Skip to main content

Jom kita buang budaya birokrasi

Birokrasi: Mahasiswa sokong pandangan Timb. Menteri
Harakahdaily

Majlis Perwakilan Pelajar Gabungan Mahasiswa UKM (MPP-GMUKM) berpandangan yang jelas dan sama dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin bin Abdullah yang semalam menyarankan supaya pihak pentadbiran IPT tempatan supaya 'membuang amalan karenah birokrasi yang masih mengekang kebebasan para pelajar' dan segera menerapkan budaya 'Inovasi Demokrasi'.

Jelas beliau, budaya inovasi merujuk kesediaan berubah, mencuba perkara dan cara baru dalam kehidupan.

“Dari segi konsep, budaya inovasi merangkumi kreativiti dan inovasi yang menjadi penggerak kepada pertumbuhan dalam setiap bidang."

Menurut beliau, budaya inovasi adalah satu daripada nilai dalam gagasan 1 Malaysia. Akan tetapi malangnya walaupun banyak pelan transformasi telah dilancarkan, malangnya pelajar masih dikekang oleh karenah birokrasi walaupun nilai ini jelas dikehendaki kerajaan untuk dicapai.

Beliau memberi contoh karenah birokrasi yang sering mengekang inovasi pelajar IPT yang perlu dihapuskan segera antara lain para pelajar dikehendaki menyediakan kertas kerja tebal untuk menganjurkan aktiviti mudah seperti ceramah dan forum.

Malah kata beliau, para pelajar terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan kelulusan aktiviti semata-mata kerana pegawai yang mempunyai kuasa meluluskannya bercuti, menghadiri mesyuarat dan sebagainya.

“Sepatutnya kelulusan disegerakan kerana hayat keaktifan pelajar adalah mengikut sesuatu semester sahaja, justeru mereka tidak mempunyai tempoh masa yang panjang untuk sesuatu aktiviti,” ujar Datuk Saifuddin.

Tambah Ahli Parlimen Temerloh ini, kedapatan aktiviti pelajar yang dikekang oleh kekurangan atau ketiadaan peruntukan, tetapi apabila terdapat permohonan aktiviti lain, ada pula peruntukannya dan melampau peruntukannya.

“Sepatutnya seboleh-bolehnya dijimatkan peruntukan supaya pelajar dapat menganjurkan sebanyak mungkin aktiviti,” katanya.

“Apabila pelajar mencari dana sendiri, mereka disukarkan pula untuk mendapatkannya untuk menyelesaikan urusan pembayaran aktiviti. Sepatutnya semakin pelajar bijak mencari dana sendiri, semakin dipermudahkan urusan mereka,” tambah beliau lagi.

Di samping itu beliau juga menegur sesetengah pihak yang memarahi dan memberi amaran kepada pelajar kerana menghubungi menteri atau timbalan menteri, secara langsung atau secara terus melalui media sosial. “Sepatutnya pelajar digalakkan untuk merapati menteri atau timbalan menteri secara terus,” katanya lagi.

Di peringkat MPP GMUKM, kita juga mengharapkan juga segala saranan dan komen daripada Datuk Timbalan Menteri KPT ini akan diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan. Tiada sebarang agenda tersembunyi (hidden agenda) di peringkat mahasiswa dengan pihak pentadbiran kerana jelas kami mahasiswa di UKM ini secara khususnya masih dalam proses pembelajaran. Sekiranya di peringkat pembelajaran ini pun sudah wujud amalan birokrasi, bagaimanakah kita hendak capai tahap keintelektualan serta paduan ilmu, iman dan amal sepertimana yang digariskan di dalam Falsafah UKM?

Bak kata Prof Ungku A. Aziz, "Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar.."

Ambo kata: Dare to fail..

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman DPLI UNISZA 2018

Hulamak hui.. Lamanya tak blogging. Rindu betul nak menulis dan meluah di sini. Sejak kahwin 2014 dulu, kemudian dianugerahkan anak seorang, 2018 inilah  tulisan yang terbaru. Biasanya asyik update FB atau IG je. Blog ni pun dah 'bersawang' molek dah ha.. Rasa nak menulis balik ni pun, sebab termotivasi selepas 2 hari lepas berderet kelas tanpa henti. Terinspirasi dengan cerita-cerita motivasi daripada para pensyarah. Alhamdulillah, keputusan sambung belajar DPLI di Unisza ni moga-moga Allah permudahkan segala urusannya dan membuahkan yang terbaik untuk masa hadapan, amin.. Masa mula-mula dapat tahu tentang permohonan DPLI dibuka kepada umum, saya memang teruja bukan main lagi. Sebab dah bertahun-tahun lamanya saya survey tentang program ni. Sejak selepas bergraduasi pada tahun 2011 lagi, saya cuba untuk memohon program KPLI dan DPLI ini malangnya tidak dibuka program tersebut di mana-mana IPT. Pada awalnya, saya teringin untuk memohon program DPLI UM, tapi apabila memi...

Kebaikan Batu Tawas dan Hibka Powder

Bosan dengan baju kat bahagian armpit (nama manja ketiak ) jadi kuning dan keras disebabkan pemakaian deoderant? Stress sebab armpit jadi hitam berdaki?  Nak kembalikan warna natural armpit? Nak hilangkan bau teng*k armpit disebabkan peluh? Ha, lemme tell you da solution of this problemo yar.. 1. Hibka Powder Dah lama dah bedak ni wujud sebenarnya cuma orang zaman sekarang tak berapa nak kenal. Pakai kat mana? Kat armpit lor.. Tekstur bedak ni kasar sikit. Dia ada dua jenis. Warna putih dan kuning. Dia ada dalam bentuk paket ataupun botol. So, boleh pilih ikut suka yang mana berkenan. Jika CL suka beli yang warna putih dan dalam botol. Senang, takde la tumpah2. Bagus sangat produk ni. Walaupun dia jauh lebih murah daripada produk2 komersial deoderant yang ada tu, efeknya jauh lebih bagus. Harga yang dalam paket dalam RM1 - RM2 je. Kalau dalam botol pulak dalam RM3++ je. Nak beli kat mana? Beli je kat kedai-kedai jamu. Kalau kat Kangar ni ada satu kedai kat belak...

Pengalaman Cabut Gigi Bongsu (Pt 2)

Bersambung dari kisah cabut gigi bongsu yg dulu tu... atoiiii.. syakitnyer.... CL balik kluster konon nak sambung buat kerja. Tak sampai 15 minit duk depan beloved lappy, tetiba kepala bahagian kanan terasa berdenyut. Nyut, nyut, nyut, nyut... Sakit bukan main lagi.  Efek ubat kebas dah mula hilang.  Efek belahan pisau tajam si dentist mula menunjukkan belangnya.  Tenaga semakin susut.  Darah makin banyak. Nak telan geli, tapi bila kumur makin banyak darah keluar.  Berjejeran air liur di atas bibir bawah yang masih kebas.  CL memang dah tak tahan. Hampar toto dalam kubikal dan baring.  Ke kiri sakit, ke kanan sakit, menelentang sakit apatah lagi meniarap.  Duduk sakit, berdiri sakit, bertinggung sakit, berjalan pun sakit.  Betul-betul tak tahu nak buat apa dah.  Telan painkiller pun dah tak ada kesan. Nak menangis tak keluar air mata.  Nak mengerang tak keluar suara.  Sentuh pipi sendiri pun...