Bismillah..
Selepas balik dari kelas, CL keluar untuk beli air RO di mesin kat area taman. Hanya bawak purse yang ada duit syiling. Helmet pun tak pakai sebab dekat sangat. Sampai kat mesin RO water, CL nampak dua orang sisters tgh duduk tepi mesin tu sambil duk cakap-cakap dengan sorang sister yg duduk tepi longkang. Mula tu, CL ingatkan depa tgh pujuk budak tu apa kebenda.. Muka sister tu macam muram je, so CL assume dia maybe tgh sedih or menangis sebab baru break-up ke, dapat berita mengejut ke..
Tapi, pelik jugak la, kenapa la pegi duduk tepi longkang a.k.a kaki lima kedai sedangkan orang duk lalu-lalang kat situ. Tak malu ke.. Kenapa la tak pegi duduk atas motor ke, atau mana-mana tempat yg lebih sesuai dari tepi longkang tu. Pikir sensorang sambil tuju ke mesin RO-water.. Nampak tak? Negative-thinking tu CL! Adui...
Sambil duk tunggu isi air dlm botol, CL duk usha tanya depa tiga tu. Rupa-rupanya, sis yang tgh terduduk tu takleh bangun. Bukan kecewa baru break-up ke apa ye... Dia nak pitam. Kawan dia yg dua orang tu nak angkat tak boleh, sebab budak tu mmg takleh jalan langsung. Angkat sikit, jatuh. Lembik. Muka memang pucat. Tangan pun nampak macam pucat. CL suh depa bagi air kosong kat kawan dia tu. CL assume maybe dia ada darah rendah yg teruk kot. Fuh, darah rendah bahaya tu! Lagi bahaya dari darah tinggi sebenarnya. CL suruh depa pegi beli makanan manis bagi kawan dia makan, supaya naikkan glukos dlm darah la kononnya. Memandai je jadi doktor bidan terjun. Tapi adik2 tu nampak mcm blur taktau nak buat apa.
Masa tu, orang yang lalu-lalang tepi kaki lima kedai macam alert tapi masih pandang sebelah mata je insiden yang tgh berlaku tu. CL tanya nak angkat pegi mana? Depa kata nak bawak balik atau pergi hospital. Then, CL tanya lagi, "mai dengan keta ke?". Rupanya depa datang naik motor, baru balik dari tuisyen. Budak-budak sekolah vokasional. Nak diangkatnya kawan dia yang hampir pengsan tu tunggang motor. Biar betul budak ni, jatuh tgh jalan kan naya.. Duk cakap-cakap tu, air yg diisi pun dah penuh, CL letak dalam raga motor. Sempoi lagi masa tu..
CL tuju kedalam sebuah kedai terdekat. Tanya la pembantu kedai tu samada dia atau kawan ada kereta untuk ditumpangkan bawa sister tu ke hospital. Kereta takde, soalan banyak, tolongnya tidak, nengok aje, huhu.. Adui macam mana nak buat ni? Actually, kereta banyak giler parking dekat area mesin RO water tu. Orang yang lalu-lalang baru keluar dari kereta pun ramai. Tapi, takde sorang pun yang nak tegur tanya apa masalah. CL pun terkulat-kulat jugak la dibuatnya. Aduhai manusia, takkan la sorang pun takde rasa prihatin nak tolong kaum Hawa yang lemah dan dalam kesusahan ni... CL nak tolong bawak ke hospital, CL pun naik motor. Helmet tak bawak, lesen pun tinggal. Handphone pun takde, nak hello-hello kawan yang kenal ada kereta. Kawan pada sister tu pun terkulat-kulat taktau nak buat apa, sekadar gosok2 badan sister tu.
Lastly, ada sorang pak cik naik motor parking dekat motor CL dan perasan apa yang berlaku dengan penuh prihatin bertanya masalah kami. CL pun explain sekali lagi. Sambil pak cik tu duk usha kiri kanan cari bantuan, budak tadi muntah pulak dah.. Nasib tepi longkang. Seluar baju dia kena habis muntah. Adui, kesian betul.. Kawan-kawan dia jadi lagi panik. Alhamdulillah, masa tu ada sorang brother a.k.a superman pakai spek mata hitam, seluar 3-suku prihatin dengan situasi kami. CL tanya jika dia ada kereta untuk ditumpangkan bawak budak tu ke hospital. Alhamdulillah, ada dan dia automatik setuju nak bawak sister tu. Dan rupanya, pak cik tu kenal brother tu, coincidence betul!
So, kawan2 dia tu pun papah la sister ni pelan2 ke kereta brother tu. CL dan pak cik tadi plak jadi polis trafik kawal kereta yg tgh berderet dekat jalan tu. Ada kereta kat belakang dah hon-hon masa tu, maybe sebab depa tak nampak kecemasan yg sedang berlaku. Brother-superman tadi suh letak adik tu kat seat belakang. Dibaringkan. Pak cik tu suh budak pompuan dua org tu ikut brother-superman tu pegi hospital. Depa tak mau pulak.. Katanya, depa akan follow dari belakang dengan motor depa. Mana boleh biarkan adik pengsan tu dalam kereta brother yg tak dikenali tu. Aduhai logik la sikit adik oi.. Depa berkeras jugak nak naik motor, dan akan follow dari belakang.
