Skip to main content

Kini Menjadi Penduduk Bumi Sejati

Pernah tak berlaku dalam hidup korang, korang tersilap buat keputusan yang amat besar sekali nilainya untuk hidup korang terutamanya benda yang akan efek masa depan korang nanti sehingga rasa nak sebut,
"Damn!!! What a big mistake that I had done!". 
~~Sebab masih ada iman, sering menenangkan hati dengan kalimah H.I.K.M.A.H.~~

Tapi, sebab dah tak ada choice untuk betulkan balik kesilapan korang tu, so korang just go on with that hell-life until you feel like vomiting. Takleh vomit, sedut balik, sedut balik.. Tapi kemudiannya, bila korang dah rasa stuck sangat2 dah (seolah-olah tak pijak bumi dan jugak tak capai langit) tetiba ada sesuatu yang tarik korang untuk berpijak di bumi yang nyata dan menyedut udara segar di bumi. Kemudian, pelan-pelan korang nampak ada tangga yang selama ni korang tak pernah nampak pun untuk naik ke langit secara berperingkat dan istiqamah.
"Uuh, what a nice feeling...!"
~~Say what? Alhamdulillah, syukur pada Allah..~~

Syukur...sambil depa tangan luas-luas sambil sebut Alhamdulillah, thank you Allah!
"Eh, abang dalam pic ni pakai sweater putih CL ke? Sebijik sama lor..Nasib bek hensem, haha."
*********************************************************************************
CL tengah menari-nari dalam taman yang indah sambil pusing-pusing skirt.
CL pun tengah dalam happy mode sesangat sekarang nih. Rasanya, feeling jatuh cinta pun tak leh lawan perasaan CL sekarang ni. Why? Sebab keputusan salah yang pernah CL buat sebelum ni dah diberi peluang untuk diperbetulkan...Yieha, sukernya CL...!! 

Petang tadi, Prof Y call CL suh datang jumpa dia di ofis. Jarang Prof Y nak call kalau bukan benda yang serious. Tengah-tengah duk syok study pasal coding programming yang tak berapa nak paham tu, terus  kena serang penyakit sawan GUBRA. Semua tingkah tak menjadi. Nak pakai tudung jadi senget. Pakai stoking terbalik. Lip-balm terlebih pakai. Beg tak terzip. Kertas-kertas progres projek tunggang-langgang. Huhu, neves rasa macam nak kena rotan kat punggung guna pembaris kuning tu oleh cikgu cam zaman sekolah rendah dulu.
"Pehal la pulak prof duk call nih..? Tentu kena bambu pasal projek tak siap-siap lagik. Huhu.."

Tenang, tenang.. Dup, dap.. Tenang, tenang.. Dup, dap lagik.. Sambil jalan menujuk ke ofis, selawat baca banyak-banyak bagi menghilangkan gemuruh. Sedut nafas, lepas.. Sedut lagi, lepas..

Masuk ofis prof, ada student lagik tengah duk bincang ngan dia. Tunggu turn. Pastu, co-supervisor merangkap student prof masuk dalam ofis prof jugak, Mr.K
"Eh, apesal Mr.K pun ada ni? Alamak, mati la aku.. Kena bambu dengan dua orang ni la gamaknya aku hari ini.." Makin ber-paya ketiak dibuatnya.

Lepas diorang dah habis bincang semua benda yang diorang nak bincang, tetiba Prof Y paling kat CL,
"Ha, camne progress kamu?" tegas prof tanya.

"Hurm..cam hari tu jugak la prof. Saya masih stuck bab coding K-Means by histogram tu jugak la.." muka dah start seposen dah..

"Saya dah agak benda ni akan berlaku. Kamu betul-betul dah suntuk masa ni. Saya rasa kamu memang dah tak sempat nak convert to PhD by this January. Jadi, saya nak cadangkan satu Plan B kat kamu. Kamu nak?" prof pandang tepat ke CL.

"Hah?! Plan B? Apa tu prof?" CL dengan muka penuh blur tanya.. Tapi, rasa cam dah boleh agak prof nak cakap apa.

"Saya cadangkan kamu stay as Master student. BUT, you must finish your work as MSc just in 6 months. Saya rasa kamu takde masalah untuk go on dengan MSc sebab basic in this TB area kamu dah ada. Lagipun, your work-load akan reduce, so you'll be more focus and finish faster. How is it sound to you? Mr. K will help you. You'll be using his already-developed system and just applied it to your sputum TB samples only." teliti prof terang kat CL.

Tetiba je kepala rasa melayang-layang. Otak macam kena tarik. Plan B nih macam menarik. Seperti menyorongkan bantal kepada CL yang memang dah sedia mengantuk. Memang dah lama CL nak amik keputusan untuk stay as Master student jer sebab rasa tak mampu giler jadi instant-PhD student. Tapi, betul ke CL dah memang tak nak stay dengan program MSc/PhD ni???
How about my reputation in faculty?
How about my scholarship?
How about my family and friends whom already knew 'bout my MSc/PhD?
How about my dignity?

Prof tengok CL. 
Mr.K tengok CL. 
CL pandang diorang, tak berkelip-kelip. 

.
.
.
.
.
.
.

Finally, CL buat keputusan. 
"Ok prof, saya setuju dengan cadangan Prof." rasa macam tercabut je batu yang duk hempap atas kepala  CL selama ni lepas cakap ayat tu.

