Skip to main content

Felixia Yeap berhijab? Its okay lah..

Ada satu hari, CL bukak FB, tengok orang duk kecoh pasal Felixia ni bertudung. Chinese yang non-muslim bertudung. Comel orangnya. Putih melepak, mata besar. Gambar yang di post kebanyakannya selfie. Ada macam-macam komen tentang dia ni. Contohnya..

"Comel sangat awak bertudung, teruskan.."

"Apa ni pakai tudung? Nak persendakan Islam ke?"

"Ala..pakai tudung saja nak carik publisiti la ni..Dah tak laku.."

"Bagus Felixia nak bertudung, tak salah pun.."

Hurm..Macam2 fatwa dah keluar. Pakat nak jadi mufti belake..

I'm juz wondering, sape si Felixia ni sampai depa duk havoc sangat? Sampaikan Benz Ali pun suka quote pasal Felixia ni dalam post-post 'bajet hot' dia tu. Apa masalahnya kalau dia non-muslim nak try pakai tudung dan tutup aurat. Tak salah langsung pun.. Bahkan ada satu FB nama World Hijab Day (worldwide) yang promote non-muslim supaya support hijabbist all around the world. Berlambak kat luar sana especially in Europe (Christian, Buddhist, atheist, etc) yang sanggup pakai hijab utk beberapa hari to show their support towards muslim yang pakai hijab. Tak jadik isu langsung. 

Tapi, masa tu CL tak amik port sangat pasal isu neh. Sampai la satu hari tu CL tengok satu telemovie Melayu bertajuk "Nikah Kita Bercinta". Lakonan dia dengan sorang pelakon laki nama Azlee Khairi. Quite okay la cerita ni. Layan sebab tajuk movie ni agak menarik. Nak tengok macam mana interpretasi pengarah tentang tajuk movie ni. 
Well, saya ni kan peminat cerita Melayu.. Tangkap jiwang punya orang neh.. Nak kena analisis cerita la konon..Heheh
Comel Felixia ni. Sepupu CL ada iras2 muka Felixia ni sket.

Mula-mula tengok tu tak perasan lagi si Felixia ni. Duk ingatkan pelakon baru mana tah. Tapi cakap pelat betul. Tak berapa sesuai la bawak watak gadis Melayu tp tak kisah sgt sebab confirm dia Chinese. Tapi makin lama CL tengok cerita tu, CL baru perasan yang si amoi ni tak pernah buka tutup kepala dia even dalam babak kat dalam rumah ataupun bilik. Kalau tak silap, ada dua babak saja yang dia bukak, tu pun atas katil masa babak dia nangis sebelum nak tidur. Dan masa jatuh dalam kolam renang. Even ada jugak adengan sentuh-sentuh tu, tapi tudung tak bukak jugak. Paling tidak, shawl labuh mesti terjuntai atas kepala dia. 

Agak kagum jgk la dengan kesungguhan dia bertudung sepanjang movie tu. Sebab kalau cerita Melayu lain, mesti aktres dah lama bukak tudung kalau babak dalam rumah atau bilik. Pelik sebab dia Chinese. Mula2 tu CL assume dia muallaf ke. Tapi teruskan tengok movie sampai habis. Bermula dari kekaguman tgk dia bertudung dalam criter ni barulah CL start googling about her. 

Then, barulah CL tahu siapakah Cik Felixia Yeap ni. Rupa-rupanya dia Malaysian-Chinese girl, non-muslim and a TOP MODEL! Patut la orang duk havoc sangat.. Model terkenal tu. MISS UNIVERSE MALAYSIA 2010 oke! And also, the first and only Malaysia's ex-Playboy Bunny (company Playboy yang tema seksi-seksa teramat tu). Apa lagi? Duta lingerie. Duta pakaian seksi-meksi. Huhu, kalau orang lelaki tengok, memang boleh tergugat keimanannya. Even CL tengok pun, boleh wow.. Uhuks!

Memang lawa orangnya. Anugerah Tuhan pada dia. Dia ni sebelum jadi model adalah sorang guru tadika. Bila menang pertandingan ratu cantik tu la bermula dunia glamour dia sampai peringkat angtarabangsa. Peliknya, masa zaman glamer dia tu CL tak kenal pulak. Masa dia start kecoh isu bertudung ni baru CL kenal dia. Maybe sebab tak pernah dengar apa2 kontroversi pelik pasal dia dan CL tak berapa layan majalah2 fesyen kot.

Sampai saat CL tulis post ni, Felixia ni masih non-muslim walaupun cara pemakaian dia memang dah ada gaya muslimah (pakai baju longgar, pakai stongan, stokin kaki, tudung tak buang). Make-up tu masih masih ada (takpe la slow2 la kan). Cuma, latest ni dia ada buat pengakuan yang dia nak jadi Muslim bila masuk Ramadhan akan datang ni. Alasannya sebab dia nak kenal dan kaji pasal Islam betul2 dan tak mau buat keputusan terburu2. Nak baca buku2 agama. Kita doakan semoga Felixia dapat hidayah. Jangan pulak kita anggap dia saja nak raih publisiti. Doakanlah yang baik2 kan.. CL akan selalu support Felixia untuk kembali ke fitrah, amin!

