Skip to main content

3 APRIL 2013: Parlimen Malaysia Dibubarkan Secara Rasmi

Tarikh Bersejarah! 3 APRIL 2013.

Pagi tadi PM buat pengumuman pembubaran parlimen Malaysia. Secara LIVE melalui TV3. Gembira bukan kepalang CL rasa. Hehehe..Akhirnya,. pilihanraya yang sudah lama ditunggu-tunggu akhirnya tiba jua. Ini merupakan kali pertama CL akan mengundi. Huish, nervous la pulak rasa hati ni. Tak sabar-sabar pun ada.

Pilihanraya kali ni merupakan yang ke-13 diadakan selepas negara ni merdeka. Rasanya, semua lapisan rakyat negara ni sudah dapat melihat betapa sengitnya pertarungan antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat untuk menentukan mandat pemerintahan kerajaan baru kali ini. Boleh dikatakan bahawa, inilah pertarungan yang bakal menentukan samada negara ini akan jatuh merudum atau maju ke hadapan disebabkan oleh pilihan rakyat sendiri.

Nasihat CL untuk kawan-kawan semua yang dah layak mengundi tu, TOLONGlah mengundi dan pilihlah kerajaan yang terbaik untuk memimpin negara dan rakyat dengan acuan yang diinginkan Islam. Jangan pula buat UNDI ROSAK dan bersikap atas pagar. Sungguh, itu merupakan suatu sikap yang amat tidak bertanggungjawab dan merugikan negara kita. Hak kita silalah guna dengan sebaiknya dan jangan sesekali disia-siakan. Generasi masa depan kita bergantung pada pilihan kita sekarang.

Apapun, bagi CL sendiri undi adalah rahsia. Mana leh habaq...Heheh..


Ku lihat HIJAU.. lalalala~~
Lensa Che Long: Meriah kemain lagi jalanraya sekarang. Penuh dengan billboard dan panji-panji. Manifesto pun dah keluar. Usaha tu usaha, tawakkal pada Allah jangan lupa. Semoga, pihak manapun yang menang, janji harus ditunaikan.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman DPLI UNISZA 2018

Hulamak hui.. Lamanya tak blogging. Rindu betul nak menulis dan meluah di sini. Sejak kahwin 2014 dulu, kemudian dianugerahkan anak seorang, 2018 inilah  tulisan yang terbaru. Biasanya asyik update FB atau IG je. Blog ni pun dah 'bersawang' molek dah ha.. Rasa nak menulis balik ni pun, sebab termotivasi selepas 2 hari lepas berderet kelas tanpa henti. Terinspirasi dengan cerita-cerita motivasi daripada para pensyarah. Alhamdulillah, keputusan sambung belajar DPLI di Unisza ni moga-moga Allah permudahkan segala urusannya dan membuahkan yang terbaik untuk masa hadapan, amin.. Masa mula-mula dapat tahu tentang permohonan DPLI dibuka kepada umum, saya memang teruja bukan main lagi. Sebab dah bertahun-tahun lamanya saya survey tentang program ni. Sejak selepas bergraduasi pada tahun 2011 lagi, saya cuba untuk memohon program KPLI dan DPLI ini malangnya tidak dibuka program tersebut di mana-mana IPT. Pada awalnya, saya teringin untuk memohon program DPLI UM, tapi apabila memi...

Kebaikan Batu Tawas dan Hibka Powder

Bosan dengan baju kat bahagian armpit (nama manja ketiak ) jadi kuning dan keras disebabkan pemakaian deoderant? Stress sebab armpit jadi hitam berdaki?  Nak kembalikan warna natural armpit? Nak hilangkan bau teng*k armpit disebabkan peluh? Ha, lemme tell you da solution of this problemo yar.. 1. Hibka Powder Dah lama dah bedak ni wujud sebenarnya cuma orang zaman sekarang tak berapa nak kenal. Pakai kat mana? Kat armpit lor.. Tekstur bedak ni kasar sikit. Dia ada dua jenis. Warna putih dan kuning. Dia ada dalam bentuk paket ataupun botol. So, boleh pilih ikut suka yang mana berkenan. Jika CL suka beli yang warna putih dan dalam botol. Senang, takde la tumpah2. Bagus sangat produk ni. Walaupun dia jauh lebih murah daripada produk2 komersial deoderant yang ada tu, efeknya jauh lebih bagus. Harga yang dalam paket dalam RM1 - RM2 je. Kalau dalam botol pulak dalam RM3++ je. Nak beli kat mana? Beli je kat kedai-kedai jamu. Kalau kat Kangar ni ada satu kedai kat belak...

TEMUDUGA ONE OFF SPP JAWATAN DG41

Esok bertarikh 11/10/2021 adalah hari penentuan CL setelah sekian lama berkecimpung dalam dunia pendidikan. Adakah cita cita sedari kecil untuk menjadi seorang pendidik bakal dicapai atau tidak, kita serahkan pada Allah swt untuk menentukannya. Apa yang Allah takdirkan, sudah tentu itu adalah yang terbaik insha-Allah. CL bukanlah graduan ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) dari mana-mana IPT. CL hanyalah seorang graduan ISM Kejuruteraan. Tapi, minat mendalam dalam bidang pendidikan tak pernah padam, tak pernah lekang di jiwa. Ia sentiasa membara dan meluap-luap seperti lava di dalam kerak bumi di gunung berapi Sinabung. Peluang untuk temuduga esok hari perlu CL manfaatkan sebaiknya supaya beroleh peluang untuk berkhidmat dan menumpahkan bakti buat nusa bangsa. Selepas berhempas pulas menyambung pengajian dalam DPLI UniSZA, mungkinkah ini bakal menjadi titik permulaan suatu sejarah baharu? Kita tunggu dan lihat nanti. CL masih ingat mutiara kata seorang pensyarah yang amat CL segani d...