"Ok, good! Kalau kamu dah setuju, do quick discussion with Mr.K then quickly make your new progress and show it to me." Prof senyum. CL pun senyum. Mr.K pun senyum. Alhamdulillah..
*********************************************************************************

Now, a new chapter of my life as truly Master Student will begin. InsyaAllah, I'll do my best. Tak kiralah orang nak kata apapun kat CL, CL akan ignore. Diorang bukan tahupun apa perasaan CL yang terseksa bagai gunung berapi yang takleh nak meletus tu selama ni. Diorang tak kenal diri CL sebagaimana CL kenal diri CL. Hah, kan dah berbelit-belit tu.

Mungkin orang akan kata CL bodoh sebab dah elok-elok dapat peluang bagus, senang-senang jer buang. Heloo! Bukan senang-senang ek, dah dekat setahun kot CL duk asyik fikir benda sama. 
Rasa mcm nak give-up belajar dan carik kerja pun ada tau. 
Rasa cam nak kawen jadik surirumah sepenuh masa pun ada tau. Ups! 

Nak termuntah dah rasanya sebab stress. Kepala pun dah nak botak wei.. Bab menangis plak, kalau tadah ngan baldi, mau dekat separuh baldi dah air mata tu. Takdelah nangis banyak sangat pun, sebab CL ni muslimah rock, tak main la nangis bagai nak rak nih. Kalau diibaratkan hati ni seperti kaca pulak. Hempas kat lantai-berkecai. Kutip balik, tampal. Hempas lagi-berkecai. Kutip balik. Hempas lagi-berkecai. Kutip balik. Ha, gitu la perumpamaannya. 

Hehe..I'm sorry cuz I'm ignoring you now!

Whatever it is, past is past. Yang duk ada depan mata ni, CL akan hadapi dengan positif dan yakin. Pohon rahmat Allah dengan lebih tulus kali ini, insyaAllah.

“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)

Rukun Iman yang keenam itu kan 'Percaya kepada Qadak dan Qadar'.. Jika ini ketentuan Allah untuk CL, I'll accept it willingly. Oh Allah, I thank You for everything..

Lensa Che Long: Indahnya rasa berTuhan..Alhamdulillah.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman DPLI UNISZA 2018

Hulamak hui.. Lamanya tak blogging. Rindu betul nak menulis dan meluah di sini. Sejak kahwin 2014 dulu, kemudian dianugerahkan anak seorang, 2018 inilah  tulisan yang terbaru. Biasanya asyik update FB atau IG je. Blog ni pun dah 'bersawang' molek dah ha.. Rasa nak menulis balik ni pun, sebab termotivasi selepas 2 hari lepas berderet kelas tanpa henti. Terinspirasi dengan cerita-cerita motivasi daripada para pensyarah. Alhamdulillah, keputusan sambung belajar DPLI di Unisza ni moga-moga Allah permudahkan segala urusannya dan membuahkan yang terbaik untuk masa hadapan, amin.. Masa mula-mula dapat tahu tentang permohonan DPLI dibuka kepada umum, saya memang teruja bukan main lagi. Sebab dah bertahun-tahun lamanya saya survey tentang program ni. Sejak selepas bergraduasi pada tahun 2011 lagi, saya cuba untuk memohon program KPLI dan DPLI ini malangnya tidak dibuka program tersebut di mana-mana IPT. Pada awalnya, saya teringin untuk memohon program DPLI UM, tapi apabila memi

Temuduga Guru KAFA

Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah hampir setahun bergelar guru KAFA ganti/kontrak. Tahun 2013 CL mendapat tawaran sebagai guru KAFA ganti yang akan diperbaharui kontrak setiap dua bulan. Tahun 2014 ni pula, kontrak diperbaharui setiap tiga bulan. Ok la tu.. JUN-DISEMBER 2013 CL mengajar di sekolah kawasan kampung. Agak sedih berpisah dengan mereka sebenarnya. Anak-anak yang comel telatah mereka, walaupun kadang-kadang agak nakal. Apakan daya, keputusan bukanlah di tangan sendiri. MAC 2014 CL ditawarkan sekali lagi mengajar KAFA. Kali ni, di sekolah kawasan bandar dan kebetulan berdekatan dengan rumah sewa dan kluster tempat research. Suasana memang berbeza. Keletah anak-anak juga berbeza. Kemahiran yang diperlukan untuk mendidik anak-anak juga berbeda. Semuanya harus lebih moden, kreatif dan up-to-date. Cabaran sungguh! ::TEMUDUGA BERTULIS:: Sebelum start mengajar di sekolah tu, CL kena lalui satu temuduga bertulis. Masa yang diberikan untuk jawab satu paper tu sejam seteng

Kebaikan Batu Tawas dan Hibka Powder

Bosan dengan baju kat bahagian armpit (nama manja ketiak ) jadi kuning dan keras disebabkan pemakaian deoderant? Stress sebab armpit jadi hitam berdaki?  Nak kembalikan warna natural armpit? Nak hilangkan bau teng*k armpit disebabkan peluh? Ha, lemme tell you da solution of this problemo yar.. 1. Hibka Powder Dah lama dah bedak ni wujud sebenarnya cuma orang zaman sekarang tak berapa nak kenal. Pakai kat mana? Kat armpit lor.. Tekstur bedak ni kasar sikit. Dia ada dua jenis. Warna putih dan kuning. Dia ada dalam bentuk paket ataupun botol. So, boleh pilih ikut suka yang mana berkenan. Jika CL suka beli yang warna putih dan dalam botol. Senang, takde la tumpah2. Bagus sangat produk ni. Walaupun dia jauh lebih murah daripada produk2 komersial deoderant yang ada tu, efeknya jauh lebih bagus. Harga yang dalam paket dalam RM1 - RM2 je. Kalau dalam botol pulak dalam RM3++ je. Nak beli kat mana? Beli je kat kedai-kedai jamu. Kalau kat Kangar ni ada satu kedai kat belakang