Felixia ni ada blog sendiri. Banyak jugak la luahan hati dia kat situ. WARNING! Kalau tak mau buat dosa free, tak payah klik link2 lama dia. Masih ada gambar2 seksi-meksi dia di situ. Kita doakan supaya suatu hari nanti Felixia akan buang dan simpan sendiri je foto2 tu semua. InsyaAllah.. I warned you already!

Ayat Felixia yang boley sentap ulu jantung gadis2 Melayu yg mengaku Islam tapi tak reti nak tutup aurat. Hamek kau!


Lensa Che Long: Saya dulu pernah cita2 nak jadi pelakon tapi kat sekolah tak ada Kelab Drama. Berlakon sorang2 atas motor boleh la..Heheh..

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman DPLI UNISZA 2018

Hulamak hui.. Lamanya tak blogging. Rindu betul nak menulis dan meluah di sini. Sejak kahwin 2014 dulu, kemudian dianugerahkan anak seorang, 2018 inilah  tulisan yang terbaru. Biasanya asyik update FB atau IG je. Blog ni pun dah 'bersawang' molek dah ha.. Rasa nak menulis balik ni pun, sebab termotivasi selepas 2 hari lepas berderet kelas tanpa henti. Terinspirasi dengan cerita-cerita motivasi daripada para pensyarah. Alhamdulillah, keputusan sambung belajar DPLI di Unisza ni moga-moga Allah permudahkan segala urusannya dan membuahkan yang terbaik untuk masa hadapan, amin.. Masa mula-mula dapat tahu tentang permohonan DPLI dibuka kepada umum, saya memang teruja bukan main lagi. Sebab dah bertahun-tahun lamanya saya survey tentang program ni. Sejak selepas bergraduasi pada tahun 2011 lagi, saya cuba untuk memohon program KPLI dan DPLI ini malangnya tidak dibuka program tersebut di mana-mana IPT. Pada awalnya, saya teringin untuk memohon program DPLI UM, tapi apabila memi

Temuduga Guru KAFA

Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah hampir setahun bergelar guru KAFA ganti/kontrak. Tahun 2013 CL mendapat tawaran sebagai guru KAFA ganti yang akan diperbaharui kontrak setiap dua bulan. Tahun 2014 ni pula, kontrak diperbaharui setiap tiga bulan. Ok la tu.. JUN-DISEMBER 2013 CL mengajar di sekolah kawasan kampung. Agak sedih berpisah dengan mereka sebenarnya. Anak-anak yang comel telatah mereka, walaupun kadang-kadang agak nakal. Apakan daya, keputusan bukanlah di tangan sendiri. MAC 2014 CL ditawarkan sekali lagi mengajar KAFA. Kali ni, di sekolah kawasan bandar dan kebetulan berdekatan dengan rumah sewa dan kluster tempat research. Suasana memang berbeza. Keletah anak-anak juga berbeza. Kemahiran yang diperlukan untuk mendidik anak-anak juga berbeda. Semuanya harus lebih moden, kreatif dan up-to-date. Cabaran sungguh! ::TEMUDUGA BERTULIS:: Sebelum start mengajar di sekolah tu, CL kena lalui satu temuduga bertulis. Masa yang diberikan untuk jawab satu paper tu sejam seteng

Kebaikan Batu Tawas dan Hibka Powder

Bosan dengan baju kat bahagian armpit (nama manja ketiak ) jadi kuning dan keras disebabkan pemakaian deoderant? Stress sebab armpit jadi hitam berdaki?  Nak kembalikan warna natural armpit? Nak hilangkan bau teng*k armpit disebabkan peluh? Ha, lemme tell you da solution of this problemo yar.. 1. Hibka Powder Dah lama dah bedak ni wujud sebenarnya cuma orang zaman sekarang tak berapa nak kenal. Pakai kat mana? Kat armpit lor.. Tekstur bedak ni kasar sikit. Dia ada dua jenis. Warna putih dan kuning. Dia ada dalam bentuk paket ataupun botol. So, boleh pilih ikut suka yang mana berkenan. Jika CL suka beli yang warna putih dan dalam botol. Senang, takde la tumpah2. Bagus sangat produk ni. Walaupun dia jauh lebih murah daripada produk2 komersial deoderant yang ada tu, efeknya jauh lebih bagus. Harga yang dalam paket dalam RM1 - RM2 je. Kalau dalam botol pulak dalam RM3++ je. Nak beli kat mana? Beli je kat kedai-kedai jamu. Kalau kat Kangar ni ada satu kedai kat belakang