia nan fana ini, insan tidak dapat lari dari adanya negatif pada setiap perkara positif. Jika tidak, masakan ada istilah dosa dan pahala. Namun, percayalah di dalam dunia ini lebih banyak perkara positif daripada negatif. Buktinya, ayat-ayat Allah sendiri mempunyai lebih banyak firman yang berunsur positif berbanding negatif. Bahkan, setiap yang negatif pula jika kita meletakkannya sebagai hikmah dan rahsia dari Allah, maka mata hati kita akan ternampak positifnya yang tersirat.
Sebuah perubahan memerlukan kesabaran, keyakinan dan pengorbanan. Jika kita mampu memberikan ketiga-tiga elemen ini, datanglah rintangan setinggi gunung, Insya Allah kita dapat mendakinya dengan jaya.
Yang paling utama, kita perlu faham bahawa keyakinan adalah sesuatu perkara yang ghaib. Keyakinan ini akan teguh jika dipasak keimanan yang ampuh terhadap aturan Allah. Inilah yang dikatakan Rukun Iman yang keenam, beriman kepada Qada dan Qadar. Apapun, sehebat manapun keyakinan kita dalam membuat keputusan dan tindakan, ingatlah bahawa raja' dan tawakal kepada Allah jangan sesekali dilupakan.
Lensa Che Long: Senyum dan teruslah mengorak langkah dengan penuh keyakinan. Kerna, ia bakal menjadi kenangan penuh memori buat kita di hari tua.

Comments
Post a Comment