Pak cik yg baik hati tu tak setuju. Brother tu pun tak setuju bawa sorang adik pengsan tu ke hospital. Lastly, CL disuruh pak cik tu supaya naik kereta brother tu. What?! Krik, krik, krik.. Usahkan brother tu, adik pengsan tu pun CL tak kenal. Patutnya kawan dia la yg naik. Tinggalkan la motor tu kejap, jap lagi datang la amik balik dik oi.. CL blurred jap 3 saat. Hm, kesian plak kat adik pengsan tu.. Finally, CL naik aje kereta brother tu, ikut saranan pak cik baik hati tu. Tawakkal aje. Kecemasan ni. Motor buruk kesayangan CL ditinggalkan di depan mesin RO. "Jap lagi I amik U ye motor.."
Ok. Bila dah naik kereta, baru CL perasan yg CL duduk di seat sebelah driver, which means sebelah brother tu. Alamak! Awkward! Masa naik kereta tadi tak perasan apa pun. Maybe sebab adik pengsan tu dah baring kat seat belakang kot yg jadi CL dalam minda bawah sedar buat keputusan ad-hoc tu. Takpe la kan, kecemasan nak buat gena.. Brother tu rilek je. Kawan pd adik tu follow ngan motor dari belakang. Tapi sebab brother ni bawak agak laju, so dia agak ketinggalan beberapa traffic light. Adik yg pengsan tu dah senyap pulak kat belakang tu. Brother tu sedikit cemas and panggil2 adik tu supaya sedar, CL plak taktau nak buat apa. Brother ni suh CL panggil2 adik tu supaya adik tu tidak totally lost. Dia kata bahaya kalau budak tu lost-conscious. Serious, tak paham kenapa. Kenapa ye?
Dlm perjalanan pegi ER tu, brother-superman ni explain kat CL kenapa dia tak setuju bawak adik tu sorang diri ke hospital. Sebab dia takmau orang pandang serong dan jadi kes lain. Lagipun dia cakap kalau dekat ER nanti senang kalau org pompuan ada, takdela dia kena pegang adik tu. Alhamdulillah, brother ni bukan je baik tapi future-minded dan faham hukum-hakam jugak. See! Orang lelaki kena la gentleman gini ha.. Masa duk dlm kereta tu, CL sempat usha lagi keadaan kereta brother ni. Alhamdulillah nampak kasut baby dan sandal wanita. CL assume yg brother ni dah kawen. Lega sikit rasa. Tadi nervous jugak rasa sebab brother tu agak muda gak la. Dalam 30-an gitu. Takmau la CL jadi timbul fitnah ke apa kan.. Alhamdulillah, brother ni jugak janji akan hantar balik CL ke tempat motosikal.
Sampai di ER, brother ni panggil attendant suh tgk adik tu. Depa pun angkat la adik tu ke stretcher dan tolak masuk ke ER. Masa tu, memang adik tu dah lost-conscious. Attendant panggil2 pun dia senyap aje. AKmi perhati dari jauh je. Masa tu jugak kawan adik ni sampai. CL explain apa yang patut kat dia. Bila semua dah setel, CL pun tumpang balik kereta brother. Terpaksa. Di tangan CL hanya ada duit syiling dan kunci motor aje. Nak pinjam telefon brother tu, nak call kawan serumah plak segan.
On the way balik, CL kenal-kenal la dgn brother ni skit. Actually dia yg banyak tanya soalan. CL jawab apa yg ditanya saja. Dan betul la jugak sangkaan CL yang dia ni memang dah kawen. Anak baru umur 3 tahun. Dan dia laki-bini rupa-rupanya anggota polis! Wow, daebak! Kerja kat IPD Kangar tu je. Baru 7 tahun menetap di Perlis. CL pun dah hilang la rasa nervous tadi, sebab rasa selamat sikit la. Polis kot.. Kan anggota keselamatan negara tu.. CL pun story-mory jugak la sikit apa kerja CL. Siap sempat promosi lagi pusat mengaji al-Quran dan tuisyen kami, Nisa' Educare Center. Mana tahu dapat tambah prospek baru ke, hehe.. Cerita jugak la pasal status tengah sambung belajar and so on.. Awkward masih ada, tapi dah rasa secure skit.
Sembang punya sembang, sampai la kami di tempt CL park motor. "Terima kasih Encik." dan CL pun keluar la dari kereta abang polis tu. Dan balik ke rumah.. Alhamdulillah.
Lensa Che Long:-
1. Bantulah orang yang memerlukan walaupun kita tak kenal mereka. Hari ini mungkin hari dia, esok lusa mungkin hari kita.
2. Bila tumpang kereta orang yang tak dikenali, perhatikan keadaan kereta tersebut termasuk interior, no plat kenderaan dan jenis kenderaan. Bersoal-jawablah dengan pemandu yang tidak dikenali itu supaya kita dapat kutip sebanyak mungkin maklumat. Semua maklumat ini penting, sekiranya kita berada dalam situasi yang mungkin membahayakan keadaan kita.
3. Masyarakat kita masih ramai memilih untuk bersikap tidak cakna akan keadaan sekeliling walau ia melibatkan nyawa yang berharga.
4. Terima kasih kepada semua yang membantu petang tadi walau saya tidak mengenal kamu semua. Dan paling penting, adik yang pengsan tadi semoga disembuhkan Allah kesihatannya. CL tak sempat nak tanya nama diorang pun tadi. Muka pun tak berapa cam sangat.
Comments
Post a Comment